11 di matu sarawak - Google Blog Search |
Penduduk daerah <b>Matu</b> bakal nikmati bekalan air bersih <b>...</b> Posted: 16 Dec 2012 02:59 PM PST Posted on December 17, 2012, Monday MUKAH: Seramai 17,369 orang penduduk di Matu, Daro melahirkan rasa gembira apabila mereka bakal menikmati sebanyak 10.5 juta liter air bersih sehari setelah projek membina dan menyiapkan loji Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Wilayah Matu dan Daro siap pada Ogos tahun depan. Pembinaan projek terbabit memakan kos RM79 juta bermula sejak Ogos tahun lalu dan dijangka siap selama 18 bulan. Apabila siap kelak, masalah bekalan air bersih yang seringkali dialami terutamanya pada musim kemarau akan dapat diatasi sepenuhnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Abu Seman Jahwie berkata proses pembinaan projek itu dalam masa tiga bulan lalu siap lebih daripada 70 peratus setakat ini. "Masalah air menjadi isu utama penduduk di Jemoreng dan Daro kerana sering berhadapan dengan masalah terbabit dan lebih memburukkan keadaan pada musim kering atau kemarau. "Kedua-dua daerah itu sering diganggu masalah air sejak beberapa hari lalu," katanya ketika merasmikan Seminar Kekeluargaan di Dalat kelmarin. Beliau yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri berkata ketika melakukan tinjauan ke projek terbabit tiga bulan lalu, ia telah siap kira-kira 20 peratus. Ini termasuk kerja-kerja menimbus pasir, menanam cerucuk, membina tangki air aras tinggi dan membina rumah pam air. "Sekarang saya diberitahu oleh pihak berkenaan bahawa projek itu telah siap 70 peratus. Saya percaya projek itu berjalan lancar dan diharap dapat siap secepat mungkin," katanya. Abu Seman berkata, mengikut perancangan projek tersebut meliputi pemasangan saluran paip dari Kampung Bruan Mepal hingga ke Rumah Anyut, dari Kampung Bawang ke Kampung Nanga Besar dan terus ke rumah-rumah panjang di Daro. Bagi rumah-rumah panjang di DUN Jemoreng, katanya, pihaknya akan memantau keadaan di sana agar dapat disalurkan dengan bekalan air melalui projek tersebut. "Di bawah kawasan saya, sebanyak enam buah rumah panjang masih belum mendapat bekalan air dan saya cuba membantu mereka secara berperingkat-peringkat kerana faktor kedudukan yang agak jauh di pedalaman. "Saya berharap apabila projek bekalan air ini siap kelak masalah ketiadaan air, kekurangan dan tekanan bekalan air rendah yang kerap menghantui kebanyakan kampung di Matu dan Daro selama ini akan dapat diselesaikan," katanya sambil memberitahu bahawa sudah siap kelak, loji perawatan air itu berkeupayaan membekal 10.5 liter (MLD) sehari. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di matu sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan