Sabtu, 6 Julai 2013

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Pandelela terharu pusat akuatik baharu <b>di Bau</b> – BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 04 May 2013 02:20 PM PDT

Posted on May 5, 2013, Sunday

KUCHING: Penerjun negara, Pandelela Rinong Pamg berasa terharu dengan hasrat kerajaan negeri untuk membina pusat akuatik baharu di Bau sebagai menghargai pencapaiannya dalam sukan terjun.

Katanya, beliau amat berterima kasih dengan kerajaan negeri atas inisiatif untuk memajukan sukan akuatik di tempat kelahirannya.

"Saya berasa sangat bersyukur dan berterima kasih dengan kerajaan negeri kerana menghargai sumbangan saya selama ini dengan membina sebuah lagi pusat akuatik di Bau.

"Saya harap dengan adanya pusat akuatik baharu itu, Sarawak dapat melahirkan lebih ramai atlet terjun bukan sahaja dari Bau tetapi dari seluruh negeri," katanya di sini semalam.

Olahragawati Kebangsaan 2011/2012 itu juga yakin Sarawak bakal menjadi lubuk penerjun negara kerana inisiatif berterusan kerajaan negeri dalam memajukan sukan berkenaan di sini.

Justeru, beliau menasihati atlet-atlet muda agar tidak mensia-siakan fasiliti sedia ada dan cuba mengharumkan nama negara di persada dunia.

Menurut Pandelela, beliau akan bekerja dengan lebih keras selepas ini untuk mencapai lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa.

Keputusan membina sebuah lagi pusat akuatik disuarakan oleh Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan Ikom pada Khamis lalu sebagai menghargai jasa serta sumbangan Pandelela dalam sukan terjun.

Katanya, kejayaan bersejarah anak Bidayuh itu memenangi gangsa pada Sukan Olimpik London tahun lalu adalah sesuatu yang cukup membanggakan bukan sahaja negara malah bagi seluruh penduduk Sarawak.

Pandelela memecah tradisi muncul sebagai wanita pertama memenangi pingat pada kejohanan berprestij dunia itu.

"Projek ini akan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Rancangan Malaysia 2015-2020 dan akan menelan belanja berjumlah RM14 juta.

"Pusat akuatik tersebut akan dibina berhampiran Stadium Mini Bau dan bakal menjadi pusat sukan bersepadu di daerah tersebut," kata Mawan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Berkayuh <b>di</b> Sungai <b>Limbang</b> | <b>Di</b> Halaman <b>Limbang</b>....

Posted: 25 Jun 2013 07:06 PM PDT

KAMPUNG SEBERANG KADAI, antara beberapa buah kampung air yang ada di Limbang.Merupakan kampung air yang agak besar di daerah Limbang termasuklah Kampung Limpaku Pinang. Walaupun status ia sebagai kampung air, kebanyakan penduduknya semakin kurang menglibatkan diri dalam aktiviti nelayan.

Kebanyakannya anak-anak mereka lebih dekat untuk melibatkan diri dalam kerja makan gaji dan berniaga atau aktiviti yang berada di darat. Pendidikan yang semakin meningkat dan pendedahan kepada dunia luar mengajak anak-anak muda di kampung tersebut untuk mencuba rezeki dengan cara yang berbeza daripada orang tua mereka dulu.

Untuk menyeberang ke Kampung Seberang Kadai memerlukan perahu penambang yang mudah didapati di jeti Pasar Tamu. Disitulah berkumpulnya penambang-penambang untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk yang berulang-alik dari atau pergi pasar dan kampung di seberang.

Penumpang yang ingin merasai untuk berperahu, bolehlah mencubanya dengan harga 0.50 sen sekali naik. Walaupun biasa sahaja tapi bagi yang pertama kali naik perahu penambang suatu yang mengujakan.

Namun, aku rasakan jikalah ada di kalangan penambang-penambang ini rasa untuk mewujudkan perkhidmatan perahu penambang yang terjamin dan perolehan atas tambangan yang tetap. Mereka boleh mewujudkan satu persatuan penambang perahu yang berkonsepkan ekonomi bagi memberi pulangan atas perkhidmatan yang diberikan.

Yang ada sekarang, wujud juga penambang-penambang yang melaksanakan konsep  tersebut tetapi lebih kepada individu dan hanya kerja sampingan. Bila perlu mereka akan buat dan mengikut musim serta mood penambang terbabit.

Setakat ini, perkhidmatan perahu penambang masih releven dengan pembangunan yang ada di Limbang walaupun apa yang berlaku di situ. Arah tuju perkhidmatan yang ada perlu juga dipelbagai tujuannya, bukan hanya untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk setempat. Malah, ia boleh memberi tarikan kepada pelancong yang ingin menelusuri sungai Limbang dan kaki pancing.

Setakat yang aku perhatikan, perkomersialan ke atas perkhidmatan perahu penambang masih belum mendapat sambutan dari penambang lagi ataupun kesedaran tentang perkara ini belum ada lagi di kalangan penambang-penambang yang ada.

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Trofi diserah <b>di</b> Stadium <b>Negeri</b> jika <b>Sarawak</b> atasi KL – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2013 10:12 AM PDT

Posted on June 23, 2013, Sunday

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) te­lah memberi kelulusan ke­pada Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) agar majlis penyerahan trofi Liga Per­dana diadakan di Stadium Negeri sekiranya Sarawak berjaya menewaskan Kuala Lumpur pada malam esok.

Setiausaha Agung FAS Abdullah Julaihi berkata, pihaknya telah berbincang dengan FAM dan persetu­juan telah dicapai berhubung perkara tersebut.

"Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua pemi­nat bola sepak tanah air agar datang beramai-ramai men­yaksikan detik bersejarah itu," katanya.

Abdullah bagaimanapun enggan mengulas mengenai perancangan untuk meraikan kejayaan Sarawak terlebih dahulu.

"Kita mahu fokus dahulu dalam misi menjuarai Liga Perdana. Majlis meraikan kejayaan skuad pasti akan diadakan sebaik misi itu ter­capai," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

ads