11 di lawas sarawak - Google Blog Search |
BLOG SARAWAK: 11 <b>di lawas sarawak</b> - Google Blog Search Posted: 10 Jul 2011 11:34 PM PDT Bagaimanakah nasib kerusi PBB di utara pada pilihan raya kali ini? Adakah sentimen pengundi bandaran Cina kini mula menjangkiti pengundi kawasan bumiputera zon utara Sudah adakah perubahan cara berfikir pengundi golongan tersebut? Berdasarkan pengamatan penulis, kerusi Bukit Sari milik Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan adalah kerusi yang paling kukuh setakat ini. Malah menurut sumber PKR di Kuala Lumpur, mereka mengakui kawasan Datuk Amar Awang Tengah sukar ditembusi. Janganlah cuba berkempen sebagaimana berkempen di Padungan, Pending, Kota Sentosa, atau Batu Lintang. Jangan pula terkejut apabila ceramah politik pembangkang cuma mendapat respons yang paling sedikit berbanding di tempat lain. Menurut beberapa penduduk di kawasan DUN Bukit Sari Datuk Amar Awang Tengah sentiasa turun dan menjaga kawasan. Kita dapat mengukur kesetiaan penduduk kawasan kepada Tengah apabila sebaiknya sahaja beliau tiba di Lawas, ramai akar umbi sudah berbaris menunggu kedatangan beliau untuk berjumpa dan bermesra dengannya. Cerita kemurahan hati Datuk Amar Tengah pula sudah merebak ke kawasan-kawasan DUN lain. Difahamkan rumah beliau di Jalan Tabuan, Kuching sentiasa didatangi oleh penduduk di sekitar Kuching hingga ke Serian khususnya pada hari Jumaat tanpa putus-putus. Malah dari satu tahap kelihatan rumah Awang Tengah tempat penyelesaian atau tapak aduan rakyat. Personaliti lulusan psikologi dan sains politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berumur 56 tahun ini cukup mesra dan rapat dengan akar umbi menjadikannya amat popular kalangan rakyat akar umbi. Naib Presiden Kanan PBB ini juga mempunyai hubungan baik dengan komponen BN lain. Tidak hairan nama Tengah turut disebut-sebut sebagai antara calon Ketua Menteri Sarawak. Sekiranya berlaku, ia merupakan satu pengiktirafan kepada masyarakat di utara Sarawak terhadap kepimpinannya yang berjaya menghasilkan undi popular pada pilihan raya lepas. Lawas kini bukan kawasan kecil yang kita kenali 10 tahun yang lalu. Kini Lawas sudah berubah wajah. Tak pernah terfikir oleh penduduk di sana, Lawas akan memiliki sebuah hotel yang terkenal di seluruh Malaysia. Kini Lawas adalah satu-satunya tempat Hotel Seri Malaysia di Sarawak bertaraf tiga bintang yang menjadi tanda aras pembangunan di Lawas. Yang terkini Hopsital Lawas yang bernilai RM80 juta akan dibina apabila baru diumumkan baru-baru ini. Pembinaan lapangan terbang baru di Lawas juga dijangka akan dibuat dalam beberapa tahun ini. Selain itu Lawas Shopping Mall, Pusat Budaya Lun Bawang, Rumah Awam Lawas, Sundar dan Trusan, pembinaan 300 buh unit rumah kos rendah dan pembinaan empangan hidro Lawas berkapasiti 600mw. Ternyata banyak pembangunan sudah dilaksanakan kecuali sebahagian kecil kemudahan infrastruktur. Bagaimanapun yang belum dilaksanakan sudah dimasukkan dalam idang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Pada pilihan raya 2006, Awang Tengah memperoleh undi sebanyak 5,596 undi. PKR yang diwakili Mohamad Ibrahim hanya mendapat 98 undi manakala Japar Suyut dari Bebas mendapat 321 undi. Dengan kata lain, Tengah mendapat 5,275 undi majoriti. Apakah kali ini Tengah mendapat tentangan hebat? Kalau dahulu, PKR yang cuma mendapat 98 undi. Kini PKR mengatur strategik politik mereka. PKR berharap dengan mengambil dan meletakkan Japar Suyut sebagai calon PKR mereka pasti akan meraih undi yang lebih banyak berbanding dengan pencapaian PKR pada pilihan raya lepas. Adakah strategi ini akan berjaya dengan mengambil kira sentimen politik semasa di Bukit Sari? Pastinya, seramai 9,983 pengundi di Bukit Sari lebih bijak menentukan pilihan mereka nanti. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di lawas sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |