Jumaat, 15 Julai 2011

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


saya menulis: misteri buaya puaka <b>di kuching sarawak</b>

Posted: 09 Jul 2011 07:06 PM PDT

minggu lepas saya berpeluang untuk membuat kerja luar di kuching sarawak.akibat dari kumpulan audit yang menjalankan tugas mereka di salah sebuah hospital mental di negeri sarawak itu. maka saya perlu hadir sebagai wakil dari kementerian untuk menerima sebarang isu yang berbangkit *eleh lebih bershopping sebenarnya ni*

saya menginap di hotel riverside majestic dengan harga 200++ semalam..pengsan juga saya membayar harga 2 malam memandangkan sy bukan lagi pemegang sebarang kad kredit dari mana-mana bank..hotel ini mempunyai dua kadar bilik yang berbeza bergantung kepada view (samada view sungai sarawak atau bandar kuching)..hotel ini terletak di tengah bandar kuching cuma mempunyai sedikit masalah untuk mengambil penumpang memandangkan ruang yang terhad..walau bagaimanapun dekat dengan parkson di mana tempat saya mencuci mata membeli belah..

setibanya saya di sarawak sy dijemput oleh orang tertentu dan membawa saya ke hospital umum sarawak..usai pekerjaan formal di situ, kami berangkat untuk mencarik kek lapis sarawak yang sangat glamer itu..kita selalu dikhabarkan dengan kek lapis dayang salhah yang sedap tapi tidak salah kalau kita mencuba tajuk yang lain seperti kek lapis mira yang ternyata tidak mengecewakan!

pada malamnya kami teringin untuk merasai mee kolok..lalu kami mengambil keputusan untuk menaiki bot penumpang ke food court yang kelihatan meriah di seberang sungai dengan kos 0.50 sen sahaja..tak sampai 5 minit sudah tiba di seberang, baru hendak bergosip..terdapat banyak gerai..terdapat pelbagai jenis mee kolok, saya mencuba mee kolok goreng..manakala rakan-rakan saya mencuba mee kolok spesel dan biasa.mee kolok ini akan dimakan bersama kuah sup dan sambal hitam pedas.mee kolok spesel mempunyai udang dan ayam di dalamnya..boleh tahan juga..


saya juga tertarik dengan menu sotong ketuk..sotong kering dengan rupa seperti sotong sebenar akan digulung dan diketuk2 di atas kayu sehingga leper dan dicicah dengan sambal pedas..walaupun saya tidak makan sotong namun saya telah juga sedikit setelah dipaksa..pulang dari makan kami sempat melihat beberapa gerai kecil menjual pelbagai makanan dan kraf di sekitar sungai sarawak..



selain itu, bagi sebarang kelainan untuk makan malam selain makanan laut yang biasa disajikan saya juga mencuba makanan thai di suatu kedai bernama D'arisz cafe juga disekitar bandar kuching yang pada selera saya 5 bintang rasa makanan2 di situ..

tak lengkap juga kiranya kedatangan ke kuching ini sekiranya tidak singgah di pasar satok di mana terdapat banyak peniaga ikan terubuk masin dengan pelbagai saiz.walaupun begitu saya dimaklumkan bahawa kesemua peniaga itu mendapat bekalan dari pembekal yang sama..akhirnya saya tergoda juga dengan ikan terubuk masin besar dengan harga RM 15 hengget seekor dan selamatlah 3 ekor tersebut sy sumbat dalam luggage saya *memang bole imagine kan bau baju2 saya-pengsan*

sebelum pulang saya sempat untuk berjalan kaki di sekitar sungai sarawak dan bandar kuching mengambil gambar dan merasai kfc sana *pada saya kurang sedap*..sempat lagi di airport saya mencuba laksa sarawak yang sedap di gerai mee bersebelahan mcdonald airport kuching bersama rakan saya yang hampir setahun ditukarkan ke sana..sedap tapi berair hidung sebab pedas.oh ye jgn lupa juga untuk membeli pes masak itam jenama liza untuk dicuba di rumah.

itu saja coretan perjalanan saya sepanjang 2 hari di kuching..saya tidak mahu bercerita tentang kerja saya di sana kerana tiada yang menarik bagi saya.



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads