Rabu, 15 Jun 2011

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


NORZAILINA&#39;s PONDERINGS: Menjamu Selera <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b>.

Posted: 01 Jun 2011 10:59 PM PDT

Mi Kolok antara sajian yg mesti dirasai. Untuk resipi,
dapatkan di dalam buku ANEKA MI terbitan Alaf 21.
Mi Sup untuk sarapan. Kami ke Restoran Bunda di Satok.
Pencicah cili berkicap memang menambah selera makan...
Kuih Jala salah satu kuih tradisional, dikenali dengan nama
Kuih Karas di sebelah utara semenanjung.Pelbagai kuih-muih yg terdapat di pasar Serian yg terletak kira-kira 40 minit perjalanan
dari bandaraya Kuching.
Beraneka kek lapis yg boleh dirasai sebelum dibeli.
Memang rambang mata melihat warna dan keenakan rasa.
Ikan terubuk masin salah satu keistimewaan di Kuching.
Untuk mengurangkan masinnya, rendam dalam air biasa sebelum
dibersihkan dan disimpan di dalam peti sejuk.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


.: Mary Emelda dari Giatmara <b>Sri Aman</b> galas cabaran <b>Sarawak</b> ke <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2011 12:07 AM PDT

Caption: FOKUS...Mary Emelda sedang membuat latihan "Fantasy Make-Up" menghadapi cabaran peringkat akhir PKM 2011 pada bulan Julai nanti.

SRI AMAN, Ahad (5 Jun) - GIATMARA Sri Aman melalui pelatihnya Mary Emelda anak Rigok dari kursus Solekan & Terapi Kecantikan bakal menggalas cabaran Sarawak ke Pertandingan Kemahiran Malaysia yang bakal berlangsung pada bulan Julai ini.

Beliau yang berada di bawah bimbingan Tenaga Pengajar Solekan dan Terapi Kecantikan di GIATMARA Sri Aman, Sabrina binti Abdul Rahim telah melepasi peringkat kelayakan di IKBN Pertak, Hulu Selangor pada bulan April yang lepas.

" Ini adalah julung kalinya wakil dari Sarawak layak dalam bidang "Beauty Therapy" di dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia," menurut Pengurus GIATMARA Sri Aman, Mohd Faizal Che Amat menerusi siaran berita oleh Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari di blog www.gmsriaman.blogspot.com.

Sekiranya berjaya pada pertandingan akhir ini, Mary Emelda katanya akan mewakili Malaysia ke 9th Asean Skill Challange di Indonesia pada 2012 dan seterusnya ke World Skill yang berkemungkinan berlangsung di Denmark.

Sementara itu Mary yang pada mulanya tidak menyangka bahawa bidang ini mampu membawa beliau ke peringkat akhir menganggap bidang solekan bersifat global dan memerlukan mereka untuk sentiasa peka terhadap perubahan dalam bidang tersebut.

Beliau yang telah menyertai kursus di GIATMARA Sri Aman dalam bidang solekan dan terapi kecantikan semenjak Julai 2010 sentiasa bersama tenaga pengajarnya menggunakan laman web youtube sebagai medium rujukan antarabangsa.

Justeru Tenaga Pengajar Solekan dan Terapi Kecantikan, GIATMARA Sri Aman, Sabrina Abdul Halim berharap agar orang ramai mengenepikan persepsi negatif yang menganggap bahawa GIATMARA hanya tertumpu kepada kursus solekan selepas ini.

"Sebenarnya GIATMARA menawarkan banyak kursus kepada orang ramai khasnya para belia dalam negeri ini seperti rawatan muka, rawatan kuku, rawatan badan dan bidang keusahawanan.

"Lagipun permohonan untuk kursus Solekan dan Terapi Kecantikan telah pun dibuka mulai sekarang di GIATMARA Sri Aman dengan memuat-turun borang terbabit di laman blog kami iaitu www.gmsriaman.blogspot.com," katanya.

Tamat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


<b>SARAWAK</b> BAHA&#39;I BULLETIN: Mini Institut Kempen <b>di</b> Kota <b>Samarahan</b>

Posted: 09 May 2011 12:14 AM PDT

KUCHING KLASTER - Kota Samarahan : Pada 7hb Mei 2011 komuniti Kota Samarahan telah mengadakan satu mini institut kempen yang bertempat di rumah Terence Tinggi di Stakan Jaya. Seramai 6 orang perserta yang hadir, dan 4 kumpulan belajar yang berjalan serentak pada masa itu. Antaranya iala buku 7, buku 4, buku 1 dan buku 2. Beberapa orang daripada tutor itu juga adalah tutor tempatan. Kempen ini adalah bertujuan bagi memulakan beberapa kumpulan belajar di komuniti tersebut.

Kumpulan Buku 1


 Kumpulan Buku 2

 Kumpulan Buku 4

 Kumpulan Buku 7

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di subis sarawak - Google Blog Search


Puad kecewa kualiti projek kabin sekolah <b>di Sarawak</b> « My Library

Posted: 01 Mar 2011 04:42 PM PST

02 Mac 2011, Rabu

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_22.htm

BATU NIAH 1 Mac – Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi semalam bertindak tegas apabila menolak untuk memotong reben sebagai simbolik perasmian bangunan kabin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subis yang terletak kira-kira 100 kilometer daripada Miri.

Keengganan itu berpunca daripada rasa tidak puas hatinya apabila melihat kualiti struktur binaan kabin itu yang tidak mencapai standard Kementerian Pelajaran.

Menurut beliau, masalah itu bukan hanya berlaku di SMK Subis, bahkan turut membabitkan keseluruhan projek pembinaan bangunan kabin kelas di sekitar Subis dan Baram.

Katanya, daripada 32 buah blok yang sepatutnya dibina, hanya enam blok sahaja yang disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan serta menepati kriteria digariskan kementerian.

"Kalau ikutkan hati, saya sangat marah dengan kontraktor terbabit, pembinaan kabin tersebut amat mendukacitakan sehingga ada yang tidak siap dan ditinggalkan begitu sahaja.

"Kalau yang dah siap pun, ia tidak mematuhi ciri-ciri yang kita kehendaki seperti ada kabin yang tiada sistem perparitan, tangga tidak mematuhi aspek keselamatan selain material yang digunakan bukan yang ditetapkan," katanya yang jelas amat kecewa dengan perkembangan itu.

Beliau yang dalam lawatan kerja selama tiga hari bagi meninjau 12 buah sekolah di Bekenu, Sibuti dan Subis bermula kelmarin ditemui pemberita selepas melawat blok kabin kelas di SMK Subis yang merupakan salah satu daripada projek yang gagal memenuhi standard.

Mengiringi beliau ialah Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Aidan Wing dan ADUN Bekenu, Rosey Yunus.

Kementerian Pelajaran sebelum ini meluluskan pembinaan kira-kira 300 bangunan kabin sekolah yang setiap satunya membabitkan kos RM260,000 di seluruh Sarawak.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata projek pembinaan itu diserahkan kepada 10 syarikat kontraktor dan dua daripadanya didapati telah gagal menyiapkan projek.

Katanya, kementerian sudah mengenal pasti dua syarikat tersebut selain bertindak menamatkan tempoh lanjutan pembinaan.

"Lebih 80 peratus projek bangunan kabin di Subis dan Baram gagal disiapkan, selain pembinaan yang dilengah-lengahkan dan ditinggalkan begitu sahaja.

"Sedangkan keutamaan kita adalah keselamatan pelajar dan suasana pembelajaran yang kondusif, kita tak mahu pembelajaran dan pengajaran pelajar-pelajar khususnya di luar bandar terjejas kerana kegagalan kontraktor," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


DARI HATI: Balik Kampung @ <b>Saratok</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 01 Apr 2011 09:05 PM PDT

Bismillah...

Ibu baru je dapat call dari Zauji, katanya baru tiba di dpn rumah Pak Idi dan Mawar..Rupanya sempat dia berkunjung ke rumah kwn2 kami semasa di Saratok dulu.. Cemburu pulak rasanya bila dgr Zauji dah sampai Saratok.. Pantas dia bercerita anak sahabat kami dah besar, dulu Ibu dan Mawar melalui fasa mengandung bersama sama , dan seorang lagi kwn kami Mak Limin . Agaknya anak Mak Limin (Nurul Salbiah) pun dah besar mcm Ichad juga.. Baru mlm tadi Ibu call Peah bertanya khabar, seronok mendengar perkembangan terkini dari sana.. Mak Amoi dah bercucu, Mak Awen baru selesai majlis pertunangan anaknya Non, Mak Biskut pun sama..

Sementara berita kurang baik nya, Mak Anggun pulak yang tak sihat..Tiba tiba Ibu rasa rindu kan suasana di saratok dulu, berdhuha dan majlis ilmu di surau seroja, berkebun pulak pd sebelah petang, berjemaah semula pd waktu malam.. Seisi keluarga kami dah jadi mcm keluarga besar di sana..

Sempat Ibu berpesan kat Zauji td, " ambik la gambar family Mawar, dpt Sue tgk diorang.." Sebenarnya kalau nak ikutkan hati, setiap sudut Saratok , Ibu nak Zauji buat photo shooting. Ibu nak tengok puas puas..

Di sana, sebuah daerah yang jauh dari bandar besar, namun kenangan selama hampir 4 tahun berkampung di Taman Muhibbah akan kami sekeluarga kenang dan insyaAllah kami akan ke sana lagi suatu masa nanti.

Kg Melango, Kg Masjid, Kg Bunga Raya, sekadar menyebut beberapa tempat yang memberi kenangan indah dalam hidup kami..

Harapan Ibu semuga Zauji tak lupa menitipkan beberapa keping not bernilai besar kpd wakil surau, tanda kasih dan sayang kami kpd rumah Allah di sana..insyaAllah dpt meringankan sedikit beban pembayaran bil bil letrik dan air Surau Darul Muafiqin..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Helikopter Terhempas <b>di Sibu Sarawak</b>(Gambar) | melvister.com

Posted: 11 Apr 2011 03:51 AM PDT

Share

Sebuah helikopter terhempas di Sibu sejurus berlepas dari Dataran Sibu.Kejadian tersebut berlaku pada pukul 1.40 petang (isnin) sebaik sahaja menurunkan tiga penumpangnya termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dataran itu.

Juruterbang helikopter itu, satu-satunya yang berada di dalam pesawat itu ketika kejadian, dihantar segera ke Hospital Sibu untuk rawatan. Keadaan juruterbang itu masih belum diketahui.

Setiausaha Akhbar Muhiyddin, Hafiz Abdul Halim yang ketika itu sedang berjalan menuju ke RH Hotel, kira-kira 100m dari dataran itu terkejut dengan kejadian itu.

"Helikopter itu tidak mengalami apa-apa masalah semasa kami berlepas dari Bintangor atau semasa dalam penerbangan. Saya sedang berjalan menuju hotel apabila saya dengar ia terhempas," kata Hafiz yang sebelum itu menaiki helikopter itu bersama-sama dua pegawai keselamatan.

Muhyiddin dan pegawai khas beliau yang menaiki helikopter berasingan turut mendarat di dataran yang sama sebelum kejadian itu. Mereka juga baru pulang dariBintangor. Timbalan Perdana Menteri dan rombongannya selamat," kata Hafiz

Sumber: Bernama

Tags: helikopter terhempas di sibu sarawak, gambar helikopter terhembas di sibu, helikopter terhempas selepas turunkan rombongan tpm, helikopter terhempas di dataran sibu, helikopter terhempas ketika membawa timbalan perdana menteri, rombongan perdana menteri ke sibu.

Incoming search terms:

Related posts:

  1. Pesawat Air Asia Terhempas Di Kuching
  2. Video Seks Anuar Ibrahim: UMNO Tabur Fitnah
  3. (Gambar) Mayat Lelaki Pakai Coli Mati Jatuh Kondominium
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di daro sarawak - Google Blog Search

11 di daro sarawak - Google Blog Search


welcome: MAKANAN SPECIAL <b>DI DARO</b>,<b>SARAWAK</b>

Posted: 29 Apr 2011 07:03 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]selamat datang kepada anda yang sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. blog ini saya buatkan khas untuk kawan-kawan yang mengenali diri saya terutamanya pelajar-pelajar yang menuntut di kolej masterskill dan ...

ads