11 di kuching sarawak - Google Blog Search |
FISH HUNTER: JaLaN - JaLaN <b>Di KuchinG SaRawaK</b> Posted: 25 Jul 2011 11:08 PM PDT Seperti kebiasaan, selepas kami pulang dari memancing. Kami akan mengambil kesempatan untuk membeli belah sebelum pulang ke rumah. Kunjungan kami ke Kuching Sarawak tidak kami sia-siakan. Selepas berada di tengah lautan selama 4 hari, kami bermalam selama sehari di bandar Kuching untuk berehat dan membeli-belah. Kuching Sarawak memang memberi pelbagai pilihan dan tempat menarik untuk melancong dan membeli-belah. Berada di Kuching tidak lengkap jika tidak ke Water Front Pelbagai kedai menjual barang-barang antik dan saguhati di sini Mencari buah tangan untuk orang tersayang di rumah. Singgah sebentar di kedai yang menjual mutiara dan manik Sarawak. Kebanyakan barang-barang di sini Custom Made. Sungguh berbaloi untuk membelinya. Batik Sarawak. Mesti beli..!! Selepas membeli belah, kami singgah di Restoran Top Spot di Bandar Kuching yang terkenal dengan seafood yang sangat murah dan segar. Seafood yang dijual sangat segar Lobster yang hanya RM80/kg. 1kg bersamaan dua atau tiga ekor...memang berbaloi..!! Hidangan kami pada malam tersebut. Sayur Meedin. Sayur yang hanya tumbuh di Borneo sahaja. Sayur yang wajib di order. Ikan sebelah (halibut) bakar Prawn with butter Sarawak style..very difference..!! Keesokkan harinya, sebelum kami ke airport kami sempat singgah ke Satok Market untuk membeli ikan terubuk masin. Kek Lapis Sarawak Dayang. The famous and delicious Kek Lapis at Kuching Sarawak Gambar bersama sebagai kenang-kenangan di Bandar Kuching. |
Tebingan lakar sejarah <b>Sarawak</b> « Cutidikuching Posted: 06 Sep 2011 06:15 PM PDT Location : Sarawak, Malaysia Isma Ismail Source :Harian Metro,19 March 2009 1 of 5 SAUJANA… pemandangan indah bandar raya Kuching MERCU TANDA…replika kucing menjadi tarikan di tengah bandar raya Kuching PELBAGAI…antara binaan rumah panjang mengikut etnik di Kampung Budaya Sarawak WARISAN…pemuda dan gadis Bidayuh memakai pakaian tradisi mereka Sepanjang satu kilometer dirakam catatan ringkas sejarah jatuh bangun Bumi Kenyalang TIDAK seperti bandar raya di Malaysia yang sinonim dengan kesesakan jalan raya dan hirukpikuk penduduknya, Kuching selayaknya diberi jolokan baru sebagai kota santai kerana kedamaian, ketenangan, keunikan dan kepelbagaian budaya dimilikinya berbanding bandar besar lain.Kuching mengalami pembangunan pesat terutama bandar raya Kuching sejak empat dekad lalu. Bandar yang dinaikkan taraf sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 itu memiliki kelainan tersendiri kerana mempunyai dua Datuk Bandar dek terpisah oleh Sungai Sarawak yang terletak antara pusat bandar raya dengan kawasan penempatan dan pentadbiran negeri. Kuching amat sesuai menjadi pusat riadah keluarga dengan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan tidak kira secara individu atau berkeluarga di sekitar pusat bandar raya terbabit. Tarikan utama tentunya di sekitar Kuching Waterfront atau Tebingan yang kaya dengan pelbagai aktiviti dan menjadi antara satu tempat rehat nyaman. Ia dianggap sebagai 'halaman rakyat´ di kalangan pelancong asing berikutan destinasi berkenaan menjanjikan seribu satu pengalaman tidak terdapat di tempat lain. Tidak hairanlah kunjungan ke Kuching dikatakan tidak lengkap jika tidak singgah ke Kuching Waterfront, sekali gus menikmati panorama indah Sungai Sarawak. Sejak Kuching Waterfront yang mengunjur sejauh satu kilometer di tebing Sungai Sarawak dirasmikan pada September 1993, lokasi itu tidak pernah sunyi dikunjungi penduduk tempatan serta pelancong dalam dan luar negara yang berulang kali menjadikan bandar raya ini sebagai destinasi percutian setiap tahun. Sesuai kedudukannya di tengah pusat bandar raya ini, Kuching Waterfront mudah dikunjungi kerana kebanyakan hotel penginapan sama ada bertaraf bintang atau hotel bajet terletak tidak jauh dari lokasi berkenaan. Keindahan landskap atau seni taman dan keunikan reka bentuk Kuching Waterfront yang dikelilingi beberapa bangunan bersejarah dapat dilihat dari tingkap hotel bertaraf antarabangsa yang menghadap Sungai Sarawak. Bagi mereka yang lebih gemarkan hotel bajet, terdapat beberapa hotel seumpama itu di kawasan berhampiran, namun tempahan perlu dibuat lebih awal kerana kerap sesak dengan pengunjung. Di kawasan berkenaan, pengunjung berpeluang menikmati makanan dan minuman di kawasan susur pejalan kaki di benteng sungai sepanjang satu kilometer. Dari aspek sejarah, Kuching Waterfront yang pernah menerima pelbagai anugerah seni bina landskap itu akan menceritakan segala-galanya kepada pengunjung tanpa perlu menghabiskan masa membelek lipatan sejarah di arkib atau perpustakaan. Ini kerana setiap langkah di sepanjang tebing itu akan membongkar segala kisah silam dan menarik mengenai Sarawak. Di sepanjang tempat berjalan kaki di tebingan itu, ada diletakkan penerangan ringkas mengenai catatan sejarahnya. Tidak cukup dengan penerangan ringkas di atas laluan pejalan kaki, di kiri kanan tebingan itu juga tersergam bangunan bersejarah seperti Astana Negeri, bangunan yang dibina Charles Brooke pada 1870 sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya, Ranee Margaret. Buat masa ini, Astana menjadi kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Sarawak. Sedikit masa lagi, pemandangan di kawasan terbabit akan menjadi lebih menarik berikutan siapnya bangunan baru Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Square Tower di Kuching Waterfront dulunya digunakan untuk meninjau pergerakan musuh. Ia yang dibina pada 1879 dikenali juga sebagai Rumah Pasung di kalangan penduduk tempatan kerana dikatakan pernah dijadikan pusat tahanan pada zaman pemerintahan Brooke. Bagi mereka yang gemar menonton wayang dan bermain bowling, tentunya sebuah pusat beli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman bersebelahan Sungai Sarawak di Kuching Waterfront menjadi pilihan. Satu lagi tarikan di Sungai Sarawak adalah Sarawak River Cruise yang memberi pengalaman menyusuri sungai untuk menikmati suasana matahari terbenam sambil makan malam. Bot berlayar dari Tebingan Kuching ke Jambatan Satok di bahagian hulu dan berpatah balik, terus ke Jambatan Tun Salahuddin sebelum balik ke tebingan berkenaan. Hanya dengan bayaran berpatutan iaitu RM60 seorang dewasa dan RM30 bagi kanakkanak, pengunjung dibawa dengan kapal MV Equatorial selama satu jam setengah. Sebagai tawaran sampingan, pengunjung boleh menikmati barbeku di atas kapal dan menikmati persembahan tradisional serta berkaraoke. Mungkin selepas puas menyusuri Sungai Sarawak, membeli-belah di kawasan deretan kedai di Jalan Main Bazaar seharusnya tidak boleh dilepaskan kerana pelbagai barangan kraf, kain, tikar rotan, makanan tempatan seperti kek lapis hinggalah kepada gambir dan kayu tas turut dijual. Tidak lengkap kunjungan ke Kuching sekiranya tidak mengunjungi Pasar Ahad di Jalan Satok terutama bagi mendapatkan ikan terubuk masin dan udang galah segar pada harga cukup berpatutan. Di sebalik pelbagai etniknya sendiri, kaum India dan Cina masih lagi antara penghuni awal di Sarawak hinggakan mereka mampu membuka 'wilayah´ mereka seperti di Lebuh India yang terkenal dengan penjualan rempah ratusnya dan China Street dengan pelbagai hasil kraf dan produk dari negara Tembok Besar itu. Selain menawarkan tempat membeli-belah dan bentuk muka buminya yang tersendiri, Kuching mempunyai sejarahnya tersendiri dan ia boleh dilihat di muzium negerinya yang pernah diiktiraf sebagai terbaik di Asia Tenggara. Muzium di Jalan Tun Abang Haji Openg itu didirikan pada 1891 yang banyak mempamerkan barangan arkeologi serta kajian etnologi orang asli di Borneo. Muzium itu yang terdiri daripada dua bahagian – muzium lama dan baru – mengumpulkan bahan artifak yang komprehensif di seluruh Borneo. Berdekatan muzium negeri itu adalah Muzium Islam, Muzium Tekstil dan Muzium Sejarah Cina di Jalan P Ramlee. Tidak puas melawat Kuching, pelancong boleh mengunjungibeberapa lokasi menarik di pinggir bandar raya berkenaan termasuk Rumah Panjang Bidayuh di Anah Rais iaitu kirakira 45 minit dari pusat bandar raya. Anah Rais boleh dikatakan antara perkampungan etnik Bidayuh terbesar dan paling popular di Sarawak yang sebelum ini dikenali sebagai Tanah Dayak ketika zaman British. Walaupun kini rumah panjang itu sudah diselit dengan unsur moden dari segi binaannya, adat dan budaya mereka masih menjadi tunjang serta amalannya. Pastinya pengunjung akan melalui satu pengalaman menarik ketika mengunjungi rumah panjang itu apabila disambut penghuninya dengan minuman tuak beras. Selain itu, pengunjung boleh melawat rumah tengkorak yang menjadi lambang keperwiraan etnik Bidayuh yang kekal dijaga rapi oleh penghuni rumah panjang. Upacara miring menjadi antara amalan utama etnik berkenaan dalam menyeru roh untuk mendapat perlindungan kepada penghuni di rumah panjang. Satu lagi lokasi menarik di pinggir Kuching adalah Kampung Budaya Sarawak di kaki Gunung Santubong iaitu kira-kira 45 minit jika memandu dari Kuching. Ia boleh diibaratkan sebagai Mini Sarawak yang mempunyai pelbagai jenis budaya di Sarawak dengan 27 etnik. Tujuh etnik kumpulan yang penting tinggal di rumah tradisional dan melakukan kerja seharian. Mengunjungi kampung budaya itu, pengunjung seperti dapat merasai sendiri pengalaman memanjat dan tinggal di dalam rumah tradisional etnik di negeri itu yang rata-rata dibina daripada kayu hutan. Mengekalkan konsep tradisional kaum dan etnik utama Sarawak, perkampungan dimajukan di kawasan seluas 5.6 hektar dengan berlatar belakang Gunung Santubong serta cuaca dingin itu menjanjikan kenangan indah bagi setiap pengunjungnya. Tujuh model berskala asal iaitu rumah panjang Bidayuh, rumah panjang Iban, rumah panjang Orang Ulu, pondok Penan, rumah Melanau, rumah Melayu dan rumah Cina boleh diterokai pengunjung. Kenangan memanjat anak tangga dibina daripada batang pokok pasti boleh dijadikan cerita kepada rakan yang tidak pernah tiba di kampung budaya ini berikutan kebanyakan pengunjung terpaksa berkaki ayam kerana bimbang tergelincir. Di rumah tinggi etnik Melanau, anak tangga kecil ini menjangkau ketinggian 20 meter di bahagian luar, selain perlu memanjat beberapa anak tangga lagi di bahagian dalam rumah tiga tingkat ini. Di rumah panjang Bidayuh dan Iban pula, pengunjung dapat melihat sendiri tengkorak 'terbang´ yang tersimpan dalam sangkar di ruang tamu dengan seribu kisah misteri turuntemurun mengenai legenda pemenggal kepala di kalangan pahlawan etnik itu. Rumah panjang Orang Ulu pula pasti melahirkan kejutan kerana ia dibina menggunakan batang balak yang jelas boleh dilihat bagi setiap rangkanya selain ketinggiannya mencecah 30 meter yang boleh mengundang gayat kepada pengunjung yang takut pada ketinggian. Penat berjalan, pengunjung boleh bersantai di Taman Ukiran, di pintu masuk perkampungan yang menempatkan bongkah kayu dan batu berukir dengan pelbagai motif seperti replika burung kenyalang, ular sawa, naga dan banyak lagi. Berdekatan perkampungan itu, pengunjung boleh ke Pantai Damai yang landai dan pasirnya memutih yang turut terletak Hotel Damai Puri bertaraf antarabangsa |
You are subscribed to email updates from di kuching sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |