Jumaat, 1 Jun 2012

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Pesta Benak <b>Sri Aman</b> Ke-5 Terbaik <b>di Sarawak</b> ~ namaberita [dot <b>...</b>

Posted: 01 Jun 2012 11:24 AM PDT

TAHNIAH...Johnathan menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima sambil disaksikan oleh tetamu khas yang lain pada majlis itu malam tadi.
SRI AMAN, Jumaat (25 Mei) – Pesta Benak Sri Aman kian popular dikalangan pelancong asing dan tempatan apabila ia berada di tempat kelima dalam 10 buah aktiviti pelancongan yang terbaik di Sarawak.
Residen Bahagian Sri Aman, Johnathan Lugoh berkata kedudukan terbabit telah meningkat dari kedudukan tangga kesembilan seperti yang direkodkan pada tahun 2010 lepas.
"Berada pada kedudukan teratas sekali adalah Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia di Kuching diikuti dengan Sarawak Regatta dan Borneo Jazz Festival yang berada pada kedudukan ketiga.
"Tempat keempat dalam 10 acara pelancongan terbaik di negeri ini pula adalah Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo di Bintulu dengan Pesta Benak Sri Aman menduduki tangga kelima dalam senarai itu,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penghargaan Pesta Benak 2012 bersempena dengan Majlis Malam Pra-Gawai dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pentadbiran Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.
Walaupun berpuashati dengan penganjuran Pesta Benak kali ini, Johnathan berkata bahawa masih ada ruang untuk dibaiki bagi memperhebatkan sambutan pesta itu pada masa akan datang.
"Pihak kita akan mempertimbangkan banyak cadangan daripada pihak yang mahu bahawa Pesta Benak diadakan pada waktu musim cuti sekolah dan selepas musim menuai padi," katanya.
Beliau turut menambah bahawa Pesta Benak kali ini masih mengekalkan sambutan memberansangkan apabila kira-kira 50,000 orang pengunjung datang ke Sri Aman sepanjang tiga hari berlangsungnya pesta itu.
Bilangan peluncur juga turut meningkat dengan kehadiran lima orang peluncur antarabangsa dan beberapa peluncur tempatan dari Semenanjung Malaysia.
Hadir sama ialah Timbalan Residen Sri Aman, Felicia Tan, Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat, wakil Ketua Polis Daerah Sri Aman, ASP Ang Tuan Peck, Temenggung Abang Bohari dan Pemanca Mas Shamsiah Haji Maslem.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads