Selasa, 3 April 2012

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Kereta Sewa MURAH <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b> - Kuching, Cars <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2012 11:11 PM PDT

Kami menyediakan perkhidmatan kenderaan untuk disewa di Kuching, Sarawak.

Harga amat berpatutan dan servis yang sangat fleksibel.
Perunding pelanggan kami yang sangat mesra dan sentiasa bersedia untuk membantu anda dengan tip-tip yang bernas sebagai rujukan anda mengenai servis kenderaan sewa kami.

Ini adalah perlu untuk mengelakkan anda daripada ditipu untuk mendapatkan kenderaan sewa yang berpatutan/ berpadanan dengan kehendak anda sebagai pengguna.

Kami memahami keperluan anda untuk memastikan percutian anda selesa & menarik sepanjang berada di Kuching, Sarawak.

Terdapat pelbagai pilihan kenderaan mengikut kesesuaian jumlah penumpang & bajet anda yang kami tawarkan pada harga yang amat berbaloi.

Jangan ragu-ragu sebab kami sememangnya memberikan yang terbaik hanya untuk anda!

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


Bunyi Pelik Dari Langit <b>di</b> Kota <b>Samarahan</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 16 Jan 2012 09:15 PM PST

Insiden 'bunyi aneh dan menakutkan' dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.

Insiden 'bunyi aneh dan menakutkan' dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.


Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.

Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu

The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.
Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.

Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.

Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu.

Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.

Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)

HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).

DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.

HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.

Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI).

IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.

IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.

Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari.

Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di subis sarawak - Google Blog Search


Lebih 20 kes denggi dikesan <b>di Subis</b> : my <b>Sarawak</b> – News <b>...</b>

Posted: 27 Oct 2009 01:05 AM PDT

Aktiviti penyemburan akan diteruskan hingga akhir tahun untuk menghapuskan aedes

MIRI: Majlis Daerah Subis (MDS) semalam melaporkan lebih 20 kes demam denggi telah dikesan di beberapa rumah-rumah panjang dan kampung sekitar Niah dekat sini.Pembantu Kesihatan MDS, Kunsil Deria ketika dihubungi semalam memberitahu
pihaknya masih menjalankan semburan asap bagi membunuh nyamuk (fogging) di beberapa kawasan rumah panjang dan kampung.

"Kita akan terus melakukan fogging bermula jam 5 petang di beberapa kawasan terjejas kerana pada waktu itulah nyamuk aedes dilaporkan aktif," katanya.

Kunsil memberitahu, lebih 20 kes telah dilaporkan berkaitan penyakit deman denggi terutamanya di kawasan rumah-rumah panjang dan kampung di Tanjung Belipat, Batu Niah dan sekitarnya.

"Sehingga kini, operasi fogging masih diteruskan hingga ke penghujung bulan ini bagi memastikan jumlah kes denggi di kawasan berkenaan dapat dikurangkan," katanya.

Kunsil menjelaskan, pihaknya telah melaksanakan operasi fogging sebaik sahaja menerima arahan daripada Jabatan Kesihatan Miri beberapa hari lalu.

"Sebaik sahaja kawasan dikenal pasti, anggota MDS akan turun padang dan melakukan kerja-kerja penyemburan dan pembersihan.

"Pada masa sama kita memberi nasihat kepada penghuni rumah panjang untuk menjaga kebersihan sekitar rumah," katanya.

Kes demam denggi di kawasan Niah turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Rosey Yunus.

Menurutnya, penduduk kampung dan rumah-rumah panjang harus memastikan kawasan laman rumah mereka bersih dan tempat takungan air harus diletakkan ubat (garam khas) sebagai usaha pencegahan.

"Kita menasihatkan supaya orang awam mengambil inisiatif untuk membersih persekitaran perumahan seperti saluran longkang bagi membendung penyakit tersebut," katanya.

Malah menurut beliau, perkakas yang tidak diperlukan seperti tin-tin kosong, bekas makanan, tayar kereta dan botol minuman harus dibuang di tempat yang sepatutnya bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.

Category: Tempatan

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


14 stesen minyak PCS mudahkan nelayan beli petrol <b>...</b> - My <b>Sarawak</b>

Posted: 28 Mar 2012 11:26 AM PDT

MUDAH: Wan Uzir menunjukkan salah satu pam yang terdapat di stesen minyak PCS yang dibina di jeti Krokop 2, semalam.

MIRI: Sebanyak 14 stesen minyak Sistem Kontena Mudah Alih (PCS) akan dibangunkan di seluruh negeri ini bagi memudahkan nelayan membeli minyak petrol dan diesel bersubsidi.

Pengarah Kementerian Per-dagangan Dalam Negeri, Ko-perasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, daripada jumlah itu, masing-masing dua stesen minyak PCS akan dibangunkan di Limbang, Lawas dan Miri serta masing-masing sebuah di Marudi, Bintulu, Sri Aman, Tanung Manis, Mukah, Sibu, Sarikei dan Kuching.

Katanya pembinaan stesen PCS di jeti Krokop 2 di sini mu-lai April depan akan memudahkan nelayan di bahagian ini membeli bahan api berkenaan.

"Buat masa sekarang, tiga stesen telah siap iaitu masing-masingnya satu di Miri, Kuching dan Lawas dengan stesen di Miri merupakan yang pertama seumpamanya beroperasi di negeri ini," ujar beliau sambil menambah, tujuh lagi stesen sedang dalam proses pelaksanaan dan empat lagi akan menyusul kemudian setelah lokasinya dikenal pasti.

Sehubungan itu, mulai April depan, para nelayan di bahagian Miri boleh membeli bekalan bahan api berkenaan dari stesen minyak PCS yang terletak di jeti Krokop 2 di sini.

Katanya, stesen minyak PCS yang terdapat di jeti berkenaan dilengkapi dua stesen dengan empat nozel bagi memberi kemudahan kepada para nelayan di bahagian ini.

Menurut Wan Uzir, pembangunan stesen minyak PCS yang menggunakan teknologi Australia telah dibangunkan oleh Petro Teguh (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Shell dan ia banyak memberi faedah kepada ne-layan laut dalam dan pesisir pan-tai dari segi kos pengangkutan.

"Kita berharap dengan ada-nya stesen minyak PCS ini, ia akan dapat mengurangkan kos pengangkutan dan bebanan yang ditanggung golongan nelayan yang selama ini terpaksa mendapatkan bahan api tersebut dari stesen-stesen minyak yang lazimnya terletak jauh di daratan," katanya.

Ujarnya, dengan adanya stesen ini, nelayan hanya perlu berlabuh di jeti berkenaan dan boleh terus mengisi minyak ke dalam tangki kapal atau bot masing-masing tanpa perlu naik ke darat untuk mendapatkan bekalan diesel dan petrol.

"Di stesen ini juga mereka boleh membeli kedua-dua bahan api itu pada harga subsidi dan bagi yang mempunyai kad LKIM, mereka hanya perlu menunjukkan kad keahlian masing-masing untuk mendapatkan harga super subsidi," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menasihati para nelayan agar menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan khas untuk mereka.

Dalam pada itu menurut Wan Uzir, orang awam juga boleh membeli minyak petrol dan diesel di stesen minyak PCS ber-kenaan kerana harga yang di-tawarkan adalah sama dengan yang terdapat di stesen-stesen minyak biasa.

Katanya, kewujudan stesen minyak PCS di jeti Krokop 2 di sini yang akan beroperasi mulai April ini akan memberi faedah kepada lebih 300 kapal nelayan laut dalam di bahagian Miri.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Kursus Pengajar Vokasional (VTO)/I-031-3 <b>di Miri</b>, <b>Sarawak</b> | #1 <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 07:25 PM PDT

-Kursus VTO merupakan kursus bagi personel yang berminat menjadi tenaga pengajar di Pusat-Pusat Bertauliah yang menjalankan program latihan kemahiran dibawah seliaan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

-Tempoh masa kursus VTO ini adalah :

-Pembelajaran Teori – 360 jam
-Latihan Internship – 720 jam

Tarikh mula: 30 April 2012 (2 minggu berterusan pada permulaan)

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: Melvin 0123123430

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Shafie Nor: <b>Sarawak</b> cadang penubuhan universiti teknologi <b>di Sibu</b>

Posted: 30 Mar 2012 08:50 PM PDT

SIBU, SABTU, 31 Mac, 2012: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata kerajaan bercadang menubuhkan sebuah universiti teknologi di Sibu bagi menampung keperluan tenaga kerja Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE). 
Berucap pada sambutan ulangtahun ke-110 SMK Methodist Sibu di sini, malam tadi, beliau bagaimanapun tidak menyatakan butiran lanjut berhubung penubuhan universiti tersebut.
Namun, beliau menyeru semua pihak di sini supaya bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan penubuhannya menjadi kenyataan.
Menurutnya, pada masa sekarang terdapat empat universiti dan banyak pusat latihan perniagaan serta pengurusan di negeri ini. 
Katanya, memandangkan Sarawak memerlukan lebih ramai tenaga kerja terlatih dalam bidang teknikal, tumpuan akan diberikan kepada pendidikan dan latihan teknikal.

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Jambatan kayu, buluh SK Kambug dibaik pulih <b>...</b> - My <b>Sarawak</b>

Posted: 01 Apr 2012 03:25 PM PDT

KUCHING: Jambatan kayu dan buluh yang menghubungkan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kambug, Penrissen dekat Padawan di sini akan dibaik pulih lengkap dengan kemudahan bumbung.

Bagi tujuan itu kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 dengan harapan murid-murid tidak lagi berdepan dengan risiko kecelakaan akibat hujan dan sebagainya.

Peruntukan telah diumumkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika kunjungan beliau ke Kampung Kambug, Sabtu lepas bagi menghadiri Program Mesra Rakyat.

Selain peruntukan RM200,000 untuk baik pulih jambatan sekolah, Shafie turut meluluskan peruntukan permulaan berjumlah RM1 juta bagi mempercepatkan pelaksanaan projek jalan raya melibatkan lapan kampung berdekatan Kampung Kambug.

Terdahulu dalam ucapannya Shafie yang memahami keperluan dan kekurangan penduduk di kawasan itu mengingatkan para ibu bapa agar memberi penekanan terhadap aspek pendidikan di kalangan anak-anak mereka.

Menurut beliau, tanpa ilmu pengetahuan sukar untuk kerajaan membangunkan rakyat kerana ia merupakan elemen utama dalam aspek pembangunan.

"Sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam pembangunan luar bandar dan wilayah, saya akan memastikan kawasan ini akan turut mendapat kemudahan asas yang sewajarnya.

"Pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak mengenal siapa, kaum atau agama.

"Apa yang pasti setiap rakyat miskin akan dibantu dan diberi perhatian yang sewajarnya," katanya.

Sebagai tanda sokongan kepada kerajaan, Shafie turut berharap agar rakyat akan terus mengundi calon BN pada Pilihan Raya Umum akan datang bagi membolehkan rancangan pembangunan kerajaan diteruskan.

Sementara itu Timbalan Menteri Pelancongan merangkap Ahli Parlimen Mambong Datuk Dr James Dawos Mamit berharap ketua-ketua masyarakat lebih aktif dalam komuniti masing-masing.

Beliau sebagai wakil rakyat tidak mampu untuk berkunjung ke setiap kawasan rakyat  disebabkan masa yang terhad, justeru  katanya, bantuan daripada ketua-ketua masyarakat diperlukan dalam menyuarakan keperluan rakyat.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

ads