Khamis, 2 Februari 2012

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Benak <b>di</b> Stadium <b>Negeri Sarawak</b> : PGX – Sarawak Virtual <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2012 04:29 PM PST

28 hb Januari 2012, Benak kembali ke Stadium Negeri Sarawak, hampir 20 000 penonton satu hati melakukan aksi benak semasa perlawanan Sarawak menentang Negeri Sembilan.Keputusan akhir perlawanan Sarawak berjaya mengikat Negeri Sembilan dengan Jaringan 2-2.

Aksi cemerlang Zamri Morshidi yang bijak menggunakan peluang akhirnya membuktikan bahawa beliau adalah dalam rangkaian penyerang anak negeri Sarawak yang berbisa.

Rangkaian gabungan penyokong Sarawak bersatu hati dalam menyokong Sarawak dalam setiap perlawanan yang diadakan di Kuching Sarawak.

Gol penyamaan Zamri Morshidi

Full content generated by Get Full RSS.

berbicara isu berkaitan <b>Sarawak</b> BUKAN <b>negeri di</b> Malaysia?

Posted: 17 Jan 2012 05:59 AM PST

.


Assalamualaikum...

Begitu sedih bila membaca beberapa komen masyrakat masyarakat yang bebilang kaum yakni rakyat Malaysia diruangan http://www.mazidulakmal.com/2010/04/sarawak-bukan-negeri-di-malaysia.html.Begitulah penangan bila seseorang yang sudah mempunyai nama membahaskan berkaitan benda ini (Mazidul Akmal Sidik ).

Adakah negeri Sarawak BUKAN negeri di Malaysia??

Ya Sarawak adalah negeri dalam Malaysia..Sebenar benarnya Sarawak adalah negeri dalam Malaysia..Atau adakah anda seperti mengetuk kepala sendiri?? Sebelum ini saya telah membuat sebuah artikel mengenai SARAWAK BUKAN NEGERI DALAM MALAYSIA..Dan sudah terbukti layanan golongan masyarakat di semenenjung membuatkan kami terasa asing..Dan disini saya terpanggil untuk memahatkan rasa hati saya..Pernahkan kalian membaca surat khabar dan mendengar berita..Setiap mereka akan menulis dan menyuarakan MALAYSIA termasuk SABAH DAN SARAWAK.. Atau kami yang perlu bersuara adakah kami diberi atau dicop sebagai warga Asing oleh kalian?? Jika kalian ditempat kami baru kamu faham perasaan kami yang dilayan seperti warga asing..

"Kenapa saya perlu mendapatkan slip putih itu sedangkan Sarawak, negeri di Malaysia? Bukan satu negara lain?,"

Undang undang tetap undang..Sejarah dah memperakui segalanya..Siapa kita nak putarkan sejarah??Kalau Kami dikatakan menegakkan Sejarah atau undang undang yang dah lapuk?adakah wajar kita menukar tarikh semasa kemerdekaan tanah Melayu?? Adakah wajar kita melupakan tanda kemerdekaan Tanah Melayu?Adakah apa yang saya bentangkan disini tidak sama sekali masuk di dalam akal dipihak kalian??Atau kalian mula mencari alasan untuk menujukkan bertapa berbezanya sejarah dan Undang undang yang dah diperakui dengan sejarah kemerdekaan??Atau adakah lapuk juga kalau saya mengatakan kenapa perlu menganggap AGAMA ISLAM sebagai AGAMA RASMI??Kata satu MALAYSIA kan....Terpulang dengan kalian untuk berfikir..

Slip putih hanya untuk syarat syarat memasuki SARAWAK kalau hilang slip putih tu tak ada masalah sangat kot..Kan dalam data dah ada..SARAWAK dah moden jugak..Tak de lah kami orang ni masih menyimpan data dalam buku latihan line satu tu..Kat sini saya tak perlu terangkan lah k..Kemodenan dah ada..Kalau ada masalah yang ralat manusia..Sebab tu lah sediakan payung sebelum hujan.. kadang kambing mengembik kandang harimau mengaum. Benda nie tak perlu dijelaskan..

SARAWAK warga kuno??

Jika kami warga kuno kalian bagaima??.Atau kalian ingin me-relevankan Undang undang .Kami juga ingin perkara yang sama....Kami juga punya suara..Adakah kalian mengetahui hasil minyak di bumi SARAWAK diberikan kepada negeri negeri di MALAYSIA sebanyak 95%.. gaji kalian..Kebanyakan kemudahan yang dimilik oleh kalian hasil dari bumi SARAWAK .Adakah kami merungut??

Dari saudara mrs Abs amat tertarik dengan komen beliau.

"bro.

betul, itu adalah salah satu perjanjian pemimpin kita dahulu. dan sila betulkan fakta anda di sini. sabah dan sarawak tidak pernah menyertai malaysia. tetapi, 'membentuk' malaysia. tidak wujud negara malaysia pada 31 ogos 1957 yang selalu kita sambut.

betul, perkara ini agak kuno, termasuklah penggunaan permit untuk bekerja di sabah dan sarawak. tapi ini adalah perjanjian untuk membentuk negara malaysia. untuk hak-hak yang sebegini kecil yang dimintak, apa yang sarawak serahkan untuk malaysia? more than 95% hasil minyak untuk kegunaan seluruh negeri di malaysia termasuklah pembinaan jalan di kampung halaman anda, pembinaan highway yang tip top di KL, membina sekolah utk anak-anak anda, membayar gaji kakitangan kerajaan dan sebagainya.

apalah sangat rule yg remeh dibandingkan dengan 'pemberian' daripada negeri sarawak utk negara malaysia ini. we gave that much, yet, people complaint things yang remeh temeh sebegini.

dalam news pun, keluar isu remeh, nk byr sewa bas mahal, lif rosak, anak susah nak pegi sekolah. pernah anda fikir berapa jam anak-anak sarawak yang tinggal jauh di pedalaman berjalan kaki untuk ke sekolah? berapa sungai yang harus diseberangi. pukul berapa pula nak bangun ke sekolah. berapa jam perjalanan. do they complaint? do we complaint? NO.

kerana terlalu biasa, pengunaan ayat ini 'seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak'. please try' seluruh malaysia termasuk selangor dan johor'. 'seluruh malaysia termasuk perak dan pahang'.

jika perkara 20 harus direview balik, royalti minyak utk sarawak harus digubal semula.

fikirkan. "

Buka sejarah , Buka minda , buka mata dan buka hati..jangan asyik salah kami Warga SARAWAK..

Kami juga punya kewarasan untuk bersuara..Tiada niat untuk mengucar kacirkan NEGARA , KAUM dan AGAMA..Ia cuma pendapat yang datang dari seorang hamba yang lemah.

Entri tiada kena mengena dengan politik ,pihak polis , jabatan imegrisen ,media massa dan sahabat dari semenanjung Malaysia dan Sabah.. Cuma pendapat dari belia SARAWAK.

Segala yang baik datangnya dari ALLAH dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri..

Semoga laungan satu Malaysia
diguna pakai untuk tujuan yang terbaik

Papai
Lain lain yang korang mesti tahu

.

Full content generated by Get Full RSS.

Banyak perkara mendukacitakan <b>di negeri</b> ditadbir pembangkang <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2012 02:47 PM PST

Posted on January 29, 2012, Sunday

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) berkata, prestasi pembangkang di negeri-negeri yang ditadbir mereka jauh daripada apa yang boleh diharapkan.

"Mereka sudah pun diberi banyak peluang. Kita bagi di Perak, di Pulau Pinang; banyak perkara yang mendukacitakan berlaku di Pulau Pinang, sama (dengan apa yang berlaku) di Selangor.

"Dah bagi dah. Nak try (cuba) apa lagi. Kalau bagi sampai dah hancur, nak pulih balik susah lah," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau ditanya mengenai strategi pembangkang yang meminta pengundi memberi satu peluang kepada mereka untuk memerintah Malaysia dan bahawa mereka boleh ditukar jika gagal.

Menjawab soalan lain, Dr Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga 2003, berkata pandangan di peringkat akar umbi juga perlu diambil kira dalam pemilihan calon Barisan Nasional (BN) yang boleh menang bagi pilihan raya umum akan datang.

"Jika mereka tidak sokong calon yang boleh menang, calon yang boleh menang itu tidak boleh menang," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata, anggota komponen BN juga perlu bersedia menyokong calon-calon yang dipilih tanpa mengira siapa calon itu.

Dr Mahathir juga menolak dakwaan bahawa proses pilihan raya Malaysia tidak adil.

"Di Malaysia, sepanjang sejarah pilihan raya kita, tak pernah yang pembangkang tak boleh menang. Mereka menang sehingga dapat menawan negeri-negeri.

"Banyak negeri jatuh ke tangan pembangkang. Kalaulah ada manipulasi, mana mereka boleh menang," katanya. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads