Selasa, 7 Jun 2011

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri <b>di</b> Limbang,<b>Sarawak</b> ~ Pusat <b>...</b>

Posted: 25 May 2011 06:09 PM PDT

Perayaan Hari Guru peringkat negeri Sarawak kali ini telah di adakan di Limbang Sarawak, 23-25hb May 2011 di mana sambutan kali ini bertemakan "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" .Sambutan kali ini agak berbeza dan memberansangkan kerana selama 3 hari sambutan hari guru di venue yang berlainan telah mendapat sambutan daripada pelbagai pihak.

Gambar di sebelah adalah gambar Y.B Datin Hajah Fatimah Abdullah yang sedang melakukan perasmian gimik pelancaran Hari guru dan turut diiringi oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak, En. Abdillah b. Adam(di sebelah Kanan).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Jalan-jalan <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b> – Day 1 | DilahDilot Dot Com

Posted: 07 Jun 2011 03:54 AM PDT

dah 3 hari blog ni sunyi sepi. Nak update tapi dilot tak bawa laptop. Malas lak nak bawa laptop masa tengah cuti-cuti.

Oh ya dilot bercuti dengan keluarga ke sarawak semalam. Bermula hari sabtu, 4 jun 2011 hingga selasa, 7 jun 2011. Kiranya tengah hari tadi dilot baru sampai Bukit Jalil.

Dilot naik Air Asia je. Flight pukul 9.45, jadi pukul 6.45 dah sampai LCCT. Kemudian parking kereta dekat LCCT. Berbaloila. Untuk 4 hari, bermula jam 7 pagi 4/6/2011 hingga 11.50 pagi 7/6/2011, hanya perlu bayar parking RM136.40. Nak dibandingkan naik teksi untuk seramai 7 orang, lepas tu nak mengangkut beg-beg yang banyak. lagila kena bayar banyak.

Dilot dan keluarga sampai di Kuching International Airport lebih kurang pukul 11.30 pagi. Pastu di bawa terus ke Homestay kami. Gilerla. Rasanya macam dekat oversea. Sampai airport dah ada orang tunggu, pastu bawa kita gi jalan-jalan. Maklumla, orang jakun. hehe.

Pakej yang ditawarkan tu memang berbaloila. Rumah selesa, sewa van dan ada pemandu yang bawa kami jalan-jalan. Semuanya complete, 3 bilik tidur, 4 bilik air, ruang tamu besar, 2 tilam tambahan untuk setap bilik, kalau datang 1 bus pun boleh tidur dekat rumah tu, boleh masak sendiri pastu boleh basuh baju. Jadi masa datang tu tak payah bawa baju banyak-banyak. Sebab nanti basuh je baju-baju tu, pastu pakai balik lusanya. kalau rasa nak jimat ruang beg la..=)

Petangnya tu, kami terus ke tempat kek lapis. Kiranya kami order dulula, hari isnin baru dapat. Jadi keknya fresh sebab baru dibuat.

PAKEJ Homestay 3 Bilik, Taman Perumahan, Taman Sejoli 2

Matang Wildlife Centre
Sen_Piao
BAKO National Park
Long House Anah Rais
WATERFRONT
Main Bazar (bazar untuk shopping)
India Street (bazar untuk shopping)
Muzium Sejarah Sarawak
Muzium Tekstil
Pusat Orang Utan Sarawak
Crystal Shop
Muzium Rama Rama
Muzium CAT
Muzium Islam Sarawak
Masjid Jamek Sarawak
Boat Cruise Sarawak River
MBKS Gallery
DUN Tower (View /Foto)
Kampung Budaya Sarawak, Santubong
Kilang Kek Lapis Sarawak
SARIKIN (tempat shopping indonesia-sarawak %u2013 sabtu & ahad sahaja)
Pasar malam Satok (sabtu & ahad)
Taman Buaya Sarawak (Jong's Crocodile Farm's)
Kilang pasu Sarawak
Pasar Ikan Terubuk
Taman Orkid
Spring Shopping Complex

Maklumat Lanjut klik di sini

Tapi tak semua tempat kami pergi sebab asyik hujan je, kami hanya pergi ke waterfront, India Street (bazar untuk shopping),  Muzium Sejarah Sarawak, Pusat Orang Utan Sarawak,  Crystal Shop, Muzium CAT, Muzium Islam Sarawak, Boat Cruise Sarawak River, Kampung Budaya Sarawak, Santubong,  Kilang Kek Lapis Sarawak,   SARIKIN (tempat shopping indonesia-sarawak %u2013 sabtu & ahad sahaja), Pasar malam Satok (sabtu & ahad), Taman Buaya Sarawak (Jong's Crocodile Farm's), Kilang pasu Sarawak, Pasar Ikan Terubuk

Related posts:

  1. sesaje jalan…mengisi ruang di tgh jalan…
  2. Jalan-Jalan di Perak
  3. kura-kura di atas jalan raya
  4. tak menjadi
  5. mana mood raya ni…???
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


5 Tahun <b>di Mukah Sarawak</b>.. Jom Follow saya.. ;) | Coretan Anuar

Posted: 17 Apr 2011 07:22 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah, pada kali ini dapat luangkan sedikit masa untuk menggerakkan jari jemari saya bagi meluahkan rasa kegembiraan setelah berada 5 tahun di Mukah Sarawak..

Terasa begitu sekejap masa berlalu.. Dalam terpaksa berkhidmat di Mukah Sarawak, sedar tak sedar dah lebih 5 tahun saya berada di sini.. Dalam pada tu saya telah pun mempunyai harta yang paling berharga dalam hidup saya iaitu...  2 orang hero saya.. ;)

Gambar terbaru saya dengan 2 orang hero..

Banyak kenangan indah, suka dan duka yang saya lalui sepanjang berada di sini.. Tapi kata orang walaupun hujan emas jatuh di negeri orang sekali pun, dan hujan batu turun di negeri sendiri.. lebih baik di negeri sendiri.. ;) 

Saya mula menjejakkan kaki ke bumi Mukah Sarawak pada 3 April 2006 dan melapor diri pada keesokan harinya iaitu 4 April 2006.. Masa tu Politeknik Mukah ni hanya ada seramai 260 orang pelajar.. Pada masa sekarang ini pelajar PMU dah melebihi 3000 orang pelajar..

Saya dan isteri menjejakkan kaki ke Mukah pada tahun 2006

Masa tu jabatan yang saya bertugas sekarang ni iaitu Jab. Kej. Elektrik belum di buka lagi.. Tapi ada 2 orang staf yang mempunyai latar belakang elektrik yang masing-masing sedang berada di Jab. Teknologi Maklumat Dan Komunikasi dan Jab. Matematik Sains Dan Komputer..

Pada sesi Jun 2006 saya, Pn. Harniza dan En. Firdaus di arahkan untuk membuka Jabatan Kejuruteraan Elektrik.. Masa tu agak terkial-kial jugalah kami.. Baru mula bekerja, terlalu banyak perkara yang kami tak tahu.. Lepas tu diarahkan pula untuk membuka dan seterusnya mentadbir jabatan.. 

Syukur alhamdulillah dengan berkat usaha untuk mencuba sebaik yang mungkin.. Akhirnya kami berjaya juga membuka JKE.. Dapatlah membeli barang-barang keperluan untuk pejabat dan proses P&P sebelum membuat pengambilang sulung pada sesi Januari 2007..  

Mengikuti sesi Training peralatan-peralatan P&P dari pembekal

Kami memulakan pengambilan pertama dengan sebuah kelas untuk program Sijil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan sebuah kelas untuk Diploma Kejuruteraan Elektronik.. Bilangan pelajar masa tu 38 orang..

Pada masa tu di JKE kami hanya ada seramai 7 orang pensyarah dan seorang juruteknik.. Kira oklah pada masa tu.. Dalam masa yang sama kami turut membantu mengajar kursus elektrik untuk pelajar-pelajar semester 1 dan semester 2 Jab. Kej. Mekanikal, kursus Digit untuk pelajar Teknologi Maklumat dan seterusnya Kursus Matematik Kejuruteraan.. 

Staf awal JKE..

Pada semester berikutnya iaitu pada Julai 2007, pertambahan pelajar JKE meningkat kepada 3-4 kali ganda.. Kami dikehendaki menerima 3 buah kelas pelajar sijil dan 3 buah kelas pelajar Diploma.. dengan kemasukan pelajar baru JKE dalam lingkungan 200 orang.. Semester tersebut merupakan rekod pengambilan pelajar PMU paling ramai setakat ini dengan bilangan kemasukan keseluruhan pelajar hampir 1000 orang.. 

Terlalu banyak kenangan-kenangan indah sepanjang 5 tahun berada di PMU yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata mahupun tulisan.. Saya cuba untuk berkongsikan sebahagian daripadanya.. ;)

Mengikuti Kursus Pendawaian di Makmal Pendawaian JKE

Hari Keluarga Pertama JKE di Pantai Tapak Pesta Kaul..

Menerima ole-ole dari Ketua Jab. pertama JKE sempena hari keluarga PMU

Menjadi Pegawai Pengiring pertandingan ROBOCON di PSMZA, Dungun

Bersama isteri sewaktu mengikuti kursus CPCM di Kuching..

Baru balik dari Barok Cafe, Kuching.. Naik perahu di malam hari..

Mengikuti Kursus Induksi bersama isteri di Langkawi..

Kenangan di Langkawi bersama Ikan Arapaima gergasi..


Membawa pasukan kayak PMU menyertai Safari berakit sempena Pesta Kaul 2008

Aktiviti Berakit.. 





Gambar-gambar sewaktu mengadakan Xplorasi kelab kayak PMU pada tahun 2008..


Gambar-gambar kenangan sewaktu Mengikuti kursus Biro Tata negara di Kundasang Sabah 

Di antara bulan Jun 2008 sehingga Disember 2010 saya banyak terlibat dengan urusan pengurusan Politeknik.. Jadi kerja-kerja saya banyak tertumpu pada mesyuarat dan kerja-kerja pejabat.. Jadi tak ada banyak perkara menarik yang dapat dikongsikan bersama.. 

Kalau anda berminat nak tahu juga, bolehlah layari blog sembang hari2.. Ada sedikit sebanyak coretan demi coretan saya tentang pengalaman hidup di Mukah Sarawak..

Gambar kenangan bersama pasukan pengurusan PMU pada tahun 2010..

Pada tahun 2011 saya kembali ke JKE semula.. Dengan harapan besar supaya dapat berpindah ke semenanjung setelah 5 tahun berkhidmat di Mukah Sarawak..

Sekiranya tak dapat berpindah pun, tidak menjadi masalah buat saya dan isteri.. Tapi bila mengenangkan diri saya yang sentiasa duduk berjauhan dari keluarga, saya rasa dah sampai masanya untuk tinggal berdekatan dengan keluarga..

Maklumlah saya mula masuk ke asrama sejak berumur 11 tahun (darjah 5) sehingga tamat sekolah menengah.. Kemudian sambung belajar di Johor dari tahun 1999 sehingga 2005.. Seterusnya berkhidmat di Mukah Sarawak dari tahun 2006 sehingga sekarang..

Jadi harapan saya supaya dapatlah berpindah ke negeri Perak.. Selain negeri Perak, kami rasa kalau tak berpindah pun tak mengapa.. ;)

Kepada rakan-rakan yang lain.. Jom Follow saya untuk berkhidmat selama 5 tahun di wilayah lain.. Terutama bagi mereka yang belum berkahwin.. Masa ni lah seronok nak menimba pengalaman di tempat orang..

Ada berani?.. Kalau tak berani.. follow blog saya pun kira oklah.. Dapat juga mengikuti coretan demi coretan saya sepanjang berada di Mukah Sarawak... Selain itu anda juga akan mendapat pengiktirafan sebagai tetamu VVIP blog ini ;)

Admin Blog

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


Keputusan Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Peringkat Bahagian <b>di</b>

Posted: 19 May 2011 11:52 PM PDT

Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak 2011 telah diadakan di Bandar Sarikei (Sarikei Central Market) pada 18 dan 19 Mei ini tadi. Tahniah diucapkan pada semua sekolah-sekolah yang berjaya.

SMK Muara Tuang - Johan Tarian Rampaian & Etnik

Kategori Tarian Rampaian Melayu

1. Johan – Bahagian Samarahan (SMK Muara Tuang)

2. Naib Johan – Bahagian Kapit (SMK Kapit)

3. Ketiga – Bahagian Bintulu (SMK Asyakirin)

Kategori Tarian  Etnik

1. Johan – Bahagian Samarahan (SMK Muara Tuang)

2. Naib Johan – Bahagian Kapit (SMK Kapit)

3. Ketiga – Bahagian Kuching (SMK Tun Abang Haji Openg)

Anugerah Khas Juri – SMK Mendamit, Limbang.

Berikut adalah keputusan sebelum pertandingan dari setiap bahagian yang kami ketahui:

Keputusan Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Peringkat Bahagian Bintulu 2011

SMK Asyakirin (Adiwarna Asyakirin)

SMK Asyakirin (Adiwarna Asyakirin)

Keputusan Keseluruhan
1. SMK Asyakirin (Adiwarna Asyakirin)
2. SMK Sebauh (Sesuaka Euphoria)
3. SMK Bandar Bintulu (Kesenian Sri Cahaya Bandar)
Anugerah Tarian Rampaian Melayu Terbaik  – SMK Asyakirin
Anugerah Koreografi Rampaian Melayu Terbaik – SMK Asyakirin
Anugerah Tarian Rampaian Etnik Terbaik – SMK Sebauh
Anugerah Koreografi Tarian Etnik Terbaik – SMK Bandar Bintulu
Anugerah KostumMelayu Terbaik – SMK  Baru
Anugerah KostumEtnik Terbaik – SMK Bintulu
Penari Lelaki Terbaik: MacMaschall Seling (SMK Sebauh)
Penari Wanita Terbaik: Sandra (SMK Asyakirin)

SMK Sebauh (Sesuaka Euphoria)

SMK Sebauh (Sesuaka Euphoria)

(Sumber: http://sesuakaeuphoria.blogspot.com)

Keputusan Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Peringkat Bahagian Samarahan 2011

SMK Muara Tuang

SMK Muara Tuang & SMK Kota Samarahan

PENGANJUR / TEMPAT : SMK Asajaya No. 2
TARIKH : 5 Mei 2011

Keputusan Keseluruhan
1. SMK Muara Tuang
2. SMK Kota Samarahan
3. SMK Asajaya No. 2

Anugerah Tarian Rampaian Melayu Terbaik  – SMK Kota Samarahan
Anugerah Koreografi Rampaian Melayu Terbaik – SMK Kota Samarahan
Anugerah Tarian Rampaian Etnik Terbaik – SMK Muara Tuang
Anugerah Koreografi Tarian Etnik Terbaik – SMK Muara Tuang
Anugerah Busana Melayu Terbaik – SMK  Muara Tuang
Anugerah Busana Etnik Terbaik – SMK Taee
Anugerah Khas Juri – SMK Balai Ringin

SMK Kota Samarahan

SMK Kota Samarahan

Keputusan Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Peringkat Bahagian Miri 2011

SMK Subis

SMK Subis

PENGANJUR : SMK Sunis
TEMPAT : Dewan Masyarakat Batu Niah
TARIKH : 1 – 2 April 2011

Keputusan Keseluruhan

1. SMK Subis
2.  SMK Lopeng Tengah
3. SMK Dato' Permaisuri

Anugerah Tarian Rampaian Melayu Terbaik Keseluruhan
1 . SMK Dato' Permaisuri
2 . SMK Subis
3 . SMK SMK Merbau

Anugerah Koreografer Tarian Rampaian Melayu Terbaik Keseluruhan
1. SMK Subis
2. SMK Dato' Permaisuri
3. SMK Merbau

Anugerah Tarian Etnik Terbaik
1 . SMK Subis (Anding Didak – Melanau)
2 . SMK Lopeng Lopeng Tengah (Gawea Sowa – Bidayuh)
3 . SMK Riam ( Perang Cudamani )

Anugerah Koreografer Tarian Etnik Terbaik
1 . SMK Subis
2 . SMK Lopeng Tengah
3 . SMK Riam

Busana Terbaik Kategori Rampaian Melayu
1 . SMK Merbau
2 . SMK Lopeng Tengah
3 . SMK Pujut

Busana Etnik Terbaik
1 . SMK Lopeng
2 . SMK Riam
3 . SMKSubis

Penari Lelaki Terbaik Etnik – SMK Subis
Penari Perempuan Terbaik Etnik – SMK Lopeng Tengah
Penari Perempuan Terbaik Rampaian Melayu – SMK Dato Permaisuri
Penari Lelaki Terbaik Rampaian Melayu – SMK Merbau

Anugerah Khas Juri – SMK Merbau

(Sumber: http://gongtokdesa.wordpress.com/)

Keputusan Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Peringkat Bahagian Mukah 2011

Keputusan Keseluruhan
1. SMK Matu
2. SMK Three Rivers
3. SMK Oya

Anugerah Tarian Rampaian Melayu Terbaik
1 . SMK Three Rivers
2 . SMK Matu
3 . SMK Oya

Anugerah Tarian Rampaian Etnik Terbaik
1 . SMK Matu
2 . SMK Three Rivers
3 . SMK SMK Oya

(Sumber: Pelawat laman blog ini)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


MyOnlineDiary@MyHomeNiaga: Eksplorasi Pena & Lensa <b>Di</b> Kampung Semban

Posted: 25 Mar 2011 09:24 PM PDT

Menjejaki Keunikan Kampung Semban

Salam kepada semua pengunjung blog MyOnlineDiary.  Setelah beberapa hari menghilang tanpa sebarang kemas kini, kini saya kembali dengan himpunan kisah pengembaraan yang penuh cabaran ke sebuah perkampungan terpencil masyarakat Bidayuh Biatah di Padawan, Sarawak.

="1">

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads