Selasa, 11 Oktober 2011

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


YOTOKUU!!!.: <b>Betong Sarawak</b> bukannya Betong Thailand!!.(01)

Posted: 09 Oct 2011 07:46 PM PDT

                 Assalamualaikum, selamatsejahtera;
      Harap korang semua sihat selalulah dan antry aku yang ke67 ni,aku nak serita tentang bandar Betong. Hari ahad semalam aku serta keluaga pergi ke bandar nilah sekadar utk bersiar2 hujung minggu dismping nak memperkenalkan sikit tentang Pusat pentadbiran bahagian ke11 Betong Sarawak.
   
       Betong bukannya Betong di Thailand atau Bentong di Pahang tapi Betong di Sarawak sebuah bahagian yang baru 9 tahun menjadi pusat pentadbiran bahagian ke11, mengikut susunatur pentadbiran  di negeri Sarawak. Keadaan yg luas dan besar serta mempunyai bandar2, pekan2, kampung2 dan Rumah2 panjang yang padat secara bertaburan.
      Dalam pentadbiran Bahagian Betong diketua oleh seorang Residen dibawahnya pulak terdapat 2 pejabat Daerah yg diketua dua org D.O dan 8 daerah kecil yg diketua seorang SAO dlm tiap2 daerah.Setiap daerah dibantu oleh ketua2 masyarakat yang di ketuai oleh Temenggong/Pemanca dibantu penghulu,ketua2 kampung/Rh.panjang Iban/kapitan cina..nilah secara ringkas susun atur pentadbiran kerajaan di Betong.
      Bahagian Betong mempunyai seorang Ahli parlimen iaitu Datuk Seri Dauglas Uggah menteri sumber asli dan alam sekitar malaysia kita,Beliau dibantu oleh 4 orang ahli dewan undangan negeri yang diketuai oleh Timbalan ketua menteri Sarawak Datuk Partinggi Tan seri (Dr.) Alfred Jabu anak Numpang.
     
      Oklah..setakat ni saja dulu,panjang sangat nanti korang boring baca,tapi aku akan buat entry sambungannya kemudian tentang daerah Betong tempat aku dilahirkan. Korang ceritalah juga daerah kelahiran korang jika ada masa...........jumpa lagi di entry ke2.
  
Full content generated by Get Full RSS.

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Meliba FC rangkul kejuaraan bola sepak <b>Simunjan</b> | my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 11 Oct 2011 05:59 PM PDT

JUARA: Pengurus pasukan Kumpulan 10 menerima piala juara bola sepak daripada Mohd Naroden di Simunjan, kelmarin.

SIMUNJAN: Pasukan Meliba FC yang mempertaruhkan barisan pemain berpengalaman membuktikan kehebatan mereka untuk merangkul juara kejohanan bola sepak di sini kelmarin.

Dengan kejayaan itu, pasukan terbabit (Meliba FC) membawa pulang sebuah piala, piala iringan serta wang tunai RM500.

Naib juara disandang pasukan Ladang 1 dengan meraih sebuah piala, piala iringan dan wang tunai RM350.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Simunjan yang meraih sebuah piala dan wang tunai RM250.

Tempat keempat pula jatuh kepada pasukan 'tuan rumah' Simunjan dengan memenangi sebuah piala dan wang tunai RM100.

Kejohanan bola sepak sembilan sebelah itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kelka Simunjan bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri.

Sementara itu, JKKK terbabit juga menganjurkan kejohanan sepak takraw tertutup nostalgia Kampung Kelka bagi merebut Piala Nek Johet.

Kumpulan 10 Pasukan Wan Abdullah @ Wan Hossien muncul juara kejohanan terbabit.

Naib juara dan tempat ketiga masing-masing dimenangi Kumpulan 8 Pasukan Wan Madehi dan Kumpulan 5 Pasukan Awang Ikhwan.

Turut memeriahkan Pesta Kampung Kelka itu ialah pertandingan karaoke yang dimenangi Wan Hossein Wan Zain (juara), naib juara ialah Farah dan tempat ketiga Wan Sarbini.

Hadiah para pemenang disampaikan oleh Menteri Muda Perancangan Sumber dan Pembangunan Usahawan Bumiputera, Datuk Mohd Naroden Majais pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini kelmarin.

Full content generated by Get Full RSS.

.: Sempena Karnival PBT <b>di</b> Sibu - Kontinjen Majlis Daerah <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2011 09:43 PM PDT

Caption: KAMI SEDIA!!! Kontinjen MDS bergambar kenangan sebelum berangkat ke Sibu untuk menyertai Karnival Sukan PBT Sarawak 2011 bermula 7 hingga 9 Oktober kelak.
SIMUNJAN, Khamis (7 Okt) - Seramai 45 orang pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Simunjan (MDS) telah berangkat untuk menyertai Karnival Sukan PBT Sarawak 2011 yang akan berlangsung  di Bandar Sibu bermula dari 7 hingga 9 Oktober kelak.
Rombongan MDS ke Karnival Sukan PBT Sarawak 2011 berkenaan telah diketuai oleh ketua kontinjen iaitu Edi bin Amang yang bertolak dengan menggunakan enam buah kenderaan.
Edi ketika ditemui berkata ia merupakan kali ketiga pihak MDS menyertai Karnival Sukan PBT Sarawak 2011 berkenaan.
"Sebagai pasukan yang pernah menjadi juara acara badminton dan bolasepak sebelum ini, pasukan kami akan turut serta dalam acara futsal, bola tampar, dart, kerom, catur dan acara kegemaran iaitu badminton.
"Justeru pihak kami berharap agar dapat mengekalkan prestasi dalam beberapa acara pada Karnival Sukan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) Sarawak 2011 di Sibu ini nanti," katanya.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat, Dato Sri Wong Soon Koh dijangka akan menyempurnakan majlis penutupan rasmi dan penyampaian hadiah bagi acara selama tiga hari itu nanti.
Turut serta mengiringi kontinjen MDS ialah Setiausaha MDS, Hajah Norhalimah binti Haji Mohd Hamni dan Ahli Majlis MDS, Kanselor Bong Kin Kong.
Full content generated by Get Full RSS.

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Chinese History Museum @ <b>Kuching</b>, <b>Sarawak</b> | A Moment Like This

Posted: 11 Oct 2011 04:41 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Chinese History Museum @ Kuching, Sarawak. Have you ever been to the Chinese Museum in Malaysia before? There is one Chinese Museum located at Kuching, Sarawak. It was an interesting trip to explore the history ...

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


~ SATU HIKAYAT ~: CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2011 05:50 PM PDT

Contoh kertas kerja bagi program universiti, program sekolah dan sewaktu dengannya. perkongsian bagi yang tercari-cari.

1. Pendahuluan

Pada tahun 2009, Pertandingan Kertas Kerja 1 Malaysia @ Kampus (Blueprint) telah dimenangi oleh UPNM, UIAM, UPM, UTAR dan UNITEN. Maka, lima IPT ini diberi tanggungjawab untuk mengetuai Projek Mega 1 Malaysia bersama seluruh IPT di Malaysia.

Projek Mega 1 Malaysia mempunyai 3 siri iaitu Siri Pertama (Pemberian Input), Siri Kedua (Praktikal dan Kajian) dan Siri Ketiga (Dapatan Kajian dan Output). Siri Pertama telah berlangsung pada 22 hingga 24 Oktober yang lalu di UPM di mana sesi perbincangan dan penetapan halatuju dilakukan antara pelajar IPT bagi melaksanakan Siri Kedua.

Siri kedua program ini pula akan berjalan mengikut zon masing-masing. UPNM telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai Zon Borneo bersama-sama IPTA dan IPTS di Sabah dan Sarawak.

2. Objektif

2.1 Mengeratkan serta menjalinkan hubungan antara mahasiswa dengan kementerian-kementerian di Malaysia (mesra rakyat).

2.2 Mahasiswa berpeluang bergerak sebagai agen perubahan dalam masyarakat

2.3 Mengeratkan hubungan kerjasama antara mahasiswa IPTA dan IPTS yang wujud di Malaysia.

2.4 Memberi pendedahan serta pengalaman kepada mahasiswa mendalami dan mengupas isu masyarakat dari aspek ekonomi, pendidikan dan sosial.

2.5 Menyemai semangat perpaduan menerusi pendekatan '1 Malaysia' dalam kalangan pelajar dan masyarakat.

2.6 Memupuk budaya kemasyarakatan di kalangan mahasiswa secara khasnya dan rakyat Malaysia secara amnya.

2.7 Menerapkan perasaan cinta dan patriotik terhadap negara kita yang tercinta, Malaysia.

3. Penglibatan

3.1.Projek ini akan dilaksanakan di dua (2) lokasi yang berbeza iaitu satu di Serian, Sarawak, dan satu (2) lokasi di Sabah iaitu Karambunai, Kota Kinabalu.

3.2.Jawatankuasa Projek Mahasiswa 1 Malaysia Zon Borneo iaitu UPNM akan bertindak sebagai penganjur manakala sasaran peserta ialah (100) pelajar dari IPT di Sabah dan Sarawak. UPNM akan bekerjasama dengan mahasiswa dari UMS dan UNIMAS untuk pelaksanaan program di sana.

4. Perlaksanaan Projek

4.1 Butir-butir pelaksanaan program ini adalah seperti berikut :

4.1.1 Tarikh : 24 – 27 Febuari 2011 (Lokasi 1 : Kg Pangiran Siti HafsahKarambunai, Sabah)

3 – 6 Mac 2011 (Lokasi 2 : Kg Mongkos, Serian, Sarawak)

4.2 Matlamat utama projek ialah memberikan khidmat komuniti kepada sekolah rendah yang dikenali sebagai Program Integrasi Ilmu 1malaysia dan juga Jelajah Mahasiswa bersama Masyarakat dengan matlamat utama memberi bantuan kemanusiaan kepada masyarakat yang memerlukan dan juga menyemai sikap keprihatinan mahasiswa tentang kehidupan masyrakat Malaysia. Setetusnya, hasil program akan dibentangkan semasa Siri 3 nanti

4.3 Tugas- tugas peserta program adalah seperti berikut :

Bil.

Tugas

Pelaksanaan

1.

Memberi kesedaran tentang peri pentingnya pendidikan dan juga pemahaman terhadap konsep 1 Malaysia.

-Penambahbaikan perpustakaan sekolah.

-Kem motivasi kepada pelajar sekolah rendah

2.

Membantu masyarakat yang berada dalam kesusahan.

-Pemberian bantuan makanan dan sebagainya

-Membaikpulih kemudahan awam

3.

Membantu promosi barangan kraftangan masyarakat kampung dan bakat mereka.

-Temubual tidak formal

-Hasil kajian akan dipamerkan dan dibentangkan semasa siri 3

4.

Menjalankan kempen kesedaran tentang pendidikan dan kesihatan dalam kalangan masyarakat.

-Ceramah kesedaran pendidikan dan kesihatan

-Kaunter pemeriksaan kesihatan

4.3 Untuk program di Sabah, peserta akan menumpukan lebih perhatian kepada program di sekolah, yang mana mahasiswa akan mengendalikan kem motivasi kepada pelajar sekolah dan dalam masa yang sama akan menjalankan usaha menambahbaik dan meningkatkan taraf pusat sumber Sekolah Kebangsaan Pangiran Siti Hafsah, Karambunai, Sabah.

4.4 Bagi program di Sarawak, peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan akan diserahkan kepada keluarga angkat yang berbeza yang mendiami rumah panjang dan juga rumah- rumah kampung di Kampung Mongkos, Serian, Sarawak.

5. Keperluan logistik

5.1 Makanan

5.1.1 Bagi makanan untuk program di sekolah, pihak urusetia akan menggunakan khidmat tempahan makanan untuk kesemua mahasiswa dan juga pelajar sekolah yang terlibat.

5.1.2 Manakala untuk program Jelajah Mahasiswa Bersama Masyarakat di Sarawak, makanan akan disediakan dari pihak keluarga angkat masing-masing.

5.2 Pengangkutan

5.2.1 Urusan pengangkutan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Kuching akan menggunakan khidmat kapal tebang tambang murah Air Asia. Urusan pergerakan ke lokasi program akan disediakan oleh UMS dan UniMAS.

5.2.2 Dimohon agar pihak UniMAS dan UMS menyediakan sebuah van dari lapangan terbang ke tempat berkumpul (UMS atau UniMAS) untuk mengambil penganjur UPNM.

6. Carta Organisasi

Penaung : Prof. Wan Mahzom Bt Ahmad Shah

Penasihat : Encik Rafizul bin Rozlee

Ketua Pengarah Projek : Mohamad Helman Bin Hashim

Tim Pengarah Program 1 : Ahmad Syakir Bin Yusaimi

Tim Pengarah Program 2 : Wan Azizul Faiz Bin Zulkifli

Setiausaha : Wan Nur Hidayat Bin Wan Mohamad

Bendahari : Aslam Hariri Bin Abdul Rashid

Timbalan Bendahari : Tuan Ahmad Nazmi Bin Tuan Mat

Publisiti : Mohd Hatta Bin Idrus

Urusetia program : UMS dan UniMAS

( Jumlah peserta mahasiswa yang akan ke Sabah adalah seramai 7 orang temasuk seorang wakil dari Jawatankuasa Induk iaitu UPM. Manakala jumlah peserta yang akan ke Sarawak adalah seramai 10 orang termasuk seorang wakil dari dari Jawatankuasa Induk iaitu UPM )

7. Tentatif Projek

5.1 Tentatif umum projek adalah seperti berikut :

PROGRAM BERTEMPAT DI SK PANGIRAN SITI HAFSAH, KARAMBUNAI, SABAH

PADA 25-27 FEBRUARI 2011

24 Februari 2011

2.00 petang Bertolak dari UPNM

3.30 petang Sampai ke UMS

8.00 malam Sesi Taklimat bersama urusetia

25 Februari 2011 (FASA 1)

Tentatif Khidmat Komuniti

7.00 pagi Bergerak ke Karambunai

9.00 pagi Sesi suai kenal dan Ramah mesra

10.00 pagi Minum pagi

10.30 pagi Pembahagian khemah dan Kumpulan

12.30-1.30 petang Solat Jumaat dan makan T/hari

2.00-3.00 petang Taklimat Program

3.00-5.00 petang Aktiviti Gotong Royong Pusat Sumber dan Masjid

6.00-8.00 malam Solat Magrib/Makan malam/Solat Isyak/Kuliah Maghrib

8.00-9.00 malam Ceramah 1Malaysia

9.00-9.30 malam Jamuan ringan

10.00 malam Postmoterm

Tentatif Akademik

7.00 pagi Sukan pagi

8.00-9.30 pagi Slot 1 Kertas Pemahaman

10.00 pagi Minum pagi

10.30-12.00 T/hari Slot 2 Kertas Penulisan

12.30-1.30 petang Solat Jumaat dan makan T/hari

2.00-3.30 petang Slot 3 Kertas Bahasa Inggeris

3.30-4.00 petang Minum Petang dan Solat Asar

6.00-8.00 malam Solat Magrib/Makan malam/Solat Isyak/Kulia Maghrib

8.00-9.00 malam Sesi LDK

9.00-9.30 malam Minum Malam

10.00 malam Postmoterm

26 Februari 2011 (FASA 2)

Tentatif Khidmat Komuniti

7.00 pagi Taklimat Gotong Royong

7.30 pagi Sarapan

8.00 pagi Aktiviti Gotong Royong

10.30 pagi Pembahagian khemah dan Kumpulan

12.30-1.30 ptg Solat Zuhur dan Makan T/hari

2.00- 5.00 petang Sukan Komuniti

6.00-8.00 malam Solat Magrib/Makan malam/Solat Isyak/Kuliah Maghrib

8.00-11.00 malam Malam Kebudayaan dan Makan Malam 1Malaysia

10.00 malam Postmoterm

Tentatif Akademik

7.00 pagi Sarapan

8.00-9.30 pagi Slot 4 Kertas Matematik

10.00 pagi Minum pagi

10.30 pagi Slot 5 Kertas Sains

27 Februari 2011 (FASA 3)

Majlis Perasmian Penutupan

Jam 1.45 Petang Ketibaan Y.B Datuk Hajah Jainab Hj. Ahmad Ayid

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah

Jam 2.00 Petang Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Bertekad Cemerlang

- Bacaan Doa

- Ucapan Alu-aluan Pengarah Program Bersama

- Ucapan Alu-aluan Timbalan Naib Canselor UMS

Ucapan Perasmian Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah

- Persembahan Slide Show

- Persembahan Kebudayaan 1Malaysia

Jamuan Ringan

Hari Pertama (3 Mac 2011)

2.00 petang Bertolak

3.30 petang Sampai ke UNIMAS

8.00 malam Sesi Taklimat bersama urusetia

Hari Kedua ( 4 Mac 2011)

8.00 pagi Bergerak ke Karambunai

9.00 pagi Sesi suai kenal dan Ramah mesra

10.00 pagi Minum pagi

12.00 T/Hari Makan Tengah Hari bersama komuniti

2.00 petang Program Gotong Royong pembersihan kawasan bersama komuniti

4.00 petang Sukan Rakyat bersama komuniti

8.00 malam Sesi ceramah pendidikan dan kesihatan

Hari Ketiga ( 5 Mac 2011 )

8.00 pagi Program Menaik Taraf Kemudahan Awam

12.00 T/Hari Makan Tengah Hari bersama komuniti

2.00 petang Samb. Program Menaik Taraf Kemudahan Awam

4.00 petang Sukan Rakyat bersama komuniti

8.00 malam Persembahan Kebudayaan 1Malaysia.

Hari Keempat (6 Mac 2011)

9.00 pagi Majlis Penutup.

2.00 petang Peserta bertolak pulang ke lokasi masing-masing.

8. Cadangan Peruntukan Kewangan

Anggaran perbelanjaan adalah seperti berikut :

Tiket Penerbangan = RM

Elaun Urusetia = RM

Belanjawan naik taraf perpustakaan sekolah = RM

Belanjawan menaiktaraf kemudahan kampung = RM

Makanan = RM

Publisiti dan promosi = RM

Protokol dan Cenderahati = RM

Sumbangan kepada keluarga angkat = RM

Sukan komuniti bersama masyarakat = RM

Kontigensi = RM

Jumlah = RM

Sumber Kewangan :

Jabatan Pengajian Tinggi, KPT : RM

*Perincian Bajet adalah seperti di lampiran 1 & 2.

9. Penutup

Adalah diharapkan agar semua pihak terutaamanya IPTA dan IPTS yang dijemput dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya agar program ini dapat berjalan dengan lancar. Diharapkan juga agar ada pihak-pihak yang sudi untuk turut serta membantu menjayakan program ini samaada bantuan dari segi kewangan, material mahupun tenaga kerja.

Disediakan oleh :

………………………………………

( Wan Nurhidayat bin Wan Muhamad )

Setiausaha,

Jawatankuasa 1 Malaysia Zon Borneo

Full content generated by Get Full RSS.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


dear diary..~~: raya <b>di miri, sarawak</b>.

Posted: 26 Sep 2011 11:32 AM PDT

kitorang ada join satu majlis nma dia majlis melanggar meja. saya tak tahu kenapa bagi nama macam tu coz memang tak sesuai for hari raya punya majlis.
on that nite, semua bebedak tesl yang jadi man of charge, dari waiter sampai ke pengacara. dimonopoli oleh tTESLIAN. muahaha. syabbas bete. (padahal orang suh.) 
anyway, tengok je la gamba yang ada. pictures speaks louder than words, do they. pandai je aku wat pepatah sendiri.da, tengok. ^_______^
ni rupa when tesl 1 wat show.



me,ganu, senior ayie, fiqa n rumet

orang orang sengal sedunia



ni time kitorang practise


belajar menari ngan kak elot

yeah,apabila edward cullen memegang guitar

mira sebok je kat sebelah tu

kitoranng kat astaka ni sebenarnya.


p.a system kepunyaan wandy

senior abg haziq n abang nabil

dah, ta yah cakap banyak. guna camera fon je. tu pasal gambar cam tu.ta mampoo nak beli dslr bagai. bersyukurlah dengan apa yang ada ye,. 
moral of the story :: best raya kat sini n esok saya raya pas abis posa nam. yippie!
Full content generated by Get Full RSS.

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di subis sarawak - Google Blog Search


Lebih 20 kes denggi dikesan <b>di Subis</b>

Posted: 27 Oct 2009 01:05 AM PDT

Posted on 27 October 2009.

Aktiviti penyemburan akan diteruskan hingga akhir tahun untuk menghapuskan aedes

MIRI: Majlis Daerah Subis (MDS) semalam melaporkan lebih 20 kes demam denggi telah dikesan di beberapa rumah-rumah panjang dan kampung sekitar Niah dekat sini.Pembantu Kesihatan MDS, Kunsil Deria ketika dihubungi semalam memberitahu
pihaknya masih menjalankan semburan asap bagi membunuh nyamuk (fogging) di beberapa kawasan rumah panjang dan kampung.

"Kita akan terus melakukan fogging bermula jam 5 petang di beberapa kawasan terjejas kerana pada waktu itulah nyamuk aedes dilaporkan aktif," katanya.

Kunsil memberitahu, lebih 20 kes telah dilaporkan berkaitan penyakit deman denggi terutamanya di kawasan rumah-rumah panjang dan kampung di Tanjung Belipat, Batu Niah dan sekitarnya.

"Sehingga kini, operasi fogging masih diteruskan hingga ke penghujung bulan ini bagi memastikan jumlah kes denggi di kawasan berkenaan dapat dikurangkan," katanya.

Kunsil menjelaskan, pihaknya telah melaksanakan operasi fogging sebaik sahaja menerima arahan daripada Jabatan Kesihatan Miri beberapa hari lalu.

"Sebaik sahaja kawasan dikenal pasti, anggota MDS akan turun padang dan melakukan kerja-kerja penyemburan dan pembersihan.

"Pada masa sama kita memberi nasihat kepada penghuni rumah panjang untuk menjaga kebersihan sekitar rumah," katanya.

Kes demam denggi di kawasan Niah turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Rosey Yunus.

Menurutnya, penduduk kampung dan rumah-rumah panjang harus memastikan kawasan laman rumah mereka bersih dan tempat takungan air harus diletakkan ubat (garam khas) sebagai usaha pencegahan.

"Kita menasihatkan supaya orang awam mengambil inisiatif untuk membersih persekitaran perumahan seperti saluran longkang bagi membendung penyakit tersebut," katanya.

Malah menurut beliau, perkakas yang tidak diperlukan seperti tin-tin kosong, bekas makanan, tayar kereta dan botol minuman harus dibuang di tempat yang sepatutnya bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.

Full content generated by Get Full RSS.

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


SEMINAR & BENGKEL <b>DI SIBU, SARAWAK</b>

Posted: 25 Sep 2011 06:35 AM PDT

DIARI Cg aZLy SEPANJANG BERADA DI SIBU 22-24/9/2011
SLOT 1: MOTIVASI STUDENT FORM 6 SMK LUAR BANDAR NO.1 SIBU
MASA    : 8.00-9.00 PAGI
SASARAN: SEMUA PELAJAR TINGKATAN 6 SMK LUAR BANDAR NO.1 SIBU
TEMPAT:  BILIK MESYUARAT SMK LUAR BANDAR NO.1 SIBU
1. MOTIVASI DIRI UNTUK PERSEDIAAN AKHIR SEBELUM STPM 2011
2. TEKNIK BELAJAR BIJAK SAAT AKHIR
3. PANDUAN PENGISIAN KURSUS DI IPTA DALAM BORANG ONLINE UPU 2012.


SLOT 2: BENGKEL PENYEDIAAN PROPOSAL DAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


TARIKH  :  23/9/2011
MASA  : 9.30-11.30 PAGI
SASARAN  : SEMUA GURU FORM 6 SMK LUAR BANDAR NO.1  SIBU
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMK LUAR BANDAR NO.1 SIBU

AKTIVITI:
1. TUJUAN KAJIAN TINDAKAN GURU
2. LANGKAH PENYEDIAAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
3. GURU FORM 6: MENYEDIAKAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN INDIVIDU/KELOMPOK

SLOT 3: KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU PP DAERAH SIBU

TARIKH  :  23/9/2011
MASA  : 2.00-5.30 PETANG
SASARAN  : SEMUA GURU PP DAERAH SIBU (13 ORANG)
TEMPAT : SMK METHODIST, SIBU

1. PENDEDAHAN STRATEGI UNTUK MEMBANTU STUDENT SCORE PP
3. KAEDAH P&P PECUTAN AKHIR PP





SLOT 4: SEMINAR MOTIVASI PERSEDIAAN PP STPM DAN STRATEGI CEMERLANG PP


TARIKH  :  24/9/2011
MASA  : 8.30-12.00 TGHARI
SASARAN  : SEMUA PELAJAR PP STPM DAERAH SIBU (200 ORANG)
TEMPAT : DEWAN KULIAH TINGKATAN 6 SMK METHODIST SIBU.

1. MOTIVASI BANGKIT SEMANGAT KE IPTA 2012
2. MOTIVASI BANGKIT SEMANGAT BERSEDIA 100% STPM 2011
3. PERKONGSIAN PERSEDIAAN BIJAK HADAPI PEPERIKSAAN STPM
4. TEKNIK MENJAWAB SEWCARA SISTEMATIK
5. TEKNIK MEMORI BERKESAN.








PERJALANAN Cg aZly ke Sibu, Sarawak..













SMK LUAR BANDAR NO.1 SIBU & SMK METHODIST









Full content generated by Get Full RSS.

PAS <b>Sibu</b>: PERGOLAKAN DALAMAN PBB/BN <b>DI SIBU</b> <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2011 01:47 AM PDT

Suasana yang tenang sekali di bandar Sibu; selepas PilihanRaya Negeri yg lepas, penduduk di Sibu seolah-olah akur 100% dengan kemenangan Barisan Nasional di kawasan Nangka; dan penduduk-penduduk yg lain pula masih memperkatakan kehebatan Pakatan Rakyat memenangi kerusi majoriti di Sibu. 
Namun, apa yg berlaku disebalik ketenangan YB baru Nangka ataupun rangkaian BN di Sibu khasnya, ada cerita tersembunyi di sebalik "Mi Jimbau"..
Kroni-kroni PBB asyik memperkatakan bahawa Pakatan Rakyat Sarawak; di Sibu khasnya, sudah menghadapi saat-saat yg kritikal. Perebutan kuasa serta kawasan bertanding utk PRU13 dan macam-macam lagi tuduhan ditabur oleh PBB kepada PR..namun, itu semua hanyalah satu fitnah dan lakonan oleh PBB kerana mereka ingin menyembunyikan sesuatu yg kritikal berlaku didalam organisasi mereka.
Perebutan kuasa, perebutan kawasan bertanding; jatuh menjatuh sesama rakan juga berlaku dengan lebih dahsyat di dalam pergolakan PBB/BN sesama sendiri.
Ada info yg sampai ke meja admin; exco pemuda yg berpengaruh Sibu/Sarawak sekarang dalam proses menjatuhkan kredibiliti pemimpin-pemimpin atasan PBB/BN Sarawak. Ini adalah hanya kerana kepentingan kuasa kawasan serta perniagaan masing-masing. Persaingan ini dijangka akan menjadi lebih ketara dan sengit jika masing-masing mempertahan ego serta hak mereka. 
Sudah pastinya, rakyat setempat yang akan menjadi mangsa. Wujud rasuah sulit (secara diam-diam diberikan kepada sekumpulan rakyat tertentu) untuk tujuan memulakan aktiviti hasut-menghasut.
Jadi, disini inginlah ditegaskan bahawa, setiap apa yg kerajaan BN/PBB suarakan di mana-mana saluran media, TV mahupun suratkhabar atau blog, kita sebagai rakyat yg sudah matang, hendaklah menilai dahulu setiap input yg masuk. Nilai dan buat kesimpulan; bahawa PAS bukannya komunis, akan tetapi yg membuatkannya keruh ialah cerita-cerita fitnah dari umat sesama ISlam (BN/PBB) sendiri..


@NurMoon
Full content generated by Get Full RSS.

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


taji net: Dirgahayu.. Tuan Yang Terutama Yang <b>di</b>-Pertua <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2011 01:43 AM PDT

Sempena sambutan Hari Jadi TYT yang ke -90 saya ingin mengucapkan Selamat panjang umur dan murah rezeki.  Tajinet78  ingin memetik kembali serba-sedikit mengenai TYT untuk peringatan semua.



Beliau merupakan anak lelaki tunggal kepada Abang Barieng bin Abang Anyut.  seorang tokoh yang tidak asing lagi dan juga merupakan seorang ketua komuniti Melanau di bahagian ke-tiga pada masa itu, kini dikenali sebagai Bintulu.  
Setelah zaman pendudukan Jepun, beliau telah menjawat jawatan sebagai  seorang Inspektor Daerah sehingga tahun 1947 di bawah penjajahan orang Inggeris.  Beliau kemudian bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara dan di Jabatan Kerja Raya.  
Beliau begitu aktif dalam politik Sarawak.  Beliau turut serta dalam membentuk Barisan Pemuda Sarawak (BPS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA).  
Beliau merupakan wakil kaum Melanau dalam Suruhanjaya Cobbold dalam pembentukan Malaysia. 
Pada tahun 1963, beliau telah beretanding dalam pilihanraya negeri dan memenangi kerusi ADUN.  Beliau bersara daripada bidang politik pada tahun 1968 dan menyertai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak sehinnggalah bersara sebagai Ketua Pengarah.  
Pada tahun 1977, beliau dilantik sebagai TYT Gabenor Negeri Sarawak yang ke-tiga.  Beliau menggantikan Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Othman.  Beliau kemudiannya digantikan oleh Tun Abdul Rahman Yaakub pada 1981.  
Pada tahun 2001, beliau diminta untuk menyandang jawatan Gabenor Sarawak disebabkan oleh Tun AhmadZaidi Adruce kembali ke rahmatullah.  Memandangkan beliau begitu cekap sebagai Gabenor Sarawak, maka perkhidmatan beliau diteruskan hingga ke hari ini. 
Full content generated by Get Full RSS.

Kerja Kosong <b>di</b> Suruhanjaya Perkhidmatan Awam <b>Negeri Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2011 07:31 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kerja Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Adalah dimaklumkan bahawa mulai tahun 2011, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri akan memperkenalkan Sistem Pengambilan ...

Isnin, 10 Oktober 2011

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


WikiSabah News: BN <b>Sarawak</b> tidak terima kehadiran parti <b>...</b>

Posted: 02 Oct 2011 11:37 PM PDT

Kehadiran Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz ke Sarawak yang mencetuskan kontroversi telah membuatkan kompenan BN Sarawak berasa tertipu dengan mainan politik PPP. Dipastikan kehadiran Maglin Dennis D'Cruz itu diatur dan ditaja PPP Sarawak yang dipengerusikan Dr John Lau.
Semasa di Sarawak, Maglin telah melakukan lawatan di Kampung Buan, Buso di Bau dalam Parlimen Mas Gading. Dalam lawatannya itu, Maglin Dennis D'Cruz telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga di situ dan diringi ahli-ahli PPP Sarawak. Walau bagaimanapun, tiada seorang wakil kompenan BN Sarawak yang turut serta dalam lawatan timbalan menteri itu. Ini menguatkan lagi persoalan bahawa kehadiran Maglin Dennis D'Cruz tidak disenangi BN Sarawak.

Ramai pihak melihat kehadiran Naib Presiden Kanan PPP itu ke Sarawak sebagai tidak menghormati BN Sarawak selaku parti pemerintah. Walaupun di Semenanjung, PPP merupakan sebahagian dari kompenan BN, tetapi kompenan BN Sarawak tidak melihat ke arah itu. Ini disebabkan kedatangan PPP ke Sarawak tidak mendapat restu kesemua kompenan BN Sarawak.
Terdahulu, kehadiran PPP di Sarawak amat tidak disenangi ramai pihak termasuk kompenan BN Sarawak. BN Sarawak yang disertai PBB, SUPP, PRS dan SPDP telah menjalinkan kesepakatan yang sangat dominan dan tidak memerlukan parti baru bagi memenangi pilihan raya akan datang. Kehadiran parti yang baru pada masa ini amat tidak sesuai dan berasakan PPP itu merupakan parti luar Sarawak.
Rakyat Sarawak lebih mudah menerima kehadiran parti tempatan disebabkan mereka ini amat memahami kehendak dan keperluan rakyat. Oleh yang demikian, kehadiran PPP di Sarawak sangat tidak dialu-alukan walaupun mereka dikatakan berjaya mendaftarkan pengundi baru yang berjumlah lebih 50,000 orang.
Bagi mengelak keadaan yang tidak diingini dan kesepakatan antara kompenan BN, PPP diminta memahami kehendak rakyat Sarawak dan bukannya menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada. Ini adalah bertujuan menjamin kejayaan BN Sarawak menang dalam PRU-13 akan datang dan menjadikan Sarawak sebagai fix deposit BN untuk tempoh akan datang.  
Full content generated by Get Full RSS.

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Merry-Making About The <b>Sarawak</b> Lake Cruise, <b>Kuching</b> | AutoRoll <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2011 10:30 PM PDT

Beautiful younger maidens, dancing fluidly to the conquer involving ethnic tunes; war-like whines of a knight, relocating increasingly with safeguard along with spear at hand; and also pleasing dancers in vibrant conventional costumes, indicating the assortment mixture of ethnicities as well as persuits… these plus more may be seasoned quality on the extensive Sarawak River Cruise ships at the Kuching Oceanfront inside town of Kuching, Sarawak.

My pal has been visiting coming from international and now we decided to go on the Sarawak Lake Cruise. The deals for the virtually Couple of hours sundown vacation cruise, via 5.00pm to Seven.00pm, have been RM60 on an grownup and also RM30 for a kid. "My Equatorial" was the specific 120 feet through Something like 20 ft double-decker cruise-ship we had been progressing. About getting into your sparkling white cruise-ship featuring its freshly refurbished inside, we were soothed simply by piped-in sape songs, a new guitar-like standard instrument with the Orang Ulu cultural group. There were stairway leading up to top of the patio and we on course toward in which route.

Capable of allow for as much as 190 people throughout, your lower-deck of the cruise-ship had been entirely coated and also air-conditioned with a dinner hang, a little tavern, karaoke entertainment as well as washrooms. The upper terrace conversely ended up being an open-air idea having a overall performance period and a protected taking in the sights terrace, in case that rained I assume. We had been warmly welcomed through the warm and friendly personnel aboard, and later granted pleasing friendly refreshments and also snack foods of local kuehs (desserts) to be able to munch in. I might consent why these counseled me the fashion, comfort and also facilities you would need for a restful as well as pleasurable Sarawak River Cruise trip.

Because the cruise-ship tripped upon their voyage about the Sarawak Lake through the Kuching Waterside, we chose to lodge at the top patio to appreciate the particular cool air flow along with great lake landscapes. Exciting commentaries were sporadically produced by the staff even as we came upon the actual compilation of historic sites positioned along the river. I have to admit in which using Sarawak Water Vacation cruise was such as having a luxury cruise into the good Kuching, Sarawak, that has been then juxtaposed with the modern day progression of the town.

I was actually pursuing the water way with the very first Bright Rajah regarding Sarawak, Sir David Brooke, any time he traveled the world inside the Sarawak Water, 173 years back, within September 1838. These days, we will successfully experience the modern along with vibrant Kuching Waterfront, the newest Express Legal Assemblage developing, hotels, houses amongst the sky line regarding Kuching Area, the capital involving Sarawak.

have a look at my own incredible web site on: mc donalds gutscheine,i will assist you to obtain gutscheine mc donalds zum ausdrucken. To the additional information go to mc donalds gutscheine ausdrucken

Full content generated by Get Full RSS.

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


PRU awal boleh jadi kenyataan | BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2011 08:01 PM PDT

Posted on October 10, 2011, Monday

SERIAN: Cakap-cakap bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan lebih awal boleh menjadi kenyataan.

Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot semalam berkata, ramai kalangan Ahli Parlimen telah bersiap sedia menghadapi kemungkinan pilihan raya iaitu sebelum akhir tahun ini atau April tahun depan.

"Seperti yang anda tahu, Parlimen kini masih dalam sesi dan hari ini semua orang di Parlimen sudah bercakap tentang pilihan raya akan datang dengan sebahagian besar daripada mereka mengatakan ia boleh diadakan dalam lima hingga enam bulan akan datang.

"Tiada siapa yang tahu tarikh, hanya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengetahuinya," katanya.

Riot yang juga Ahli Parlimen Serian berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Lanchang Sijo dekat sini, semalam.

Spekulasi menyatakan PRU akan diadakan tidak lama lagi selepas pembentangan Belanjawan 2012, selain menggambarkan ia sebagai bajet pilihan raya.

Memberi komen mengenai Belanjawan 2012 pula, Riot berkata ia adalah yang terbaik kerana menjaga kepentingan golongan berpendapatan rendah dengan mengetepikan yuran sekolah rendah dan menengah bagi sekolah kerajaan dan sumbangan bantuan tunai bernilai RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah sebulan.

Justeru, beliau yakin manfaat tersebut akan turut dinikmati oleh penduduk di konstituensinya.

Beliau juga berkata sebagai Ahli Parlimen dari Sarawak, beliau gembira bahawa perhatian khusus telah diberikan kepada Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2012.

Ini, tegas beliau adalah mencerminkan kesedaran Najib dengan hakikat bahawa Sabah dan Sarawak, dari segi infrastrukturnya masih jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

"Jika saya tidak silap, hampir satu perempat (perbelanjaan pembangunan) bagi Sabah dan Sarawak. Sebagai Ahli Parlimen dari Sarawak, saya sangat gembira," katanya.

Sementara itu, pada majlis itu, Riot memberitahu orang ramai bahawa jika tiada sebarang perubahan, beliau akan dicalonkan semula oleh Barisan Nasional (BN) untuk berdiri di Serian.

Beliau juga memberitahu mereka supaya bersedia untuk PRU akan datang kerana ia boleh diadakan dengan seberapa segera dalam tempoh lima bulan akan datang.

Dalam pada itu, beliau juga berjanji untuk memberikan geran RM15,000 kepada Kampung Silanjang Sijo dan RM5,000 kepada empat kampung-kampung di sekitarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


PPWT Bahagian <b>Sri Aman</b> adakan majlis makan malam | my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 05 Oct 2011 07:20 PM PDT

TANDA INGATAN: Tan (tiga kiri) menyampaikan cenderamata kepada Sabtuyah (tengah) sambil diperhatikan oleh Sharifah Ranimah (tiga kanan) serta yang lain sambil diperhatikan oleh yang lain semasa berlangsungnya majlis berkenaan.

SRI AMAN: Pusat Perkhidmatan Warga Tua (PPWT) Bahagian Sri Aman telah mengadakan majlis makan malam di Bangunan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Kawasan Sri Aman dekat sini malam kelmarin.

Bendahari PPWT Bahagian Sri Aman Tan Eng Siang berkata, tujuan utama majlis makan malam tersebut diadakan adalah sempena Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Ahli Jawatankuasa PPWT Bahagian Sri Aman bagi sesi 2011-2013.

Katanya, pihaknya juga akan menjadikan majlis makan malam itu sebagai acara tahunan PPWT Bahagian Sri Aman bermula tahun ini.

Terdahulu, majlis penyampaian sijil pelantikan ahli jawatankuasa PPWT Bahagian Sri Aman disempurnakan oleh wakil Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sarawak Sabtuyah Sazali.

Sabtuyah ketika menyampaikan ucapan ringkas pada majlis berkenaan mengharapkan ahli Jawatankuasa PPWT Sri Aman agar bergerak aktif seperti persatuan-persatuan lain di bahagian ini.

"Walaupun persatuan dianggotai ahli warga emas, kami di JKM mengharapkan ahli-ahli warga emas seperti ini juga mampu menganjurkan atau mengelolakan mana-mana majlis," katanya.

Turut hadir Penolong Pengarah JKM Bahagian Sri Aman Sharifah Ranimah Wan Hashim, Timbalan Pengerusi PPWT Sri Aman Dr Samad, Setiausaha Edmeade Rujis, kakitangan JKM Sri Aman serta ahli-ahli PPWT yang lain.

Full content generated by Get Full RSS.

ads