Menurut laporan BorneoPost Online, kejadian ini berlaku sekitar 3.30 petang semalam. Seramai 16 penumpang, seorang juruterbang dan pembantu juruterbang nyaris kehilangan nyawa apabila pesawat ini terbabas daripada landasan sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang tersebut. Dikatakan bahawa kejadian ini berlaku kerana kerosakan gear pendaratan pesawat tersebut. Lapangan terbang Lawas kini telah ditutup buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan. Pihak Maswings pula menghantar pasukan penyiasatan dan pemulihan dari Kota Kinabalu bagi membantu memindahkan pesawat yang terbabas itu. Syarikat penerbangan itu akanmelanjutkankerjasamapenuh kepadaJabatanPenerbangan Awamyangsedang menyiasatinsiden itu.
DAN aku telah berada lagi di KL... cuti seminggu di Limbang sungguh mengujakan. Mungkin aku berharap benar untuk terus berada di Limbang. Permohonan untuk aku balik ke Limbang belum ada keputusan lagi...bilakah? Hanya Allah yang mengetahui segala yang berlaku dan akan berlaku dengan penuh hikmah-Nya mengapa aku masih di sini..
TEMASYA BERPRESTIJ: (dari kiri) Hanifah, Mun, Paul, Rahman dan Basheer (kanan) selepas selesai sesi sidang media di Pejabat Residen Kuching, di sini semalam.
KUCHING: Beberapa laluan di sekitar bandar raya ini akan ditutup secara berperingkat mulai 15 hingga 18 September ini bagi mengelakkan kesesakan sempena berlangsungnya Sarawak Regatta 2011.
Laluan-laluan yang akan ditutup mengikut masa yang ditetapkan ialah Jalan Market/ Jalan Gambier/ Jalan Power (6 pagi – 12 malam), Jalan Wayang/ Jalan Main Bazaar (6 pagi – 6 petang), Jalan Khoo Hun Yeang (hadapan Balai Polis Central) (6 pagi – 12 malam) dan Lorong Dock / Jalan Lebuh Java (6 pagi – 6 petang).
Sementara itu, orang ramai dibenarkan meletakkan kenderaan di bangunan Saujana di Jalan Masjid, bangunan Medan Pelita di Jalan Lebuh Temple, Reservior Park dan Dewan Suarah di Jalan Budaya.
Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah ACP Mun Kok Keong mengingatkan orang awam agar tidak meletak kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan, mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan pihak polis dari semasa ke semasa.
"Sebarang tindakan melanggar peraturan akan disaman dan kenderaan akan ditunda.
"Orang awam juga disarankan supaya berkongsi kereta bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas," katanya dalam sidang media di Pejabat Residen Kuching, di sini semalam.
Orang awam yang tidak terlibat atau tidak berhasrat untuk mengunjungi Sarawak Regata 2011 juga dinasihatkan agar tidak menggunakan laluan-laluan yang ditutup seperti yang dinyatakan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Elakkan daripada menggunakan Jalan Mc Dougall (kedua-dua hala) kerana jalan tersebut akan digunakan sebagai tempat letak kenderaan para petugas regatta dan laluan tersebut turut dijangka mengalami kesesakan lalu lintas.
"Orang awam adalah dinasihatkan agar memastikan kenderaan dalam keadaan berkunci dan tidak meninggalkan barangan berharga seperti komputer riba, telefon bimbit, kamera dan sebagainya di dalam kenderaan bagi mengelak kejadian jenayah berlaku," kata Mun.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan ibu bapa yang membawa bersama anak-anak supaya sentiasa peka dan memastikan keselamatan anak-anak tanpa membiarkan mereka berjalan sendirian.
Sekiranya berlaku kejadian kehilangan anak-anak, laporan polis boleh dibuat di pondok polis yang ditempatkan di Jalan Main Bazaar (berdekatan Muzium Cina), Jalan Gambier (berdekatan Square Tower) dan di Balai Polis pelancong dari jam 7 pagi hingga 11 malam.
Selepas jam 11 malam, laporan hendaklah dibuat di Balai Polis Sentral.
Sarawak Regatta 2011 akan diadakan di Tebingan Kuching pada 15 hingga 18 September ini, dengan 48 acara akan dipertandingkan dalam tempoh empat hari itu.
Upacara perasmiannya dijangka disempurnakan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 17 September sementara penutupannya pada 18 September akan disempurnakan oleh TYT Yang Di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin.
Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Residen Kuching Abdul Rahman Sebli Senusi, Pengarah Acara Wakeboard World Cup, Hanifah Yoong, Ketua Bahagian Pelesenan DBKU Basheer Ahmed dan Setiausaha Sarawak Regatta 2011 Paul Kawin.
Bahagian Samarahan merupakan salah satu dari sebelas bahagian di Sarawak. Ibu daerahnya ialah Kota Samarahan. Bahagian Samarahan mempunyai luas 4,967.4 km persegi. Jumlah penduduk pula adalah seramai 204,900 mengikut banci tahun 2000. Bahagian Samarahan mempunyai empat daerah pentadbiran: Kota Samarahan, Asajaya, Serian dan Simunjan. Kebanyakan pendudukan Samarahan adalah dari kaum Melayu, Iban, Bidayuh dan Cina.Samarahan dikenali sebagai Pusat Pendidikan Tinggi di Sarawak.Kewujudan UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak), UiTM (Universiti Teknologi Mara), Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Institut Latihan Perindustrian, Pusat Sumber Sarawak, INTAN dan Giat Mara. Bahagian Samarahan dihubungkan oleh 2 batang sungai yang besar iaitu Batang Samarahan dan Batang Sadong. Penempatan kebanyakan penduduk asal Samarahan di tepi sungai dipengaruhi oleh kepentingan sungai sebagai sumber ekonomi dan perhubungan. Kampung-kampung yang terdapat di Samarahan dan Sadong dapat dihubungi melalui sungai-sungai.
MIRI: Lebih 50 peserta dijangka menghadiri Hari Terbuka E-Filing anjuran Jabatan Kehakiman Miri yang akan diadakan pada 23 September (Jumaat) ini.
Program itu yang bermula jam 2.30 petang akan diadakan di kamar Mahkamah Sesyen II yang terletak di aras dua Kompleks Mahkamah Miri di sini. Manakala peserta terbabit terdiri daripada para peguam bela serta kakitangan fi rma guaman di Miri dan Bintulu serta beberapa kakitangan bank di sini.
Menurut jurucakap penganjur, objektif utama program itu diadakan bertujuan untuk mempromosikan penggunaan sistem pengkomputeran di Mahkamah Sarawak dan Sabah.
"Menerusi Sistem E-Filing, pihak firma guaman boleh membuat pemfailan kes baru dan urusan pembayaran secara dalam talian (online). Justeru kita menggalakkan lebih ramai para peguam bela dan kakitangan masing-masing ikut serta dalam program ini nanti," katanya.
Bagaimanapun menurut beliau, pada peringkat percubaan kelak, hanya beberapa fi rma guaman sahaja yang akan dipilih sebagai peneraju dalam penggunaan sistem ini. Sementara itu menurut beliau, sempena program tersebut para peserta juga akan diberikan ceramah yang akan disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk David Wong Dak Wah serta pegawai dari Sarawak Information System Sdn Bhd (SAINS). "E-Filing membabitkan penggunaan tandatangan digital ataupun elektronik.
Justeru, kita turut menjemput wakil dari digicert iaitu syarikat yang menyediakan perkhidmatan tandatangan digital untuk ikut serta dalam program ini," katanya. Sehubungan itu katanya, untuk mendapatkan keterangan lanjut berhubung program ini bolehlah menghubungi Priscilla melalui talian 085-418118.
Gambir Sarawak (nama saintifik: Uncaria Gambir Sarawak) ialah sejenis tumbuhan yang dihasilkan dari getah kayu pokok Gambir Sarawak yang banyak terdapat di dalam hutan Negeri Sarawak, Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama Born, Gambier, Borneo Cat's claw, Una de Gato dan Kerangas. Ia diperolehi di dalam hutan tebal di kawasan pendalaman di bahagian Long Panai, Marudi, Sarawak.
Keberkesanan Gambir Sarawak memang telah diketahui berabad lamanya khususnya bagi penduduk-penduduk di Negeri Sarawak. Penggunaan Gambir Sarawak secara meluas telah menular ke semua negeri di Semenanjung Malaysia malah ke beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapura. Kesan dari penggunaan telah terbukti memberikan hasil yang luar biasa dan lebih murah berbanding ubat moden yang menelan belanja yang tinggi.[perlu rujukan] Isi kandungan [sorokkan]
1 Kegunaan 2 Pasaran 3 Rujukan 4 Lihat juga
Kegunaan
Gambir Sarawak sangat berkesan untuk melegakan sakit gigi. Cara penggunaan yang mudah dengan hanya menghancurkan Gambir Sarawak hingga menjadi habuk yang halus lalu diletakkan di dalam gigi geraham yang berlubang. Kira-kira 5 minit selepas itu gigi akan berasa berdenyut-denyut dan kesakitan gigi akan beransur hilang sedikit demi sedikit.
Gambir Sarawak juga boleh digunakan untuk kanak-kanak berkhatan. Kaedah penggunaanya ialah dengan cara menghancurkan Gambir Sarawak tersebut sehingga halus lalu dibancuh dengan sedikit air dan disapukan pada kemaluan kanak-kanak tersebut. Kesan dari penggunaan Gambir Sarawak ini ia boleh menjadi kebas dan tahan sakit. Fungsinya hampir sama seperti ubat bius tetapi penggunaan Gambir Sarawak Sarawak ini agak memanaskan apabila terkena pada bahagian kulit.
Selain itu juga Gambir Sarawak ini boleh digunakan untuk melegakan sakit sementara sebelum di bawa ke hospital seperti terkena gigitan binatang yang berbisa seperti ular, kala jengking atau sengat ikan seperti ikan keli, ikan sembilang dan sebagainya.
Bagi masyarakat pendalaman di negeri Borneo ini mereka menggunakan Gambir Sarawak untuk menghilangkan rasa sakit ketika membuat lubang telinga (bertindik). Kaedah ini sama seperti ubat bius iaitu untuk mengurangkan rasa sakit ketika proses menindik dilakukan.
Populariti Gambir Sarawak mula naik apabila penggunaan Gambir Sarawak ini amat berkesan bagi pasangan suami isteri dalam melakukan hubungan intim. Ramai kaum lelaki yang mencari Gambir Sarawak Sarawak ini di pasaran semata-mata untuk memberi kepuasan kepada pasangan mereka di dalam melakukan hubungan intim. Gambar Gambir Sarawak yang telah siap dibungkus untuk dijual
Pasaran
Gambir Sarawak mendapat sambutan yang hangat namun tiada penjualan secara komersil besar-besaran. Kebanyakkan peniaga kecil menjual produk ini di pasar malam, kaki lima, gerai kecil di tepi jalan.
Mungkin kerana produk ini belum mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia lagi ia tidak dipasarkan secara komersil dan meluas. Harga Gambir Sarawak ini pula (Semenanjung Malaysia) di antara RM10 hingga RM20 tetapi ia lebih murah jika dibeli di Negeri Sarawak. Oleh kerana sambutan yang hangat di Semenanjung Malaysia ini para peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati kerana mereka menyedari betapa sukarnya mendapatkan bekalan Gambir Sarawak ini di sini.
Lama dah kita tidak mendengar Raja Haiwan Buaya di dalam negeri mengganas sekarang nie. Hari tu "Buaya Gergasi dijumpai di Manilla", dan sekarang nie satu mangsa lelaki telah menjadi makanan sang buaya di Sungai Sebelak, dekat Kampung Roban Saratok, Sarawak.
SARATOK: "Saya melihat buaya itu muncul di permukaan air sambil menjulang tubuhnya sebelum menghilangkan diri secara perlahan-lahan ke dasar sungai," kata Safri Hassan, 20, ahli keluarga Sulaiman Abdullah, 66, yang dikhuatiri maut selepas dibaham buaya di Sungai Sebelak, dekat Kampung Roban, di sini, awal pagi semalam.
Safri yang menceritakan perkara itu berkata, dia terserempak dengan buaya itu ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat bersama beberapa penduduk di sekitar tempat kejadian. "Sebaik tiba di lokasi kejadian, buaya berkenaan muncul sambil menjulang tubuh mangsa. Saya terkejut namun tidak sempat berbuat apa-apa sebelum reptilia itu menghilangkan diri.
"Tindakan buaya berkenaan menunjukkan tubuh mangsa seolah-olah 'meminta izin' daripada kami untuk memakannya," katanya. Dalam kejadian itu, Sulaiman bersama anaknya, Endoi, 40, serta cucunya, Nazri, 9, keluar menangkap udang di sungai berkenaan, jam 4.30 pagi.
Ini kejadian kedua sepanjang tahun ini membabitkan buaya mengganas di sungai berkenaan di mana sebelum ini penduduk, Menkay Goheh maut selepas dibaham buaya ketika mencuci tangan, Mei lalu.
Kejadian berlaku ketika Menkay keluar bersama rakannya menangkap udang, jam 12 tengah malam menggunakan bot. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Lee Thai Lein berkata, mangsa bersama anak dan cucu dikatakan keluar menangkap udang jam 3 pagi ketika air sungai surut. Beliau berkata, setakat ini operasi dijalankan membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan penduduk masih diteruskan bagi mengenal pasti sama ada mangsa masih hidup atau meninggal dunia.
"Operasi bermula jam 10 pagi tadi (semalam) dan tertumpu di sekitar lokasi kejadian, termasuk di beberapa lubuk sungai berkenaan. "Ini kerana mangsa mungkin dibawa ke sana (lubuk). Setakat ini operasi masih diteruskan untuk mencari mangsa," katanya.
weekend yang best tapi penat. semalam kitorang pergi puncak borneo lah. mulanya janji nak pergi tengok orang utan, tapi last2 pergi rumah panjang dekat padawan. kawan edy cakap nak pergi puncak borneo sebab nak tengok orang utan, so kami pun setuju la. sebab tak pernah sampai sana lagi. aku memang la baru dok berape bulan je. tapi edy pun tak pernah pergi jugak. kitorang pergi 2 buah kete. jauh ok. sampai aku dah pening2 lalat, nak muntah la. sampai je, kawan edy yang ajak kitorang tuh bawa pergi rumah panjang. masa tuh pukul 3lebih la. panas ok. tapi dah alang2 sampai, kitorang masuk la jugak. bayo rm8 sorang.
bagi aku la kan, tak best pun pergi sini. baik pergi kampung budaya. lagi meriah kot. siap ada tarian ape semua. kat sini tempat dorang menginap, so kurang umphh la sikit. melainkan kalau ada pesta ape2 best kot.
mula2 kena register dulu. masa register ni dorang tawarkan kita arak wangi. dia macam tuak la. tapi kita tak minum. dorang pun faham kita semua islam kan. cuma kita beli air mineral. haus kot panas2 gini. masa ni aku masih pening2 lagi. tapi gagahkan jugak.
kat sini memang tempat dorang menginap. kira memang rumah dorang la. tapi dorang dah maju la sikit. tapi ada lagi elemen2 kebudayaan dorang. kitorang boleh ambik gambar rumah2 je. nak ambik gambar orang2 situ, kita kena mintak izin. kalau dorang taknak, jangan pandai2 ko nak curi2 ambik. nak kena supit tak?muahaha.. kerja dorang buat kraft tangan, anyam tikar dengan tangan ok. kagum gilak. oh yea, lantai rumah dorang buat dengan buluh. aku nak jalan pun risau. yela, buluh kan bukan tahan lasak sangat. dah la aku tengok buluh macam dah lama je. pastu buluh2 tuh dorang ikat guna rotan saje.
kita memang tak boleh nak tahu sangat apa ada kat dalam rumah mereka. mereka pun nak privasi jugak. so kita tengok kat luar je. cuma kitorang masuk rumah panggah. tapi takde ape pun. cuma ada tengkorak je.
[unable to retrieve full-text content]Feed From Original Source : http://my.mustaffa.org MASIH KUKUH – Biarpun masa semakin berlalu, namun keadaan Masjid di Kampung Sekaan Matu, Sarawak masih mampu berdiri teguh untuk menjadi tempat memperluaskan syiar Islam. ...