11 di marudi sarawak - Google Blog Search |
14 stesen minyak PCS mudahkan nelayan beli petrol <b>...</b> - My <b>Sarawak</b> Posted: 28 Mar 2012 11:26 AM PDT MIRI: Sebanyak 14 stesen minyak Sistem Kontena Mudah Alih (PCS) akan dibangunkan di seluruh negeri ini bagi memudahkan nelayan membeli minyak petrol dan diesel bersubsidi. Pengarah Kementerian Per-dagangan Dalam Negeri, Ko-perasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, daripada jumlah itu, masing-masing dua stesen minyak PCS akan dibangunkan di Limbang, Lawas dan Miri serta masing-masing sebuah di Marudi, Bintulu, Sri Aman, Tanung Manis, Mukah, Sibu, Sarikei dan Kuching. Katanya pembinaan stesen PCS di jeti Krokop 2 di sini mu-lai April depan akan memudahkan nelayan di bahagian ini membeli bahan api berkenaan. "Buat masa sekarang, tiga stesen telah siap iaitu masing-masingnya satu di Miri, Kuching dan Lawas dengan stesen di Miri merupakan yang pertama seumpamanya beroperasi di negeri ini," ujar beliau sambil menambah, tujuh lagi stesen sedang dalam proses pelaksanaan dan empat lagi akan menyusul kemudian setelah lokasinya dikenal pasti. Sehubungan itu, mulai April depan, para nelayan di bahagian Miri boleh membeli bekalan bahan api berkenaan dari stesen minyak PCS yang terletak di jeti Krokop 2 di sini. Katanya, stesen minyak PCS yang terdapat di jeti berkenaan dilengkapi dua stesen dengan empat nozel bagi memberi kemudahan kepada para nelayan di bahagian ini. Menurut Wan Uzir, pembangunan stesen minyak PCS yang menggunakan teknologi Australia telah dibangunkan oleh Petro Teguh (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Shell dan ia banyak memberi faedah kepada ne-layan laut dalam dan pesisir pan-tai dari segi kos pengangkutan. "Kita berharap dengan ada-nya stesen minyak PCS ini, ia akan dapat mengurangkan kos pengangkutan dan bebanan yang ditanggung golongan nelayan yang selama ini terpaksa mendapatkan bahan api tersebut dari stesen-stesen minyak yang lazimnya terletak jauh di daratan," katanya. Ujarnya, dengan adanya stesen ini, nelayan hanya perlu berlabuh di jeti berkenaan dan boleh terus mengisi minyak ke dalam tangki kapal atau bot masing-masing tanpa perlu naik ke darat untuk mendapatkan bekalan diesel dan petrol. "Di stesen ini juga mereka boleh membeli kedua-dua bahan api itu pada harga subsidi dan bagi yang mempunyai kad LKIM, mereka hanya perlu menunjukkan kad keahlian masing-masing untuk mendapatkan harga super subsidi," jelasnya. Sehubungan itu, beliau menasihati para nelayan agar menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan khas untuk mereka. Dalam pada itu menurut Wan Uzir, orang awam juga boleh membeli minyak petrol dan diesel di stesen minyak PCS ber-kenaan kerana harga yang di-tawarkan adalah sama dengan yang terdapat di stesen-stesen minyak biasa. Katanya, kewujudan stesen minyak PCS di jeti Krokop 2 di sini yang akan beroperasi mulai April ini akan memberi faedah kepada lebih 300 kapal nelayan laut dalam di bahagian Miri. Category: Berita Tempatan, Sarawak |
You are subscribed to email updates from di marudi sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan