Selasa, 5 Jun 2012

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


SRDC Adakan Kursus KPI <b>di Mukah - Sarawak</b> Update

Posted: 13 Mar 2012 02:47 AM PDT

Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (SRDC) telah memilih Bandar Mukah sebagai tempat ia mengadakan kursus KPInya yang bermula hari Selasa (Mac 13).
Dikenali sebagai `Effective Team Building, Empowerment and Key Performance Indicators(KPI) course',  kursus yang diadakan di Hotel Kingwood Mukah itu telah disertai oleh 35 kakitangan pelbagai jawatan di SRDC.
Program yang menitik berat mengenai penambahbaikan mutu perkhidmatan serta perwatakan kakitangan itu adalah yang julung kali diadakan di luar Kawasan Sibu oleh majlis yang mempunyai visi sebagai peneraju majlis daerah luar bandar di negeri ini.
Menurut Setiausaha SRDC Justani Joni, mereka memilih Mukah kerana terpegun dengan pembangunan di sini dan juga suasana udara yang masih segar.
"Ini adalah kursus yang pertama yang kita adakan di luar kawasan SRDC. Kami memilih Mukah, namunpun ia pesat membangun suasana di bandar ini cukup tenang dan udaranya nyaman. Maka kita berpendapat bahawa dengan keadaan yang sedemikian, kakitangan kami yang terlibat boleh menumpu sepenuhnya kepada apa yang diketengahkan pada kursus ini," ujarnya.
Dia berbangga bahawa ia adalah yang pertama seumpanya(luar kawasan) yang pernah diadakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini dan telah mendapat persetujuan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
"Kami adalah Majlis luar bandar yang berpejabat dipusat bandar di Wisma Sanyan Sibu dan kini mempunyai 75 kakitangan. Kawasan jagaan kami adalah sangat besar iaitu sekitar 5,300 kilometer persegi.  Makanya kita berharap selama berkampung tiga hari tiga malam di sini akan membawa suatu ketenangan bagi kita semua sambil memperolehi ilmu yang amat berguna daripada kursus ini kelak," tambahnya.
Pengerusi SRDC James Laju dijangka akan merasmikan upacara penangguhan pada hari Khamis ini.
Kesemua peserta yang menjejak kaki buat pertama kali di bandar ini menyatakan bahawa mereka  amat kagum dengan pembangunan di sini dan menganggap pemilihan Mukah sebagai tempat mengadakan kursus tersebut sebagai amat wajar
"Kalau ia diadakan di sini kita akan jauh daripada `hiruk pikuk' kota raya atau bandar Sibu yang senantiasa sibuk sampai awal pagi hingga ke jauh malam. Ini adalah 'Away from Home' yang amat sempurna," tambah salah seorang daripada peserta kursus

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


3075 Terima BR1M <b>Di Betong - Sarawak</b> Update

Posted: 19 Feb 2012 02:53 AM PST

Seramai 3,075 penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) RM 500 dengan jumlah bayaran RM 1,537,500.00 merangkumi beberapa kawasan di Parlimen Betong disini hari ini.
Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Padeh, Layar, Kubal, Paku Anyut, Brutan, Kampung Betong, Pasar Betong, Lidong, Tanjung Assam, Trusan, Balingan dan Sebemban.
Majlis penyerahan baucar BR1M fasa pertama ini telah diadakan di Dewan Panglima Rentap Betong dan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu anak Numpang.
Sebanyak lapan kaunter telah dibuka untuk penerima mendapatkan baucar tunai yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah dan Residen Betong.
Turut dibuka sebanyak enam kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional (BSN) yang bertujuan untuk menebus wang tunai disamping mengelakkan kesesakan penerima menunai dikaunter bank pada hari bekerja yang lain.
Perancangan yang rapi dan kecekapan pegawai yang menguruskan kaunter pada majlis itu dapat mengelakkan daripada kesesakan dan bantuan berjaya diserahkan kepada penerima yang layak.
Bagi penerima BR1M Johnson Eba anak Mandie, 50, beliau yang berasal dari Skatap, Betong amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memberi bantuan tersebut. Dengan adanya bantuan tersebut rakyat mampu tersenyum .
Katanya, bantuan tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi perbelanjaan anak-anak yang bersekolah disamping menampung perbelanjaan harian membeli barangan dapur.
Jelasnya sebagaimana amanat Timbalan Ketua Menteri yang mahukan wang tersebut manfaatkan dengan sebaiknya untuk keluarga dan tanggungan yang ada.
Justeru, dengan kemampuan kerajaan BN yang menyumbangkan BR1M kepada semua rakyat dan tidak memilih fahaman politik, beliau yakin akan terus berdiri dibarisan kepimpinan BN yang terus menjadi pemerintah di Malaysia, katanya.
Kerajaan benar-benar kukuh, kalau tidak mustahil mereka mampu untuk memberikan wang kepada rakyatnya yang layak walaupun mereka daripada parti pembangkang.
Hari ini sahaja kita lihat berapa ramai penduduk disini yang layak menerima datang untuk menebus baucar tunai mereka, tambahnya.

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


JAlan-jalan <b>DI</b> Empangan Hidroelektrik Batang Ai, <b>Lubok Antu</b> <b>...</b>

Posted: 30 May 2012 06:52 AM PDT

Keindahan yang tidak dapat disangkal lagi....CANTIK...hehehehe.....layannnnnnn































11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Tempat Menarik <b>Di Sarawak</b>@Kuching - Tempat Menarik <b>di</b> Malaysia

Posted: 04 Jun 2012 05:35 AM PDT

Number of View: 34

tempat menarik di kuching Sarawak sememangnya terkenal dengan keunikan dan pesonanya yang tersendiri. Sekiranya ke Kuching Sarawak, jangan lupa berkunjung ke pasar malam Satok yang menjual pelbagai jenis barangan daripada pakaian, kain batik, permainan, cendera hati sehinggalah makanan. Pasar ini dibuka bermula pada petang Sabtu sehingga tengah hari Ahad. Di samping pasar tersebut, di Kuching, terdapat juga Pusat Hidupan Liar Semenggoh. Di sana, dengan bayaran RM 3, pelawat boleh merasai pengalaman memberi makan orag utan dan melihat sendiri kehidupan semula jadi orang utan. Terdapat juga kampong budaya Sarawak yang unik dengan kebudayaan, kesenian, makanan dan tempat tinggal yang memberikan banyak kelainan khas untuk pengunjung.
Andainya mahukan maklumat lanjut tentang tempat menarik Di Sarawak Kuching, sila ke laman berikut:
1) http://iyrin.blogspot.com/2011/08/tempat-tempat-menarik-di-kuching.html
2) http://bicaraneem.blogspot.com/2010/06/sarawakday2-pasar-malam-satok.html
3) http://suharman-jawi.blogspot.com/

Selain itu, banyak lagi Tempat Pelancongan menarik di Sarawak.
Pengunjung yang ingin ke Sarawak tidak perlu gusar untuk mencari tempat pelancongan di Sarawak kerana semuanya menggamit pengunjung di sana. Borneo Highland Resort yang merupakan antara tempat istirehat menarik di Padawan mempunyai iklim sederhana sejuk dengan keindahan flora dan fauna yang eksotik. Kadar bayaran adalah RM70 untuk bersiar-siar di kawasan sekitar manakala bayaran RM500 dikenakan untuk penginapan. Pengunjung perlu menaiki kenderaan Khas untuk ke Borneo Highland Resort yang terletak kira-kira 7 km dari pintu masuk dengan keadaan jalan yang mendaki gunung. Manakala Titian Kanopi Gunung Mulu yang merupakan titian gantung hutan hujan kanopi terpanjang di dunia terletak di Taman Negara Mulu dengan anggaran panjang 480 meter dan 30 meter dari aras lantai hutan. Menariknya titian ini dibina oleh penduduk tempatan di Miri dan Mulu berbekalkan bantuan pakar pembinaan dan perhutanan.
Jika ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan tempat pelancongan di Sarawak, sila layari laman berikut:
1) http://abangboyc.blogspot.com/2010/07/menarik-di-sarawak-bumi-kenyalang.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ads