Rabu, 7 Ogos 2013

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di kanowit sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Jul 2013 07:03 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di kanowit sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jun 2013 07:04 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di kanowit sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Jun 2013 07:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di kanowit sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 24 May 2013 07:02 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di kanowit sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 03 May 2013 07:39 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di kanowit sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Apr 2013 07:31 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di kanowit sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Apr 2013 07:45 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

You&#39;re about to be redirected - Redirecting

Posted: 05 Nov 2012 03:26 AM PST

[unable to retrieve full-text content]The blog that used to be here is now at http://www.bujangsenang.org/2012/11/panas-anwar-di-kanowit-sarawak.html. Do you wish to be redirected? This blog is not hosted by Blogger and has not been checked for spam, viruses and other ...

KEHADIRAN ANWAR IBRAHIM <b>DI KANOWIT SARAWAK</b> <b>...</b>

Posted: 03 Nov 2012 05:00 PM PDT

Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan singkat ke Sarawak pada Jumaat, 2 November 2012, dengan Parlimen Kanowit menjadi destinasi pertamanya. Berbaju Melayu dan berjalan lagak sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan diiringi pengawal peribadi, Anwar Ibrahim hadir pada pagi Jumaat dengan disambut oleh sebilangan kecil ahli-ahli PKR.
Kehadiran Anwar Ibrahim ke Parlimen Kanowit itu memberikan gambaran bahawa Parlimen Kanowit akan ditandingi calon PKR. Seperti biasa Anwar Ibrahim memberikan gula-gula manis kepada rakyat Kanowit khususnya ahli-ahli PKR. Persoalan di sini, berapa ramai rakyat Kanowit menerima kehadiran Anwar Ibrahim?
Menjadi kebiasaan bagi penduduk Iban yang tinggal di Rumah Udam Nanga Lipus akan pergi ke kebun yang menjadi mata pencarian dan rezeki mereka. Jika penduduk mahu pergi menyambut Anwar Ibrahim maka banyak masa terbuang dan ini sangat merugikan. Adalah lebih baik mereka turun ke kebun dan menjalankan rutin harian.
Kehadiran Anwar Ibrahim ke Kanowit hanya disambut sebilangan kecil ahli-ahli PKR Kanowit. Yang menariknya, Anwar Ibrahim telah disambut dengan meriah oleh poster dan banner yang tertulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Iban sambil mengalu-alukan kedatangan peliwat Malaysia.
Selain disambut oleh ahli-ahli PKR, ceramah politik Anwar Ibrahim juga hanya didengari ahli-ahli PKR Kanowit. Manakala, penduduknya kebanyakan mereka pergi ke kebun dan mengusahakan tanaman padi dan makanan.
Disebabkan sambutan yang kurang menggalakkan, Anwar Ibrahim hanya berceramah ringkas dan pendek sebelum beredar kerana terasa amat malu. Lokasi seterusnya yang dilawat Anwar Ibrahim ialah Kabong sebelum berlepas ke Kuching bagi menyempurnakan forum mengenai sebuah buku yang dikupas Anwar Ibrahim dan dua orang ahli panel di Hotel Grand Continental, Kuching pada malamnya. 

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Semangat berpasukan <b>di</b> kalangan atlet penting bagi memastikan <b>...</b>

Posted: 28 Jul 2013 03:09 PM PDT

Posted on July 29, 2013, Monday

BERMULA: Rose menyalakan obor kejohanan bagi memulakan sukan sempena Olahraga Tahunan Ke-10 SMK Telang Usan, Marudi.

MARUDI: Semangat berpasukan di kalangan atlet amat penting bagi memastikan kemenangan pasukan masingmasing dan seterusnya melonjakkan tahap dan prestasi sukan sekolah.

Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Pejabat Daerah Marudi Rose berkata, walaupun di kalangan atlet mereka adalah rakan sekelas, namun dalam rumah sukan masing-masing mereka adalah 'lawan' tetapi bukan bererti mereka bermusuhan sesama sendiri sebaliknya istilah 'lawan' dalam sukan adalah bersaing sesama mereka secara sihat untuk menjadi atlet yang terbaik.

"Dalam sukan ini (kejohanan sekolah), kita harus bermain menentang rakan baik atau rakan sekelas sendiri dan dalam pasukan berlainan bagi meraih kemenangan bagi rumah sukan kita, tetapi bukan bererti kita membawa 'permusuhan' itu di luar kerana 'lawan' dalam sukan bermakna pesaing kita, bukan bergaduh dan ia dilakukan bertujuan untuk kita meningkatkan tahap sukan sekolah sekali gus mengeratkan tali persaudaraan dan mengekalkan perpaduan antara kaum," katanya ketika merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-10 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telang Usan di sini Beliau mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau.

Pada masa yang sama, Rose turut menasihatkan para atliet agar jangan melupakan pendidikan mereka sebaliknya mengimbangi kedua-duanya, akademik dan sukan agar menjadi lebih berjaya dalam hidup.

Pada majlis yang sama, Rose turut mengumumkan peruntukan daripada Dennis untuk SMK Telang Usan berjumlah RM5,000.

Hadir sama ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Baram, Jalong Wan serta Penolong Kanan 1 (PK1) Rosimi Arun yang mewakili pengetua sekolah.

Kejohanan tersebut berlangsung di Kompleks Sukan Marudi di Kampung Cina dekat sini, diwakili oleh empat rumah sukan, masing- masingnya ialah Rumah Rajawali (Kuning), Rumah Kenyalang (Hijau), Rumah Garuda (Biru) dan Rumah Helang (Merah).

Dalam kejohanan itu, Rumah Helang berjaya muncul sebagai johan keseluruhan dengan memunggut markah tertinggi sebanyak 338 mata.

Manakala naib johan jatuh kepada Rumah Rajawali dengan 332 mata, tempat ketiga ialah Rumah Kenyalang dengan 296 markah manakala Rumah Garuda akur untuk berada di tempat keempat dengan markah 291 mata.

Sementara olahragawan dimenangi oleh Mohd Izuan Azela dari Rumah Helang dan Mathilda Unyang Yusuf dari Rumah Rajawali merangkul gelaran olahragawati.

Bagi pertandingan lalu lintas hormat pula, tempat pertama ialah Rumah Rajawali, kedua Rumah Garuda dan ketiga ialah Rumah Helang.

Dalam pertandingan unit beruniform tempat pertama dimenangi oleh pasukan kadet polis, tempat kedua ialah Bulan Sabit Merah Malaysia dan tempat ketiga ialah Kadet Bomba.

Pertandingan keceriaan khemah dimenangi oleh Rumah Helang diikuti Rumah Rajawali di tempat kedua dan tempat ketiga di Rumah Garuda.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di subis sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jun 2013 09:16 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2013 09:17 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 23 May 2013 09:15 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 07 May 2013 09:29 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Apr 2013 10:09 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2013 09:21 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Mar 2013 10:19 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Mar 2013 09:14 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pindahkan tapak pelupusan sampah | my <b>Sarawak</b> - News coverage <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2013 05:21 PM PST

MIRI: "Kami tidak mahu digelar sebagai penduduk sampah," keluh Sabak Isa tentang projek pelupusan sampah di Bekenu, di sini.

Menemui pemberita di sini semalam, Sabak, 65, meminta kerajaan segera memind­ahkan tapak pelupusan itu ke lokasi lain agar masalah bau dan pencemaran sungai dapat diatasi.

Berasal dari Kampung Keluru Jaya Sibuti, Sabak mendakwa masalah berk­enaan semakin serius sejak lima tahun lalu setelah long­gokan sampah harian dika­takan tidak diuruskan dengan sempurna.

"Setiap kali hujan lebat, air sampah ini mengalir ke sungai dan membawa bersama bau busuk," katanya sambil memberitahu bahawa sungai berbau busuk seperti Sungai Kejapil, Buaya, Keluru dan Maritam.

Sabak tidak mahu pence­maran bau dari projek itu akan memberi imej negatif terhadap cara hidup mereka di mata masyarakat lain, kerana mendiami kawasan berdeka­tan sampah sarap.

Beliau memberitahu, kam­pung paling terjejas ialah Kampung Subak yang terletak berhampiran pusat berkenaan termasuk beberapa kampung lain seperti Kampung Keluru Jaya, Satap, Keluru Tengah, Kejapil, Sepurau, Opak dan Beraya.

"Harapan kami agar kera­jaan akan meneliti permasala­han dan mengambil tindakan segera mengatasi masalah terbabit," jelasnya.

Masalah itu katanya, turut mendapat perhatian wakil-wakil rakyat serta Datuk Bandar Miri Lawrence Lai yang hadir menemui pen­duduk dan mengunjungi pusat berkenaan.

Menurutnya, aduan juga telah dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Januari lalu.

Dalam pada itu, pusat berk­enaan yang beroperasi sejak 2003 menguruskan sampah dari kawasan di bawah tad­biran Majlis Bandaraya Miri (MBM), Majlis Daerah Subis (MDS) dan Bakong dengan purata sampah sebanyak 75 tan metrik sehari.

Kerajaan telah membina sebuah sel pelupusan sanitari yang baharu di tapak pelupu­san sisa pepejal di Kampung Subak, Bekenu bernilai RM24 juta dan siap pada penghujung Disember lalu untuk menam­pung tiga sel pelupusan yang hampir penuh.

Pembinaan sel keempat itu mampu menampung bilangan sampah sebanyak 200 tan metrik sehari dalam tempoh lima tahun.

Ia memiliki teknologi efis­ien seperti aplikasi sel pelu­pusan sanitari, kemudahan pengumpulan larut resapan atau air sampah (leachate) dan loji rawatan air sampah.

Teknologi ini diharap da­pat mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Subak dan kawasan sekitarnya yang sebelum ini mengadu bau busuk, lalat, air sampah yang masuk ke Sungai Nibong serta tumpahan air sampah di kawasan kampung mereka.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jan 2013 09:49 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

LEARNING AND YEARNING: <b>Di</b> manakah Gua Nasib Bagus?

Posted: 17 Jun 2010 01:24 AM PDT


Istilah ini mungkin tidak asing bagi pelajar Tingkatan 2.  Di mana sebenarnya Gua Nasib Bagus ini?  Ada buku sebut Gua Niah, ada pula sebut Gua Mulu.  Di bawah topik Bab12 Petempatan, m/s 115 dalam buku teks, ia disebut bahawa:

"Gua Niah atau "Lubang Nasib Bagus" mengikut panggilan tempatan merupakan gua terbesar di dunia.  Panjangnya adalah 700 m, 70 m tinggi dan purata lebarnya 300 m.  Keluasannya dianggarkan boleh memuatkan sebanyak 70 buah kapal terbang Airbus.  Gua ini terletak di Taman Negara Mulu Sarawak."

Maklumat di atas ini mengandungi beberapa kesilapan, di antaranya: 

"Gua Niah atau "Lubang Nasib Bagus" mengikut panggilan tempatan merupakan gua terbesar di dunia.  Panjangnya adalah 700 m, 70 m tinggi dan purata lebarnya 300 m.  Keluasannya dianggarkan boleh memuatkan sebanyak 70 buah kapal terbang Airbus.  Gua ini terletak di Taman Negara Mulu Sarawak."

Tulis yang italic dan berwarna ungu sebenarnya agak mengelirukan.  Kesilapannya ialah:
1.  Gua Niah bukan gua terbesar di dunia.  Ia dikatakan boleh memuatkan 3 padang bola sepak, dan bukannya 70 buah kapal terbang Airbus.
2.  Gua Niah bukan terletak di Taman Negara Mulu.  Ia sebenarnya terletak di Gunung Subis di Bahagian Miri, Sarawak.
3.  Gua Niah juga bukan dipanggil "Lubang Nasib Bagus".

Lain pula ceritanya tentang Gua Mulu.  Taman Negara Mulu juga terletak di Bahagian Miri.  Gunung Mulu terbentuk 5 juta tahun dahulu.  Di dalam taman negara ini terdapat banyak gua.  Di antaranya ialah Gua Nasib Bagus, Gua Rusa (Deer Cave) dan Clearwater Cave.  Maka Gua Nasib Bagus adalah di dalam Taman Negara Mulu.  Di dalam Gua Nasib Bagus pula terdapat "Kamar Sarawak" (Sarawak Chamber) -  ruangan yang sangat besar sehingga boleh menampung 40 kapal terbang Boeing 747.

Gua Niah pula adalah gua yang tertua di Sarawak.  Ia terletak di Gunung Subis.  Gua batu kapur ini terbentuk 16 - 20 juta tahun dahulu.  Tinggalan manusia 40,000 tahun dahulu boleh dijumpai di sini.  Maka, petempatan awal juga boleh dijumpai di sini.

BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Mar 2013 09:30 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Parti Alternatif Malaysia: Bangsamoro <b>di</b> Sabah

Posted: 06 Mar 2013 03:57 AM PST

Ia bertukar tangan kepada Sultan Sulu setelah Sultan Brunei meminta pertolongan sepupunya Sultan Sulu untuk menyelamatkan istananya yang sedang dikepung oleh musuh.

Atas kejayaan sepupunya itu, Sultan Brunei telah menghadiahkan Sabah kepada Sultan Sulu. Tetapi Sultan Sulu telah bersetuju memberi ruang kepada sebuah Syarikat British Borneo milik kerajaan British untuk menyewa Sabah tanpa menyebut tarikh tamat tempohnya.

Ternyata Sultan Sulu tidak sebijak Maharajah China yang menyewa Hong Kong kepada British hanya untuk satu ratus tahun.

Apabila British memberikan kemerdekaan Sabah dan Sarawak kepada kerajaan Malaya pimpinan Tunku Abdul Rahman, sekali gus Sabah telah diserahkan juga kepada penubuhan Kerajaan Malaysia.

Kalau disorot undang-undang, peralihan Sabah ke tangan Malaysia boleh dianggap tidak sah, kerana sewa pajak Sabah oleh kerajaan British tidak menyebut dia boleh menyerahkan kuasa kepada pihak lain.

Mengikut Rumah Bicara Sulu, Sabah sepatutnya dipulangkan semula kepada mereka oleh British. Kerana itulah Presiden Macapagal (ayah kepada Presiden Gloria Arroyo Macapagal) telah mengambil kesempatan menuntut bumi Sabah sebagai milik kerajaan Filipina satu ketika dahulu.

Presiden Macapagal berbuat demikian kerana dia menyokong tuntutan warganya yang juga merupakan Bangsamoro di selatan Filipina. Sebagai seorang peguam, Presiden Macapagal faham dia mempunyai tuntutan yang sahih terhadap Sabah.

Akan tetapi semasa perundingan di Manila, Tunku sebagai seorang peguam juga telah mempertahankan hak Malaysia memiliki Sabah.

Beliau telah menyebut, semasa British berundur daripada bumi Sabah ketika diserang oleh Jepun, tidak ada seorang pun warga Kesultanan Sulu yang datang mempertahankan bumi Sabah. Sabah telah dipertahankan oleh askar British yang ketika itu dianggotai oleh warga British, Gurkha Nepal dan askar Melayu.

Dengan itu sebagai jalan pintas dan mudah, kita dapati Kerajaan Malaysia membayar pampasan berjumlah USD5,300  kepada istana Sulu melalui seorang peguam berbangsa Filipina yang mengeluarkan resit penerimaan wang itu.

Bagaimana Tunku mampu membayar pampasan sekecil itu menjadi tanda tanya kita. Ataupun adakah kemungkinan ada pampasan yang lebih besar dibayar kepada pihak lain yang ada kuasa menentukan perjanjian Makati Accord tersebut.

Akan tetapi, hingga ke hari ini Kesultanan Sulu dan Bangsamoro tidak mengikhtiraf bayaran itu sebagai satu pampasan. Mereka menganggap wang sejemput itu adalah bayaran sewa kerajaan Malaysia kepada Bangsamoro.

Kita boleh faham kenapa Bangsamoro tidak pertikaikan wang secopot itu sebagai harga sewa pajak bumi Sabah sedangkan untuk menyewa sebuah apartment mewah di Makati Square ataupun di sepanjang Roxas Boulevard, Manila mungkin harganya dua belas kali ganda daripada itu.

Jawapan kepada soalan cepu emas itu terletak kepada keadaan dalam negeri Bangsamoro itu sendiri.

Kepulauan Bangsamoro adalah merangkumi Kepulauan Palawan, Tawi-Tawi Basilan dan beberapa kepulauan kecil yang bersempadan dengan Indonesia. Rakyat negara itu semuanya bercakap Bahasa Melayu dan menganut agama Islam.

Malahan pada satu ketika dahulu, Kesultanan Sulu menjajah luas hingga ke kepulauan Mindanao yang kota rayanya bernama Manila. Mindanao dan kepulauan berdekatannya telah ditumpaskan oleh penjajah Sepanyol. Kejatuhan itu berlaku setelah Sultan Sulaiman berjaya dibunuh oleh Sepanyol.

Namun pada masa pemerintahan Sepanyol dan kemudiannya Amerika Syarikat itu, muncul seorang Dr. Melayu, Jose Rizal yang merupakan bapa kemerdekaan Filipina. Beliau meninggal dunia sekembalinya selepas mengerjakan rukun Haji di Makkah.

Assimilasi penjajah Sepanyol dan juga Amerika telah merobah Bahasa Melayu menjadi satu bahasa berbeza yang kini dipanggil Bahasa Tagalog. Namun terlalu banyak bahasa Melayu di dalamnya, seperti Ano, Apadia, Pangalan (panggilan/nama) mo (kamu).

Pengaruh Sepanyol telah menjadi agama Katholik menjadi pegangan orang Filipina di Kepulauan Mindanao. Kedatangan Amerika pula telah mencambahkan fahaman Kristian Presbyterian, Anglopayan, Methodist, Pentecostal dan lain-lain lagi.

Kalau Sepanyol menjadikan warga Filipina kuat beragama Katholik seperti Mexico, kehidupan mereka amat mundur ketika itu kerana kehidupan mereka banyak tertakluk kepada karenah penjajahan Sepanyol.

Semasa itu pemerintahan Sepanyol tidak stabil kerana asyik dengan ketaksuban mahu menguasai sepenuh bumi Filipina termasuk wilayah Bangsamoro.

Inilah sebabnya pemerintahan Filipina bertukar tangan kepada Amerika Syarikat yang akhirnya membangunkan Kepulauan Mindanao sebagai pangkalan tentera lautnya di Subic Bay dan pergunungan Bagio sebagai tempat istirahat keseluruhan anggota tentera Amerika selepas Perang Dunia Kedua.

Hingga ke hari ini Bagio menjadi pusat pelancongan, Kolej dan Universiti ketenteraan Filipina. Subic Bay yang sudah lama ditinggalkan oleh Amerika Syarikat kini dibuka semula untuk menempatkan tentera Amerika mengikut perjanjian yang baru.

Akan berkembang majulah nanti pusat Bandar Angeles City yang sudah sekian lama muram dan merudum bila ditinggalkan oleh Armada Laut Amerika.

Kalau kita sorot sejarah Bangsamoro, sepatutnya mereka boleh mendesak penilaian semula perjanjian Makati Accord memandangkan taraf hidup semasa. Kenapakah mereka tidak berbuat demikian?

Memang amat malang sekali Bangsamoro, tidak dapat memperjuangkan pampasan ataupun nilai sewa pajak lebih dari Lima Ribu Tiga Ratus Dollar Setahun. Kalau pembayaran itu dikira bermula 1964, hingga kini mereka baru menerima sebanyak 265,000 dollar sahaja.

Bayangkanlah kalau harga satu tong minyak bernilai 80 dollar secara purata satu tong, ini bersamaan dengan 33,125 tong minyak mentah sahaja, Tidak sampai pun jumlah dan hasil sedutan minyak dalam satu minggu di bumi Sabah.

Ini bererti kalau Bangsamoro merujukkan perkara ini ke mahkamah antarabangsa di Den Hague, mereka PASTI DAPAT keadilan yang lebih baik. Kenapakah ini tidak berlaku?

Sejurus Macapagal Berjaya memperjuangkan masalah Bangsamoro dia telah dikalahkan dalam pilihan raya oleh seorang peguam bernama Ferdinand Marcos. Beliau telah memerintah lama di Filipina dan semasa pemerintahannya Bangsamoro telah tertekan dan sentiasa berang dengan kerajaan pusat.

Ferdinand Marcos adalah daripada wilayah Ilocos Norte, daripada kaum Ilocos. Beliau adalah sama kaum dengan seorang kawan baiknya di University of Philippines bernama Aquino yang kemudian terbunuh sekembalinya daripada pembuangan di Amerika.

Marcos datang daripada keluarga menengah. Sedangkan sahabat baiknya adalah daripada keluarga hartawan. Sudah menjadi amalan mereka apabila pulang daripada kelas di universiti, mereka berdua akan menunggu kedatangan jip pengangkutan di Manila di satu persimpangan jalan. Di sana Aquino akan mengutip sebahagian wang tambang Jipney ayahnya dan member sumbangan kepada Ferdinand Marcos.

Apabila Ferdinand Marcos berkuasa, dia membazirkan banyak wang untuk memerangi Bangsamoro kerana mahu memerintah Kepulauan Tawi-tawi, Basilan, Palawan dan keseluruhan tanah air Bangsamoro.

Sikapnya itu telah ditentang oleh sahabat baiknya Aquino menyebabkan Marcos memenjarakan sahabat baiknya itu sehingga membenarkan beliau hidup melawat di luar Negara.

Pada akhir-akhir pemerintahannya, Aquino telah dibenarkan pulang untuk bertanding melawan Marcos sebagai Presiden Filipina.

Sikap memerintah dengan kuku besi itu telah melahirkan beberapa pertubuhan pejuang Bangsamoro yang dikepalai oleh Nur Miswari. Kini Nur Miswari sudah tua dan peranannya dimainkan oleh pemimpin muda yang berpelajaran tinggi. Mereka masih menyanjungi Nur Misuari dan juga isterinya yang merupakan adik kepada sultan Kiram, bernama Dr. Fatima Kiram.

Pembunuhan Aquino ketika menuruni pesawat dari Amerika telah menaikkan kemarahan rakyat yang mengadakan tunjuk perasaan seluruh Manila hingga menyebabkan Marcos bersama isterinya Imelda lari lintang-pukang ke Hawaii. Di sanalah Marcos menghabiskan sisa-sisa hidupnya sehingga mati dan dibawa balik untuk ditanam di negara kelahirannya.

Kematian Marcos telah membuka ruang untuk diadakan pilihan raya umum dan ini membolehkan rakyat melantik balu Aquino bernama Corazon (Cory) Aquino naik menjadi Presiden. Bermula daripada itu, MNLF (Moro National Liberation Front) bergerak cergas memperjuangkan kemerdekaan daripada kerajaan pusat yang beragama Katholik.

Perjuangan Nur Misuari dan Bangsamoro, terus berdepan dengan beberapa Presiden yang muncul silih berganti. Cory Aquino tidak mahu bertanding semula selepas lima tahun memerintah. Tempatnya diganti oleh General Fidel Ramos. Inilah Presiden yang bertanggungjawab untuk berdamai dengan Bangsamoro.

Sebelum menjadi Presiden baru, beliau merupakan Ketua Turus Angkatan Tentera Filipina. Fidel Ramos kemudiannya digantikan oleh Estrada, seorang pelakon filem yang paling terkenal di Filipina. Joseph Ejercito Estrada tidak dapat melanjutkan pemerintahannya ke penggal kedua kerana menghadapi tuduhan rasuah. Tempatnya digantikan oleh Arroyo Macapagal.

Kini Filipina ditadbir kerajaan pimpinan Benigno Aquino III. Beliau disenangi oleh Bangsamoro. Cuma pada kali ini, dia tersepit antara mahu terus berbaik dengan kerajaan Malaysia dengan desakan Bangsamoro untuk campur tangan dalam usaha Bangsamoro menuntut bumi Sabah.

Pada 3 Mac 2013 yang lalu, lima lagi anggota polis telah ditembak mati oleh penceroboh bersenjata. Kematian tidak berlaku di Lahad Datu, tetapi di kampung air di Pulau Semporna. Ini bererti sama ada tentera Bangsamoro sudah menyelinap masuk ke pulau Semporna ataupun yang di Lahad Datu dapat menyelinap keluar dan pergi ke Semporna.

Wakil rakyat Parlimen Semporna, Datuk Shafie Afdal nampaknya masih tidak dapat menerima bahawa kemasukan penceroboh bersenjata di bumi Sabah adalah satu serangan bersenjata oleh askar asing. Dia seolah-olah menerima sikap Najib pada tahap awal bahawa askar itu semuanya diberi ruang untuk berundur secara aman.

Mungkin kerana itu Shafie juga telah memberikan nasihat yang salah kepada Perdana menterinya. Itu sebabnya pihak PDRM diberikan kuasa menangani masalah pencerobohan itu lebih dua minggu yang lalu.

Para pembaca pasti dapat mengingati kisah Al Maunah di Jenalik Hilir satu ketika dahulu. Inilah kumpulan yang diberi nama Al Maunah oleh TKT Mahathir. Mereka dikatakan berkubu di atas sebuah bukit kecil di belakang rumah Chegu (Bersara) Osman, kalau saya tidak silap namanya.

Inilah kumpulan yang muncul pada hari Majlis Raja-raja bersidang untuk menimbangkan permohonan Mahathir agar meluluskan satu permohonannya semua parti politik tidak boleh menggunakan perkataan Islam dalam nama-parti. Jelas, TKT mahu PAS dipaksa merobah namanya. Mujur juga Majlis Raja-raja menolak permintaannya itu.

Apa jadi kepada Al Maunah yang dikatakan oleh Mahathir telah berjaya berkubu di atas bukit itu setelah merompak senjata daripada sebuah kem tentera di Banding. Beliau menyebut serpihan askar itu telah berjaya pergi ke Kuala Lumpur dan melepaskan beberapa roket ke arah kuil Hindu di Kuala Lumpur. Ternyata bahawa TKT telah membuat fitnah yang besar, kerana tidak ada sebuah pun kuil Hindu di KL yang musnah.

Akan tetapi dalam masa tiga hari Al Maunah telah tumpas kerana mereka telah ditentang oleh ATM dan bukannya PDRM. Pihak Polis hanya mengadakan sekatan jalan. Yang anehnya, anggota Al Maunah itu sanggup menyerah diri setelah didendangkan dengan lagu IBU (nyanyian P. Ramlee).

Jikalau kita sorot kisah Al Maunah dahulu, pelbagai propaganda telah disiarkan oleh akhbar UMNO. Ada yang menulis bahawa Bukit Jenalik itu mempunyai terowong bawah tanah yang membolehkan mereka lari ke Thailand.

Malahan ditunjukkan juga kisah mata-mata gelap (detektif) yang disiksa oleh Al Maunah sehingga tangannya pecah-pecah. Cuma semasa gambar beliau disiarkan berada di hospital, tidak pun ada tapak tangannya yang berbalut.

Dalam Berita Perdana 03.03.2013 ada disebut oleh Najib betapa Presiden Aquino telah merasa malu (embarrassed) dengan perbuatan Sultan Sulu. Sepatutnya yang harus berasa malu ialah Najib dan UMNO. Dia harus merasa malu kerana tidak cekap menangani keadaan.

Kenapa tidak dibawa asset berharga ATM untuk mengepung kawasan persembunyian Lahad Datu sambil menggugurkan risalah meminta askar Suluk itu menyerah diri.

Kenapa tidak digunakan pembesar suara menggunakan suara orang Sulu meminta askar-askar itu keluar berdamai? Kenapa tidak dijemput orang Sulu terutama sekali seorang warga Sulu yang menuntut hak kerajaan Sulu bernama Dato Rajak Aliuddin. Sedangkan kehadiran beliau menuntut istana Sulu itu sudah lama diketahui oleh kerajaan Malaysia?

Dalam Berita Perdana malam tadi ada disebut bagaimana risikan tentera Filipina menyebut kemungkinan askar Sulu itu bersekongkol dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk datang buat kacau menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Soalnya, samasa TV Filipina mengemukakan soal pembabitan parti pembangkang terutama Anwar Ibrahim dengan askar Sulu itu. Jawapan beliau ialah tidak mungkin kerana dia berpendapat kekecohan yang berlaku ini ada kena mengena dengan UMNO juga.

Nampaknya ada kemungkinan besar betapa askar bersenjata Sulu ini datang bertandang ke Sabah dengan membawa muslihat besar untuk mempengaruhi puak-puak yang akan bertanding dalam PRU-13 nanti.

Soalnya sekarang apakah pilihan raya akan diadakan sebelum 28 April ataupun dibiarkan sahaja hingga tamat tempoh kuasa kerajaan yang sedia ada untuk membolehkan pilihan raya diadakan pada Jun nanti?

 http://blog.marhaen.info/laman-utama/1-artikelmarhaen/2758-mt-ybb-2-bangsamoro-di-sabah

BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2013 10:01 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2013 03:56 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kelab Barisan Nasional <b>Sarawak</b>

Posted: 18 Mar 2013 02:59 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Terima kasih kepada semua pembaca i KBN Sarawak... :-) Jika anda mempunyai ... Beberapa pekerja memunggah baka sawit berkualiti di tapak semaian anak sawit milik Pertubuhan Peladang Kawasan Subis... (tiada tajuk) ...

BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Mar 2013 09:14 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pindahkan tapak pelupusan sampah | my <b>Sarawak</b> - News coverage <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2013 05:21 PM PST

MIRI: "Kami tidak mahu digelar sebagai penduduk sampah," keluh Sabak Isa tentang projek pelupusan sampah di Bekenu, di sini.

Menemui pemberita di sini semalam, Sabak, 65, meminta kerajaan segera memind­ahkan tapak pelupusan itu ke lokasi lain agar masalah bau dan pencemaran sungai dapat diatasi.

Berasal dari Kampung Keluru Jaya Sibuti, Sabak mendakwa masalah berk­enaan semakin serius sejak lima tahun lalu setelah long­gokan sampah harian dika­takan tidak diuruskan dengan sempurna.

"Setiap kali hujan lebat, air sampah ini mengalir ke sungai dan membawa bersama bau busuk," katanya sambil memberitahu bahawa sungai berbau busuk seperti Sungai Kejapil, Buaya, Keluru dan Maritam.

Sabak tidak mahu pence­maran bau dari projek itu akan memberi imej negatif terhadap cara hidup mereka di mata masyarakat lain, kerana mendiami kawasan berdeka­tan sampah sarap.

Beliau memberitahu, kam­pung paling terjejas ialah Kampung Subak yang terletak berhampiran pusat berkenaan termasuk beberapa kampung lain seperti Kampung Keluru Jaya, Satap, Keluru Tengah, Kejapil, Sepurau, Opak dan Beraya.

"Harapan kami agar kera­jaan akan meneliti permasala­han dan mengambil tindakan segera mengatasi masalah terbabit," jelasnya.

Masalah itu katanya, turut mendapat perhatian wakil-wakil rakyat serta Datuk Bandar Miri Lawrence Lai yang hadir menemui pen­duduk dan mengunjungi pusat berkenaan.

Menurutnya, aduan juga telah dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Januari lalu.

Dalam pada itu, pusat berk­enaan yang beroperasi sejak 2003 menguruskan sampah dari kawasan di bawah tad­biran Majlis Bandaraya Miri (MBM), Majlis Daerah Subis (MDS) dan Bakong dengan purata sampah sebanyak 75 tan metrik sehari.

Kerajaan telah membina sebuah sel pelupusan sanitari yang baharu di tapak pelupu­san sisa pepejal di Kampung Subak, Bekenu bernilai RM24 juta dan siap pada penghujung Disember lalu untuk menam­pung tiga sel pelupusan yang hampir penuh.

Pembinaan sel keempat itu mampu menampung bilangan sampah sebanyak 200 tan metrik sehari dalam tempoh lima tahun.

Ia memiliki teknologi efis­ien seperti aplikasi sel pelu­pusan sanitari, kemudahan pengumpulan larut resapan atau air sampah (leachate) dan loji rawatan air sampah.

Teknologi ini diharap da­pat mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Subak dan kawasan sekitarnya yang sebelum ini mengadu bau busuk, lalat, air sampah yang masuk ke Sungai Nibong serta tumpahan air sampah di kawasan kampung mereka.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Harga ayam <b>di</b> beberapa <b>negeri</b> terkawal - The Borneo Post Online

Posted: 17 Jul 2013 02:22 PM PDT

Posted on July 18, 2013, Thursday

Ada perbezaan di pasar raya dan pasar basah, pengguna boleh buat pilihan terbaik

KUALA LUMPUR: Harga ayam di beberapa negeri masih terkawal walaupun harga di pasar raya dan pasar basah berbeza sedikit dengan para peniaga meletakkan tanda harga bagi memudahkan pembeli membuat pilihan terbaik.

Harga ayam standard di beberapa pasar raya dan pasar basah di sekitar ibu kota dijual pada RM8.40 hingga RM9.

Harga ayam naik sedikit berbanding sebelum ini berikutan permintaan tinggi semasa Ramadan dan menjelang Aidilfitri.

Di KUCHING, harga ayam bersih dan barangan keperluan lain seperti bawang besar, bawang kecil, telur, ikan kembung dan daging import di beberapa pasar basah dan pasar raya di negeri itu berbeza.

Harga ayam yang ditawarkan di pasar raya adalah antara RM8.40 hingga RM8.50 sekilogram, iaitu lebih rendah berbanding harga ayam bersih di Pasar Komuniti Stutong (RM8.50) dan Medan Niaga Satok (RM9.50 hingga RM10 sekilogram).

Harga siling ayam di Sarawak ialah RM9.50.

Pengarah PPDNKK negeri Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata pihaknya akan mengambil tindakan serta-merta di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada peniaga yang gagal meletakkan tanda harga.

Tinjauan Bernama di KUANTAN mendapati harga ayam standard di pasar raya adalah lebih rendah berbanding di pasar basah di negeri itu.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang Mohd A. Aruwan Ab Aziz berkata berdasarkan pemantauan pihaknya di 21 lokasi pasar basah, purata harga ayam standard ialah RM8.70 sekilogram.

Pemantauan ke atas 45 pasar raya pula mendapati purata harga ayam standard jauh lebih murah daripada yang dijual di pasar basah iaitu RM7.70 sekilogram, katanya kepada pemberita.

Pegawai Penguat Kuasa Veterinar Pahang Mohd Yunus Mohammad berkata antara 90,000 hingga 120,000 ekor ayam disembelih di negeri itu sehari.

"Jumlah itu akan meningkat sehingga dua atau tiga kali ganda pada tujuh malam terakhir Ramadan. Trend itu berlaku setiap kali menjelang sambutan Hari Raya," katanya.

Di BERA, peniaga ayam di beberapa pasar menyambut baik langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membenarkan ayam diimport serta-merta dan menyifatkan tindakan itu amat wajar dan tepat bagi menurunkan harga ayam yang naik setiap kali Ramadan dan musim perayaan.

Zulkifli Mahmud, yang menjalankan perniagaan ayam sejak enam tahun lepas berkata peniaga tidak boleh dipersalahkan 100 peratus berhubung kenaikan harga ayam kerana mereka mendapat bekalan itu dengan harga yang mahal daripada pembekal.

"Umpamanya peniaga membeli RM6.30 sekilogram daripada pembekal, bagaimana hendak jual dengan harga RM7 atau RM7.50 sekilogram sedangkan kos pengangkutan dan upah pekerja pun tidak mencukupi," katanya.

Bagi Rosli Manaf seorang peniaga di Temerloh, kenaikan harga ayam antara RM8 hingga RM9.50 sekilogram bersifat sementara sahaja dan ia akan turun dan stabil dua minggu lagi apabila kerajaan mengumumkan ayam sebagai barang kawalan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepengguaan Pahang Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata sejak awal Ramadan hingga kini, lebih 1,400 kedai dan gerai di pasar seluruh Pahang diperiksa dan mendapati sebahagian besar peniaga mematuhi arahan pihak berkuasa.

Di MELAKA, Pengarah PPDNKK negeri Muhabir Ibrahim ketika dihubungi berkata harga ayam di pasar-pasar di negeri itu masih dalam keadaan terkawal iaitu antara RM8.20 hingga RM8.80.

Beliau berkata penjualan pada harga itu akibat permintaan tinggi pelanggan khususnya pada Ramadan dan faktor orang tengah yang membekalkan bahan mentah itu pada harga tinggi kepada peniaga.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Pasaraya Mydin MITC pula mendapati ayam dijual pada harga RM7.89 sekilogram manakala ikan kembong pada harga RM6.69 sekilogram dan udang RM24.49 sekilogram.

Di KANGAR, Pengarah PPDNKK negeri Khairul Amin Talib berkata kenaikan harga ayam di negeri itu masih terkawal dan tidak terlalu tinggi berbanding paras harga pada tahun lepas.

Tinjauan Bernama sebelum ini mendapati kadar harga ayam bersih di Perlis tidak menentu iaitu pada kadar antara RM7.70 sekilogram hingga RM9 sekilogram.

Beliau berkata para pengguna yang tidak berpuas hati dengan kenaikan harga barang termasuk ayam boleh membuat aduan kepada KPDNKK yang membuka bilik operasinya sehingga tengah malam.

Pihaknya juga sentiasa menjalankan operasi bagi memastikan harga barangan adalah terkawal dengan operasi di bazar perkarangan Stadium Utama Kangar semalam mendapati tiga peniaga gagal meletakkan tanda harga, menjadikan keseluruhan 14 kes itu sejak awal Ramadan.

Mereka yang tidak mematuhi peraturan meletakkan tanda harga boleh dikenakan kompaun RM100, katanya.

Di LABUAN, pengguna dijangka menikmati harga ayam yang rendah Sabtu ini.

Timbalan pengarah Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Labuan Aslani Dabi berkata harga rendah bagi ayam standard ialah RM9.30 sekilogram dan RM9.60 sekilogram bagi ayam super.

Jurucakap Pejabat Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Semporna berkata harga ayam di Tawau dan Semporna, Sabah masih pada harga berpatutan iaitu RM7.80 hingga RM8.50 sekilogram dan ini semua disebabkan sektor penternakan ayam yang aktif di Tawau.

Di KOTA KINABALU, harga ayam bulat dijual antara RM8.30 dan RM9 manakala di Sandakan ialah antara RM8.50 dan RM9.50.

Di KOTA BAHARU, Pengarah KPDNKK Kelantan Sharuddin Jali berkata harga ayam bersih meningkat 50 sen kepada RM8 sekilogram berbanding semalam, namun ia masih terkawal dan tidak terlalu mendadak.

Selain ayam, harga cili merah juga melambung naik hampir dua kali ganda iaitu daripada RM8 sekilogram sebelum Ramadan kepada RM18 sekilogram sekarang, bagaimanapun, harga itu diyakini akan kembali turun selepas Aidilfitri.

Seorang peniaga lauk-pauk di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Sabariah Mat Isa, 49, berkata beliau terpaksa menaikkan harga lauk pauk memandangkan harga bahan mentah juga turut meningkat.

Suri rumah, Halimah Abdullah, 46, bagaimanapun meminta pihak berkenaan segera membendung kenaikan harga bahan mentah itu agar tidak terlalu melambung kerana ia membebankan golongan berpendapatan rendah.

Di SHAH ALAM, harga ayam di beberapa pasar di sekitar Shah Alam masih kekal antara RM8 hingga RM8.50 sekilogram.

Tinjauan di beberapa pasar utama di Shah Alam iaitu di Seksyen 6 dan Seksyen 16 di sini mendapati peniaga masih mengekalkan harga yang sama dengan alasan mereka mendapat harga yang tinggi daripada pembekal.

Seorang peniaga yang enggan dikenali berkata tidak dinafikan jualan agak berkurangan sejak harga meningkat memandangkan orang ramai memilih untuk membeli ayam di pasar raya kerana mendapat harga lebih rendah.

"Pembeli agak berkurangan mungkin beli di pasar raya, tetapi kami jual ikut harga pembekal dan ayam ini segar setiap hari," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor Othman Nawang ketika dihubungi berkata pihaknya sentiasa memantau harga ayam yang dijual di negeri itu.

"Pihak kami sentiasa memantau harga jualan ayam dan setakat ini kita masih menunggu langkah yang akan diambil diperingkat kementerian," katanya. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

ads