Isnin, 13 Jun 2011

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Rintihan Rakyat Sabah dan <b>Sarawak</b>: PAS ditawar lima jawatan MB <b>...</b>

Posted: 01 Jun 2011 04:57 AM PDT

Penasihat DAP, Lim Kit siang memuji komitmen tinggi Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang kekal bersama perjuangan Pakatan Rakyat walaupun menerima pelbagai habuan dari Umno termasuk jawatan menteri.

"UMNO tidak sepatutnya mencadangkan kepada PAS untuk membentuk 'kerajaan perpaduan'. Jika ada cadangan ia sepatutnya melibatkan Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya berkomplot untuk memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat.

"Kami turut mendengar PAS ditawarkan jawatan Menteri Besar di lima negeri. "Tetapi apa yang jelas, PAS konsisten bersama Pakatan Rakyat," kata Kit Siang di Bau, Sarawak pada 31 Mei lalu.

Mengulas lanjut, Kit siang menegaskan partinya bersama KEADILAN dan PAS komited bagi memastikan ketiga-tiga gabungan itu berjaya membentuk kerajaan baru pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Lim mengulas tindakan terdesak Umno yang tidak habis-habis memujuk PAS untuk bersamanya atas nama 'Kerajaan Perpaduan'.

"Kami tidak akan membenarkan mereka (Umno BN) memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

"Kami akan terus menjadi sebuah unit untuk menentang BN dalam pilihan raya yang akan datang.

"Ini adalah pendirian DAP, KEADILAN dan PAS dan kami mahu Pakatan Rakyat sebagai kerajaan (persekutuan) menjadi kenyataan," tegasnya yang juga Ketua DAP di Parlimen.

Ajakan Umno itu timbul semula selepas Mursyidul Am PAs yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkannya ketika bertemu anak-anak Kelantan di Dengkil, Selangor pada 31 Mei lalu.

Nik Aziz dilaporkan berkata, baru-baru ini beliau didatangi wakil Umno berpangkat 'Datuk' dan merupakan 'pesara kerajaan' yang menawarkan PAS tiga jawatan menteri jika bersetuju bersama Umno membentu 'Kerajaan Perpaduan'.

Bagaimanapun, Nik Aziz menolaknya dan menyatakan komitmennya bersama Pakatan Rakyat.

Difahamkan, pujukan Umno itu adalah kali kelima terhadap Nik Aziz yang sejak menerajui Kelantan difitnah dan diaibkan dengan pelbagai gelaran dari Umno dan kuncu-kuncunya.

Umno juga membiarkan blogger upahannya memburukan Nik Aziz termasuk memprojeksikan gambar Nik Aziz dalam keadaan lucah melalui super impose.

Laporan polis yang dibuat mengenainya didiamkan Umno BN sehingga kini.

Peliknya, dalam keadaan Nik Aziz difitnah sedemikian rupa, di sisi lain pula, Umno memujuknya kononnya atas nama perpaduan.

Sesuatu yang pasti, Umno tidak pernah ikhlas setiap kali mengajak Umno walau atas apa nama sekalipun kerana pujukan 'bersatu' hanya datang setiap kali Umno terdesak atau kalah dalam pilihanraya.

Ini terbukti apabila selepas tragedi 13 Mei, PAS bersetuju bersama Umno dalam BN. Namun, selepas Umno kuat, PAS ditendangnya sekaligus merampas Kelantan.

Begitu juga pada PRU lalu apabila Umno BN hilang 2/3 di Parlimen dan tumbang di lima negeri, mereka memujuk lagi PAS termasuk menawarkan jawatan Menteri Besar dan Exco kepada parti Islam itu di Perak, Kedah dan Selangor.

Namun, PAS konsisten bersama Pakatan Rakyat sekaligus menolak ke semua jawatan dan habuan menteri itu.

Secara logiknya, PAS rugi jika bersama Pakatan Rakyat, kerana di Selangor, mereka hanya dapat Exco dan bukan Menteri Besar manakala di Perak mereka hanya dapat seorang Exco semasa negeri itu diterajui Pakatan Rakyat.\

Namun PAS sejak dulu adalah parti yang konsisten bersama mana-mana gabungan pembangkang dan tidak pernah meninggalkan gabungan termasuklah dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada dan Barisan Alternatif (BA) pada 1999.

Dalam APU, PAS ditinggalkan Parti Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razalegih Hamzah dan DAP keluar BA akibat fitnah Utusan dan media Umno BN yang memecahkan kesatuan itu.

Kini, selepas 8 Mac 2008, media pencacai umno BN melakukan taktik sama dan semakin cuba memecahkan Pakatan, semakin itu jugalah kesatuan ini kekal mantap muafakat.

DAP juga selepas cemerlang pada pilihanraya Sarawak turut diajak bersama BN tetapi ditolak melalui kenyataan rasmi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Manakala serangan sama dilakukan Datuk Seri Najib Razak ialah cubaan mengharamkan KEADILAN dengan kerjasama pendaftar Pertubuhan yang kesnya disebut pada 8 Jun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


sambungan Jalan-jalan <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b> – Day 1 |

Posted: 10 Jun 2011 09:20 PM PDT

Kampung Budaya & kilang kek lapi sarawak (2.30 ptg – 6.30 ptg)

Hari pertama dapat jejak kaki di kuching dilot terus pergi ke Kampung Budaya.
Harga tiket mahal giler. sorang RM60.00. Tapi nasib baik warga emas dapat diskaun. separuh harga. Mula-mula macam bosan. Tapi first time dilot rasa, dilot suka akan seni tarian. Ntah ek dilot tengok tarian-tarian orang sarawak ni unik. Lepas tu rumah-rumah dieorg pun pelik.

Ada 7 buah rumah semuanya. "Rumah Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Penan, Malayu , Cina dan Rumah Melanau.

Ada yang tinggi ada yang rendah je. yang tinggi tu, mama dengan mak dilot memang tak larat nak naik. Jadi dieorg hanya lalu sajala. Tapi dilot, husband, abah, akak dan adik, memang tak lepaskan peluang naik dari satu rumah ke satu rumah. Tinggi-tinggi tu, rugi kalau tak naik.

rumah korang tak ada tangga ni kan? jadi kene juga rasa naik tangga ni..

Tepat pukul 4 ada pertunjukan tarian. dilot tak ingat tarian apa, tapi memang terhiburla.Rasanya lebih terhibur dari maharajalawak. tak kirala jozan ke, sepah ke, jambu. tapi rasanya nabil dan r2 perlu tengok persembahan mereka untuk tambah idea yang dah sedia ada. Lawak tanpa suara tau. hanya action dan reaction dari raut wajah dieorg je, tapi cukup buat semua penonton terhibur dan gelak je sepanjang dalam dewan tu.

Related posts:

  1. Jalan-jalan di Kuching, Sarawak – Day 1
  2. sesaje jalan…mengisi ruang di tgh jalan…
  3. Jalan-Jalan di Perak
  4. Menunggu Baby Baru Dilot
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


PROGRAM JOM BERAMBEH BERSAMA KDN <b>DI SRI AMAN</b>, <b>SARAWAK</b> | Portal <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2011 06:03 PM PDT

Kementerian Dalam Negeri meneruskan misi memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat melalui penganjuran pelbagai program berkaitan urusniaga utama Kementerian di kawasan-kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak.

Terbaru, Kementerian Dalam Negeri menganjurkan program "Jom Berambeh Bersama KDN" di Rumah Panjang Ringgit Anak Bayang, Kampung Ibol di Sri Aman, Sarawak. Program yang berlangsung selama dua hari mulai 9 hingga 10 April 2011 tersebut bermula dengan aktiviti gotong-royong mengecat rumah panjang yang telah uzur tersebut. Aktiviti gotong-royong tersebut melibatkan penghuni rumah panjang tersebut, anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), anggota-anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan warga KDN.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Lee Chee Leong yang merasmikan program tersebut pada 10 April 2011 tersebut menyatakan perasaan gembira dan berpuas hati dengan sambutan program yang diterima oleh masyarakat di sekitar Sri Aman.

"Saya berasa sangat terharu dengan sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh kerajaan Negeri Sarawak, Tuan Residen dan Tuai Rumah yang sudi menerima kehadiran saya dan warga KDN bagi memberi perkhidmatan di sini. Tuan-tuan adalah dialu-alukan menyuarakan sebarang masalah berkaitan KDN dan Jabatan di bawahnya pada hari ini untuk diambil tindakan," kata Dato' Lee Chee Leong dalam ucapan perasmiannya.

Program yang bermula seawal jam 7.00 pagi tersebut turut diserikan dengan pelbagai aktiviti lain seperti pertandingan pakaian tradisional, pertandingan ratu kebaya, penyerahan dokumen MyKad dan MyKid, penyerahan uniform RELA, tayangan filem, cabutan bertuah, pembukaan kaunter perkhidmatan KDN, pemeriksaan kesihatan percuma dan lain-lain lagi.

—team ikdn

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

.: Penguasaan ICT <b>di Sri Aman</b> sedang diperhebat - Masir

Posted: 17 May 2011 07:29 PM PDT

Caption: PENGHARGAAN...Roselyn menyampaikan cenderamata kepada Masir sambil disaksikan oleh Harden (tengah) ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Isnin (16 mei) – Penguasaan terhadap Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) dikalangan anak-anak dalam kawasan Sri Aman akan diteruskan dipertingkatkan dari masa ke semasa kata Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Katanya usaha ini terbukti dengan adanya pembukaan kemudahan Jalur Lebar Tanpa Wayar yang diperkenal menerusi Inisiatif Jalur Lebar Negara (National Broadband Initiative atau NBI) di Kampung Sabu, Sri Aman pada 13 April lepas.

"Kerajaan buat masa sekarang telah pun mewujudkan kemudahan Jalur Lebar Tanpa Wayar dalam kawasan Parlimen Sri Aman antaranya ialah di Rumah Melunggang anak Adir, Pakit A dan Rumah Ellie anak Chemeng, Sabu.

"Kita akan meneruskan usaha untuk menubuhkan lebih banyak kemudahan Jalur Lebar Tanpa Wayar di kawasan luar bandar yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi, akses terhadap isyarat internet dan bekalan elektrik selepas ini," katanya.

Masir berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena sambutan Perayaan Gawai Dayak 2011 anjuran Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) cawangan Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman malam kelmarin.
Dengan adanya pembukaan lebih banyak kemudahan terbabit di Sri Aman maka tidak mustahil Sri Aman akan mampu melahirkan lebih ramai golongan modal insan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
"Ini merupakan salah satu usaha pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mahu melihat semua penduduk bersama-sama menikmati kelebihan kemudahan ICT pada masa sekarang
"Justeru saya  berharap agar penduduk terutama sekali golongan anak-anak di kawasan Sri Aman memanfaatkan sepenuhnya kemudahan ICT yang diwujudkan oleh kerajaan di kawasan mereka selepas ini," katanya.
Hadir sama ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis dan isteri beliau, Datin Simba Nalang, Residen Sibu, Sim Khok Kee dan Pengerusi SIDS cawangan Sri Aman, Roselyn Abunawas.
Majlis anjuran Sarakup Induk Dayak Sarawak cawangan Sri Aman itu diserikan lagi dengan Pekit Kumang, majlis penyampaian wang insentif pendidikan, persembahan kebudayaan dan persembahan nyanyian karaoke.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Penjurai Apaienduq: Pusat Konservasi Orang Utan Ng Delok <b>Lubok Antu</b>

Posted: 31 May 2011 09:21 AM PDT

Majlis Perasmian Pusat Kecemerlangan Konservasi Orang Utan dan Sambutan Kebangsaan Hari Biodiversti Antarabangsa 2011 telah dilancarkan oleh YB Dato Sri Douglas Uggah Embas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia di SK Ng Delok Lubok Antu pada 22/5/2011. Ramai tetamu yang hadir terutamanya dari Kementerian Sumber Asli termasuk Ketua Setiausaha Kementerian dan pagawai-pegawai yang lain. Turut hadir sama pada majlis perlancaran tersebut adalah MP Lubok Antu YB En. William Nyalau Badak dan ADUN Engkelili YB Dr Johnicol Rayong Ngipa.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah Tn Hj. Ali Usop Pemangku Pengarah Hutan Sarawak, Hj. Sapuan Ahmad Penolong Pengarah Hutan, Dr. Joseph Jawa Kendawang General Manager Planted Forest Sarawak, En. Jonathan Mawar General Manager Hilton Resort Batang Ai dan lain pegawai dari Sarawak Forestry Cooperation Sdn Bhd yang bertanggungjawab ke atas station tersebut.

Di kena nanda ka Station nya di penjadi, bala mayuh sama betanam ka kayu Gaharu ba SK Ng Delok serambau enggau Program Green Wave 2011, Hari Biodiversiti enggau bejadi ka Pusat Konservasi Orang Utan.

Sempat ga tudah kaban nitih ari belakang ngenatai ka diri ke Ng Delok, ngena perau 15 kuasa kuda kira pejalai sejam ari tekat ai Batang Ai. maya ti ngulu pengawa nya, sempat ga berandau enggau Guru Besar, ti madah ka SK Ng Delok kira bisi 50 pelajar ti diajar 13 pengajar. SK Ng Delok berimbai enggau Pusat Kecemerlangan Konservasi Orang Utan ti terubah di menua Sarawak.

Tarian kebudayaan oleh murid SK Ng Delok semasa majlis perasmian
Menteri dan VIP bersama murid-murid SK Ng Delok selepas menanam pokok-pokok gaharu

Pusat Konservasi Orang Utan Ng Delok Lubok Antu

Pakaian tradisional orang Iban
Dr Joseph Jawa Kendawang semasa kembali dari Ng Delok

Anang irau, tanah seberai seberai tau di perunding alai nanam gaharu

cda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Change of power precede prosecution of Taib? « <b>Sarawak</b> Indigenous <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2011 01:34 AM PDT


Before the change of power the voters must change their heart-after the people prosecute Taib and convict him in the court of public opinions! Only after that change of power can happen. Then he courts takes over to formalise the proceedings! This version return people to the seat of the determinator-not the institutions which often fail to perform their task.

'Hanya k'jaan PKR boleh pastikan Taib didakwa'

Ang Ngan Toh
Jun 12, 11
2:21pm

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian tidak percaya bahawa Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan didakwa selagi BN menguasai kerajaan pusat.

"Dia akan didakwa atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa hanya apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang," katanya di majlis makan malam sempena sambutan Hari Gawai di Batu Kawah, dekat Kuching, malam tadi

NONE"Itulah sebabnya mengapa saya mengatakan bahawa ia penting bagi Pakatan memenangi pilihan raya umum jika kita mahu lihat Taib didakwa atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya, merujuk kepada pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ia sedang menyiasat laporan yang dibuat terhadap Taib.

Baru (kanan), yang juga ADUN Ba'Kelalan kerajaan, adalah salah
seorang daripada individu yang membuat laporan terhadap ketua menteri yang paling lama berkhidmat itu.

Katanya, adalah sukar untuk mendakwa Taib selagi BN terus memegang kuasa di peringkat pusat disebabkan mereka terhutang budi kepadanya.

Baru berkata, ketua menteri tersebut akan kekal bebas sekalipun Pembangkang memenangi pilihan raya negeri Sarawak baru-baru.

Oleh itu, beliau menyeru rakyat Sarawak supaya memberi sokongan kepada PKR dan rakan-rakannya dalam Pakatannya – DAP dan PAS – dalam pilihan raya umum akan datang, jika mereka mahu lihat Taib didakwa di mahkamah.

Katanya, jika Pakatan boleh memenangi kerusi parlimen yang mencukupi di Sarawak, maka kemungkinan Pakatan membentuk kerajaan pusat, tidak boleh diketepikan.

"Lantaran itu, PKR perlu memperkuat dan menggilap jentera pilihan rayanya di semua peringkat parti di negeri itu supaya kita boleh memenangi.

"Post-mortem kita mengenai prestasi PKR dalam pilihan raya negeri baru-baru ini menunjukkan jentera kita lemah kerana kita tidak membuka cabang baru dan gagal mendaftar pengundi baru," katanya.

Note: the interview said `PR' government, not `PKR' as titled in this news.

0.000000 0.000000

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads