11 di lawas sarawak - Google Blog Search |
PKR Tak Calonkan Baru Bian Bertanding <b>Di Sarawak</b> Posted: 17 Jul 2012 09:42 PM PDT BUKAN satu rahsia bahawa Pengerusi PKR Negeri merangkap ahli Dewan Undangan Negeri Ba'Kelalan, Baru Bian telah dijanjikan jawatan dalam kabinet kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat selepas pilihanraya umum ke 13 nanti. Tidak setakat itu, Baru Bian juga khabarnya telah dijanjikan jawatan sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pengangkutan yang akan diterajui Khalid Samad (PAS/Shah Alam) selaku Menteri bersama seorang lagi Timbalan Menteri dari DAP iaitu Tan Kok Wai (Cheras). Penamaan Baru Bian dalam kabinet persekutuan adalah komitmen berterusan Pakatan Rakyat untuk memastikan hak penduduk Sabah/Sarawak akan sentiasa terpelihara. Tidak cukup setakat itu, Pakatan Rakyat juga menjanjikan seorang daripada 3 Timbalan Perdana Menteri nanti akan terdiri daripada wakil Sabah/Sarawak. Bagaimanapun, dari dokumen yang penulis perolehi, jelas menunjukkan bahawa Baru Bian tidak akan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen di Sarawak. Malah ura-ura sebelum ini yang mengatakan PKR akan bertanding di 12 kerusi Parlimen juga tidak menjadi kenyataan apabila PKR hanya diperuntukkan 7 kerusi parlimen sahaja. Kerusi-kerusi Parlimen tersebut adalah di Kanowit, Mambong, Limbang, Lubok Antu, Selangau, Lawas & Saratok. Pada tahun 2008, PKR turut bertanding di kerusi Santubong, Stampin, Kota Samarahan. Batang Sadong, Petra Jaya, Julau dan Sibuti. Kerusi Ba'Kelalan yang dimenangi Baru Bian pada 2010 adalah terletak di bawah parlimen Lawas. Dari segi logik, Baru Bian sepatutnya dicalonkan disini, tapi itupun kelihatannya tidak menjadi kenyataan. Secara tidak langsung, ia juga membuktikan bahawa DAP akan bertanding di lebih banyak kawasan di Sarawak kali ini berbanding 2008. Ini setalah mengambil kira keputusan PAS untuk bertanding di antara 6 hingga 7 kerusi parlimen sahaja di Sarawak. Tapi penulis tidak berminat untuk membincang soal jumlah kerusi yang ditandingi DAP kerana sudah terbukti isu itu terlalu sensitif untuk dibicarakan. Penulis lebih berminat dengan tindakan untuk tidak mencalonkan Baru Bian. Persoalan lebih besar sekarang ialah bagaimana perkara ini boleh berlaku? Baru Bian diakui punya pengaruh yang cukup besar di Sarawak, seperti yang dapat dibuktikannya dengan kemenangan selesa di Be'kalalan dalam pilihanraya negeri lepas, walaupun baru pertama kali bertanding. Malah, beliau juga dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat berjaya merampas kuasa dari legasi Taib Mahmud. Kebimbangan ini berasas kerana Baru Bian sudah terbukti berpotensi dan kepimpinannya juga diterima masyarakat di seluruh negeri Sarawak amnya dan Lawas khasnya. Selain itu, penulis juga melihat potensi berlakunya tindakan boikot memboikot secara besar-besaran dari etnik Kedayan yang merupakan masyarakat majoriti di Lawas, jika Baru Bian tidak dicalonkan. Kalau ini berlaku, harapan Pakatan Rakyat untuk menawan kerusi Lawas dari tangan BN akan menjadi hancur dalam sekelip mata. Penulis dimaklumkan, selain Nicholas Bawin di kerusi parlimen Lubok Antu, calon-calon PKR bagi baki 6 kawasan yang lain masih belum diputuskan, tidak terkecuali Lawas. Itu menggambarkan peluang untuk Baru Bian sebenarnya masih ada walaupun nampak sukar. Penulis harap, kepimpinan PKR pusat dapat memutuskan perkara ini dengan segera dan membuat hebahan kepada rakyat. Ini bagi mengelakkan masalah yang lebih besar seperti yang telah diterangkan di atas. |
You are subscribed to email updates from di lawas sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |