11 di lundu sarawak - Google Blog Search |
Lagi bot karam <b>di Lundu</b>, <b>Sarawak</b> - BNBBC Posted: 28 Dec 2013 02:59 AM PST Lagi bot karam di Lundu, Sarawak28 DIS: Lapan penumpang dan juragan sebuah bot yang karam dekat Sematan, sebuah pekan berdekatan sempadan Malaysia-Indonesia di Lundu Sarawak Sabtu bernasib baik tindakan pantas pasukan mencari dan menyelamat berjaya menyelamatkan mereka. Menurut Ketua Polis Daerah Lundu, DSP Wong Chee Keong, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah hari Sabtu sewaktu bot berkenaan sedang dalam perjalanan dari Sematan ke Telok Melano dalam keadaan laut bergelora. "Pihak polis IPD Lundu telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat dengan serta merta dengan bantuan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penduduk tempatan," katanya. Kesemua mangsa berjaya diselamatkan menjelang pukul 2.00 petang Sabtu dan dihantar ke Klinik Kesihatan Sematan untuk pemeriksaan lanjut. Pada 15 November lalu, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mati lemas, manakala tiga laras raifel M-16 ditemui semula selepas sebuah bot peronda Unit PGA Sarawak karam ketika menjalani latihan dan penggambaran di kawasan perairan Kampung Stoh, Sempadi di Lundu, kira-kira 100 kilometer dari Kuching juga ketika laut bergelora.-bnbbc.my Berita Bertarikh Pada 6:59 PM |
You are subscribed to email updates from di lundu sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan