Selasa, 5 Jun 2012

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


3075 Terima BR1M <b>Di Betong - Sarawak</b> Update

Posted: 19 Feb 2012 02:53 AM PST

Seramai 3,075 penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) RM 500 dengan jumlah bayaran RM 1,537,500.00 merangkumi beberapa kawasan di Parlimen Betong disini hari ini.
Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Padeh, Layar, Kubal, Paku Anyut, Brutan, Kampung Betong, Pasar Betong, Lidong, Tanjung Assam, Trusan, Balingan dan Sebemban.
Majlis penyerahan baucar BR1M fasa pertama ini telah diadakan di Dewan Panglima Rentap Betong dan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu anak Numpang.
Sebanyak lapan kaunter telah dibuka untuk penerima mendapatkan baucar tunai yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah dan Residen Betong.
Turut dibuka sebanyak enam kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional (BSN) yang bertujuan untuk menebus wang tunai disamping mengelakkan kesesakan penerima menunai dikaunter bank pada hari bekerja yang lain.
Perancangan yang rapi dan kecekapan pegawai yang menguruskan kaunter pada majlis itu dapat mengelakkan daripada kesesakan dan bantuan berjaya diserahkan kepada penerima yang layak.
Bagi penerima BR1M Johnson Eba anak Mandie, 50, beliau yang berasal dari Skatap, Betong amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memberi bantuan tersebut. Dengan adanya bantuan tersebut rakyat mampu tersenyum .
Katanya, bantuan tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi perbelanjaan anak-anak yang bersekolah disamping menampung perbelanjaan harian membeli barangan dapur.
Jelasnya sebagaimana amanat Timbalan Ketua Menteri yang mahukan wang tersebut manfaatkan dengan sebaiknya untuk keluarga dan tanggungan yang ada.
Justeru, dengan kemampuan kerajaan BN yang menyumbangkan BR1M kepada semua rakyat dan tidak memilih fahaman politik, beliau yakin akan terus berdiri dibarisan kepimpinan BN yang terus menjadi pemerintah di Malaysia, katanya.
Kerajaan benar-benar kukuh, kalau tidak mustahil mereka mampu untuk memberikan wang kepada rakyatnya yang layak walaupun mereka daripada parti pembangkang.
Hari ini sahaja kita lihat berapa ramai penduduk disini yang layak menerima datang untuk menebus baucar tunai mereka, tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads