Sabtu, 9 Februari 2013

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Misi ke <b>Simunjan</b>, <b>Sarawak</b> ~ Buletin Censerve

Posted: 12 Jul 2010 10:11 PM PDT

Simunjan, Sarawak- Perjalanan 22 peserta dan 3 orang pegawai pengiring ke Kampung Gayau menjadi titik mula kepada Ekpidisi Dakwah ke Sarawak (Desa 2010). Projek Dakwah ini bermula pada 30 Jun dan berakhir pada 9 Julai 2010. Dengan kerjasama daripada Urusetia Saudara Kita (USK), program ini berlangsung dengan lancarnya.
 Kelihatan pelajar-pelajar UIAM mengajar al-Quran kepada penduduk kampung
"Kami di sini pada awalnya telah diberi taklimat oleh Ustaz Sabri daripada USK bagi mnerangkan serta memberi gambaran yang jelas mengenai latar belakang kampung yang akan kami jejaki nanti," jelas saudara Aidil Nazri Karno, 23, selaku Ex-Oficio dan juga Presiden bagi Kelab Misi ini.
Menurutnya lagi, perancangan untuk ke Sarawak memang sudah di rangka, namun mereka menghadapi beberapa halangan seperti kekangan masa. Malah menurutnya lagi, program Desa 2010 ini nyaris-nyaris ingin ditangguh kerana faktor kekangan masa persiapan.
"Memang kami pada awalnya ingin menangguh sahaja program ini, namun selepas melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh barisan komiti Misi kali ini, saya membenarkan program ini berlangsung. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar malah berjaya melaksanakan projek Imam Muda serta bacaan Iqra' dengan jaya. Saya selaku Ketua Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti memang merasa bangga dengan komitmen yang diberikan oleh pelajar-pelajar ini," luah Puan Martinelli Hashim, Ketua Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti (Censerve) sebaik sahaja di hubungi baru-baru ini.
 Sufian (Kiri) berkongsi pendapat dengan abang daripada UIAM
Projek Imam Muda yang di jalankan di Kampung Gayau memang menjadi titik-titik kejayaan projek Misi di Sarawak. Menurut Suffian (gambar), 18, merupakan remaja Iban yang mengikuti Kursus Imam Muda mengucapkan syukur serta jutaan terima kasih kepada Ustaz Zunaidin Ibrahim, Pegawai Agama Masjid Shas UIAM, yang banyak meluangkan masa bersama mereka bagi mengajar ilmu-ilmu menjadi seorang Imam.
"Saya memang tidak sangka akhirnya saya sendiri berupaya untuk membaca Khutbah di depan orang kampung saya sendiri," katanya lagi.
Para Imam Muda bergambar kenangan
Ustaz Zunaidin pula berpendapat bahawa Kampung Gayau ini sangat sesuai untuk di jadikan tapak projek dakwah UIAM memandangkan komitmen serta kerjasama daripada penduduk sangat menggalakkan.
Bukan setakat Kampung Gayau sahaja dilibatkan untuk projek kali ini. Pada 4 Julai, peserta-peserta ini serta pegawai pengiring berpecah kepada dua kumpulan bagi melaksanakan ekpedisi dakwah ke dua buah kampung iaitu Kampung Ruan dan Kampung Gawang.
"Di kedua-dua kampung ini, mereka menjalankan projek bacaan Iqra' untuk orang-orang tua memandangkan golongan kanak-kanak semuanya tinggal di asrama sekolah. Saya sendiri turut menjadi ustaz untuk mengisi slot kulliyah-kuliyah seperti kulliyah Maghrib pada setiap hari," jelas saudara Razali Sudin, 24, wakil pegawai daripada Pusat tanggungjawab Sosial Universiti (Censerve) Uiam.
 Peserta mengambil gambar kenangan sebelum bertolak ke Pusat Informasi Islam, Kuching
Tambahnya lagi, kedua-dua kumpulan ini telah menjalankan program anak angkat bagi mendedahkan lagi peserta dengan pengalaman hidup di pedalaman. Ini juga bertujuan agar ajaran fardhu ain dapat di salurkan kepada keluarga angkat masing-masing dengan lebih efektif dan berkesan.

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri <b>Sarawak di Betong</b>, 23 <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 04:01 PM PST

BETONG: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di Betong pada 23 dan 24 Januari ini melibatkan penyertaan daripada kontinjen dari seluruh negeri Sarawak.

Di samping itu pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan sambutan perayaan umat Islam dan acara rasmi kerajaan negeri yang dianjurkan pada setiap tahun.

Menurut Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen, sambutan Maulidur Rasul adalah bagi memperingati kembali peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai 'uswah hasanah' iaitu contoh teladan bagi semua umat Islam.

Pada masa yang sama menyampaikan ajaran Islam untuk dihayati dan dicontohi umat Islam masa kini melalui kajian dan penelitian sejarah perjuangan baginda.

"Selain itu ia juga bagi menyemarakkan kasih sayang umat Islam terhadap insan mulia ini sebagai landasan untuk memperkukuhkan perpaduan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan umat Islam di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media mesyuarat akhir jawatankuasa pengelola di Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri di sini semalam.

"Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib dijangka akan menghadiri program yang bermula pada 23 Januari ini.

"Program yang akan dimulakan dengan Majlis Ceramah Agama dan Zikir Maulud bertempat di Masjid Jamek Betong akan berlangsung pada jam 5.45 petang.

"Majlis perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul akan dijalankan pada sebelah pagi iaitu bermula jam 8.00 pagi.

"Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah akan mengetuai perarakan yang bermula dari Kompleks Sukan Betong dan berakhir di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan sejauh 5.7 kilometer," jelasnya.

Tambahnya, sehingga kini sebanyak 100 kontinjen telah mengesahkan penyertaan terdiri daripada pelbagai agensi di Betong dan bahagian lain di negeri ini.

"Sebanyak 100 kontinjen akan terlibat dalam perarakan ini dan penyertaan melebihi 3,000 peserta yang bakal menyertai perhimpunan dan perarakan tersebut.

"Turut disenaraikan lapan kategori yang akan dinilai dalam perarakan itu nanti iaitu kategori A (jabatan/agensi kerajaan dan badan berkanun), kategori B (firma swasta/syarikat/institusi kewangan) kategori C (masjid/surau), kategori D (persatuan/kelab/pertubuhan) kategori E (institusi pengajian tinggi/pusat kemahiran/sekolah menengah), kategori F (sekolah kebangsaan dan kategori G (kumpulan hadrah).

"Tambah menarik, pelbagai hadiah menarik berdasarkan kategori akan diberikan kepada kontinjen terbaik yang akan dinilai semasa perarakan nanti," ujarnya.

Jelasnya, pelbagai aktiviti sampingan akan diadakan seperti ceramah, pertandingan membaca ayat-ayat lazim, pertandingan futsal dan sebagainya.

Justeru, beliau turut menyeru orang ramai terutama penduduk di sekitar Betong sama-sama hadir bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul nanti.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Residen Bahagian Betong Datu Romie Sigan Daniel, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Abang Shamsuddin Abang Seruji dan Ketua Polis Daerah Betong DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Proses Semakan Penerima BR1M 2.0 <b>di Sri Aman</b> ~ namaberita [dot <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2013 10:39 PM PST

Keratan Akhbar Mingguan Sarawak

SRI AMAN: Suasana kecoh dan hilang kawalan berlaku di pekarangan Pejabat Residen Bahagian Sri Aman berhubung sikap tidak sabar penduduk yang mahu memeriksa status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, di sini kelmarin (Sabtu).
Keadaan itu menyebabkan orang ramai berpusu-pusu menuju ke Pejabat Residen Sri Aman bermula jam 10 pagi sehingga menimbulkan kesesakan di pekarangan luar kawasan itu.
Tetapi, tindakan tegas anggota polis dapat mengawal urusan pemeriksaan nama pemohon yang layak itu.
Pejabat Residen Sri Aman mula mengagihkan baucar BR1M 2.0 kepada pemohon yang lulus dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang dan DUN Bukit Begunan.
Jurucakap Pejabat Residen Sri Aman menasihati orang ramai agar jangan risau untuk mengetahui status terkini mereka berhubung permohonan BR1M 2.0 berkenaan.
Menurutnya, pihaknya mula mengagihkan baucar BR1M 2.0 bagi peringkat fasa pertama dan boleh menuntut baucar itu di Pejabat Residen Sri Aman pada waktu bekerja mulai sekarang.
"Bagi nama yang belum tersenarai diharap agar dapat bersabar kerana nama mereka mungkin akan tersenarai untuk pemberian fasa seterusnya nanti," katanya ketika ditemui di Pejabat Residen Sri Aman, di sini semalam.
BR1M 2.0 menyaksikan seramai 7,119 pemohon Parlimen Batang Lupar, 6,708 orang Parlimen Sri Aman dan 5,196 orang Parlimen Lubok Antu layak untuk bantuan berkenaan.
Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat dijangka akan  menyempurnakan upacara penyampaian baucar BR1M 2.0 kepada penerima di Pejabat Residen Sri Aman pada 7 Februari ini.
Residen Sri Aman bagi mengetahui status permohonan BR1M 2.0 masing-masing.

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


BN <b>Lubok Antu</b> tingkatkan persiapan hadapi PRU13 | my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2013 05:10 PM PST

LUBOK ANTU: Barisan Nasional (BN) Parlimen Lubok Antu akan meningkatkan per-siapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut Bendahari Parti Rakyat Sarawak (PRS) Baha-gian Batang Ai Kaunselor Enteri Balai, semua parti komponen BN di kawasan Parlimen ini sudah mengenal pasti kempen yang sesuai untuk mendekati pengundi dan ia akan diperkemaskan lagi.

"Kami yakin tiada masalah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Lubok Antu kerana ia merupakan kubu kuat BN," katanya kepada Utusan Borneo ketika ditemui sebaik sahaja selesai menu-buhkan jawantankuasa Pilihan Raya Lubok Antu yang dike-tuai Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak, di sini baru-baru ini.

Enteri berkata,  mereka tidak gentar untuk berdepan dengan mana-mana calon parti pembangkang atau bebas yang ingin turut ser-ta bertanding di Parlimen Lubok Antu nanti.

"Kami sudah bersedia berhadapan dengan sama ada Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng atau Nicholas Bawin Angat daripada Parti Keadilan Rak-yat (PKR) nanti," katanya.

Menurutnya, empat parti komponen BN di Parlimen Lubok Antu sebulat suara akan menyokong calon BN William Nyalau Badak pada PRU nanti.

"Kami akan berjuang habis-habisan kali ini untuk memastikan Nyalau yang mewakili BN dan juga anak tempatan Lubok Antu terus kekal menjadi wakil rakyat kami.

"Kami tidak memerlukan Larry yang berasal dari Kapit itu menjadi wakil rakyat  kami sekiranya niatnya hendak bertanding di Lubok Antu akan menjadi kenyataan kelak," katanya.

Sehubungan itu untuk me-mastikan Lubok Antu terus kekal milik bangsa sendiri maka mereka bertekad akan berjuang habis-habisan untuk memastikan Parlimen Lubok Antu terus kekal milik BN.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Rumah panjang Kampung Senah Rayang dijadikan <b>...</b> - my <b>Sarawak</b>

Posted: 25 Nov 2012 03:44 PM PST

INAP DESA CONTOH: Dawos menyampaikan hadiah kepada Penyelaras Inap Desa Kampung Darul Islam Belimbing Raie Omar sambil disaksikan Michael (kanan), Lo (dua kanan) dan Dr Zaeidi (kiri).

KUCHING: Rumah panjang Kampung Senah Rayang yang dihubungkan menggunakan Jalan Link, Padawan dekat sini akan dijadikan sebuah lagi kawasan tarikan pelancongan di daerah Padawan khasnya dan Sarawak amnya iaitu menerusi konsep inap desa (homestay).

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata pemilihan rumah panjang kaum Bidayuh itu dibuat kerana potensinya sebagai kawasan ekopelancongan dan biopelancongan.

"Rumah panjangnya masih asli, maka tarikannya akan lebih tinggi berbanding rumah panjang di tempat-tempat lain.

"15 buah rumah telah dinilai dengan 13 buah didapati sesuai dan akan diluluskan oleh kementerian sebagai homestay," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Padawan Homestay 2012 anjuran bersama Majlis Perbandaran Padawan, Kementerian Pelancongan Malaysia dan Kementerian Pelancongan Sarawak di Kampung Darul Islam Belimbing, dekat sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang, Timbalan Pengerusi MPP Mohd Hashim Yap, Setiausaha MPP Michael Saweng dan Pengerusi Penganjur Pertandingan Padawan Homestay 2012 Dr Zaeidi Suhaili.

Dawos yang juga Ahli Parlimen Mambong menjelaskan bahawa kelulusan untuk menjadikan rumah panjang tersebut sebagai inap desa dijangka akan diberi dalam tempoh sebulan akan datang.

"Esok (hari ini) pegawai daripada pejabat Kementerian Pelancongan akan pergi ke situ untuk mengadakan kursus pemasaran homestay kepada penduduk terlibat supaya mereka akan lebih tahu bagaimana menguruskan homestay.

"Apabila rumah panjang ini dijadikan homestay nanti, ia akan menambah bilangan homestay di Sarawak kepada 29 buah," katanya.

Menurut Dawos, selain keunikan warisan, budaya dan keaslian rumah panjang, Kampung Senah Rayang turut mempunyai tarikan dari segi alam semula jadi seperti air terjun, gunung-ganang dan hutan.

"Kampung ini sudah berusia ratusan tahun dan begitu juga dengan rumah panjang mereka… itulah kebaikan kampung ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata beliau telah mempromosikan tentang rumah panjang tersebut di Semenanjung Malaysia terlebih dahulu walaupun ia belum dijadikan inap desa.

Ini kerana, katanya apabila ia sudah menjadi inap desa, maka akan lebih ramai pengunjung dijangka melawat ke situ.

Dalam pada itu, Dawos berkata beliau juga mahu terus menambahkan lagi bilangan pengusaha inap desa di daerah Padawan.

"Saya cadangkan penduduk-penduduk kampung untuk membuat permohonan bagi mendaftar homestay kerana di daerah kecil ini kebaikannya ialah ia berhampiran Kuching iaitu kira-kira 50 minit perjalanan, 70 peratus kawasannya adalah terdiri daripada hutan rimba, terdapat 242 gua di sekitarnya dan keindahan kawasan pergunungan serta sungainya.

"Kawasan sebeginilah yang digemari pelancong untuk dilawati kerana mereka lebih mahu terlibat dalam aktiviti ekopelancongan dan biopelancongan," katanya.

Menurut Dawos, setakat ini terdapat tiga inap desa berdaftar di kawasan Padawan iaitu di Kampung Benuk, Anah Rais dan Kampung Darul Islam Belimbing.

Sementara itu Pertandingan Padawan Homestay 2012 dimenangi oleh inap desa Kampung Darul Islam Belimbing.

Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kampung Inap Desa dan Individu Inap Desa.

Bagi kategori Kampung Inap Desa, hadiah pertama ialah berupa wang tunai RM1,000, piala dan sijil manakala tempat kedua ialah RM500, piala dan sijil.

Sementara, hadiah pertama, kedua dan ketiga bagi kategori Individu Inap Desa ialah RM500, RM300, RM200, piala dan sijil.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Komuniti <b>Matu</b> Daro <b>Di</b> Bandaraya Miri, <b>Sarawak</b>.: Orang Melanau <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2010 04:21 AM PST

Akhir-akhir ini saya sering tertanya-tanya pada diri sendiri, dari mana asal-usulnya 'bangsa Melanau' yang ada di daerah Matu dan Daro?, Jika nak difikirkan...seolah-olah pertanyaan yang ada dalam kepala saya ini seperti satu soalan yang tidak perlu saya persoalkan. Tapi hati saya ini tetap ingin tahu, dari mana sebenarnya bangsa saya boleh berada di daerah ini.(Nota: Beritahu saya jika anda tahu)
Jarang sekali saya mendengar orang bercerita tentang asal-usul bangsa kami, malah pernah suatu ketika dulu saya cuba untuk menyingkap dan merujuk dari buku-buku termasuklah 'ensaiklopedia Sarawak Journal' tetapi sukar sekali untuk menjumpai catatan tentang bangsa Melanau amnya dari masyarakat kami dari daerah Matu-Daro. Ma'af, bukan tujuan saya untuk mempersoalkan kewujudan bangsa Melanau Matu Daro yang ada di daerah ini tetapi cuma terkilan, apakah tiada langsung catatan sejarah atau catatn antropologi tentang masyarakat kami. 
Pernah suatu ketika dahulu ketika saya belajar tentang antroplogi dalam pelancongan, saya bertanya kepada seorang Prof. 'mengapa sukar sekali untuk melihat catatan tentang bangsa Melanau di Sarawak ini? Prof itu itu berkata....agaknya, tidak banyak yang dapat ditulis tentang bangsa Melanau berbanding dengan tamadun bangsa Iban, Ini mungkin disebabkan ketamadunan bangsa Melanau seakan-akan seperti bangsa Melayu. Seingat saya, begitulah jawapan Prof tersebut.
Hinggalah sampai ke hari ini, saya masih tercari-cari bagaimana hendak mendapatkan segala latarbelakang sejarah, samada mitos ataupun legenda tentang masyarakat kami ini. Alangkah baiknya jika ada cendiakiawan dari golongan bangsa atau masyarakat kami sendiri yang mahu mengumpul semua fakta, membuat kajian seterusnya menulis tentang perkara ini. Saya sendiri teringin sangat hendak mengetahui apa sahaja cerita tentang masyarakat Melanau kami supaya dapat saya ceritakan kepada anak-anak saya agar mereka tahu asal-usul nenek moyang mereka sendiri. Sebab semakin hari, kebanyakkan perihal masyarakat kami bangsa Melanau Matu-Daro seakan-akan semakin hilang. Jika anda terbaca akan catatan saya ini, tanyalah pada sendiri bagaimana ianya hilang? Anda kan tahu jawapannya, biarpun sedikit..........

ads