Jumaat, 1 Jun 2012

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


Beautiful by Rawlins: Premium Beautiful <b>di Kanowit</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 08 Feb 2012 05:12 PM PST

How are you peeps?
I hope lovely and Beautiful as ever
I know that I have

Mana taknya
Kan baru balik dari kampung di Sibu, Sarawak
Balik pun sebab nak jumpa FAMILY
Baca lah my entry ari tu >> 

Aritu I made some arrangements nak jumpa few friends
Itulah bagusnya FB dan blog nie
I managed to reunite with old friends and meet new ones thru' them
Semua berminat nak tu pasal Premium Beautiful dan peluang merubah masa depan 

So, I made a lil' trip to Kanowit
Uals tau tak katne tu?


So, sempat la jumpa new people yang minat nk tau pasal keindahan business melalui internet nie
Lega dapat berkongsi dengan diorang
Thanks guys and gurls yang sudi nak jumpa ials aritu

I have pix to share with uals




Nice lil' town kan
Love it!

Contact me via Facebook (www.facebook.com/rawlins.ichigo) or via e-mail (loving.hate78@gmail.com) to jump start your steps towards realization of your Beautiful Dreams

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


PM @NajibRazak Kunjungi <b>Sarawak</b> Sempena Gawai Dayak <b>...</b>

Posted: 21 May 2012 08:15 PM PDT

- May 22, 2012 11:15:14.

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengadakan lawatan sempena hari Gawai Dayak di kawasan Iban, daerah Betong, Pakan dan Julau di Sarawak pada 3 Jun, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu, Isnin.

Beliau berkata Najib yang akan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dijangka menyertai Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud Taib dan kenamaan negeri yang lain untuk beramah mesra dengan penduduk tempatan, merayakan pesta menuai tahunan itu yang disambut masyarakat Dayak, di Dewan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan di Betong.

"Ia merupakan peluang bagi perdana menteri untuk merasai suasana di kawasaan pedalaman selain menikmati juadah Gawai Dayak dan pelbagai budaya serta tradisi Dayak yang akan dipersembah pada sambutan itu," katanya selepas mempengerusi mesyuarat jawatankuasa induk negeri bagi persiapan lawatan itu di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, di sini.

Beliau berkata Najib dan rombongannya akan turut melawat Rumah George Chungut 34 pintu, Nanga Nansang di Pakan dekat Sarikei sebelum ke Julau.

Menteri Pembangunan Sosial Sarawak Tan Sri William Mawan Ikom akan menyambut Najib di Pakan sementara Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang akan menyambut beliau di Julau, di mana beliau akan melawat Rumah Jana anak Saweng di Matop, katanya.

Beliau berkata perdana menteri akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur lewat petang.

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Hari ketiga <b>di kuching sarawak</b>

Posted: 29 May 2012 08:27 AM PDT

Hari ni dah masuk hari kedua bekerja dan sudah 3 hari aku berada di kuching, perasaan berada berjauhan dengan isteri dan anak-anak begitu terkesan cuma aku cuba untuk berfikir secara positif dengan membayangkan mereka yang memang berada jauh dengan keluarga dan kerja secara tetap di satu tempat yang jauh

Macam jadi catatan harian pula blog ini tapi apa2 pun aku memang nak juga menulis untuk memenuhi masa yang ada disini, sekurang-kurangnya dapat juga mengubat kerinduan kepada keluarga aku..serius rindu sangat dekst mereka bertiga

Tadi sempat keluar makan dekat area kubah ria, satok bersama2 dengan pembantu aku yang menolong aku sepanjang sebulan aku disini, macam biasa bila dapat keluar tu rasa macam dapst meredakan sedikit perasaan sunyi berada dikejauhan.

Hari kedua kerja disini dah mula ada gangguan dan cabaran yang kena tempuhi dan tambahan pula aku sebagai ketua disini..sebarang keputusan aku yang kena muktamadkan..sebenarnya bukan senang untuk menjadi seorang pemimpin yang mana keputusan yang dibuat perlu pertimbangan yang profesional, itulah yang aku hadapi dan tanggungjawab sebagai ketua untuk mempertahankan orang yang berada dibawah aku selagi mereka membuat kerja mengikut prosuder ysng ditetapkan dan betul.

20120529-233538.jpg

Banyak benda yang sensitif yang tak boleh aku nak cerita dalam blog ini dan apapun ianya merupakam cabaran untuk aku dan juga pembantu aku. Amanah yang telsh diberikan akan dilaksankan sebaik mungkin dan bertindak profesional dalam membuat keputusan.

Itu sahaja untuk hari ini dan harapnya kami dapat melaluinya sehingga 22 jun nanti, insyaAllah

Nota : Tengahari tadi dah confirmkan tiket untuk balik kl pada 22 jun petang serta dah suruh kerani pejabat aku extra luggage balik nanti, masa datang sini bawak barang kerja hingga kena charge extra luggage sampai 200 lebih

Artikel yang berkaitan

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Pesta Benak <b>Sri Aman</b> Ke-5 Terbaik <b>di Sarawak</b> ~ namaberita [dot <b>...</b>

Posted: 01 Jun 2012 11:24 AM PDT

TAHNIAH...Johnathan menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima sambil disaksikan oleh tetamu khas yang lain pada majlis itu malam tadi.
SRI AMAN, Jumaat (25 Mei) – Pesta Benak Sri Aman kian popular dikalangan pelancong asing dan tempatan apabila ia berada di tempat kelima dalam 10 buah aktiviti pelancongan yang terbaik di Sarawak.
Residen Bahagian Sri Aman, Johnathan Lugoh berkata kedudukan terbabit telah meningkat dari kedudukan tangga kesembilan seperti yang direkodkan pada tahun 2010 lepas.
"Berada pada kedudukan teratas sekali adalah Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia di Kuching diikuti dengan Sarawak Regatta dan Borneo Jazz Festival yang berada pada kedudukan ketiga.
"Tempat keempat dalam 10 acara pelancongan terbaik di negeri ini pula adalah Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo di Bintulu dengan Pesta Benak Sri Aman menduduki tangga kelima dalam senarai itu,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penghargaan Pesta Benak 2012 bersempena dengan Majlis Malam Pra-Gawai dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pentadbiran Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.
Walaupun berpuashati dengan penganjuran Pesta Benak kali ini, Johnathan berkata bahawa masih ada ruang untuk dibaiki bagi memperhebatkan sambutan pesta itu pada masa akan datang.
"Pihak kita akan mempertimbangkan banyak cadangan daripada pihak yang mahu bahawa Pesta Benak diadakan pada waktu musim cuti sekolah dan selepas musim menuai padi," katanya.
Beliau turut menambah bahawa Pesta Benak kali ini masih mengekalkan sambutan memberansangkan apabila kira-kira 50,000 orang pengunjung datang ke Sri Aman sepanjang tiga hari berlangsungnya pesta itu.
Bilangan peluncur juga turut meningkat dengan kehadiran lima orang peluncur antarabangsa dan beberapa peluncur tempatan dari Semenanjung Malaysia.
Hadir sama ialah Timbalan Residen Sri Aman, Felicia Tan, Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat, wakil Ketua Polis Daerah Sri Aman, ASP Ang Tuan Peck, Temenggung Abang Bohari dan Pemanca Mas Shamsiah Haji Maslem.

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


Kereta Untuk disewa <b>di Sarikei</b>, <b>Sarawak</b> - Rumah Baru Untuk Dijual <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2012 06:28 PM PST



Harga 30 hari : RM 2700.00
Sila Sediakan 1 Salinan Kad Pengenalan & Lesen Memandu
Lokasi : Sarikei, Sarawak

11 di daro sarawak - Google Blog Search

11 di daro sarawak - Google Blog Search


SK BAYANG <b>DARO SARAWAK</b>: <b>Di</b> Mana SK Bayang

Posted: 04 May 2012 10:27 PM PDT

Sk Bayang merupakan sekolah kategori Pedalaman 2 dan berada di DAERAH DARO..BAHAGIAN MUKAH.
Untuk pergi ke sini dari Sarikei perlu menggunakan bot laju MAJU STALON 1 dan 2.Bot hanya pergi 2 kali sehari ke Sekolah SK Bayang pada pukul 12 tengah hari dan pada pukul 2 petang..Tambang hanya RM15 sehala.Sekiranya lepas dari masa tersebut kenalah cartar bot dengan bayaran RM300 sekali perjalanan.Perlu di ingat bahawa kena datang awal ke bot dalam 30min lebih awal kerana bot sentiasa penuh..kalau lewat duduk atas bumbung lah jawabnya.
SK Bayang mempunyai staff guru seramai 13 orang termasuk Guru Besar...Staff bukan guru seramai 6 orang.Sk Bayang merupakan sekolah berasrama yang di huni seramai 52 orang pelajar asrama.
Penduduk dan pelajar hampir 100% berbangsa iban.Terdapat 9 buah rumah panjang di sekitar kawasan sekolah..guru dan pelajar menggunakan air hujan sebagai sumber air utama untuk keperluan harian.
Bekalan elektrik menggunakan generator hampir 24jam dan tidak sepenuhnya kerana perlu menjimatkan minyak diesel.Rumah guru tidak mencukupi kerana semua guru yang sudah berkahwin perlu meninggalkan anak isteri dan suami kerana rumah guru agak terhad.guru perlu berkongsi sebuah rumah untuk 3 orang guru.

Kepada guru-guru yang hendak berpindah ke sini boleh lh cuba untuk memohon..or hubungi saya di 0198384492 (cikgu Faizal)untuk pertanyaan..

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


KONSEP DROPSHIP: MODEL PERNIAGAAN GSR » Gold Silver <b>...</b>

Posted: 20 May 2012 12:25 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Dropshipping merupakan teknik pengurusan rantaian pembekal di mana penjual tidak menyimpan stok tetapi memindahkan pesanan pembeli produk kepada pembekal untuk tujuan pembungkusan dan penghantaran ...

ads