KUCHING – Keghairahan seorang peniaga yang ingin meraih pendapatan lumayan dengan melombong emas secara haram di kaki Gunung Tabai, Bau dekat sini, bertukar tragedi apabila mangsa maut dihempap dua bongkah batu sebesar kereta Perodua Kancil awal pagi semalam.
Mangsa Lee Sze Chun, 37, dikatakan pergi melombong emas di kawasan tersebut kerana mahu memperoleh wang segera bagi memenuhi impiannya memiliki sebuah premis perniagaan sendiri.
This entry was posted on January 8, 2013 at 10:57 am and is filed under Malaysia news with tags Anwar Ibrahim. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
[unable to retrieve full-text content]Rumah tetamu (Guesthouse) di Kuching, Sarawak... "Tempat Berambeh" yang bermaksud "tempat persinggahan" khas disediakan di lokasi yang strategik untuk anda sekeluarga yang inginkan keselesaan dan menjimatkan wang anda.
PROGRAM Merdeka Rakyat yang dianjurkan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan Sarawak berhampiran Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS semalam mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.
Orang ramai berpusu-pusu menghadiri program Merdeka Rakyat di kawasan mereka untuk mendengar sendiri ucapan yang disampaikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Difahamkan menurut pengirim gambar, sekitar 3,000 hadirin membanjiri tapak ceramah.
Ini menunjukkan rakyat Sarawak khususnya di sekitar Kota Samarahan, sudah bersedia untuk menumbangkan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.
Sokongan Rakyat Sarawak sangat penting untuk Pakatan Rakyat menawan putrajaya, hanya Sabah dan Sarawak terutama kawasan pedalaman sahaja yang masih menyokong Barisan Nasional.
Dengan kata lainnya, Barisan Nasional hanyalah "jaguh kampung" kerana parti itu tumbang di kebanyakkan bandar-bandar seluruh Malaysia pada 2008.
Barisan Nasional hari ini sekadar mengharapkan undi orang kampung dan penduduk pedalaman yang mudah diperbodohkan melalui media-media arus perdana seperti TV3 yang masuk ke rumah-rumah mereka setiap hari. Selagi rakyat boleh diperbodohkan, selagi itu BN berkuasa.
Biarpun kehadiran Nik Abduh anak kepada Nik Aziz dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasharuddin Hassan serta penampilan istimewa Mel Wing ke Sarawak bagi menyampaikan ceramah politik di Kota Samarahan dalam Pentas Anak Muda (Mansang Ngelaban) pada 2 Mac lepas (Sabtu) namun sambutannya masih tetap sama. Sangat mengecewakan!!!
Dianggarkan sejumlah 60 orang sahaja penonton yang hadir berbanding target mereka seramai 2,000 seperi mana yang pernah dicatatkan PKR dalam penganjuran Ceramah Merdeka Rakyat sebelum ini.
Menggunakan taktik membawa Mel Wing untuk menarik perhatian anak muda di Kota Samarahan, tetapi sambutannya masih mengecewakan. Ternyata percaturan PAS Sarawak di Kota Samarahan tidak membuahkan hasil dan apakah ini juga akan terjadi kepada calon PAS di Kota Samarahan pada PRU-13 akan datang?
Yang pasti kedua-dua orang kuat Pemuda PAS Pusat itu akan mengingati dan 'bertaubat' tidak akan hadir lagi ke Sarawak disebabkan sambutan rakyat yang sangat mendukacitakan. Difahamkan ceramah itu diadakan di kawasan perumahan yang mempunyai kepadatan penduduk dan pernah diadakan Ceramah Merdeka Rakyat anjuran PKR pada awal Januari lepas.
Bezanya ceramah PKR di Kota Samarahan mendapat sambutan berbanding ceramah PAS yang audiennya sangat mengecewakan. Kebanyakan audiennya hanyalah terdiri daripada ahli-ahli PAS dan bukannya penduduk tempatan.
SARIKEI: Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superintenden Poniman Margiman mengingatkan anggotanya agar tidak mengunjungi pusat hiburan sesuka hati terutamanya dengan hanya tujuan untuk berhibur sahaja.
Katanya, banyak perkara yang boleh berlaku sekiranya tabiat seperti ini kerap diamalkan, tetapi yang paling nyatanya ialah tabiat itu mempunyai banyak kesan negatif daripada yang positif kepada anggota tersebut.
"Kita sarankan hanya anggota yang mempunyai tugas atau misi sahaja yang digalakkan mengunjungi lokasi ini.
"Objektif kita membuat peringatan sedemikian bukannya mengongkong hak dan kebebasan anggota, tetapi untuk memastikan anggota kita tidak terlibat dengan masalah tatatertip, disiplin dan lain-lain kemungkinan yang mampu memusnahkan masa depan, kerjaya mereka dan menjejaskan imej polis," katanya pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei.
Katanya, ini kerana kebanyakan masalah disiplin yang berlaku kepada anggota adalah berpunca daripada tabiat tersebut.
Pada majlis sama, seramai 25 orang terdiri daripada anggota polis dan kakitangan sokongan IPD Sarikei yang cemerlang dalam menjalankan tugas menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
Menurut Poniman, kadar indeks jenayah bagi tahun lalu menunjukkan penurunan jika dibandingkan dengan tahun 2011.
"Pada tahun 2011, sebanyak 327 kes dilaporkan berlaku, manakala bagi tahun 2012 hanya 271 kes dilaporkan. Jumlah tersebut menunjukkan peratusan penurunan kes sebanyak 56 kes atau bersamaan dengan 17.1 peratus.
"Bagi jenayah jalanan pula, pada tahun 2012 sebanyak 14 kes dilaporkan, manakala bagi tahun 2011 terdapat sebanyak 54 kes berlaku. Ini menunjukkan terdapat penurunan sebanyak 54 kes.
"Untuk kadar pertuduhan pula, IPD Sarikei berjaya mencapai tahap 28.4 peratus bagi tahun lalu iaitu melepasi sasaran atau tahap sasaran iaitu 25 peratus," jelasnya.
Tambah Poniman, semua kejayaan yang dicapai adalah berkat usaha gigih dan prestasi cemerlang ditunjukkan oleh para anggota di samping kerjasama erat masyarakat setempat.
"Pada masa yang sama, pasukan kita sudah pun bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal diadakan pada bila-bila masa," katanya.
To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.
KUCHING: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ali Biju berkata, beliau tidak gentar dengan siapa pun lawannya di kerusi Parlimen Saratok termasuk Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom.
Menurutnya, persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sudah dilakukan sejak dua tahun lalu dengan mendekati rakyat di kawasan Parlimen itu dalam usahanya memahami sentimen serta masalah di peringkat akar umbi.
"Memang ketika ini khabar angin kuat mengatakan Mawan akan bertanding di Saratok tetapi ia masih khabar angin.
"Malah akhbar hari ini (semalam) melaporkan Mawan berkata, Jelaing (Mersat) masih lagi calon…jadi mereka belum ada calon yang pasti ketika ini.
"Apa pun, siapa jua calon SPDP di Saratok yang pasti PKR perlu bersedia dan harus berdepan dengan mereka kerana tidak ada cara lain," katanya pada satu media di Ibu Pejabat PKR Sarawak yang turut dihadiri Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian.
Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian dan timbalan presiden PKR Sarawak juga percaya tsunami politik yang berlaku di Krian pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri 2011 akan berlaku semula di Saratok pada PRU13 nanti.
To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.
Menurut Laporan Borneo Post yang saya baca hari ini, Malindo Air (Syarikat Penerbangan Kos Tambang Murah) Malaysia kini akan menjadikan Miri,Bintulu dan Sibu destinasi seterusnya di Sarawak yang akan dihubungkan dengan Kuala Lumpur. Rancangan mengembangkan penerbangan ke 3 lokasi baru di Sarawak ini akan dilancarkan pada Jun 2013 depan.
Kini, syarikat penerbangan baharu yang ditubuhkan melalui kolaboratif Malaysia-Indonesia itu telah melakukan penerbangan empat kali sehari antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ia beroperasi menggunakan kapal terbang baharu jenis Boeing 737-900ER.
Berbeza daripada perkhidmatan pengangkutan udara lain, Malindo Air menyediakan pelbagai kemudahan serta produk penerbangan untuk keselesaan penumpang di mana penumpang boleh menikmati hiburan dalam penerbangan menerusi skrin persendirian di setiap tempat duduk.
Malindo Air kini juga menawarkan promosi bagi penerbangan sehala antara Kuala Lumpur dan Kuching iaitu pada harga serendah RM78.
MASIH KUKUH – Biarpun masa semakin berlalu, namun keadaan Masjid di Kampung Sekaan Matu, Sarawak masih mampu berdiri teguh untuk menjadi tempat memperluaskan syiar Islam.
Sebelum kedatangan Islam, sama seperti kaum lain di Negeri Sarawak, masyarakat Melanau di Matu turut mengamalkan kepercayaan bercorak animisme dan mempercayai sesuatu yang sangat berkait rapat dengan kuasa ghaib. Walaupun pada masa kini Matu merupakan salah sebuah kawasan penempatan utama masyarakat Melanau Islam, sebelum kedatangan agama itu, kaum ini tidak mempunyai agama dan hanya mengamalkan kepercayaan yang diwarisi sejak turun-temurun daripada nenek moyang mereka. Kepercayaan-kepercayaan yang diamalkan mempengaruhi budaya masyarakat ini terutama dalam soal kehidupan, kematian, perkahwinan dan sebagainya. Sebagai contoh, perayaan pesta Kaul yang disambut pada bulan April setiap tahun dikaitkan dengan menghormati 'ipok' atau kuasa ghaib yang menjaga laut.
Pada masa dahulu ketika kaum ini belum mempunyai agama atau 'Melanau pagan', perayaan ini diadakan untuk menjamu 'ipok' yang sentiasa menjaga laut dengan harapan agar penduduk-penduduk kampung memperoleh tangkapan yang banyak dan selamat semasa berada di perairan. Ia juga sebagai upacara memohon perlindungan agar penduduk-penduduk kampung tidak dijangkiti sebarang penyakit. Selain itu, masyarakat Matu juga mengamalkan upacara 'sare' atau rumah terbuka selama tujuh hari berturut-turut apabila ada ahli keluarga meninggal dunia. Rumah si mati akan dikunjungi saudara-mara dan masyarakat setempat yang mengenali beliau atau keluarganya. Namun demikian, selepas Islam bertapak di sini, amalan itu tidak diamalkan lagi dan ia ditukar dengan majlis tahlil, bacaan surah Yasin, sembahyang berjemaah, kenduri arwah dan sedekah.
Pengaruh pemerintahan kesultanan Brunei di Sarawak (ketika itu dikenali sebagai Borneo), sekitar tahun 1600-an, telah banyak mencorakkan hidup masyarakat Melanau yang tinggal di sekitar daerah ini. Menyingkap sejarah ringkas kedatangan Islam di Matu, ia bermula setelah Pangeran Salleh Pangeran Ishak datang dari Brunei untuk menjalankan urusan perniagaan. Setelah lama menetap di di sini, Pangeran Salleh telah berkahwin dengan wanita tempatan dan menetap di Kampung Sekaan, Matu. Di samping menjalankan kegiatan perniagaan, Pangeran Salleh turut menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk-penduduk Kampung Sekaan. Akhirnya, beliau menjadi orang penting dalam penyebaran Islam di seluruh kawasan Matu. Sejak itu, pengaruh Islam mulai berkembang dan tersebar dari satu penempatan ke perkampungan lain dan akhirnya Matu dihuni oleh kebanyakan masyarakat Islam sehinggalah ke hari ini.
MUKAH: Seramai 17,369 orang penduduk di Matu, Daro melahirkan rasa gembira apabila mereka bakal menikmati sebanyak 10.5 juta liter air bersih sehari setelah projek membina dan menyiapkan loji Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Wilayah Matu dan Daro siap pada Ogos tahun depan.
Pembinaan projek terbabit memakan kos RM79 juta bermula sejak Ogos tahun lalu dan dijangka siap selama 18 bulan. Apabila siap kelak, masalah bekalan air bersih yang seringkali dialami terutamanya pada musim kemarau akan dapat diatasi sepenuhnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Abu Seman Jahwie berkata proses pembinaan projek itu dalam masa tiga bulan lalu siap lebih daripada 70 peratus setakat ini.
"Masalah air menjadi isu utama penduduk di Jemoreng dan Daro kerana sering berhadapan dengan masalah terbabit dan lebih memburukkan keadaan pada musim kering atau kemarau.
"Kedua-dua daerah itu sering diganggu masalah air sejak beberapa hari lalu," katanya ketika merasmikan Seminar Kekeluargaan di Dalat kelmarin.
Beliau yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri berkata ketika melakukan tinjauan ke projek terbabit tiga bulan lalu, ia telah siap kira-kira 20 peratus. Ini termasuk kerja-kerja menimbus pasir, menanam cerucuk, membina tangki air aras tinggi dan membina rumah pam air.
"Sekarang saya diberitahu oleh pihak berkenaan bahawa projek itu telah siap 70 peratus. Saya percaya projek itu berjalan lancar dan diharap dapat siap secepat mungkin," katanya.
Abu Seman berkata, mengikut perancangan projek tersebut meliputi pemasangan saluran paip dari Kampung Bruan Mepal hingga ke Rumah Anyut, dari Kampung Bawang ke Kampung Nanga Besar dan terus ke rumah-rumah panjang di Daro.
Bagi rumah-rumah panjang di DUN Jemoreng, katanya, pihaknya akan memantau keadaan di sana agar dapat disalurkan dengan bekalan air melalui projek tersebut.
"Di bawah kawasan saya, sebanyak enam buah rumah panjang masih belum mendapat bekalan air dan saya cuba membantu mereka secara berperingkat-peringkat kerana faktor kedudukan yang agak jauh di pedalaman.
"Saya berharap apabila projek bekalan air ini siap kelak masalah ketiadaan air, kekurangan dan tekanan bekalan air rendah yang kerap menghantui kebanyakan kampung di Matu dan Daro selama ini akan dapat diselesaikan," katanya sambil memberitahu bahawa sudah siap kelak, loji perawatan air itu berkeupayaan membekal 10.5 liter (MLD) sehari.
To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.