Rabu, 23 Januari 2013

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Maulidur Rasul Peringkat Negeri <b>Sarawak</b> diadakan <b>di Betong</b> | my <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2013 03:36 PM PST

BETONG: Pelbagai aktiviti akan diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di Betong pada 24 Januari ini.

Program dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan dikelolakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid Jamek Betong dengan kerjasama JAIS Bahagian Betong.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Futsal Terbuka Betong yang akan diadakan di Stadium Mini Betong pada 19 dan 20 Januari ini.

Pengerusi pengelola kejohanan Wan Boehana Wan Omar berkata kejohanan tersebut terbuka kepada peminat dan pasukan futsal yang aktif di negeri ini.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 18 Januari pada jam 10 pagi dan pemain-pemain bersedia dengan sebarang syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur.

"Yuran penyertaan ialah sebanyak RM50 untuk setiap pasukan," katanya di sini kelmarin.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah johan akan membawa pulang wang tunai RM1,000, untuk naib johan pula RM700 manakala tempat ketiga akan menerima RM500.

Di samping itu, turut diadakan ialah Pertandingan Hadrah yang akan diadakan di Dewan Panglima Tujuh, Kampung Bungin, Spaoh.

"Kumpulan hadrah yang berada di sekitar Betong berminat menyertai pertandingan tersebut boleh mendapatkan borang daripada pihak penganjur dan tarikh tutup penyertaan pada 17 Januari ini.

"Setiap penyertaan juga perlu disertakan dengan yuran sebanyak RM30 untuk setiap kumpulan," katanya.

Bagaimanapun, antara syarat penyertaan yang digariskan ialah sebanyak 40 peratus markah akan dikira pada pertandingan tersebut manakala sebanyak 60 peratus pula akan dikira penyertaan dan mengiringi perarakan yang akan diadakan di Betong pada 24 Januari nanti.

"Maksudnya setiap kumpulan yang menyertai wajib mengikuti dan mengiringi perarakan yang dianjurkan oleh pihak penganjur program," kata beliau.

Untuk maklumat dan pertanyaan berhubung aktiviti tersebut boleh menghubungi talian 012-8908214.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Saksikan festival komik, pameran dinosaur <b>di Miri</b> - Borneo Post

Posted: 29 Nov 2012 02:53 PM PST

Posted on November 30, 2012, Friday

MIRI: Buat julung kalinya di Sarawak, festival komik dan pameran eksplorasi dinosaur dianjurkan untuk penduduk Miri bermula hari ini hingga Ahad di Kompleks Permy Mall dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Aktiviti dianjurkan oleh syarikat penerbitan komik, novel dan majalah, Gempak Starz dan Learn More!.

Pengunjung akan diberi maklumat tentang evolusi kehidupan dinosaur selain peluang mendapatkan komik bersiri 'X-Venture: Dinosaur Kingdom' diterbitkan syarikat itu.

Komik 12 siri ini diterbitkan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Cina yang mengisahkan tentang pengembaraan empat sahabat, Sean, Starz, Rain dan Stone ketika bumi ditakluki dinosaur.

Turut diselitkan dalam komik ialah maklumat tentang kehidupan dinosaur serta kuiz.

"Ini merupakan aktiviti pertama kita di kompleks beli-belah. Sebelum ini kita hanya adakan aktiviti kita di sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia," jelas jurucakap Learn More!, Fido Kong.

Beliau mengalu-alukan kunjungan penduduk Miri khasnya golongan kanak-kanak dan pelajar menambah pengetahuan mereka khasnya tentang kehidupan dinosaur.

Turut diadakan ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan sesi bertemu kru-kru komik 'X-Venture.'

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


<b>sarawak</b> no.1 <b>di</b> malaysia: <b>negeri</b> berpendapatan <b>...</b> - asap-koyan 2u

Posted: 16 Jan 2013 06:17 PM PST


Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score), merupakan sebuah kawasan pembangunan wilayah di Sarawak yang terletak dari Similajau di Bintulu hingga ke Tanjung Manis di Mukah, kapit dijangka menjadi kawasan paling progresif membangun. Impak daripada pembangunan SCORE itu kemudiannya akan dinikmati secara berterusan oleh penduduk di negeri ini apabila keseluruhan RM330 billion dilaburkan sepenuhnya menjelang 2030. Wawasan yang direncakan ini adalah inisiatif penting kerajaan menjadikan Sarawak negeri maju dan berpendapatan tinggi.


Bagi tempoh tiga tahun pertama SCORE dilancarkan, ia berjaya menarik pelaburan berjumlah RM20.3 bilion membabitkan 11 projek dengan lapan daripadanya bagi Taman Perindustrian Samalaju, manakala dua lagi di Hab Halal Tanjung Manis.
Di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sembilan projek diluluskan dengan peruntukan RM1.5 bilion bagi pembinaan enam jalan raya baru ke kawasan sumber tenaga, satu projek bekalan air ke Samalaju, satu taman perindustrian di Samalaju dan satu projek lapangan terbang di Mukah. Mukah yang dirancang sebagai bandar pintar menerima pelaburan RM600 juta bagi industri berat, selain daripada itu Mukah yang terletak di tengah kawasan liputan SCORE,  dirancang sebagai pusat pentadbiran koridor dengan pejabat syarikat pelaburan luar dicadang dibina di kawasan berkenaan.
Manakala untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh pula (RMK-10) SCORE menerima peruntukan RM300 juta bagi melaksanakan sembilan projek yang kini di peringkat pelaksanaan, termasuk Taman Perindustrian Samalaju.Setakat ini, Taman Perindustrian Samalaju menerima lapan pelaburan dengan nilai RM17 bilion terdiri daripada industri berat yang memerlukan banyak tenaga, manakala dua pelaburan di Hab Halal Tanjung Manis bernilai RM2 bilion membabitkan projek akuakultur.

SCORE yang berpontensi menjana tenaga boleh diperbaharui dikatakan mencatatkan kejayaan di dalam pengeluaran produk berasaskan pertanian dan pengeluaran sehingga mampu menjadi hab makanan halal. Menurut Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak, "Kita dikurniakan dengan kawasan tanah yang luas dan air yang banyak. Kita kini mempunyai jumlah sumber tenaga yang diperlukan.

"Kita juga sebuah negara Islam dan sekaligus sangat menarik kepada para pelabur Arab yang kaya minyak. Kita juga boleh mengeksploit pasaran makanan halal dunia, yang sangat besar,". Ini kerana, pelaburan awal yang datang RM200 juta adalah daripada pengeluaran makanan dengan mengguna pakai teknologi moden. Tambah beliau lagi, "Mereka juga mempunyai program untuk melabur RM4 bilion di dalam tempoh lima tahun dari sekarang,"

Oleh disebabkan itu, kerajaan akan memastikan kawasan Tanjung Manis sebagai hab halal itu bebas daripada pencemaran, dan langkah yang diambil ialah dengan mengurangkan jumlah kenderaan untuk memasuki kawasan itu. Perancangan jangka masa panjang itu sangat jelas kerajaan gigih berusaha memajukan negeri ini setanding negara maju. Menurut kenyataan Pengarah Unit Perancang Negeri Sarawak, Datuk Ismawi Ismuni, berkata ketika ini Sarawak ada 977,000 tenaga kerja dengan penduduknya berjumlah 2.5 juta.

"Melalui SCORE, peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan menjelang 2030 adalah 2.5 juta.
"Ini akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan Sarawak untuk merebut pelbagai peluang pekerjaan yang bakal wujud, terutamanya di kalangan generasi muda yang terlatih dan mempunyai kelulusan," sumber Berita Harian.

ads