Isnin, 28 Mei 2012

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Hari kedua <b>di kuching sarawak</b>

Posted: 28 May 2012 08:40 AM PDT

Hari ni masuk hari kedua berada di kuching, sarawak dan tinggal lagi 24 hari berada di sini..lama lagi sebenarnya tapi rindu anak bini dah sekarang ini.

Duduk kat sini kerja macam biasa, pagi mulakan kerja sebagai ketua penguji dan pelbagai orang yang dapat jumpa. Ada yang dapat menerima kenyataan dan ada juga yang tidak dapat menerima kenyataan..dekat sini lah menguji aku bagaimana untuk mengawal keadaan, apa pun "setiap manusia berhak mendapat layanan yang baik" jadi atas prinsip itu aku cuba untuk menyenangkan hati semua pihak.

Habis kerja dalam jam 3 petang dan balik ke rumah transit, dua hari ni dekat sini dengan keadaan badan yang tak sihat, kepala pening yang teramat dan rasa macam nak pecah kepala. Penyelesaiannya balik je bilik tidor dan lepas bangun rasa lega sikit. Takder aktiviti luar yang aku lakukan pada hari kedua ini, cuma tadi sempat keluar sekejap pergi beli makanan, sabun dan keperluan lain untuk sebulan disini. Lepas beli barang pergi makan dekat area satok rasanya dan makan nasi kerabu..wohoo bukan dekat kelantan dan kl je ada nasi kerabu.

Memang sedap nasi kerabu dia dengan daging bakar

20120528-232312.jpg

Selepas makan takder benda nak buat then terus balik ke bilik berehat dan esok sambung kerja balik. Nasib baik pembantu aku ialah kawan aku masa matrik dulu, tak sangka juga dia pun jadi bomba..dan aku suruh dia duduk sebilik dengan aku, sekurang-kurangnya ada juga orang semenanjung yang teman aku dekat bilik dan boleh berborak2 menghilangkan tekanan

p/s: jumaat ni cuti 3 hari sampai hari ahad, ingat nak jalan2 tengok sambutan hari gawai.

Artikel yang berkaitan

PIDATO PERDANA EZAM NOR <b>DI KUCHING SARAWAK</b>

Posted: 25 May 2012 01:39 AM PDT


-RAHSIA-RAHSIA ANWAR IBRAHIM AKAN DIBONGKAR OLEH BEKAS SETIAUSAHA POLITIKNYA MOHD EZAM MOHD NOR DI KUCHING, SARAWAK-


Ju datang rami-rami nengar pidato bekas urang kuat "Bang Anu", Ezam Nor di padang main bol Semarak, Kampung Pinang Jawa, Kuching kul 9 malam, 29 Mei tok. Jumpa sia k!


(Jom datang beramai-ramai untuk mendengar pidato bekas orang kuat "Bang Anu", Ezam Nor di padang bolasepak Semarak, Kampung Pinang Jawa, Kuching jam 9 malam, 29hb Mei ni. Jumpa disana ok!)


-UnReportedNews™®

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


MRSM baru <b>di</b> utara <b>Sarawak</b> ~ HARIAN BELAWAI

Posted: 25 May 2012 03:50 PM PDT

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Wajah manusia <b>di</b> cengkerang Labi Labi - Utusan <b>Sarawak Sri Aman</b>

Posted: 09 May 2012 02:52 AM PDT


Caption: GANJIL...Kisah kewujudan corak wajah manusia di cengkerang Labi-Labi berkenaan telah mula menjadi buah mulut orang ramai pada masa sekarang.
SRI AMAN, Jumaat (27 April) – Kewujudan gambaran wajah manusia di bahagian belakang sejenis haiwan akuatik sungai iaitu Labi-Labi atau Tong-Tong mula menjadi buah mulut sesetengah penduduk di Bandar Sri Aman pada masa sekarang.
Semenjak gambarnya mula dicetak dan dijual ketika berlangsungnya Program Jelajah AJARR 2011 di Taman Panorama Benak baru-baru ini, rata-rata penduduk mula menyimpan rasa ingin tahu mengenai latar belakang kisah kejadian ganjil berkenaan.
Untuk itu, Utusan Sarawak telah melakukan siasatan sebelum berjaya mendapatkan gambar sebenar dan butiran lanjut disebalik kejadian ukiran gambar manusia yang terdapat di belakang haiwan akuatik terbabit kelmarin.
Menurut sumber, Labi-Labi tersebut sebenarnya telah dipelihara oleh anak kepada seorang ketua masyarakat Iban yang terkenal di Sri Aman semenjak dari kecil bermula akhir tahun lepas.
Apabila Labi-Labi tersebut mula membesar sehingga mencapai ukuran sepanjang 17 sentimeter, si bapa kemudiannya mula mengesan corak aneh yang terdapat di atas cengkerang lembut haiwan berkenaan.
"Ketua masyarakat Iban itu mula ternampak corak wajah manusia di atas Labi-Labi tersebut. Corak wajah berkenaan kian tampak jelas apabila haiwan akuatik sungai terbabit mula membesar," kata sumber.
Disebabkan oleh rasa bimbang berhubung kejadian aneh tersebut, ketua masyarakat Iban itu kemudiannya bertindak menyerahkan haiwan berkenaan kepada seorang sami yang tinggal di bandar ini.
Sumber turut menambah bahawa Labi-Labi ganjil tersebut telah dipelihara oleh sami berkenaan sehingga gambarnya mula dicetak atas kertas kecil dan jual kepada orang ramai menerusi program Jelajar AJARR 2011 pada hari Sabtu lepas.
"Saya tidak pasti sama ada kejadian itu aneh atau kebetulan. Mungkin 'unik' adalah perkataan yang boleh kita gunakan bagi mengambarkan kejadian itu memandangkan jarang ada Labi – Labi yang mempunyai corak atas cengkerang lembut badan mereka.
"Saya akan memelihara haiwan tersebut sehingga ia membesar jika saya memilikinya. Namun dalam kejadian ini, ia adalah keputusan ketua masyarakat tersebut untuk berbuat demikian," katanya.
Gambar Labi-Labi bercorak ganjil itu kini sudah mula disebarkan oleh pemilik telefon bimbit di Bandar Sri Aman dan tidak mustahil akan menjadi buah mulut orang ramai dalam masa terdekat kelak.

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


Bunyi Aneh <b>di</b> Udara Kota <b>Samarahan Sarawak</b>

Posted: 17 Jan 2012 01:19 AM PST

Warga Kampung Endap di Kota Samarahan, Sarawak tidak boleh tidur malam sejak beberapa hari yang lalu akibat bunyi aneh yang memenuhi ruang udara pada waktu malam.

Bunyi yang seakan dengkusan kuat ini akan hanya berhenti apabila menjelang subuh. Apakah ia? Warga Samarahan mahukan jawapan dari pihak berkenaan. Ada teori mengatakan ini bunyi dari kilang yang beroperasi berhampiran tetapi pihak kilang menyangkal kerana mereka sudah beroperasi selama 10 tahun dan mengapa hanya kini mahu membuat bunyi aneh.

Saksi juga mengatakan bunyi ini datang daripada langit dan bukan dari kilang. Amat menakutkan bagi pendengar. Ini Bukan gurauan ini satu petanda kiamat sudah dekat…MASYALLAH - Sumber Edisi.com


Artikel ini di petik daripada halaman Mufti Perlis berkaitan "Suara daripada langit" Cuba kita lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akan berlaku pada 2012??

Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? "

Beliau menjawab: "Suara keras" di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)-copy by Kasman Azizul Othman.. Ya Allah,Engkau lindungilah hambamu ini yang sungguh kerdil,yang sungguh hina ini,Kau ampunilah segala dosa hambamu ini Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang,sesungguhnya hambamu ini berasa sungguh kerdil,lindungila kami sekeluarga..aammmiinn ya Rabbal Alamiiiiiiiiinnnnn. Sumber : Mufti.perlis.gov.my




Ikuti cerita lebih misteri dan menggentarkan di SINI

Tag: suara dari langit, suara aneh di samarahan sarawak, suara aneh dari kota samarahan sarawak, suara aneh di langit pada 11 dan 12 januari 2012, bunyi misteri di samarahan, suara misteri di samarahan, misteri suara di sarawak, misteri bunyi di samarahan

Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
 _________________________________________________________________________________

 Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


F A R A H K E I F L I: rumah panjang <b>di padawan</b>,borneo <b>sarawak</b>

Posted: 15 May 2011 03:48 AM PDT

weekend yang best tapi penat. semalam kitorang pergi puncak borneo lah. mulanya janji nak pergi tengok orang utan, tapi last2 pergi rumah panjang dekat padawan. kawan edy cakap nak pergi puncak borneo sebab nak tengok orang utan, so kami pun setuju la. sebab tak pernah sampai sana lagi. aku memang la baru dok berape bulan je. tapi edy pun tak pernah pergi jugak. kitorang pergi 2 buah kete. jauh ok. sampai aku dah pening2 lalat, nak muntah la. sampai je, kawan edy yang ajak kitorang tuh bawa pergi rumah panjang. masa tuh pukul 3lebih la. panas ok. tapi dah alang2 sampai, kitorang masuk la jugak. bayo rm8 sorang.
bagi aku la kan, tak best pun pergi sini. baik pergi kampung budaya. lagi meriah kot. siap ada tarian ape semua. kat sini tempat dorang menginap, so kurang umphh la sikit. melainkan kalau ada pesta ape2 best kot.

mula2 kena register dulu. masa register ni dorang tawarkan kita arak wangi. dia macam tuak la. tapi kita tak minum. dorang pun faham kita semua islam kan. cuma kita beli air mineral. haus kot panas2 gini. masa ni aku masih pening2 lagi. tapi gagahkan jugak.

kat sini memang tempat dorang menginap. kira memang rumah dorang la. tapi dorang dah maju la sikit. tapi ada lagi elemen2 kebudayaan dorang. kitorang boleh ambik gambar rumah2 je. nak ambik gambar orang2 situ, kita kena mintak izin. kalau dorang taknak, jangan pandai2 ko nak curi2 ambik. nak kena supit tak?muahaha.. kerja dorang buat kraft tangan, anyam tikar dengan tangan ok. kagum gilak. oh yea, lantai rumah dorang buat dengan buluh. aku nak jalan pun risau. yela, buluh kan bukan tahan lasak sangat. dah la aku tengok buluh macam dah lama je. pastu buluh2 tuh dorang ikat guna rotan saje.
kita memang tak boleh nak tahu sangat apa ada kat dalam rumah mereka. mereka pun nak privasi jugak. so kita tengok kat luar je. cuma kitorang masuk rumah panggah. tapi takde ape pun. cuma ada tengkorak je.
aku gemok. tapi ehem. nanti je la cerita.

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Hanya bermodalkan RM1,000 sahaja semasa promosi Dealership <b>...</b>

Posted: 19 May 2012 04:52 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Stock EMAS – Harga Murah Di Pasaran. PERCUMA – Kos Penghantaran. PERCUMA – Website Marketing Percuma. PERCUMA – Kos Penghantaran 1kg Percuma – Silver. PERCUMA – 1 Buku Resit Pembayaran ...

KONSEP DROPSHIP: MODEL PERNIAGAAN GSR » Gold Silver <b>...</b>

Posted: 20 May 2012 12:25 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Dropshipping merupakan teknik pengurusan rantaian pembekal di mana penjual tidak menyimpan stok tetapi memindahkan pesanan pembeli produk kepada pembekal untuk tujuan pembungkusan dan penghantaran ...

ads