Selasa, 14 Mei 2013

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Flashmob Anak Muda Bangkit Menuntut Perubahan <b>Di Miri</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 02 May 2013 11:32 PM PDT


11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Pakar zumba Brazil akan berada <b>di Sibu</b>, 25 Mei – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 08 May 2013 04:10 PM PDT

Posted on May 9, 2013, Thursday

SIBU: Pakar zumba dari Brazil Enrique Salomao akan berada di Dewan Suarah Sibu pada 25 Mei ini, bagi memberikan kelas khas (master class) selama 90 minit yang julung kali diadakan di sini.

Pengajar zumba dari IFit Gym, Sharon Siti Ejang berkata ini merupakan peluang keemasan bagi peminat Zumba memandangkan ini julung kali Enrique berkunjung ke Sibu dan Sarawak.

"Sehubungan itu, kami menjemput semua peminat zumba dari seluruh Sarawak menyertai kelas khas ini yang julung kali diadakan," katanya di sini baru-baru ini.

Kelas yang akan bermula jam 4.30 petang hingga 6 petang itu bertemakan 'Flavour Of Brazil'.

Bagi yang berminat menurut Sharon, boleh mendapatkan tiket masuk berharga RM75 seorang.

Enrique Salomao merupakan salah seorang pelajar pertama pencipta zumba iaitu Beto Perez.

Enrique telah mempelajari zumba sejak berusia tujuh tahun dan kini sedang merantau ke seluruh dunia bagi mempromosi serta memberi tunjuk ajar mengenai zumba.

Zumba merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang koreografi pada 1990-an sebagai program kecergasan di Colombia dan sejak itu, zumba menjadi popular di seluruh dunia.

Tarian kecergasan zumba memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan, di samping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya.

Satu sesi zumba juga dikatakan mampu membakar 500 hingga 1,000 kalori pada satu satu masa (45-60 minit).

Bagi yang berminat mengikuti kelas khas zumba ini, sila hubungi Sharon melalui talian 019-4388609.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

ads