Khamis, 2 Februari 2012

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


Ikan keli gergasi <b>di Mukah, Sarawak</b> |Info - info menarik!

Posted: 27 Jan 2012 12:42 AM PST

Asam Glugo: Ikan Keli Gergasi <b>Di Mukah Sarawak</b>

Posted: 25 Jan 2012 12:29 AM PST

ikan keli ini Di tangkap oleh nelayan di Mukah sarawak. Kejadian tersebut mengemparkan orang ramai yang meyaksikannya.

Dengan beratnya anggaran 2 tan, ikan keli ini di angkat menggunakan lori kren. wooo Besar gler..Kalau kena pada pancing kita kirim salam la celah gigi jer dia makan dengan sekali pancing dan anda sekali. haha.

rupa ikan keli ini seakan akan ikan paus atau jerung..identitinya tidak dipastikan.
kalau nak tau panggil forensik atau bedah siasat perlu dilakukan ke atasnya.

kemungkinan ikan ini tersangkut di bawah jambatan. Mungkin badan dia besar sangat pastu tersepit.

Joseph Chong adalah seorang pemborong tokey ikan yang termashur di Mukah.beliau menyuruh kulinya mengikat ikan tersebut untuk memudahkan lori kren mengankatnya dan di bawa ke kedai beliau untuk dipotong-potong dan dijual pada orang ramai sekitar kawasan mukah sarawak dengan angaran rm 6.00 sekilo. Orang ramai yang meyaksikan kejadian tersebut didermakan oleh Joseph Chong untuk dibahagikan sekilo setiap seorang.

Full content generated by Get Full RSS.

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


pengajar.info: Pengetua Sekolah <b>di Serian, Sarawak</b> Dituduh <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2012 07:11 AM PST

KUALA LUMPUR – Seorang pengetua sekolah di Serian, Kuching, Sarawak dituduh menerima suapan RM12,000 bagi memberi markah tertinggi dalam penilaian prestasi pembekalan makanan bermasak di Mahkamah Sesyen Kuching hari ini.
"Bagi pertuduhan pertama tertuduh berusia 58 tahun pada 16 Februari 2009 pada pukul 8.00 pagi di dewan makan sebuah sekolah didakwa menerima satu suapan wang tunai sebanyak RM12,000 sebagai dorongan memberi markah tinggi penilaian prestasi pembekalan makanan bermasak terhadap sebuah syarikat.
"Suapan itu juga didakwa bertujuan mempercepatkan proses tuntutan pembayaran kepada syarikat tersebut bagi bulan Januari 2009," kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, tertuduh mengaku tidak salah terhadap pertuduhan dan minta untuk dibicarakan.
Kata kenyataan itu, hakim membenarkan tertuduh dijamin dengan jaminan mahkamah sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Manakala tarikh sebutan ditetapkan pada 26 Mac 2012 dan tarikh bicara ditetapkan pada 2 hingga 5 April 2012, tambah kenyataan itu.
"Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan yang mana lebih tinggi," kata kenyataan itu lagi. 
Full content generated by Get Full RSS.

Pengetua Sekolah <b>di Serian, Sarawak</b> Dituduh Menerima Suapan <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2012 06:37 AM PST

KUALA LUMPUR – Seorang pengetua sekolah di Serian, Kuching, Sarawak dituduh menerima suapan RM12,000 bagi memberi markah tertinggi dalam penilaian prestasi pembekalan makanan bermasak di Mahkamah Sesyen Kuching hari ini.

"Bagi pertuduhan pertama tertuduh berusia 58 tahun pada 16 Februari 2009 pada pukul 8.00 pagi di dewan makan sebuah sekolah didakwa menerima satu suapan wang tunai sebanyak RM12,000 sebagai dorongan memberi markah tinggi penilaian prestasi pembekalan makanan bermasak terhadap sebuah syarikat.
"Suapan itu juga didakwa bertujuan mempercepatkan proses tuntutan pembayaran kepada syarikat tersebut bagi bulan Januari 2009," kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, tertuduh mengaku tidak salah terhadap pertuduhan dan minta untuk dibicarakan.
Kata kenyataan itu, hakim membenarkan tertuduh dijamin dengan jaminan mahkamah sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Manakala tarikh sebutan ditetapkan pada 26 Mac 2012 dan tarikh bicara ditetapkan pada 2 hingga 5 April 2012, tambah kenyataan itu.
"Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan yang mana lebih tinggi," kata kenyataan itu lagi. 
Full content generated by Get Full RSS.

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


pink bubblegum princess: banjir oh banjir <b>di Lundu Sarawak</b>.

Posted: 26 Dec 2011 04:46 AM PST

air pulak pasang..menurut almanac 6.1 m semalam..
oh tak mungkin masuk kot..ikut dari dapur takpe kita block pintu dapur..hoyehh
air tak mungkin masuk o...
sekali hujan makin lebat air makin naik cepat
terus cepat2 hadang air pakai kayu kat depan rumah..sekali 
pintu kedua pulak lupa nak diselamatkan
tambah tambah lagi kereta motosikal dan orang lalu lalang
Ku Berserahhhhh berkumandang
orite layan jer lah gambar banjir kampungku dan rumahku...aka Pekan Lundu huuhu..




p/s: jangan nak letak sebarang harta karun waktu banjir ni...
ada kes bila 'seluar dalam' orang boleh hanyut ke dalam rumah jiran...malu siapa nak ngaku siapa punya tuh?? ngeee  ^____^


sharing is caring!!

Full content generated by Get Full RSS.

Pencemaran air sungai <b>di Lundu</b>, <b>Sarawak</b> | Aduan Rakyat Online

Posted: 26 Oct 2011 09:07 PM PDT

Sungai yang dimaksudkan ialah "SUNGAI KAYAN" bertempat di daerah Lundu, Sarawak. Sungai ini menjadi punca keprluan air harian bagi sesetengah penghuni kampung-kampung yang mendiami kawasan tebingan sungai tersebut dan juga menjadi punca para rezeki bagi nelayan-nelayan sungai yang menagkap udang galah dan ikan sungai.

perkara ini telah berlarutan sejak beberapa bulan yang lepas,yang mana menyebabkan pencemaran air sungai yang mana menjadi keperluan harian sesetengah penduduk kampung seperti Kampung Selampit, Sebandi Hulu, Sebandi Hilir dan lain-lain.

Dua minggu yang lepas,penduduk kampung sekitarnya dikejutkan oleh kejadian  hanyutan bangkai ikan dan udang yang banyak, kecil dan besar. Berikutan itu aduan demi aduan telah dibuat kepada pihak yang berkenaan, namun kejadian tadi masih berulang. Oleh yang demikian kami penduduk-penduduk kampung yang terlibat amat-amat mengharapkan bantuan pihak aduan rakyat untuk melakukan sesuatu untuk menghentikan pncemaran ini. Bantuan pihak anda amat kami nantikan.

By: Louis

Aduan yang berkaitan:

Full content generated by Get Full RSS.

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di subis sarawak - Google Blog Search


From Melaka to <b>Sarawak</b>: Melaka - KLIA - Miri - <b>Subis</b> - SKKS4 part 3

Posted: 26 Jan 2012 05:46 AM PST

Alhamdulillah selamat tiba di PPD Subis kire2 jam 5 ptg 18 Januari 2012
bermula lah episod menjadi guru di lapangan sebenar
sampai je kt PPD Subis terus g bilik taklimat
isi borang gaji n surat lapor diri then g makan
mase tgh isi borang2 2 sume baru tau yg name xde dalm list yg dieorng ade
termasuklah aku, zatul dan raihan
ade lg sorng tp x dpt dikenalpasti siapa
bile name xde dlm list maknanye xde lah orng jemput kite kn
atas ehsan pegawai PPD Sektor Menengah, Cikgu Kurnia
tp kiteorng panggil kak kurnia je
kami bertiga pn menumpang umah die mlm 2
esok baru cikgu dari sekolah yg sepatutnye amik
terharu sgt dgn mereka2 ni
esoknye g PPD lagi sekali
xkn nk dok umah dieorng lak
so jalan terbaik adalah g PPD sekali
pas 2 baru cikgu Lina Utong (betul ke x ejaannye pn aku x sure) dtg
kiteorg smpai sekolah dlm kul 11.30
sesi sekolah pn dh nk abis.. kt cni sesi abis kul 11.50
just lapor diri kt pejabat then tgh umah
tp aku xde lah dok umah 2 dulu
lg pn umah 2 perlu dibersihkan sebersih-bersihnye
so aku menumpang lah umah kwn2 yg dh sampai awal
kt cini lah kenal Fifi, Mastura, Geetha dan Adelia
sumenye seangkatan degn aku
sek ni paling ramai cikgu baru
pengalaman dan cabaran bile berada di sini
Full content generated by Get Full RSS.

From Melaka to <b>Sarawak</b>: Melaka - KLIA - Miri - <b>Subis</b> - SKKS4 part 1

Posted: 23 Jan 2012 03:07 AM PST

kali ni aku nak ceritakan perjalanan aku pulak.
maaflah.. ni kirenye diari aku untuk aku imbas dan ingt kembali perjalanan aku
dari MELAKA kira2 jam 2 ptg. tp sblm 2 dr panggilan dari one of my fren.
die cakap flight die tunda lepas CNY
aku pn cuak jugak sbnrnye. Alhamdulillah lepas perjalanan hampir 2 jam aku tiba di 
bukan sebarang hotel tau.
hotel 5 bintang ni. bak kate kawan aku...
berjaya KPM pujuk aku g sarawak dgn bagi ddk hotel 5 bintang ni
sedey sgt nk berpisah dgn keluarga
namun begitu, demi kerana tugas untuk mendidik anak bangsa
akan ku tempuhi juga dugaan ini
sepanjang duduk kt Hotel Pan Pasific KLIA
mkn tgh ari je x sempat sbb flight kul 1315
aku dan kwn2 ku, zatul, hani, aniz
kiteorng check in luggage lebih kurng kul 11.30
lepas 2 kiteorng berpisah. janji nk jumpe balik kul 12.30
aku g mane? aku g jumpe kenalan aku.
dia bnyk support aku. his like a brother to me
g minum je then aku jumpe kwn2 aku kt tempat nk masuk flight about 12.30
aku dh lambt jugak sbnrnye
tp Alhamdulillah sempat gak sampai on time
pesawat berlepas kire2 jam 1330
nnt aku cite ape jd dlm flight pulak k
p/s: sedih sgt bile dh naik flight
Full content generated by Get Full RSS.

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Pembunuhan Terancang 5 Sekeluarga <b>di Sibu, Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 04 Jan 2012 06:31 AM PST



SIBU: Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak ditemui dibunuh dengan kejam di rumah mereka di RTM Road Lane 13B1 di sini kira-kira 7 pagi ini. 
Ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, anak lelakinya Lung Chei Qi, 10, anak perempuan Amy Ling Zi Jiun, tujuh, dan ibunya Leong Nyuk Lan, 76, ditemui mati kira-kira 7 pagi semalam, di kediaman mereka di RTM Road.
Seorang lagi anak lelaki Tong Hock, Kelvin Ling Chei You, lapan, dirawat di Unit Rawatan Rapi di Hospital Sibu akibat kecederaan parah di kepala.
"Anak yang bongsu meninggal dunia dunia di Hospital Sibu sejurus selepas tiba untuk rawatan akibat kecederaan parah di kepala," katanya.
Shafie berkata, polis percaya pelaku lebih daripada seorang dan mereka menggunakan objek tumpul dan objek tajam untuk membunuh mangsa. 
"Satu sidang media akan diadakan Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Law Hong Soon, petang ini berhubung kes itu," katanya. - BERNAMA 
Full content generated by Get Full RSS.

Baucar BR1M mulai diserah kepada 6198 pemohon <b>di Sibu</b> <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2012 05:17 PM PST

Posted on January 18, 2012, Wednesday

SIBU: Baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sini mulai diserah kepada 6,198 pemohon yang berjaya bagi fasa pertama semalam.

Bagi penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong dan Bukit Assek, baucar RM500 disampaikan oleh Ahli Parlimen Lanang Datuk Tiong Thai King.

Majlis penyerahan tersebut telah diadakan di Dewan Suarah Sibu yang turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Sibu Wong Sie Ming, Residen Bahagian Sibu Sim Kok Kee dan Temenggung Sir Andrian Ringgau.

Nudin Moksin, 48, salah seorang penerima bantuan ketika ditemui memberitahu bahawa beliau sangat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan.

"Saya mengambil cuti setengah hari, semata-mata untuk hadir menerima bantuan berkenaan," ujar beliau yang bekerja di sebuah syarikat di sini.

Katanya, baucar tersebut akan digunakan untuk perbelanjaan keluarganya termasuk persekolahan anak-anaknya.

Selain itu, Nudin yang tinggal di Sibu Jaya juga berharap pemberian bantuan seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

Ini kerana ujar beliau, ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban rakyat khasnya mereka yang berpendapatan rendah.

Ragai Bakat, 87, yang berasal dari Rumah Juki, Belalang Salim turut senada dengan Nudin, mahukan bantuan seumpama itu diteruskan.

Beliau yang tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan memberitahu, bantuan itu amat bermakna untuk dirinya.

"Saya tidak mempunyai suami di samping anak-anak sudah membina kehidupan masing-masing. Bantuan ini amat bermakna apatah lagi saya yang telah tua untuk mengerah keringat seperti orang lain," ujarnya.

Katanya, beliau telah meminta seorang guru untuk membantunya mengisi borang permohonan sebelum menyerahkannya kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk diproses.

Sementara itu, Tiong dalam ucapannya menyelar golongan tertentu yang menganggap pemberian bantuan tersebut sebagai gimik politik untuk memancing undi.

Menurut Tiong, sikap itu adalah tidak bertanggungjawab kerana telah menggunakan usaha murni kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan mereka dengan mempersoalkan keikhlasan kerajaan.

Full content generated by Get Full RSS.

11 di daro sarawak - Google Blog Search

11 di daro sarawak - Google Blog Search


Masalah Bekalan Elektrik <b>di Daro</b>, Mukah, <b>Sarawak</b> | Aduan Rakyat <b>...</b>

Posted: 03 Nov 2011 07:13 PM PDT

Salam 1Malaysia,

Kami amat berasa terbeban dengan masalah bekalan elektrik yang selalu terputus di daerah kami, Daro, Mukah, Sarawak semenjak setahun yang lalu. keadaan ini amat memeritkan apabila bekalan elektrik ini terputus hampir setiap hari. Kadang-kadang memakan masa seharian untuk baik seperti sedia kala. Tetapi keadaan yang sama berulang pada keesokan harinya dan berulang dari hari ke hari.

Keadaan ini amat membebankan kami dan seluruh penduduk di sini. Cuaca yang panas setiap hari menyebabkan kami semakin perit menunggu bekalan elektrik untuk pulih seperti sedia kala. Kerja-kerja harian juga terjejas teruk. Selalunya pada hari minggu, bekalan elektrik akan mula terputus seawal jam 8 pagi dan pulih semula pada jam 5 atau 6 petang. Bayangkan keadaan yang sama berlaku hampir setiap hari.

Beberapa aduan telah dihantar, namun masalah yang sama tidak juga selesai. Kami berasa terkilan apabila masalah ini dipandang remeh pihak atasan. Kami terhimpit dengan masalah ini hampir setahun yang lalu dan kami tidak ingin masalah ini terus-menerus menjejaskan aktiviti harian kami penduduk sekitar. Kami memohon kerjasama pihak Aduan Rakyat untuk menyelesaikan masalah kami ini. Kerjasama dan keprihatinan dari pihak anda amat kami harigai, terima kasih.

By: Nasyilla Awang

Aduan yang berkaitan:

Full content generated by Get Full RSS.

Sejarah <b>Daro</b> , Matu dan kampung <b>di</b> kawasan Matu <b>Daro</b>

Posted: 25 Jan 2012 12:36 AM PST

Setaket eh. radan Daro mak udah nuan. Nyabik tulong melo pinyang samah keman an asel radan kampung melo. Adak mey ubang eh telo pinyang. nah miyau mak sejarah dun.
Mengikut org tua2. Daro pada asalnya bernama "Daruk" yang membawa maksud Lumpur. Bila tertubuhnya Daro. Tak pasti. dan cerita2 lain ttg Daro. InsyaAllah akan di cari. Jom sama2 kita mencungkil sejarah tpt kita sendiri. Sebelum hilang lenyap.
Penah satu masa dahulu pada tahun 1511 org berunai datang beramai2 ke Daro. Mungkin pada masa itu tertubuhnya Daro. Belum pasti kesahihannya.  (Kan dulu Sarawak adalah jajahan Berunai sebelum diserahkan pada James Brook) Bila Sarawak di serah pada Orang Putih. Jadi mereka datang ke Daro dan bertanyakan nama tempat. Org tempatan menyatakan tempat ini bernama Daruk. Oleh kerana Pemerintah Inggeris. jadi ditulisnya Daro. al maklum. Pelat org putih ni lain sikit.  Jadi sampai sekarang Tempat kita dinamakan Daro.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daro ialah sebuah daerah dan pekan di Bahagian Mukah, Sarawak, Malaysia. Majoriti penduduk Daro yang berjumlah sekitar 25,000 orang terdiri daripada kaum Melanau.
Mengikut ceritanya nama Daro berasal dari "Dao Aro" yang bermaksud "Bagus Ke" menjadi singkatan Daro. Kini pekan Daro pesat membangun dengan terbinanya pasar-pasar baru dan beberapa buah hotel. Daro terdiri daripada beberapa buah kampung seperti kampung Saai, kampung Penipah, kampung Bruit dan kampung Nangar. Bumi Daro yang luas membahagikan Daro kepada dua bahagian utama iaitu di bahagian tanah besar dan bahagian pulau yang dikenali sebagai Pulau Bruit. Kini Daro begitu pesat membangun dengan infrastruktur yang begitu mendadak pertumbuhannya. Pekerjaan utama penduduk di Daro ialah pertanian dan nelayan.
Penduduk Daro dikenali dengan sikap ramah mesra, bersopan, serta mengekalkan budaya hidup sekampung yang membawa maksud hidup sepakat. Di jeti Daro, replika ikan terubuk melambangkan ikan yang popular di Daro. Daro juga mempunyai sebuah sekolah yang unik di Malaysia yang mana SK Campuran Daro mempunyai dua aliran pelajar iaitu aliran Bahasa Melayu dan aliran Bahasa Cina tetapi di bawah satu bumbung sekolah dan di bawah satu pentadbiran.
Dua cerita berbeza ttg sajarah nama Daro. Kita perlu kaji yg manakah yg betul.
rujuk dalam blog di bawah.
1 April 1974 ialah hari bersejarah bagi setiap penduduk Daerah Daro dan pada hari itulah Daro tercatat menjadi sebuah daerah penuh di bawah tadbiran Bahagian Sarikei. Upacara perasmiannya telah dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak yang ke-3 ( Tun Abdul Rahman Yakub).
Ramai di antara generasi masa kini, terutama sekali orang luar tertanya-tanya mengenai asal usul Daro. Memandangkan daripada kemajuan Daerah Daro kini dan pertumbuhan ekonomi serta pembangunannya yang begitu pesat sekali maka tidak hairanlah kalau ramai yang ingin tahu mengenai Daro.
Buat menjelaskan kesangsian orang ramai terhadap daerah ini, maka disini saya (penulis) cuba ceritakan sedikit sebanyak kisah Daro, mengikut kadar sejauh mana yang diketahui berpandukan temuramah dengan orang yang terdahulu.
Menurut sumber daripada cerita mulut orang tua-tua bahawa nama Daro ini adalah bersempena daripada sebuah danau yang ditemui oleh pemburu di zaman dahulu.
Mengikut dialek bangsa Melanau bahawa perkataan danau itu bermaksud daru'. Terjemahan daripada perkataan danau mengisahkan nama tempat ini dipanggil Daru'. Jadi orang dahulu menyebut DARU' sebagai nama asal tempat ini, bukan Daro.
Tidak jauh dari hulu sungai Daro terdapat suatu kawasan tanah lapang dan di situ lah lokasi sebuah danau yang mewujudkan nama Daro.Dan Danau itu berbentuk luas serta dalam.Air yang bertakung di dalamnya sangat jernih.
Kisah seterusnya apabila air di dalam danau itu tadi melimpah penuh dan didapati airnya meleleh keluar serta menghala ke arah yang tertentu.Si pemburu siapa yang menemui danau itu tadi telah memerhati ke mana arah air itu berlelehan dan terus disusulinya hinggalah sampai ke sebatang sungai,iaitu sungai Daro sekarang.Alusan air daripada danau yang menghala ke sungai Daro itu kini di panggil Parit Tebu.
Dan cerita nama Daro belum pasti lagi.Adalah satu-satunya sebab terbentuk nama satu-satu tempat yang termaktub itu timbul daripada peristiwa yang berlaku di kawasan setempat.Contohnya perkataan Daru jadi Daro,ada kisah nya sendiri.
Maka tersebutlah satu cerita bagaimana nama Daro boleh muncul dan sekarang terkenal sebagai Daerah Daro.Suatu masa dahulu,Daro bermula dengan sebuah kampung yang kecil.Mereka mula-mula tinggal di satu kawasan yang bernama Tanjung Tigah,iaitu di zaman kesultanan Brunei yang diketuai oleh seorang yang temasyhur bergelar Panglima Laun bin Ajak.Beliau adalah pemimpin Daro yang pertama.(Di hujung sebelah hulu Tanjung Tigah sehinga hari ini masih terdapat serumpun Pokok Nipah(apong) yang berlainan daripada daun pokok nipah biasa.Daun-daunnya yang lurus ke atas hampir sama dengan daun pokok mulong. Tanjung Tigah adalah sempena dengan nipah yang berdaun lurus(Tigah),selain daripada bentuk sungai di situ lurus sepanjang kira-kira lebih kurang dua kilometer).
Setelah beberapa lama mereka tinggal di Tanjung Tigah dimana kawasan ini mudah sangat dikesan oleh musuh,kemudian lalu mereka berpindah jauh lagi ke hulu sungai Daro, ke satu kawasan yang mereka anggap lebih selamat, tempat itu sekarang di kenali dengan nama sungei Pangei.
Dilokasi Sungei Pangei ini mereka terpaksa membina rumah-rumah berbentuk seperti rumah panjang serta lebih tinggi sedikit.Tiap-tiap sebuah rumah menggunakan Tangga sebatang kayu,kononnya dengan Tangga seperti ini mudah bagi mereka menentang musuh jika diserang.
Zaman dahulu selalu berlaku musuh-memusuh di antara satu tempat dengan yang lain.Seperti yang dijangka selepas beberapa musim mereka tinggal di sungei pangei datanglah sekumpulan musuh menyerang mereka.Mujurlah dalam peristiwa tersebut mereka telah berjaya menewas musuh dengan mudah.Di sungei pangei ada kisah tersendiri nama dan musuhnya.Ketika keadaan telah aman sedikit ketua mereka telah pun uzur dan tiada lagi pemimpin yang layak boleh diharapkan.Keluarga demi keluarga telah berpindah ketempat lain dari sungei pangei.
Zaman kesultanan Brunei telah berlalu,sebahagian dari negeri Sarawak,di bawah pemerintahan kelurga Brooke.Permusuhan di sana sini telah berkurangan,ada di antara keluarga asal Daerah Daro telah berpecah serta berhijrah di sepanjang sungei Daro hingga ke Tian.Dan ada juga kesekitar kawasan Daro,Seperti kampung Pantrey,kg Tengah,Lemang Pek,ke hilir kg.Nangar ke seberang Kut dan Saei.Ke hulu kg.Teba'ang,Buko dan Kelian.
Ada juga yang tinggal di Sungei Pangei telah berpindah ke hilir Kuala Daro dengan membuka perkampungan baru yang di ketuai Gamong bin Masaleh,beliaulah Tua kg yang kedua selepas Laun.Ramai juga yang datang dari persisiran Daro mendiri rumah di kawasan baru itu dan ada juga dari sebelah Segalang.Kawasan perkampungan baru ini telah di panggil dengan nama"kampong Baru".Kampung ini lah kampung yang pertama sekali dihuni oleh penduduk Daerah Daro dan ianya masih sebagai Kampung Baru hingga ke hari ini,walaupun usianya mungkin menjangkau lebih ke-abad yang lalu.
Pertengahan abad ke-18 di zaman keluarga Rajah Brooke banyak perubahan telah berlaku.Ada di antaranya satu peristiwa bagaimana perkataan DARU' menjadi DARO.Ikutilah serangkap syair ini membayangkan;
Daripada danau nama bermula,
Nama Daru' di ubah eja;
Kepada Daro bertukar kata,
Muncul kisahnya dalam peristiwa.
Nama "Matu" sebenarnya sebutan Melayu. Dalam dialek tempatan, "Matu" disebut sebagai Matau atau Mato. Nama Matu atau Matau diangkat daripada satu perkataan Melanau khususnya Melanau Matu yang merujuk kepada nama sebuah pokok yang terdapat di Matu. Pokok ini mempunyai banyak bunga tetapi tidak mengeluarkan buah dan dikenali sebagai pokok Matau. Sebelum menjadi sebuah penempatan, kawasan Matu banyak dipenuhi oleh pokok Matau sekaligus menyebabkan kawasan ini dikenali sebagai Matau atau Matu. Nama Matu juga dikatakan diambil bersempena dengan nama sebuah sungai iaitu Sungai Mato yang bertempat di kampung Sok.
Matu telah diisytiharkan sebagai Daerah penuh (ke 28) pada 5 Mei 1991 di bawah pentadbiran Bahagian Sarikei. Sebelum itu, Matu merupakan Daerah Kecil di bawah pentadbiran Daerah Daro. 
Setelah Mukah diisytiharkan menjadi sebuah Bahagian pada 1 Mac 2002, pentadbiran Daerah Matu telah dipindahkan ke Pentadbiran Bahagian Mukah bersama-sama dengan Daerah Mukah, Daerah Dalat dan Daerah Daro. 
Daerah Matu mempunyai kawasan seluas 667.28 km. persegi yang meliputi Daerah Kecil Igan, iaitu satu-satunya Daerah Kecil di bawah pentadbiran Daerah Matu. Kawasan pentadbiran Daerah Matu meliputi kampung-kampung dan rumah-rumah panjang sekitar Pekan Matu, Igan sehinggalah ke kawasan  Bungan, Sawai, Batang Lassa dan Sungai Passin, yang dahulunya di bawah pentadbiran Bahagian Sibu.
SEJARAH KAMPUNG JEMORENG MATU
Menurut cerita sejarah, Kampung Jemoreng pada suatu ketika dahulu terletak di tebing Sungai Jemoreng di seberang kampung yang ada sekarang. Sejak dari dahulu sudah terdapat dua buah perkampungan kaum Melanau di sini dikenali dengan nama Jemoreng dan Sok. Pada zaman itu kaum Melanau masih berumah panjang seperti kaum bumiputera yang lain. Asal kampung Jemoreng merupakan sebuah rumah panjang kaum Melanau yang dibina dengan tiang yang tinggi, bertujuan untuk menggelakkan daripada serangan musuh.
Pada masa itu ketua kaum Melanau ialah seorang perempuan bernama Sergunim yang sangat berpengaruh di kalangan penduduk di situ. Namun adik lelaki Sergunim berkeinginan menjadi ketua sehingga berlaku perebutan kuasa antara kedua adik-beradik itu. Akibatnya,    Sergunim dibunuh oleh orang-orang adiknya sendiri.
Hingga ke hari ini kubur Sergunim masih lagi dapat dikunjungi. Kuburnya terletak tidak jauh dari tebing Sungai Jemoreng. Terdapat peninggalan bekas tiang rumah Kaum Melanau pada masa dahulu yang dikenali sebagai "Tiang Benitih" (berukir). Tidak jauh dari situ juga terletak sebuah telaga lama tetapi masih berisi air. Telaga tersebut dinamakan Telaga Penawar oleh penduduk-penduduk Kampung Jemoreng kerana penduduk percaya airnya boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Kepercayaan itu diceritakan oleh Haji Junid Hamid yang juga Ketua Kampung Jemoreng Hilir. 
SEJARAH RADAN KAMPUNG TIAN MATU
Menurut sejarah, pembukaan Kampung Tian diasas oleh seorang rakyat British yang dikenali sebagai Canal Achmen. Beliau merupakan orang pertama yang menerokai kawasan ini dan membina terusan sebagai jalan perhubung ketika itu.  Canal membina terusan itu setelah melihat arus sungai mengalir ke dua kawasan yang berlainan iaitu  ke Daro dan ke Matu.
Pada masa itu, pembinaan terusan ini dilakukan dengan menggunakan tenaga kerja penduduk kawasan itu.  Arus yang mengalir ke arah yang berbeza ini telah mewujudkan sebuah perkampungan.
Maka dengan itu, wujudlah sebuah penempatan yang diberi nama Kampung Tian. Di percayai,  Tian mendapat nama  dari Sungai Tian yang mengalir dengan bersih, sejuk, nyaman dan segar. .  Sungai yang wujud ini berfungsi sebagai penghubung  kepada penduduk kampung untuk ke Daro dan ke Matu atau ke kampung-kampung yang berdekatan. Sehingga ke hari ini, sungai ini masih dimanfaatkan sebagai  penghubung kepada penduduk tempatan walaupun kampung ini telah menerima kemudahan jalan raya.
SEJARAH RADAN KAMPUNG BETANAK DARO
Mengikut cerita orang-orang dahulu, Kampung Betanak telah dibuka oleh beberapa orang petani yang tinggal di kawasan sawah padi berhampiran dengan kawasan sungai. Menyedari mereka perlu mempunyai kediaman tetap, maka petani-petani ini pun berpindah ke tempat lain yang tidak jauh dari kawasan sawah lalu membuka penempatan baru yang diberi nama Betanak. Pada dasarnya, penduduk-penduduk kampung kurang mengetahui asal sebenar nama Kampung Betanak. Bagaimanapun, Betanak dikatakan berasal dari perkataan 'tanak' yang membawa maksud kawasan tanah. Lokasi kampung ini menghadap Laut China Selatan manakala pekan yang terdekat dengannya ialah Daro iaitu kira-kira 60 kilometer. Mengikut catatan Pusat Kesihatan Kampung Betanak, penduduk kampung ini dianggarkan berjumlah lebih 2,000 orang. Seperti Kampung Jamoreng, Kampung Sekaan, Betanak juga mula menerima sedikit demi sedikit pembangunan walaupun ia hanya sebuah perkampungan nelayan.
Full content generated by Get Full RSS.

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Cabaran Pulau Perhentian | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 21 Jan 2012 08:28 PM PST

Cabaran Pulau Perhentian
Lebih Ekstrem!

Pulau Perhentian, Terengganu semestinya sudah tidak asing lagi bagi warga tempatan dan pelancong asing sebagai sebuah destinasi pelancongan tercantik. Hakikat ini terbukti dengan keindahan terumbu karangnya, pasir umpama debu putih yang halus dan paling utama sekali adalah kejernihan air lautnya umpama kristal! Terlalu indah dan menenangkan.

Bagi memaksimakan aktiviti pulau indah ini, sebuah syarikat PIC Adventures Sdn. Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu telah menganjurkan Perhentian Island Challenge pada bulan Oktober lepas. Untuk tahun ke-8 ini, banyak perubahan dari segi laluan pastinya lebih lasak! Para peserta pun bertambah dan semestinya mengejar hadiah yang lumayan berupa wang tunai keseluruhan berjumlah RM 47, 550.00.

Sejak tahun 2004 lagi temasya ini dianjurkan, saban tahun para peserta bertambah dan pelbagai negara mulai menyertainya. Sebanyak 3 kategori di pertandingkan iaitu Kategori Elite, Kategori Novince dan Kategori Kampung.

Untuk kategori Elite, para peserta dikehendaki meredah hutan di Pulau Perhentian Besar mengikut Checkpoint yang diberi. Kemudian peserta dikehendaki berenang ke Pulau Perhentian Kecil sejauh 800 meter dan meredah hutan kembali. Jarak keseluruhan hutan untuk kedua-dua pulau tersebut ialah 24km dan berenang 800 meter.

Untuk kategori Novice pula, para peserta dikehendaki mengililingi Pulau Perhentian Kecil sahaja sejauh 14km. Sebanyak 11 buah negara bertanding dan paling ramai ialah dari negara Malaysia iaiti 161 peserta. Selain itu terdapat juga negara lain seperti England, Taiwan, Nigeria, Singapore, America, Perancis, Kenya, Jerman, Filipina dan Czech Republik dengan keseluruhan peserta seramai 242 orang termasuk Malaysia.

Golongan OKU Tidak Ketingalan
Julung kalinya tahun ini, terdapat seorang peserta kurang upaya menyertainya iaitu En. Mohd Sabki Ariffin. Baginya, sungguhpun kehilangan tangan kirinya akibat kemalangan, ia tidak mematahkan semangat juangnya untuk membuktikan warga sepertinya mampu melakukan yang lebih baik setanding orang lain. Lebih hebat lagi beliau memasuki kategori Elite!

Pada jam 9.00 pagi, acara pelepasan dimulakan di perkampungan nelayan Pulau Perhentian Kecil untuk kategori Novince. Bagi peserta kategori Elite, pelepasan dimulakan di Pulan Perhentian Besar. Dengan keadaan cuaca panas dan laut yang tidak bergelora, ia pastinya sukar bagi para peserta menguji ketahanan fizikal dan mental mereka untuk mengharunginya.

Dalam pada itu juga, tidak ketinggalan aktiviti kampung juga diadakan seperti pertandingan memasak buat penduduk kampung nelayan di Pulau Perhentian Kecil. Ini adalah kerana dalam mempromosikan Pulau Perhentian ini, para pengunjung dapat mengetahui pelbagai masakan dan makanan tradisional di sini. Ini dapat merapatkan lagi hubungan antara pengunjung dan penduduk kampung.

Berakit 60km !
Padawan Raft Safari

Cabaran berakit sejauh 60 km di Sungai Semadang bermula! Acara yang berlansung selama sehari itu begitu menarik perhatian ramai pelancong asing dan orang tempatan untuk bertanding buat kali ke-7 tahun ini!

Pelepasan pertama di lakukan di Kampung Timurang, bagi mereka yang berkayak dan berakit. Bukan itu sahaja, sebanyak lima kategori dipertandingkan. Antaranya ialah Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Jabatan Kerajaan, agensi Pelancongan dan Hotel dan Kategori Expert. Turut menjadi rebutan ialah gelaran Raja Sungai Semadang yang bakal menjadi juara keseluruhan.

Seramai 466 peserta bertanding atau 126 pasukan telah berentap dengan penuh semangat mengharungi Sungai Semadang, Padawan, Sarawak ini. Penduduk kampung mula membanjiri di setiap tempat flag-off sejak pagi lagi untuk menyaksikan beramai-ramai aktiviti ini.

Sepanjang proses berakit, peserta terpaksa mengharungi laluan sukar dengan dahan-dahan pokok yang kadangkala menghalang laluan. Cabaran paling getir adalah apabila sungai tersebut terlalu cetek, dan ia akan menjadi bertambah sukar kerana terpaksa mengambil masa untuk menolak rakit. Disebabkan susah untuk digerakkan, peserta terpaksa turun dari rakit untuk menolaknya!

Disamping itu, keindahan gunung ganang dan kejernihan air sungai dan batu-batuan di pesisir sungai berbentuk bulat atau pebble stone ini pasti menarik minat orang ramai yang mencintai alam dan kehijauan hutan rimba. Sesekali kelihatan orang kampung bermandi manda membawa anak mereka turun ke sungai, berkemban kain batik sambil membawa baju untuk dicuci antara pemandangan yang sukar ditemui lagi.

Untuk sampai ke checkpoint terakhir iaitu di Kampung Git, ada peserta terpaksa meredah sungai tersebut hingga 6 jam! Begitu jauh dan sukarnya peserta terpaksa harungi. Petang itu juga, majlis penyampaian hadiah dan ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia, Dato' Dr. James Dawos Anak Mamit dan Cr. Isabell Julau Mejat selaku Pengerusi Pengelola Padawan Raft Safari.

Hadiah-hadiah keseluruhan berjumlah RM 24, 450.00 telah dimenangi dan gelaran Juara Raja Sungai Semadang diberi kepada kumpulan BHR Golf. Adalah diharapkan agar banyak lagi promosi diberi supaya penduduk kampung dapat memperkenalkan industri mereka serta menjadikan Padawan Raft Safari ini sebagai tempat tarikan pelancong asing dan tempatan.

Full content generated by Get Full RSS.

Lot endur ngengkah kerita enda ngenusah mensia mayuh, ku Lo <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2012 01:30 PM PST

Posted on February 2, 2012, Thursday

KUCHING: Opis Kunsil Kandang Bandar Padawan (MPP) nyamin bayar paking ke deka ditetapka ba palan dagang ba sitak ke dipegai sida iya enda deka ngenusahka mensia mayuh.

LOT PAKING BA PALAN DAGANG PADAWAN ENDA LAMA AGI: Lo ba aum media di opis MPP ensana.

Chairman opis nya, Lo Khere Chiang madahka atur sistem paking kupon tu ukai deka ngulihka penguntung tang mutarka penanggul penyekut jalai ke nyau majak ba palan dagang ke dipegai opis bekuasa kandang menua (PBT).

Iya madah, penyekut jalai alun ke nyadi ba palan komersial nya nyadi laban dipelaba ari ulah orang mayuh ke paking kerita sida iya ke enda nitih atur lalu diteju dia lelama.

"Penyampau bayar ke deka ditetapka kami sebaka enggau ke dichaj ulih PBT bukai baka Opis Kunsil Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) enggau Opis Kunsil Majlis Perbandaran Sibu (SMC).

"Bida iya semina sistem tu deka dipejalaika MPP empu ukai nengah kompeni ke dipadu kami," ku iya madah ba aum media sepengudah bechairmanka aum penuh opis kunsil nya kemari.

Lo mega madah opis sida iya udah dipadah bekaul enggau pekara tu ulih pegawai ari SMC tu tadi.

Lebuh bejaku pasal sistem paking bekupon ke deka digaga ulih opis nya, iya madah ke diatu sida iya benung ngaga lot kerita lalu proses nya nyangka begunaka timpuh ke lama mimit laban iya mungkur agensi ke bisi bekait enggau pengawa nya.

Sistem nya ila nyangka deka belabuh dikena ujung taun tu lalu deka disengkaum sekali enggau palan komersial ke seruran betapi enggau penanggul penyekut jalai baka pasar Sungai Maong, Kota Sentosa, Bandar Baru Batu Kawah (MJC), Siburan enggau Kota Padawan.

"Orang mayuh patut beratika ngaga atur sistem tu manah sereta meri penguntung ngagai pengguna, ngambika sebarang penguntung ke di ulih nya ila, ulih di kena ngaga tauka ngemanahka agi perengka guna infrastuktur ngelingi sitak MPP.

"Enti nadai sebarang penanggul kami merambu deka ngaga palan paking kerita beringkat begunaka asil ari bayar paking nya ila," ku iya.

Kelimpah ari nya mega ku iya, lebuh sistem nya ila diberi kelala, iya deka nyendiaka peluang pengawa ngagai orang mayuh ke deka gawa nyadi attendan enggau mandur paking.

Ba pemansang bukai, , Lo madahka JKR udah mayar RM960,000 ngagai Sesco kena sida iya ngaga 236 iti lampu jalai sepemanjai jalai Kuching-Serian belabuh ari Batu 11 ngagai Batu 15.

Iya madah masang lampu jalai nya deka digaga enda lama agi lalu tu nyadi berita ke manah ngagai semua orang ke ngena jalai alun nya.

Ba penanggul nadai lampu jalai ba Jalai Landeh semak ditu sepemanjai tujuh kilometer, Lo madah MPP udah minta ungkup ari JKR.

"Baka ke udah di temu kitai, isu lampu jalai ba Jalai Landeh sigi mayuh endar penanggul kelimpah ari enda dikeibuh ulih kompeni ke betanggung jawab sebedau tu , endur nya nyadi alai orang berusakka kereban rama.

"Kami ngarapka peminta nya deka di kemendarka enggau lengkas," ku iya.

Sama bisi datai ba aum media nya, sapit chairman MPP Hasyim Yap enggau Sekretari Opis PMC Micheal Sawing.

Full content generated by Get Full RSS.

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Urusan jual beli tetap berjalan walaupun banjir <b>di</b> Jalan <b>Matu</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2012 12:00 AM PST

keyboard shortcuts: previous photo next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

Full content generated by Get Full RSS.

Kebakaran malam ambang 2012 <b>di Matu</b> ragut dua jiwa <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2012 02:15 PM PST

Posted on January 3, 2012, Tuesday

MOHD HAFIZI

MATU: Tragedi kebakaran sebuah kediaman di Kampung Hulu Kuala Matu, di sini 10 minit sebelum tirai 2011 dilabuhkan pada malam Ahad lalu meragut dua jiwa.

Mangsa kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas itu ialah Hamidah Bugay, 43, dan cucunya Nadirah Abdullah, setahun.

Menurut anak mangsa, Mohd Hafizi Nahar, 15, yang ditemui Utusan Borneo di sini, semalam, semasa kejadian terdapat tiga penghuni dalam rumah itu.

"Selain emak serta anak saudara yang terkorban, turut berada dalam rumah ketika kejadian ialah adik saya Riyanty, 5.

"Mujur Riyanty sempat menyelamatkan diri, namun dia melecur di beberapa bahagian badan. Kini, dia stabil selepas dirawat di Hospital Umum Sibu," jelasnya.

Pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matu itu memberitahu bahawa semasa kejadian bapanya Nahar Abu Samah, 43, tiada di rumah.

"Seramai lapan ahli keluarga mendiami rumah itu. Kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh hampir sejam hasil bantuan penduduk kampung

"Sekarang kami menumpang sementara di rumah saudara-mara di sini," tambahnya yang masih trauma ekoran tragedi itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie yang meraikan tahun baharu di pekan Matu bergegas ke lokasi kejadian sejurus dimaklumkan oleh orang ramai.

Beliau juga menghulurkan sumbangan peribadi untuk membantu meringankan beban keluarga mangsa.

Full content generated by Get Full RSS.

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Benak <b>di</b> Stadium <b>Negeri Sarawak</b> : PGX – Sarawak Virtual <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2012 04:29 PM PST

28 hb Januari 2012, Benak kembali ke Stadium Negeri Sarawak, hampir 20 000 penonton satu hati melakukan aksi benak semasa perlawanan Sarawak menentang Negeri Sembilan.Keputusan akhir perlawanan Sarawak berjaya mengikat Negeri Sembilan dengan Jaringan 2-2.

Aksi cemerlang Zamri Morshidi yang bijak menggunakan peluang akhirnya membuktikan bahawa beliau adalah dalam rangkaian penyerang anak negeri Sarawak yang berbisa.

Rangkaian gabungan penyokong Sarawak bersatu hati dalam menyokong Sarawak dalam setiap perlawanan yang diadakan di Kuching Sarawak.

Gol penyamaan Zamri Morshidi

Full content generated by Get Full RSS.

berbicara isu berkaitan <b>Sarawak</b> BUKAN <b>negeri di</b> Malaysia?

Posted: 17 Jan 2012 05:59 AM PST

.


Assalamualaikum...

Begitu sedih bila membaca beberapa komen masyrakat masyarakat yang bebilang kaum yakni rakyat Malaysia diruangan http://www.mazidulakmal.com/2010/04/sarawak-bukan-negeri-di-malaysia.html.Begitulah penangan bila seseorang yang sudah mempunyai nama membahaskan berkaitan benda ini (Mazidul Akmal Sidik ).

Adakah negeri Sarawak BUKAN negeri di Malaysia??

Ya Sarawak adalah negeri dalam Malaysia..Sebenar benarnya Sarawak adalah negeri dalam Malaysia..Atau adakah anda seperti mengetuk kepala sendiri?? Sebelum ini saya telah membuat sebuah artikel mengenai SARAWAK BUKAN NEGERI DALAM MALAYSIA..Dan sudah terbukti layanan golongan masyarakat di semenenjung membuatkan kami terasa asing..Dan disini saya terpanggil untuk memahatkan rasa hati saya..Pernahkan kalian membaca surat khabar dan mendengar berita..Setiap mereka akan menulis dan menyuarakan MALAYSIA termasuk SABAH DAN SARAWAK.. Atau kami yang perlu bersuara adakah kami diberi atau dicop sebagai warga Asing oleh kalian?? Jika kalian ditempat kami baru kamu faham perasaan kami yang dilayan seperti warga asing..

"Kenapa saya perlu mendapatkan slip putih itu sedangkan Sarawak, negeri di Malaysia? Bukan satu negara lain?,"

Undang undang tetap undang..Sejarah dah memperakui segalanya..Siapa kita nak putarkan sejarah??Kalau Kami dikatakan menegakkan Sejarah atau undang undang yang dah lapuk?adakah wajar kita menukar tarikh semasa kemerdekaan tanah Melayu?? Adakah wajar kita melupakan tanda kemerdekaan Tanah Melayu?Adakah apa yang saya bentangkan disini tidak sama sekali masuk di dalam akal dipihak kalian??Atau kalian mula mencari alasan untuk menujukkan bertapa berbezanya sejarah dan Undang undang yang dah diperakui dengan sejarah kemerdekaan??Atau adakah lapuk juga kalau saya mengatakan kenapa perlu menganggap AGAMA ISLAM sebagai AGAMA RASMI??Kata satu MALAYSIA kan....Terpulang dengan kalian untuk berfikir..

Slip putih hanya untuk syarat syarat memasuki SARAWAK kalau hilang slip putih tu tak ada masalah sangat kot..Kan dalam data dah ada..SARAWAK dah moden jugak..Tak de lah kami orang ni masih menyimpan data dalam buku latihan line satu tu..Kat sini saya tak perlu terangkan lah k..Kemodenan dah ada..Kalau ada masalah yang ralat manusia..Sebab tu lah sediakan payung sebelum hujan.. kadang kambing mengembik kandang harimau mengaum. Benda nie tak perlu dijelaskan..

SARAWAK warga kuno??

Jika kami warga kuno kalian bagaima??.Atau kalian ingin me-relevankan Undang undang .Kami juga ingin perkara yang sama....Kami juga punya suara..Adakah kalian mengetahui hasil minyak di bumi SARAWAK diberikan kepada negeri negeri di MALAYSIA sebanyak 95%.. gaji kalian..Kebanyakan kemudahan yang dimilik oleh kalian hasil dari bumi SARAWAK .Adakah kami merungut??

Dari saudara mrs Abs amat tertarik dengan komen beliau.

"bro.

betul, itu adalah salah satu perjanjian pemimpin kita dahulu. dan sila betulkan fakta anda di sini. sabah dan sarawak tidak pernah menyertai malaysia. tetapi, 'membentuk' malaysia. tidak wujud negara malaysia pada 31 ogos 1957 yang selalu kita sambut.

betul, perkara ini agak kuno, termasuklah penggunaan permit untuk bekerja di sabah dan sarawak. tapi ini adalah perjanjian untuk membentuk negara malaysia. untuk hak-hak yang sebegini kecil yang dimintak, apa yang sarawak serahkan untuk malaysia? more than 95% hasil minyak untuk kegunaan seluruh negeri di malaysia termasuklah pembinaan jalan di kampung halaman anda, pembinaan highway yang tip top di KL, membina sekolah utk anak-anak anda, membayar gaji kakitangan kerajaan dan sebagainya.

apalah sangat rule yg remeh dibandingkan dengan 'pemberian' daripada negeri sarawak utk negara malaysia ini. we gave that much, yet, people complaint things yang remeh temeh sebegini.

dalam news pun, keluar isu remeh, nk byr sewa bas mahal, lif rosak, anak susah nak pegi sekolah. pernah anda fikir berapa jam anak-anak sarawak yang tinggal jauh di pedalaman berjalan kaki untuk ke sekolah? berapa sungai yang harus diseberangi. pukul berapa pula nak bangun ke sekolah. berapa jam perjalanan. do they complaint? do we complaint? NO.

kerana terlalu biasa, pengunaan ayat ini 'seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak'. please try' seluruh malaysia termasuk selangor dan johor'. 'seluruh malaysia termasuk perak dan pahang'.

jika perkara 20 harus direview balik, royalti minyak utk sarawak harus digubal semula.

fikirkan. "

Buka sejarah , Buka minda , buka mata dan buka hati..jangan asyik salah kami Warga SARAWAK..

Kami juga punya kewarasan untuk bersuara..Tiada niat untuk mengucar kacirkan NEGARA , KAUM dan AGAMA..Ia cuma pendapat yang datang dari seorang hamba yang lemah.

Entri tiada kena mengena dengan politik ,pihak polis , jabatan imegrisen ,media massa dan sahabat dari semenanjung Malaysia dan Sabah.. Cuma pendapat dari belia SARAWAK.

Segala yang baik datangnya dari ALLAH dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri..

Semoga laungan satu Malaysia
diguna pakai untuk tujuan yang terbaik

Papai
Lain lain yang korang mesti tahu

.

Full content generated by Get Full RSS.

Banyak perkara mendukacitakan <b>di negeri</b> ditadbir pembangkang <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2012 02:47 PM PST

Posted on January 29, 2012, Sunday

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) berkata, prestasi pembangkang di negeri-negeri yang ditadbir mereka jauh daripada apa yang boleh diharapkan.

"Mereka sudah pun diberi banyak peluang. Kita bagi di Perak, di Pulau Pinang; banyak perkara yang mendukacitakan berlaku di Pulau Pinang, sama (dengan apa yang berlaku) di Selangor.

"Dah bagi dah. Nak try (cuba) apa lagi. Kalau bagi sampai dah hancur, nak pulih balik susah lah," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau ditanya mengenai strategi pembangkang yang meminta pengundi memberi satu peluang kepada mereka untuk memerintah Malaysia dan bahawa mereka boleh ditukar jika gagal.

Menjawab soalan lain, Dr Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga 2003, berkata pandangan di peringkat akar umbi juga perlu diambil kira dalam pemilihan calon Barisan Nasional (BN) yang boleh menang bagi pilihan raya umum akan datang.

"Jika mereka tidak sokong calon yang boleh menang, calon yang boleh menang itu tidak boleh menang," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata, anggota komponen BN juga perlu bersedia menyokong calon-calon yang dipilih tanpa mengira siapa calon itu.

Dr Mahathir juga menolak dakwaan bahawa proses pilihan raya Malaysia tidak adil.

"Di Malaysia, sepanjang sejarah pilihan raya kita, tak pernah yang pembangkang tak boleh menang. Mereka menang sehingga dapat menawan negeri-negeri.

"Banyak negeri jatuh ke tangan pembangkang. Kalaulah ada manipulasi, mana mereka boleh menang," katanya. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

ads