ads

Jumaat, 11 Januari 2013

11 di subis sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di subis sarawak - Google Blog Search


LEARNING AND YEARNING: <b>Di</b> manakah Gua Nasib Bagus?

Posted: 17 Jun 2010 01:24 AM PDT


Istilah ini mungkin tidak asing bagi pelajar Tingkatan 2.  Di mana sebenarnya Gua Nasib Bagus ini?  Ada buku sebut Gua Niah, ada pula sebut Gua Mulu.  Di bawah topik Bab12 Petempatan, m/s 115 dalam buku teks, ia disebut bahawa:

"Gua Niah atau "Lubang Nasib Bagus" mengikut panggilan tempatan merupakan gua terbesar di dunia.  Panjangnya adalah 700 m, 70 m tinggi dan purata lebarnya 300 m.  Keluasannya dianggarkan boleh memuatkan sebanyak 70 buah kapal terbang Airbus.  Gua ini terletak di Taman Negara Mulu Sarawak."

Maklumat di atas ini mengandungi beberapa kesilapan, di antaranya: 

"Gua Niah atau "Lubang Nasib Bagus" mengikut panggilan tempatan merupakan gua terbesar di dunia.  Panjangnya adalah 700 m, 70 m tinggi dan purata lebarnya 300 m.  Keluasannya dianggarkan boleh memuatkan sebanyak 70 buah kapal terbang Airbus.  Gua ini terletak di Taman Negara Mulu Sarawak."

Tulis yang italic dan berwarna ungu sebenarnya agak mengelirukan.  Kesilapannya ialah:
1.  Gua Niah bukan gua terbesar di dunia.  Ia dikatakan boleh memuatkan 3 padang bola sepak, dan bukannya 70 buah kapal terbang Airbus.
2.  Gua Niah bukan terletak di Taman Negara Mulu.  Ia sebenarnya terletak di Gunung Subis di Bahagian Miri, Sarawak.
3.  Gua Niah juga bukan dipanggil "Lubang Nasib Bagus".

Lain pula ceritanya tentang Gua Mulu.  Taman Negara Mulu juga terletak di Bahagian Miri.  Gunung Mulu terbentuk 5 juta tahun dahulu.  Di dalam taman negara ini terdapat banyak gua.  Di antaranya ialah Gua Nasib Bagus, Gua Rusa (Deer Cave) dan Clearwater Cave.  Maka Gua Nasib Bagus adalah di dalam Taman Negara Mulu.  Di dalam Gua Nasib Bagus pula terdapat "Kamar Sarawak" (Sarawak Chamber) -  ruangan yang sangat besar sehingga boleh menampung 40 kapal terbang Boeing 747.

Gua Niah pula adalah gua yang tertua di Sarawak.  Ia terletak di Gunung Subis.  Gua batu kapur ini terbentuk 16 - 20 juta tahun dahulu.  Tinggalan manusia 40,000 tahun dahulu boleh dijumpai di sini.  Maka, petempatan awal juga boleh dijumpai di sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved