Selasa, 20 Mei 2014

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di bau sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 01 May 2014 11:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di bau sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Apr 2014 11:40 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di bau sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Mar 2014 11:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di bau sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2014 11:07 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di bau sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jan 2014 11:37 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SEJARAH LOMBONG ANTIMONI TEGORA, <b>BAU</b>, <b>SARAWAK</b>

Posted: 26 Jan 2014 03:43 PM PST

Sejak berzaman lamanya semua rakyat Sarawak semestinya mengenali tentang lombong emas di kawasan Bau yang terkenal lebih-lebih lagi di kawasan Tasik Biru yang sekarang sudahpun menjadi antara pusat pelancongan terpenting di Sarawak.
Namun pernah tidak kita mendengar satu lombong antimoni bernama Tegora, Bau Sarawak. Lombong antimony ini sebenarnya mempunyai seribu satu rahsia yang wajar untuk diwar-warkan kepada dunia malah lombong ini merupakan lombong antimoni yang pertama dan lebih awal kewujudannya daripada lombong antimoni di Tasik Biru. Inilah paparan daripada Borneo Oracle pada kali ini iaitu Sejarah Lombong Antimoni Tegora, Bau, Sarawak.

Lombong Antimoni Tegora terletak di kawasan pedalaman di dalam kawasan hutan rimba yang menyelaputi Daerah Bau Sarawak iaitu ianya terletak di Bukit Tegora. Lembah Jambusan, Bau, Sarawak. Yang menariknya tentang lombong ini ianya dikatakan telah wujud sebelum kedatangan James Brooke ke Sarawak lagi. Pada asalnya lombong ini diusahakan secara tradisional iaitu dengan menggunakan kuasa manual kuasa manusia untuk menjalankan urusan perlombongan. 

Pada awal eksplorasi lagi lombong ini dikatakan diusahakan oleh pembesar Kesultanan Brunei yang berkuasa ke atas Sarawak pada masa itu. Tenaga-tenaga kerja untuk lombong ini adalah pada asalnya hamba-hamba yang terdiri daripada masyarakat pribumi Sarawak pada masa itu. Ada pelbagai siksaan dan deraan yang digunapakai ke atas hamba-hamba abdi ini. Dan kerana itulah, lombong antimoni Tegora ini berlainan daripada kawasan lombong yang lain kerana disinilah dimana adanya kegiatan hamba abdi dijalankan. Namun setelah James Brooke mengukuhkan kekuasaannya di Sarawak akhirnya lombong Tegora ini juga menjadi hakmilik kepada James Brooke. Dan James Brooke dikatakan telah membebaskan hamba-hamba abdi ini menjadi mereka yang bebas semua. Barangsiapa yang ingin meneruskan pekerjaan mereka sebagai pelombong akan dibayar upah dengan setarafnya pada waktu itu.

Pada asalnya pemilikan lombong ini diuruskan sendiri oleh James Brooke namun mungkin kerana tidak menang tangan kerana bergelut dengan pentadbiran Sarawak pada masa itu maka akhirnya beliau sendiri menyerahkan lombong ini untuk diuruskan dan diekplorasi oleh Borneo Company pada tahun 1860an. Dengan kedatangan Borneo Company di dalam mengurustadbir Lombong Tegora maka bermulalah eksplorasi secara moden dijalankan. Setelah melakukan penyelidikan yang lebih mendalam akhirnya pada tahun 1867, Lombong Tegora telah dibuka secara rasmi dan menjalankan perlombongan antimoni dengan lebih komprehensif dan komersial. Pada masa inilah Pengurus Borneo Company yang pertama iaitu LV Helms telah mula membawa masuk cara-cara perlombongan yang lebih berkesan dan moden sehingga memungkin lombong Tegora menjadi antara lombong yang paling produktif dan penyumbang kepada ekonomi Sarawak antara tahun 1872 hinggalah 1888. Namun setelah berlakunya penentangan oleh pelombong Cina dari Kongsi 12 di Bau, Lombong Tegora juga menerima tempias yang sama dan akhirnya lombong tersebut telah ditutup dengan rasminya pada tahun 1916 kerana dikatakan mempunyai banyak masalah.

Inilah sekelumit sejarah untuk sebuah lombong di Bau Sarawak yang sekarang ini sudah terbiar di tengah-tengah hutan rimba di Bau Sarawak. Tinggalan Lombong Tegora, Bau Sarawak boleh dilihat sekiranya ada yang sanggup meredah hutan di lokasinya kerana tiada siapa yang memperdulikan kewujudannya lagi sekarang. Tahun 2014 ini merupakan TAHUN MELAWAT SARAWAK jadi adalah baik sekiranya kawasan Lombong Tegora, Bau Sarawak ini dipulihara dan dijadikan antara tarikan pelancong di Sarawak seperti juga lombong Tasik Biru kerana ianya mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan unik yang wajar untuk diwar-warkan kepada dunia. Sesungguhnya Sarawak amat kaya dengan tinggalan sejarah yang tidak diketahui oleh dunia luar.

Sumber: Borneo Oracle Sarawak History

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di mukah sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 02 May 2014 07:11 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pesta Benak dipromosikan <b>di</b> Pesta Kaul <b>Mukah</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2014 03:34 PM PDT

by Kelvin Lambai. Posted on April 28, 2014, Monday

TANDA SOKONGAN: Abang Johari menerima cenderamata berbentuk pendayung daripada Jawatankuasa Pesta Benak Sri Aman ketika berkunjung ke pameran Benak di Pesta Kaul Mukah.

Berlangsung di Tebingan Batang Lupar, Sri Aman 16-18 Mei, ia dijangka menarik 80,000 pengunjung

MUKAH: Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman 2014 giat mengadakan promosi pesta berkenaan sempena Pesta Kaul Mukah kelmarin.

Jurucakap jawatankuasanya, Zaidi Sarkawi berkata kehadiran pihaknya dan rombongan selama tiga hari dua malam di sini adalah dalam usaha mempromosikan Pesta Benak kepada masyarakat setempat di Mukah.

Menurutnya, Pesta Benak bakal berlangsung selama tiga hari dua malam di Tebingan Batang Lupar, Sri Aman pada 16 hingga 18 Mei depan, dijangka menarik sekitar 80,000 pengunjung dari dalam dan luar Sri Aman.

"Kami di Pejabat Residen Sri Aman berusaha mengadakan promosi pesta itu dengan menjelajah seluruh negeri ini.

"Malah, publisiti pesta itu telah berada di Semenanjung Malaysia pada minggu lalu dan kami turut mengadakan promosi sama di luar negara menerusi laman web dan Facebook," katanya di sini semalam.

Beliau yang juga Pegawai Tadbir Sosial Pejabat Residen Sri Aman menjelaskan, pihaknya turut mengadakan promosi sama di Sabah pada 29 April ini.

Jelasnya, dengan adanya promosi seperti ini sasaran menarik 80,000 pengunjung pada tahun ini pasti berjaya.

Pameran Pesta Benak Sri Aman di Mukah sempena Pesta Kaul Mukah turut dikunjungi Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Turut hadir Penolong Pegawai Tadbir Sarawak Pejabat Residen Sri Aman Noorhayati Ahmad.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


130 pemilik kereta Perodua Viva berkampung <b>di Miri</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 03 May 2014 09:37 AM PDT

MIRI: Seramai 130 pemilik kereta Perodua Viva seluruh Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Semenanjung Malaysia berkampung di Republick Beach Miri, semalam.

Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin berkata program 'Viva Avy 3rd Gathering Sara-wak 2014' itu merancakkan lagi sektor pelancongan Miri, khasnya sempena Miri May Fest.

"Program ini secara langsung akan memperkenalkan bandar raya peranginan Miri kepada peserta-peserta lain terutama mereka yang datang dari luar Sarawak," katanya di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu memberitahu pujian harus diberikan kepada pihak penganjur yang telah berjaya mengumpul kira-kira 130 pemilik kereta dari seluruh Borneo dan Semenanjung Malaysia.

"Melalui program ini, peserta juga dapat bertukar-tukar idea dan pandangan berkenaan sukan permotoran seterusnya mengeratkan hubungan baik di kalangan peserta," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu aktiviti sedemikian juga dapat mempromosi sukan permotoran dan meningkat pergaulan di kalangan belia.

Jurucakap penganjur pula memberitahu kesemua pemilik Perodua Viva terbabit telah berada di Miri beberapa hari sebelum program berkenaan dijalankan terutama peserta dari luar Miri.

"Mereka datang lebih awal untuk bertemu dengan rakanrakan untuk bertukar-tukar pandangan dan idea bahkan pada masa sama mereka dapat mengenali bandar raya peranginan Miri," katanya.

Menurutnya, pada tahun 2013, program itu disertai kira-kira 114 pemilik kereta di Kuching dan 60 kereta di Sibu (2012) dan jumlah itu bertambah kepada 130 tahun ini.

Hadir sama menyokong program berkenaan ialah ADUN Lambir Ripin Lamat.

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di lundu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 03 May 2014 09:06 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di lundu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Apr 2014 09:34 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Lagi bot karam <b>di Lundu</b>, <b>Sarawak</b> - BNBBC

Posted: 28 Dec 2013 02:59 AM PST

Lagi bot karam di Lundu, Sarawak

28 DIS: Lapan penumpang dan juragan sebuah bot yang karam dekat Sematan, sebuah pekan berdekatan sempadan Malaysia-Indonesia di Lundu Sarawak Sabtu bernasib baik tindakan pantas pasukan mencari dan menyelamat berjaya menyelamatkan mereka.

Menurut Ketua Polis Daerah Lundu, DSP Wong Chee Keong, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah hari Sabtu sewaktu bot berkenaan sedang dalam perjalanan dari Sematan ke Telok Melano dalam keadaan laut bergelora.

"Pihak polis IPD Lundu telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat dengan serta merta dengan bantuan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penduduk tempatan," katanya.

Kesemua mangsa berjaya diselamatkan menjelang pukul 2.00 petang Sabtu dan dihantar ke Klinik Kesihatan Sematan untuk pemeriksaan lanjut.

Pada 15 November lalu, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mati lemas, manakala tiga laras raifel M-16 ditemui semula selepas sebuah bot peronda Unit PGA Sarawak karam ketika menjalani latihan dan penggambaran di kawasan perairan Kampung Stoh, Sempadi di Lundu, kira-kira 100 kilometer dari Kuching juga ketika laut bergelora.-bnbbc.my

IMBAS KEMBALI...DSP ketika kejadian bot ronda PGA karam di Lundu ppada 15 Nov lalu.

IMBAS KEMBALI…DSP Wong Chee Keong ketika kejadian bot ronda PGA karam di Lundu pada 15 Nov lalu.

Berita Bertarikh Pada 6:59 PM

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Yan Ty: 5 Hari 4 <b>di Sibu</b> , <b>Sarawak</b>

Posted: 16 May 2014 09:00 AM PDT

5 Hari 4 di Sibu , Sarawak
Musim di mana hampir seluruh warga bersama kaki dan juga tangan di bahagian Ty diarahkan bertugas di luar kawasan bagi menguruskan satu temuduga bagi program biasiswa yang berlangsung serentak di seluruh Malaysia.
Dari sibuk dengan kerja hakiki tak henti pula dengan tugasan luar pejabat atasan urusan rasmi.
Huarghhh! Tidur lewat nya angkara. Bila jam yang dikunci dah bunyi , sekadar bangun ke washroom for ladies. Krooohhh sambung tidur lagi. Damn! Bila terjaga , oh itupun bila BFF tempik kata "Woi Ty dah lambat, hang biaq betoi!". Ong gedek gedek la jawabnya. Lipas kudung pun kalah bersiap we olls.
Selamatlah dapat kawan yang penyabar dan tak banyak bebel macam mak nenek kebayan.
Cemuih! Tunggu teksi datang jemput dari rumah ke Putrajaya Sentral je pun , hampehgaslion we olls , kematu. Sampai sentral terus melangkah sebesar alam hokayh nak ke kaunter tiket pembelian tren ERL. Terlepas! Tren baru berlepas , frust menonggeng nangis sambil koyak tisu.
Sampai KLIA , opismet dah beratur untuk check – in , muke kena relaks bajet paling otai jadi lambat tu takda point pun. Yeah, ini semua poyo.
DEGIL. Bila penggunaan alat elektronik tidak dibenarkan.
Alhamdulillah , selamat mendarat di Lapangan Terbang Sibu. Dan tanggungjawab untuk bekerja pun bermula. Dijemput dan terus ke pusat temuduga Majlis Perbandaran Sibu , Wisma Sanyan dan setup tempat untuk sesi temuduga.
Makan malam di Islamic Nyonya Kafe.
Lepas light breakfast di hotel , berjalan kaki je pun ke Wisma Sanyan untuk tugasan bagi hari pertama. Nerbes noks , I olls first time jadi fasilitator. OMGee! Syukran , gemuruh hilang bila masa berlalu. Makan pagi sampai petang disediakan , macam – macam jenis masakan dan kuih – muih yang menjadi signature atau femes di Sibu dapatlah kami rasa.
Pulut Panggang – rasa lemak -lemak , tanpa isi.
Malam nya , berjalan di sekitar kawasan berdekatan sampai tersasar ke Tapak Pasar Malam Sibu. Sekadar jalan – jalan , tak yakin sangat nak beli makanan di situ. Kata mereka , Sibu umpama Chinatown. Meronda sampai ke Sibu Heritage Centre , sayangnya tak beroperasi waktu malam. Singgah KFC , tapau dan melepak di bilik je.
Seperti biasa. Pagi nya kerja sampai petang.
Lauk pauk memang sedap , first time merasa "Telur Padi" tapi tak kena dengan selera tekak. Rare , tak pernah makan tapi orang kata ada je jual di pasaraya.
Minum petang mesti ada kuih muih. Tak pernah tengok , so I'm like Wow , Whoa uniknya dan rasanya sedap.
Kuih Celorot & Kuih Penyaram
Malam , kami keluar makan hanya di Pizza Hut , Wisma Sanyan.
Hari terakhir bertugas. Dan Alhamdulillah selesai dengan jayanya dari team Sibu.
Petang lepas kerja , berjalan dengan baju kurung bajet ayu la konon. Malas sebenarnya kalau dah masuk bilik. Meronda sampai lenguh kaki , singgah kedai pasaraya dapatlah belikan Kak Sue Izza pes Laksa Sarawak. 
Ok , memang tak jumpa souvenir ,stress hakak noks!
Senja , sampai ke hotel untuk mandi manda dan bersiap , makan malam terakhir di Sibu pun tetap ke Islamic Nyonya Kafe. Mee Kampua makanan femes amos di Sibu yang harus cuba jadi Ty order satu. Rasa dia macam mi megi yang direbus dengan pati ayam tapi tak tahu pun apa rencah istimewa sebenarnya. Bolehlah nak makan. Mee , tak cukup tapau Roti Telur Bawang makan dengan hakak sakit demam dalam bilik sambil layan criter ehem ehem , tak faham pun yang layan orang lain.
Mee Kampua & Umai Ikan + Nasi Putih
Lepas makan sarapan pagi sekenyang dan sebuntal juga sebulat mungkin , kami singgah di Sibu Heritage Centre. Grab some keychain as souvenir , FM ( Fridge Magnet) untuk peti ais sendiri , a Sibu T – Shirt untuk diri sendiri. Bajet sebab next few days , outstation lagi.
Bub – Bye , Sibu until we meet again , berlepas kami ke KLIA untuk rutin harian seperti biasa dan tugasan luar yang seterusnya.
Walaupun orang kata Sibu tak ada yang menarik , tapi Ty rasa bukan senang dapat peluang nak berjalan dan melihat tempat orang. Sometimes different , not much to compare.
Lain tempat , Lain budaya.

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Suruhanjaya Perkhidmatan Awam <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 15 May 2014 07:15 PM PDT

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-
1. JURUTERA J41
(Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak)

2. PENOLONG JURUTERA J29
(Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak)

3. PENOLONG JURUTERA J29
(Kem. Perancangan Sumber Dan Alam Sekitar)
Tarikh Tutup Permohonan : 28 May 2014

Kerja Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


TYT dan isteri meriahkan AGM PERKIM <b>di Lawas</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2014 02:57 PM PDT

MOHON KEBERKATAN: Taib dan Ragad serta Awang Tengah mengaminkan doa sebaik tiba di Lawas baru-baru ini.

BERTEMU RAKYAT: Awang Tengah (kiri), Taib, Ragad, Morliah, Hanifah dan Fatimah menghadiri majlis tahlil di Masjid Besar Ma'mur Lawas.

YANG di-Pertua Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib  memeriahkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-26 PERKIM Sarawak di Stadium Tertutup Lawas, baru-baru ini.

Hadir sama ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isterinya yang juga Pengerusi PERKIM Lawas Datuk Dayang Morliah Datuk Daud, Pengerusi PERKIM Sarawak Datuk Hanifah Taib dan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Masyarakat Datuk Fatimah Abdullah.

Sebanyak 18 cawangan PERKIM seluruh Sarawak menghadiri AGM di Lawas kali ini untuk berbincang dan membuat keputusan mengenai perkara-perkara utama yang termaktub dalam perlembagaan PERKIM.

Mesyuarat diadakan bagi merangka hala tuju PERKIM dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti untuk manfaat umat Islam dan masyarakat amnya.

AGM diadakan bagi pemilihan jawatankuasa baharu untuk tempoh dua tahun (2014-2015) bagi jawatan pengerusi, timbalan pengerusi satu, timbalan pengerusi dua, serta memilih lapan orang ahli jawatankuasa.

Tujuan AGM diadakan dil uar Kuching adalah untuk merapatkan hubungan antara PERKIM bahagian dan PERKIM Cawangan.

Ia juga memberi peluang dan pengalaman berguna kepada cawangan yang terlibat untuk memperkukuhkan keupayaan mengurus dan melaksana aktiviti pendidikan dan dakwah.

Terdahulu, ahli delegasi melakukan lawatan ke Kampung Awat-Awat, melakukan aktiviti penanaman pokok, pelepasan anak-anak ikan, pecah tanah untuk pembinaan rumah kepada mangsa kebakaran di Awat-Awat dan majlis bacaan surah Yassin serta tahlil kepada Allahyarhamah Datuk Patinggi Laila Taib dan semua ahli PERKIM yang menyumbang kepada badan berkenaan sejak awal lagi.

Majlis diserikan dengan persembahan daripada pelajar SK Agama (MIS) Lawas, persembahan nyanyian oleh kumpulan KPSU Kuching dan kemuncaknya ialah kemunculan Mawi AF.

GANJARAN PAHALA: Ahli delegasi PERKIM turut membaca surah Yassin beramai-ramai.

MERIAH: Kumpulan hadrah turut mengiringi bot-bot kenamaan yang belayar di Sungai Awat-Awat.

ads