11 di limbang - Google Blog Search |
Kisah Kursus Rawatan Islam Ustaz Azrin <b>di Limbang</b> Posted: 22 May 2012 11:45 PM PDT Misi utama saya ke Limbang kali ini adalah untuk mengadakan Kursus Rawatan Islam, khususnya berkenaan dengan merawat gangguan jin dan masalah yang berkaitan dengannya. Ini adalah kali kedua saya menjejakkan kaki ke tanah Limbang. Saya bersyukur kerana dengan izinNya, dengan ikhtiar dan kesungguhan peserta-peserta kursus rawatan saya yang pertama di Limbang pada sessi Jun 2010, maka berputiklah Kaedah Rawatan Islam di bumi Limbang. Kejayaan ini diberkati lagi dengan kehadiran guru saya di Limbang sekitar tahun 2011 untuk memenuhi hajat-hajat mereka yang ingin menjadi ikhwan Thoreqat Ahmadiah Idrissiah. Guru saya Tuan Syeikh Faiz Bin Syeikh Ahmad Bin Syeikh Muhammad Said Al-Linggi dalam programnya membimbing ikhwan-ikhwan di Brunei, kebiasaannya akan singgah juga di tanah Limbang untuk membimbing ikhwan-ikhwan di situ yang kebanyakkan diantara mereka adalah peserta-peserta kursus rawatan saya. Syukur ke hadrat Allah s.w.t, kursus selama sehari setengah ini berjalan dengan lancar. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Ustaz Ahmad, Ustaz Ghani, Cikgu Rapiah dan semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Kepada pihak penaja yang telah sponsor sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang, jasamu dikenang... Allah saja lah yang dapat membalas kebaikan anda semua... moga2 tercapai segala hajat maksud dan didalam redha serta petunjuk Allah sentiasa hendaknya... Akhir kata, kursus selama sehari setengah ini tidak tamat disini saja, selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah kita perlu belajar dan terus belajar, dalam yang kita tahu, ada banyak lagi perkara yang kita tidak tahu, ilmu Allah s.w.t terlalu luas, kita harus berlapang dada, selesaikan masalah dengan hikmah dan bijaksana, umpama tarik rambut dalam tepung.. Ambil lah pengajaran dari masalah-masalah pesakit yang datang kepada kita, itu semua adalah teguran dan peringatan Allah terhadap kita (perawat) supaya kita sentiasa bersyukur dan memperbaiki diri dari semasa ke semasa.. wallahu'aq'lam.. |
You are subscribed to email updates from di limbang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |