Khamis, 10 Mei 2012

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


SRDC Adakan Kursus KPI <b>di Mukah - Sarawak</b> Update

Posted: 13 Mar 2012 02:47 AM PDT

Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (SRDC) telah memilih Bandar Mukah sebagai tempat ia mengadakan kursus KPInya yang bermula hari Selasa (Mac 13).
Dikenali sebagai `Effective Team Building, Empowerment and Key Performance Indicators(KPI) course',  kursus yang diadakan di Hotel Kingwood Mukah itu telah disertai oleh 35 kakitangan pelbagai jawatan di SRDC.
Program yang menitik berat mengenai penambahbaikan mutu perkhidmatan serta perwatakan kakitangan itu adalah yang julung kali diadakan di luar Kawasan Sibu oleh majlis yang mempunyai visi sebagai peneraju majlis daerah luar bandar di negeri ini.
Menurut Setiausaha SRDC Justani Joni, mereka memilih Mukah kerana terpegun dengan pembangunan di sini dan juga suasana udara yang masih segar.
"Ini adalah kursus yang pertama yang kita adakan di luar kawasan SRDC. Kami memilih Mukah, namunpun ia pesat membangun suasana di bandar ini cukup tenang dan udaranya nyaman. Maka kita berpendapat bahawa dengan keadaan yang sedemikian, kakitangan kami yang terlibat boleh menumpu sepenuhnya kepada apa yang diketengahkan pada kursus ini," ujarnya.
Dia berbangga bahawa ia adalah yang pertama seumpanya(luar kawasan) yang pernah diadakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini dan telah mendapat persetujuan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
"Kami adalah Majlis luar bandar yang berpejabat dipusat bandar di Wisma Sanyan Sibu dan kini mempunyai 75 kakitangan. Kawasan jagaan kami adalah sangat besar iaitu sekitar 5,300 kilometer persegi.  Makanya kita berharap selama berkampung tiga hari tiga malam di sini akan membawa suatu ketenangan bagi kita semua sambil memperolehi ilmu yang amat berguna daripada kursus ini kelak," tambahnya.
Pengerusi SRDC James Laju dijangka akan merasmikan upacara penangguhan pada hari Khamis ini.
Kesemua peserta yang menjejak kaki buat pertama kali di bandar ini menyatakan bahawa mereka  amat kagum dengan pembangunan di sini dan menganggap pemilihan Mukah sebagai tempat mengadakan kursus tersebut sebagai amat wajar
"Kalau ia diadakan di sini kita akan jauh daripada `hiruk pikuk' kota raya atau bandar Sibu yang senantiasa sibuk sampai awal pagi hingga ke jauh malam. Ini adalah 'Away from Home' yang amat sempurna," tambah salah seorang daripada peserta kursus

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads