Selasa, 13 Mac 2012

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Kampung Baur <b>Sri Aman</b> Terima Bantuan Tabung Baitulmal <b>Sarawak</b>

Posted: 02 Mar 2012 02:51 PM PST


Untuk ALBUM...Shamsuddin (belakang tengah) bersama Shamsul (kiri) dan tetamu khas sedang merakamkan gambar kenangan bersama penerima bantuan di Kampung Baur, Sri Aman kelmarin.
SRI AMAN, Ahad (26 Feb) – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah menghulurkan bantuan kelengkapan asas kepada pihak Pengurusan Surau Kampung Baur Sri Aman menerusi majlis yang berlangsung di surau kampung tersebut kelmarin.
Majlis itu yang turut dijayakan menerusi rangka kerjasama dengan Pejabat Agama Islam Bahagian (PAIB) Sri Aman itu telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) iaitu Abang Shamshuddin Abang Seruji.
Beliau ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan itu telah mengajak semua masyarakat Islam untuk sentiasa bersatu hati dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang dapat memberi kebaikan bersama selepas ini.
"Permasalahan kecil yang berlaku dikalangan mereka hendaklah diselesaikan dengan cara bijkasana agar tidak menimbulkan keretakan dalam entiti sesebuah masyarakat Islam," katanya.
Selain itu beliau juga turut menjangkakan bahawa Kampung Baur bakal mempunyai potensi untuk menjadi lokasi tumpuan projek pertanian buah-buahan dalam rantau daerah Sri Aman di masa akan datang.
"Ini kerana kawasan telah didapati mempunyai kedudukan tanah yang subur disamping kesungguhan para penduduk tempatan di situ dalam mengusahakan pelbagai jenis projek dari segi aspek pertanian.
"Justeru saya berharap agar usaha seperti ini dapat diteruskan oleh penduduk Kampung Baur di masa akan datang demi merealisasikan jangkaan tersebut di masa akan datang," katanya.
Terdahulu TBS menerusi majlis tersebut juga turut menyampaikan bantuan berupa beg persekolahan kepada golongan murid sekolah rendah yang telah dikenalpasti sebagai fakir miskin.
Ketua Zon Selatan TBS, Shamsul Bahri Manap, Imam Bahagian PAIB, Ustaz Haji Anwar Musaddad Tajuddin, Pengerusi Pengurusan Surau Kampung Baur, Ketua Kampung Baur dan Ketua Kampung Tanjung Bijat turut hadir sama pada majlis itu.

Wakil rakyat <b>di Sri Aman</b> kunjungi rumah terbuka pemimpin <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2012 03:57 PM PST

Posted on January 25, 2012, Wednesday

MUHIBAH: Rohani (duduk enam kiri) bergambar kenangan bersama Kapitan Kuek Aik Seng (duduk empat kiri) serta para tetamu yang berkunjung ke rumah Kapitan Kuek di Jalan Hup Seng kelmarin.

SRI AMAN: Tiga wakil rakyat di Sri Aman iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan Sarawak Datuk Francis Harden Hollis serta Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat tidak melepaskan peluang mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina terhadap pemimpin-pemimpin masyarakat di sekitar Sri Aman kelmarin.

Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar telah meluangkan masa hampir tiga jam berkunjung ke rumah Temenggung Sii Toh Peng yang terletak di Taman Pasir Panas, Sri Aman dan rumah Kapitan Kuek Aik Seng di Jalan Hup Seng, Jalan Brayun, Sri Aman.

Manakala, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang  meluangkan masa hampir empat jam berkunjung ke majlis rumah terbuka di kawasan beliau termasuk ke rumah Temenggung Sii Toh Peng, Kapitan Kuek Aik Seng serta pemimpin-pemimpin Cina yang lain di kawasan beliau.

Sementara itu, Masir pula meluangkan masa hampir sejam berkunjung ke rumah Temenggung Sii Toh Peng yang terletak di Taman Pasir Panas, Sri Aman.

Rohani yang sempat ditemui Utusan Borneo menjelaskan bahawa perayaan Tahun Baharu Cina yang diraikan oleh masyarakat Cina merupakan salah satu perayaan 1Malaysia yang diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

"Di sini kita dapat melihat kaum melayu dan Iban mengambil peluang berkunjung ke majlis rumah terbuka rakan-rakan Cina mereka dan ini menunjukkan kita semua dalam satu rumpun rakyat Malaysia.

"Kita semua tidak bergaduh sesama sendiri malah kita semua bersatu dan kita semua berpeluang meraikan semua perayaan di Malaysia," katanya.

Turut bersama-sama mengiringi kunjungan Rohani, Harden dan Masir ke majlis rumah terbuka berkenaan, para pemimpin masyarakat daripada kaum Melayu serta kaum Iban.

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


AKTIVIS BERSHIT MARAH DISEKAT MASUK KE <b>SARAWAK</b>..!!!

Posted: 11 Mar 2012 07:32 AM PDT

Saya menyambut baik keputusan Kerajaan Negeri Sarawak yang menyekat mereka-mereka yang suka buat kacau bilau seperti aktivis-aktivis Bershit 2.0 dari memasuki bumi Sarawak.

Terbaru, aktivis Bershit 2.0, Maria Chin Abdullah telah dilarang Kerajaan Negeri Sarawak untuk masuk ke negeri itu. Berang dan marah dengan keputusan tersebut, Maria Chin mengadu pada Malaysiakini memohon simpati.

Maria Chin yang sememangnya sering berfikiran negatif dan selalu bersyak wasangka buruk terhadap kerajaan sedia ada mahu masuk ke Sarawak untuk bertemu segelintir aktivis Bershit di negeri itu untuk berkempen sempena PRU 13.

Menurut laporannya, Maria Chin yang gagal membersihkan hatinya meskipun selepas memeluk Islam itu menyifatkan Kerajaan Negeri Sarawak tak mahu membenarkan jawatankuasa Bershit memantau PRU 13.

Pada saya, ia adalah satu keputusan yang sangat tepat untuk menghalang anasir-anasir negatif dari menular ke negeri Bumi Kenyalang itu. Sememangnya Kerajaan Negeri Sarawak berhak menyekat mana-mana individu yang tidak diingini untuk masuk ke negeri itu.

Kepada mereka yang berekod baik, waras, bagus dan tak buat huru-hara, mereka akan diterima baik untuk masuk pergi ke Sarawak tanpa sebarang halangan. Malah mereka dialu-alukan untuk melawat negeri tersebut.

Setahu saya, Kerajaan Negeri Sarawak tak pernah menyekat mana-mana individu yang baik rekodnya untuk masuk ke negeri itu. Tapi, kalau ada rekod buruk dan buat hal di Semenanjung, jangan haraplah nak masuk ke negeri Borneo itu.

Tak percaya? Tanya Gobalakrishnan. Ketika Pilihanraya Negeri Sarawak berlangsung, Gobalakrishnan yang ketika itu sudah keluar dari PKR, nak masuk ke Sarawak untuk tolong BN berkempen.

Tapi dia tak lepas masuk ke Sarawak. Hanya setakat sampai di lapangan terbang saja. 'Kantoi' di imigresen sebab dia termasuk antara yang dilarang masuk ketika itu. Dipercayai dia dilarang masuk sebab pernah menyertai beberapa demonstrasi ketika bersama PKR.

Pada saya, perkara ini sepatutnya diamalkan juga di Sabah dan negara kita, Malaysia. Pada saya, mana-mana individu yang suka buat hal dalam negara eloklah dibuang kerakyatan dan dihalau keluar dari negara ini.

Nak kata zalim, katalah. Biar dikatakan zalim asalkan negara ini aman damai tanpa mereka. Tak rugi untuk kehilangan warganegara tak berguna seperti itu.

Sebenarnya, Iran sudah lama membuat dasar seperti itu. Kerajaan Iran halau dan buang kerakyatan warganegaranya yang suka timbulkan huru-hara di negara itu.

Contohnya baru-baru ini sekumpulan wanita yang telah pun dibuang negara bertindak memprotes negara asal mereka (Iran) dengan berbogel. Kumpulan itu memperjuangkan hak kebebasan seks terhadap wanita. Lebih kurang macam LGBT Seksual Merdeka la.

Namun Iran buat selamba saja. Nak kata Iran zalim? Katalah. Iran tetap Iran dan antara negara Islam yang terkuat dan menyengat selain Malaysia.

Pada saya, sekiranya dasar tersebut dilaksanakan di negara ini, individu pertama yang perlu dinyahkan ialah Anwar. Kedua ialah Ambiga dan ketiga ialah Mahfuz. Kemudian diikuti oleh Lim Kit Siang dan son, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Ronnie Liu.

Rasanya tak Malaysia tak rugi kalau tak ada individu yang bersikap seperti mereka. Tak rugi kalau tak ada agen Yahudi di sini. Tak rugi kalau tak ada penaung LGBT dan Bershit di sini. Tak rugi kalau tak ada 'Arab' berotak lembu di sini dan tak rugi juga kalau tak ada kafir harbi di Malaysia.

Tak tahulah, tapi itu pendapat saya saja. Mungkin ada yang bersetuju dan mungkin ada yang tidak. Apa pula kata anda? Lebih suka Anwar terus meliwat di Malaysia atau diluar negara? Tepuk dada dan rujuklah pada Islam.


Sumber: Klik sini

ads