Khamis, 10 Mei 2012

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


SRDC Adakan Kursus KPI <b>di Mukah - Sarawak</b> Update

Posted: 13 Mar 2012 02:47 AM PDT

Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (SRDC) telah memilih Bandar Mukah sebagai tempat ia mengadakan kursus KPInya yang bermula hari Selasa (Mac 13).
Dikenali sebagai `Effective Team Building, Empowerment and Key Performance Indicators(KPI) course',  kursus yang diadakan di Hotel Kingwood Mukah itu telah disertai oleh 35 kakitangan pelbagai jawatan di SRDC.
Program yang menitik berat mengenai penambahbaikan mutu perkhidmatan serta perwatakan kakitangan itu adalah yang julung kali diadakan di luar Kawasan Sibu oleh majlis yang mempunyai visi sebagai peneraju majlis daerah luar bandar di negeri ini.
Menurut Setiausaha SRDC Justani Joni, mereka memilih Mukah kerana terpegun dengan pembangunan di sini dan juga suasana udara yang masih segar.
"Ini adalah kursus yang pertama yang kita adakan di luar kawasan SRDC. Kami memilih Mukah, namunpun ia pesat membangun suasana di bandar ini cukup tenang dan udaranya nyaman. Maka kita berpendapat bahawa dengan keadaan yang sedemikian, kakitangan kami yang terlibat boleh menumpu sepenuhnya kepada apa yang diketengahkan pada kursus ini," ujarnya.
Dia berbangga bahawa ia adalah yang pertama seumpanya(luar kawasan) yang pernah diadakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini dan telah mendapat persetujuan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
"Kami adalah Majlis luar bandar yang berpejabat dipusat bandar di Wisma Sanyan Sibu dan kini mempunyai 75 kakitangan. Kawasan jagaan kami adalah sangat besar iaitu sekitar 5,300 kilometer persegi.  Makanya kita berharap selama berkampung tiga hari tiga malam di sini akan membawa suatu ketenangan bagi kita semua sambil memperolehi ilmu yang amat berguna daripada kursus ini kelak," tambahnya.
Pengerusi SRDC James Laju dijangka akan merasmikan upacara penangguhan pada hari Khamis ini.
Kesemua peserta yang menjejak kaki buat pertama kali di bandar ini menyatakan bahawa mereka  amat kagum dengan pembangunan di sini dan menganggap pemilihan Mukah sebagai tempat mengadakan kursus tersebut sebagai amat wajar
"Kalau ia diadakan di sini kita akan jauh daripada `hiruk pikuk' kota raya atau bandar Sibu yang senantiasa sibuk sampai awal pagi hingga ke jauh malam. Ini adalah 'Away from Home' yang amat sempurna," tambah salah seorang daripada peserta kursus

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


3075 Terima BR1M <b>Di Betong - Sarawak</b> Update

Posted: 19 Feb 2012 02:53 AM PST

Seramai 3,075 penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) RM 500 dengan jumlah bayaran RM 1,537,500.00 merangkumi beberapa kawasan di Parlimen Betong disini hari ini.
Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Padeh, Layar, Kubal, Paku Anyut, Brutan, Kampung Betong, Pasar Betong, Lidong, Tanjung Assam, Trusan, Balingan dan Sebemban.
Majlis penyerahan baucar BR1M fasa pertama ini telah diadakan di Dewan Panglima Rentap Betong dan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu anak Numpang.
Sebanyak lapan kaunter telah dibuka untuk penerima mendapatkan baucar tunai yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah dan Residen Betong.
Turut dibuka sebanyak enam kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional (BSN) yang bertujuan untuk menebus wang tunai disamping mengelakkan kesesakan penerima menunai dikaunter bank pada hari bekerja yang lain.
Perancangan yang rapi dan kecekapan pegawai yang menguruskan kaunter pada majlis itu dapat mengelakkan daripada kesesakan dan bantuan berjaya diserahkan kepada penerima yang layak.
Bagi penerima BR1M Johnson Eba anak Mandie, 50, beliau yang berasal dari Skatap, Betong amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memberi bantuan tersebut. Dengan adanya bantuan tersebut rakyat mampu tersenyum .
Katanya, bantuan tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi perbelanjaan anak-anak yang bersekolah disamping menampung perbelanjaan harian membeli barangan dapur.
Jelasnya sebagaimana amanat Timbalan Ketua Menteri yang mahukan wang tersebut manfaatkan dengan sebaiknya untuk keluarga dan tanggungan yang ada.
Justeru, dengan kemampuan kerajaan BN yang menyumbangkan BR1M kepada semua rakyat dan tidak memilih fahaman politik, beliau yakin akan terus berdiri dibarisan kepimpinan BN yang terus menjadi pemerintah di Malaysia, katanya.
Kerajaan benar-benar kukuh, kalau tidak mustahil mereka mampu untuk memberikan wang kepada rakyatnya yang layak walaupun mereka daripada parti pembangkang.
Hari ini sahaja kita lihat berapa ramai penduduk disini yang layak menerima datang untuk menebus baucar tunai mereka, tambahnya.

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Sylvester Entri dinasihat supaya jangan main kayu tiga

Posted: 05 May 2012 03:15 AM PDT

Dato Seri Tiong King Sing berucap ketika perasmian mesyuarat SPDP Bahagian Marudi.

PEKAN BELURU, 5 Mei – Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri Tiong King Sing menyelar tindakan Datuk Sylvester Entri Muran, seorang daripada anggota SPDP 5 yang mendesak rakyat menyerahkan Kad SPDP mereka dan mengisi borang Kelab Barisan Nasional (BN) Sarawak jika mahu permohonan projek luar bandar mereka diluluskan.

Tiong yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) berkata, semua projek yang dikendalikan oleh BN adalah bertujuan untuk membantu rakyat dan boleh didapati tanpa sebarang syarat.

"Tindakan Sylvester ini tidak ubah seperti, menyuruh si suami menceraikan si isteri jika mahu projek yang dimohon diluluskan," katanya berucap merasmikan Pejabat SPDP Bahagian N66 Marudi di Marudi hari ini.

Ujar Tiong, SPDP yang ditubuhkan pada 2002 pernah menjadi sebuah parti yang bersatu-padu, namun baru-baru ini keadaan bertukar kecoh dan keliru yang dicetuskan oleh Kelab BN Sarawak.

"Mereka (Kumpulan 5) mendakwa menyokong BN, namun apa yang mereka lakukan sebenarnya adalah mensabotaj. Sebagai contoh, apabila SPDP menganjurkan aktiviti, mereka juga menganjurkan aktiviti yang sama. Sebagai contoh, apa yang berlaku di Rumah Joshua baru-baru ini."

"Nasihat saya kepada Sylvester, jangan bermain kayu tiga. Saya pernah diberitahu bahawa Sylvester pernah memberitahu kepada Presiden parti Tan Sri William Mawan Ikom bahawa beberapa ahli parti mahu menyokong SPDP daripada segi kewangan dengan syarat saya dipecat."

Menurut Tiong, namun Mawan enggan walaupun adalah adil untuk mendedah dan mencabar Sylvester memberi keterangan mengenai perkara itu.

"Mawan seorang yang 'gentlemen' dan budiman pada 2009. Sepatutnya Sylvester menghargai. Malah beliau menekankan pentingnya semua kaum termasuk Orang Ulu walaupun minoriti menjawat jawatan tinggi dalam parti untuk mewakili etnik mereka."

"Mereka (Kumpulan 5) bercakap memang mudah, namun saya cabar, jika benar-benar menyokong BN mengapa tidak hadir dalam acara atau majlis SPDP-BN?."

Ujar Tiong, sebagai pemimpin yang berdedikasi, ahli parti tidak harus menyempitkan fikiran, semangat perkauman dan gila kuasa.

Sementara itu, kira-kira 3,000 datang menghadiri majlis perasmian termasuk 57 tuai rumah. Seramai 2,000 ahli baharu juga direkrut pada majlis tersebut.

Related post

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


saragigibesi: Berbakti siswa <b>di Miri Sarawak</b> yeayyy

Posted: 09 Feb 2012 06:11 AM PST

Will be missing Capital N


Memang dah lama saya tak update belog kan? Hurmm semua sebab masa tak mengizinkan. Ahaha alasan.
Esok saya akan bergerak ke Miri untuk berbakti. Hehe setelah tiga bulan merancang, akhirnya sampai juga hari nya.
Penat wooo jadi orang kuat, hahaha. K poyo.
*Gambar nanti insyaAllah akan di upload setelah selesai kem, iaitu pada hari Ahad malam.

Kbai semua and Assalamualaikum

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Dari Hati... Suerashid: Dari Hati Puan Sue...(dgn rasa rendah hati)

Posted: 10 May 2012 02:39 AM PDT

Assalamualaikum... semua ok,,tenang dan satu soalan cepumas dari saya.."Dah Solat ke ni..? Jgn lambat lambat kan, nanti Allah tak sayang kita lagi..dan paling ditakuti ,,jauh pula rahmat NYA dari kita ..Nauzubillah.

Kali ni intro agak menginsafkan..Dan sepatutnya begitu la dlm post yg akan datang nanti..

Saya terpanggil utk memohon maaf kpd semua bakal pengguna Natane,,rupanya masih ada post lama dulu dulu yg saya terlepas pandang dan tak di update harga Pek Percubaan Natane..

Pagi ni saya berurus niaga dgn Umi dari Kelana Jaya . Katanya di blog saya harga Pek Percubaan cuma RM120..dan saya beritahu skrg harga nya RM130, Saya bersyukur kerana Umi seorang yg baik dan tidak cerewet tentang harga dan tak byk soal ,terus order je.. Berbeza dgn bakal pembeli yg lain, ada yg bertanya soalan yg agak menguji kesabaran, seolah olah Puan Sue ni pengasas Natane @ seorang yg mempunyai 'magical touch'...maka bila ada sebarang perubahan yg tak di senangi pd kulit wajah, Puan Sue juga perlu menjawab.. Mungkin Umi sudah melihat hasil pemakaian/ testimoni dari kwn2 ofis yg pakai Natane ,,maka urus niaga kami amat mudah.. Pagi, dia sms order dan confirm kan byrn,, tgh hari Umi dah transfer bayaran dan selepas Zuhur saya dah ada di kaunter Poslaju,, Alhamdulillah semua nya dipermudahkan dan sempat  memandu 'pesawat' balik semula ke salon utk appoinment yg seterusnya 2.30 tadi..

Utk makluman bakal pengguna semua, entri yg terkhilaf tu bertarikh 27 Mac 2009.. mmg saya terlepas pandang mungkin sbb termasuk dlm older post..Masa ni masih di Saratok, Sarawak..

InsyaAllah saya akan refresh semula entri lama lama dulu berkenaan Natane.. Dulu semasa di sana saya byk masa terluang dan kebanyakan nya saya isi dgn upload byk info tentang produk kecantikan Natane yg saya mula pakai dan jual sejak 2003 .. Berbeza dgn sekarang ni, amat terasa spt masa 24 jam terlalu singkat, padat utk diisi dan terhad sgt .. Sue Beauty Saloon yg mula di wujudkan semula pd Mei 2011 amat membataskan masa saya , namun Alhamdulillah...dlm kesibukan menguruskan bisnes yg sgt saya suka ni, urusan di rumah juga masih 'dlm tangan' saya ..tanpa bibik aka pembantu.

Terima kasih Zauji dan anak anak yg sgt memahami dan cuba sedaya mampu bekerjasama (walau ada kalanya hasil tak spt yg Ibu harapkan, namun sekurang kurangnya we make things moving and done)..

**Madah dari Puan Sue

Kebahagiaan dan kepuasan adalah bila kita berpeluang utk melakukan sesuatu yg kita suka terutamanya bila berjaya utk mendekatkan diri pd NYA di kala org lain nyenyak bermimpi..dan ianya mendatangkan hasil spt yg kita harapkan, dan  bila orang tersayang di sekeliling  sentiasa bersedia utk bersama di waktu waktu sukar ,,apalagi semasa  kita bahagia..

dan utk kali yg entah ke berapa... Terima Kasih Allah...    

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


PRU13: Parlimen <b>Lubok Antu</b> Deka Besatup 3 Sukut? ~ namaberita <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2012 11:48 AM PDT

William Nyalau Anak Badak (BN)
Nicholas Bawin Anak Anggat (PKR)
LUBOK ANTU: Sitak Parlimen Lubok Antu dipelabaka belaban tiga sukut ba pengawa bepilih besai (PRU) Ke-13 ke deka diatur enda lama da agi.
Chalun Barisan Nasional (BN) William Nyalau Anak Badak dipadahka ngenanka sitak nya ke diungkupka ngagai Parti Rakyat Sarawak (PRS) deka besatup enggau ketuai kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nicholas Bawin Anak Anggat enggau Parti Pekerja Sarawak (SWP) Langga Anak Lias.
Bawin seiku chalun ke endang tebilang nama di Lubok Antu laban suah bendar nyadi chalun ba pengawa bepilih menua engau parlimen. Tang semua alah magang.
Taja pia, Langga ke asal peranak menua ari Panjai Ruai, Lubok Antu keterubah iya disabung Kaban Parlimen Julau ke suba Datuk Sng Chee Hua ke bisi bekaul enggau SWP.
Sebedau tu, Langga seiku orang kuat Bawin, diatu benung gawa nyadi Lecturer di Open Univiesiti Malaysia, Kuching.
Nitihka penerang, Langga endang ngembuan juluk ati deka bediri minta pilih lalu diatu benung kiruh betemu enggau mensia mayuh.
Tang taja pia, kena ngamatka berita tu, Langga enda ulih dikerandau pemberita.

ads