Jumaat, 18 Mei 2012

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


Menyingkap Tabir Pulau Sari,<b>Lawas</b>,<b>Sarawak</b> - Border Fishing <b>...</b>

Posted: 03 May 2012 03:53 AM PDT

Team D`FIST telah mengadakan kunjungan hormat menyingkap tabir perairan Pulau Sari di Lawas,Sarawak yg khabarnya diperkasakan dengan ikan2 berkualiti tinggi..dengan bantuan tekong tempatan dari Kuala Lawas,bayaran rm140..kami menongkah arus ke perairan berkenaan untuk mencari kebenaran di sebalik khabar indah yg kerap dituturkan oleh rakan2 yg pernah berkunjung ke sana sebelum ini..berbekalkan umpan udang hidup dan anak ikan,kami melabuhkan pancing sebaik saja tekong selesai menurunkan sauh..tidak sampai 10minit menunggu,khabar indah yg didengar selama ini jelas terbukti faktanya apabila aksi hit n run bermula  wajah gembira melambangkan kepuasan hati menyertai ekspidisi ini   hasilnya..ikan merah dan kerapu yang terkulai,tumpas di tangan Team D`FIST hari ini  suasana riuh apabila segerombolan ikan merah muncul..puas layan tarikan weiiii!!pengguna apollo sampai keluar gelak kambing apabila 3 ekor ikan merah naik sekali..cukup jelas fakta perairan Pulau Sari memang banyak ikan jenis threadfin  parking di Pulau Sari setelah penat memancing,kawan2 kelaparan x sabar mau menikmati keenakan ikan merah segar..tekong masih ikat bot,kami sudah sibuk mencari port sesuai untuk bersantai dan mencari kayu api untuk `membelai` ikan2 yang baru kami tumpaskan  orang kata yg asli itulah yg lazat..cara tradisional menjadi pilihan Team D`FIST untuk menyediakan juadah ikan merah panggang di Pulau Sari..tanpa sebarang perasa coz tlupa mau bawa..ikan cuma di panggang begitu saja..tapi silap2 kucing pun x dapat menjamah tulang nh nanti..conform kami ratah sampai licin hahaha!! Menikmati ikan panggang segar..cukup bersama nasi putih dan kopi panas,membangkitkan selera..kata kawan,kalau unduk ngadau lalu pun belum tentu dia panggil makan..masing2 berebut melangsaikan ikan yang ada..jarang berpeluang makan sebegini cara..

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Utusan <b>Sarawak</b> cawangan <b>Sri Aman</b>: Jelajah AJARR <b>di Sri Aman</b> <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2012 03:28 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Email bahan berita ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma ...

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Miri perlukan pusat rawatan kanser sendiri, kurangkan kos untuk <b>...</b>

Posted: 16 May 2012 05:11 AM PDT

Sebastian dan Dr. Jack sedang berbincang mengenai kemudahan di Hospital Miri.

LOPENG, 16 Mei– Kementerian Kesihatan perlu mempertimbangkan cadangan untuk melaksanakan pusat rawatan kanser di Hospital Miri bagi menampung jumlah pesakit kanser yang kian meningkat di utara Sarawak.

Pengarah Hospital Miri, Dr. Jack Wong Siew Yu berkata, setakat ini seramai tujuh kanak-kanak menjalani rawatan kanser di Wad Pediatrik, Hospital Miri dan jumlah ini dijangka terus meningkat.

"Saban tahun, Hospital Miri menerima antara tujuh hingga 10 kes kanser dan peningkatan ini membimbangkan. Daripada 70 kes kanser di Sarawak pula, 10 peratus membabitkan pesakit dari Miri."

"Setakat ini, semua pesakit kanser dirujuk ke Jabatan Radioterapi dan Onkologi di Hospital Umum Sarawak di Kuching manakala rawatan susulan pula di sini," katanya ketika ditemui di Hospital Miri.

Semua rawatan utama kanser seperti radioterapi, kemoterapi, harmonal dan radioisotope dilaksanakan di sana.

"Hospital Miri tidak dapat berbuat demikian kerana ia bergantung kepada polisi dan rancangan Kementerian Kesihatan. Jadi terpulang kepada kementerian untuk menyediakan kemudan itu pada masa depan."

Sebelum ini, terdapat cadangan daripada orang awam agar Hospital Miri menyediakan rawatan kanser bagi memudahkan pesakit di utara Sarawak seperti Miri, Limbang, Marudi dan Baram mendapatkan rawatan berbanding pergi Kuching yang jauh dan menelan kos.

Malah Setiausaha Politik kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato' Sebastian Ting turut mencadangkan agar Miri mempunyai pusat rawatan kanser untuk kemudahan rakyat tempatan.

"Peningkatan pesakit kanser di sini semakin membimbangkan. Justeru saya berpendapat adalah wajar kemudahan ini disediakan agar kita tidak bergantung dengan rawatan di Kuching," katanya sambil menambah beliau akan membawa perkara itu kepada pihak atasan untuk dipertimbangkan.

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


pink bubblegum princess: banjir oh banjir <b>di Lundu Sarawak</b>.

Posted: 26 Dec 2011 04:46 AM PST

air pulak pasang..menurut almanac 6.1 m semalam..
oh tak mungkin masuk kot..ikut dari dapur takpe kita block pintu dapur..hoyehh
air tak mungkin masuk o...
sekali hujan makin lebat air makin naik cepat
terus cepat2 hadang air pakai kayu kat depan rumah..sekali 
pintu kedua pulak lupa nak diselamatkan
tambah tambah lagi kereta motosikal dan orang lalu lalang
Ku Berserahhhhh berkumandang
orite layan jer lah gambar banjir kampungku dan rumahku...aka Pekan Lundu huuhu..




p/s: jangan nak letak sebarang harta karun waktu banjir ni...
ada kes bila 'seluar dalam' orang boleh hanyut ke dalam rumah jiran...malu siapa nak ngaku siapa punya tuh?? ngeee  ^____^


sharing is caring!!

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


BN yakin mampu pertahankan kerusi <b>Saratok</b> : my <b>Sarawak</b> – News <b>...</b>

Posted: 11 May 2012 05:02 PM PDT

SEDIA MEMBANTU: Empat sayap SPDP terdiri daripada Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera akan turun padang membantu untuk memastikan BN menang di empat kerusi Parlimen termasuk Saratok.

SPDP akan gerak kerjasama semua parti komponen untuk memastikan kemenangan pada PRU13

KUCHING: Barisan Nasional (BN) diyakini mampu mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Saratok pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Meskipun kemungkinan dicabar oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ali Biju yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, BN yang berdiri atas tiket Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) tetap berkeyakinan tinggi.

Timbalan Ketua Wanita SPDP, Theresa Udam berkata, tiada alasan untuk BN tidak mempertahankan kemenangan di Saratok.

Apatah lagi, katanya, rakyat Saratok sendiri masih dahagakan pembangunan dan ia hanya boleh dinikmati daripada kerajaan BN.

"Kami yakin BN akan menang di kerusi Parlimen Saratok pada PRU13 dan tiada sebab untuk BN tidak menang di kerusi ini.

"Beliau (Ali) bebas untuk bertanding, tetapi kami di pihak jentera BN khasnya SPDP akan bekerja keras untuk terus menang," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti di sini semalam.

Tambah Theresa, dalam usaha mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Saratok, keempat-empat parti komponen BN iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan SPDP sendiri bekerjasama antara satu sama lain.

Katanya, ketiga-tiga parti komponen ini memberikan kerjasama yang padu kepada SPDP untuk memastikan calon berpotensi menang BN atas tiket SPDP akan menang pada PRU13 akan datang.

Sebagai persiapan menjelang PRU13, empat sayap SPDP, Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera saling bekerjasama dalam pelaksanaan pelbagai program yang relevan.

Bagi kawasan Saratok, katanya, bakal berlangsungnya majlis makan malam anjuran Pemuda Saratok pada hujung bulan Jun depan yang mana sasarannya adalah belia penduduk di dua DUN iaitu Kalaka dan Krian.

Pada masa yang sama, pihak Putera pula kini giat mengadakan aktiviti-aktiviti berbentuk sukan dalam kalangan belia bagi menarik penglibatan belia dalam pengundi muda amnya.

Melihat semula keputusan Pilihan Raya Negeri lalu, calon BN-Kalaka Datuk Abdul Wahab Aziz menang dengan majoriti lebih daripada 5,000, manakala calon PKR-Krian Ali Biju menang dengan majoriti 2,000 lebih.

Berdasarkan kepada keputusan itu, meskipun BN telah tewas di DUN Krian namun peluang untuk BN menang pada PRU13 tetap ada dengan majoriti 3,000 menurun daripada 7,000 yang diperolehi pada PRU12 lepas jika mempertaruhkan penyandangnya, Jelaing Mersat yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Progrem Bantu Luyar <b>di Sibu</b> diatur seharitu : my <b>Sarawak</b> – News <b>...</b>

Posted: 11 May 2012 04:16 PM PDT

SIBU: Gerempung Luyar (Bela) Sarawak Pampang Sibu deka ngatur Progrem Bantu Luyar ba Bar Room, Kompleks Mahkamah Sibu, Jalan Tun Abang Haji Openg kena 12 Mei tu, berengkah ari pukul 9 pagi nyentuk ke pukul 11 pagi.

Nitihka penerang media ke diterima, progrem tu enda bebayar ungkup mensia mayuh ti bepenatai pemisi kurang ari RM1,500 sebulan, lebih agi ungkup bala ti bisi penanggul bekaul enggau undang-undang.

Penerang silik tau ditanya ngagai Siti Khatijah ba Bar Room nengah lumur 084-343411.

Category: Sarawak

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


JAWATAN KOSONG <b>DI</b> KERAJAAN <b>NEGERI SARAWAK</b> <b>...</b>

Posted: 13 May 2012 08:16 PM PDT


11 Kekosongan Jawatan:   Kerajaan / Government

Warganegara Malaysia anak Sarawak yang berumur tidak kurang dari 18 tahun yang mempunyai kelayakan ijazah / Sijil adalah dipelawa untuk memohon pelbagai jawatan di KEMENTERIAN KEMUDAHAN AWAM SARAWAK dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan seperti berikut:

1. Jurutera Gred J41
2. Jurutera (Letrik) Gred J41
3. Juruteknik (Lektrik) Gred J17 

Warganegara Malaysia anak Sarawak yang berumur tidak kurang dari 18 tahun yang mempunyai kelayakan ijazah/ Diploma / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia adalah dipelawa untuk memohon pelbagai jawatan di JABATAN PERTANIAN ARAWAK dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan seperti berikut:

1. Pegawai Pertanian
2. Pegawai Veterinar
3. Pegawai Penyelidik
4. Pegawai Pembangunan Masyarakat
5. Penolong Pegawai Pertanian
6. Penolong Pegawai Perikanan
7. Penolong Pegawai Veterinar
8. Jurutera

KLIK SINI UNTUK PERMOHONAN SECARA ONLINE

Date: 20 Mei 2012 , 23 Mei 2012

ads