by Mohd Norhadie Sahari. Posted on October 23, 2013, Wednesday
MURAH: Bakri menunjukkan antara barangan yang dijual di KRIM Kampung Pujut Adong.
Sejak diperkenal Ogos lalu, KR1M dapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat
MIRI: Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang pertama di Miri telah mendapat sambutan yang menggalakkan terutama daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
Pemilik KR1M Kampung Pujut 1D Bakri Bujang, 35, berkata sejak diperkenal kerajaan, KR1M mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.
"Ramai yang datang ke sini untuk membeli barangan keperluan pada harga yang berpatutan dan ada juga pelanggan dari Bario, Baram dan Brunei," katanya di sini kelmarin.
Bakri berkata, sejak KR1M beroperasi Ogos lalu ia telah menjadi tumpuan kumpulan sasar untuk membeli pelbagai barangan keperluan harian dapur dan sebagainya.
"Kami beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 10 malam dan lokasi KR1M ini amat strategik berikutan berdekatan kampung dan perumahan Pujut dan kawasan sekitar," jelasnya.
Tambahnya, beberapa lagi KR1M akan dibuka masingmasing di Bekenu dan Maru di bagi memenuhi keperluan penduduk luar bandar.
Sementara itu, penduduk Kampung Pujut Adong, Salim Abdul Hamid, 26, berkata barangan yang dijual di KR1M sangat murah dan berpatutan berbanding harga pasaran semasa.
Menurutnya, barangan bukan sahaja berkualiti malah pada masa yang sama KR1M membantu meringankan beban golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
"Melalui KR1M, kami dapat merancang perbelanjaan lebih jika dibandingan membeli barangan yang sama tetapi pada harga berbeza di pasar raya," ujarnya.
Berkongsi pendapat sama, pengusaha kek Pasar Malam SABERKAS, Ahmad Zaini memberitahu bahawa membeli barangan keperluan di KR1M adalah murah dan menjimatkan.
"Saya boleh menggunakan wang yang lebih untuk membeli barangan keperluan lain dan pada masa sama dapat menambah pendapatan hasil jualan kek.
"Saya berharap KR1M diperbanyak di Sarawak terutama di kawasan tumpuan seperti kampung-kampung dan perumahan," katanya.
- Next Entry >>
To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.