Malindo Air adalah servis penerbangan baru yang diasaskan oleh Lion Group. Nama diambil dari gabungan dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Malindo Air sudah mula beroperasi dengan memberi tawaran hebat penerbangan ke Kuching Sarawak bernilai RM 78 sehala.
Syarikat penerbangan ini menggunakan pesawat Boeing 737-800, 737-900ER, 787 Dreamliner dan ATR 72-600. Juruterbang Malindo Air semuanya berpengalaman kerana mereka adalah juruterbang dibawah Wings Flying School dari Lion Group. Untuk pengetahuan anda semua, Lion Group mempunyai servis penerbangan lain juga, seperti Batik Air, Lion Air, Lion Bizjet dan Lion Cargo. Mereka sememangnya berpengalaman dah bertahun-tahun lamanya. Jadi tidak perlu gusar untuk mencuba perkhidmatan Malindo Air.
Ini adalah kali pertama saya mencuba menaiki pesawat, pertama kali berjumpa kakak yang cun di kaunter, pertama kali saya melalui pemeriksaan imegresen, pertama kali ke Kuching dan semuanya pertama kali lah. Kerana bagi saya, tiap kali bercuti, saya akan menikmati sepuas-puasnya pengalaman yang tersedia untuk saya terokai. Alhamdulillah.
Saya lebih gemar menyertai FAM Trip kerana, ia lebih mudah bagi wanita seperti saya. Bukan saya tidak berminat join kumpulan backpackers semua tu, cuma saya tidak seberani mereka. Merantau merata tempat dan bahaya itu ada dimana sahaja. Jadi, sebaik mungkin saya cuba untuk enjoy pengalaman terindah yang ditaja oleh Malindo Air dan Sarawak Tourism Board. Terima kasih sangat-sangat!
Seawal jam 7 pagi 4 April 2013 saya sudah bersiap sedia untuk ke KLIA menggunakan KLIA Ekspress. Ini juga pengalaman baru bagi saya, menaiki KLIA Ekspress tanpa berhenti dimana-mana perhentian dan tiket sehala bernilai RM 35. Liputan WiFi juga disediakan dar YES 4G. Tetapi bila saya on wifi, coverage full but tidak boleh akses ke internet. Pelik betul. Nasib baik 28 minit sahaja ke KLIA, jika tiada WiFi pun tidak mengapa kerana permandangan dari luar keretapi sangat teruja. Waktu matahari baru nak naik, jalan jem dan keadaan sebenar kota raya dapat dilihat dari dalam keretapi KLIA Ekspress.
Oleh kerana ini pengalaman pertama kali menaiki pesawat, saya difahamkan bahawa 2 jam perlu awal berada di KLIA. 1 jam pertama untuk check in luggage dan ambil tiket penerbangan. 1 jam lagi untuk masuk ke ruang menunggu.
1 jam pertama pada jam 9.30 pagi saya check in dan ia tidak ambil masa yang lama untuk menunggu. Mungkin sebab Malindo Air ni baru, maka tiada penumpang yang beratur panjang. Errr.. Mungkin juga servis di kaunter mereka pantas kot. Selepas selesai check in, saya dan rakan blogger serta media berkumpul di Mc Donald's KLIA sambil menikmati Mc Cafe'.
1 jam seterusnya sekitar jam 10.30 pagi kami masuk, ini juga pengalaman kali pertama saya melalui pemeriksaan imegresen. Kad Pengenalan kena sentiasa ada dalam poket kerana waktu begini lah kad pengenalan salah tempat letak walaupun di dalam wallet. Mungkin kerana gemuruh kot. Hehehehe.
So di KLIA hanya dua kali sahaja perlu mengeluarkan Kad Pengenalan. Saya memang tiada bag passport, jadi kelam kabut sedikit. Itu baru KL ke Kuching. Nanti dari Kuching ke KL macam mana pula. Huhuhu. Jom terbang ke Kuching bersama Malndo Air! Sambil terbang tu, saya buat "flight inspection".
Malindo Air – Pesawat yang kami naik.
Tempat Duduk Business Class
Ruang tempat duduk 3 kiri dan 3 kanan.
Nota Keselamatan untuk bacaan.
Sesi penerangan keselamatan oleh anak kapal atau lebih mesra dengan panggilan Pramugari.
Hidangan Ringkas Sandwich Tuna dan Mineral Water. Walaupun 1 jam lebih perjalanan, sandwich dan mineral water dah lengkap sangat.
Perrmandangan cantik di awan. Subhanallah.
Malindo Air dengan rasminya mendarat di Kuching Sarawak dengan muatan 80% terdiri dari 50 media yang berlepas dari Terminal KLIA sekitar 11.25 pagi. Selamat juga kami tiba di Kuching Sarawak. Alhamdulillah. Sewaktu ketibaan kami semua di Kuching International Airport kami telah disambut dengan tradisi orang Sarawak iaitu memakai kalung di leher. Selain itu pihak Malindo Air dan Sarawak Tourism Board telah mengadakan sidang media bersama YB Datuk Amar Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Kementerian Perumahan dan Menteri Perlancongan Sarawak, YBhg Dato' Rashid Khan, Chief Executive Officer dari Sarawak Tourism Board, YBhg Tan Sri Dato' Ahmad Johan, President NADI, Mr Chandran Rama Murthy, Malindo Air CEO.
Mr Chandran Rama Murthy, Malindo Air CEO juga turur memberi Momento Malindo Air kepada YB Datuk Amar Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Kementerian Perumahan dan Menteri Perlancongan Sarawak
Itu adalah pengalaman sewaktu pergi ke Kuching Sarawak. Pengalaman pulang ke KL juga ada. Berbeza dan membuatkan saya lebih rapi untuk menyediakan dokumen yang diperlukan. Hehehe.
Check in sewaktu di KIA (Kuching International Airport). Terlebih muatan sudah. Hahahaaha. Dengan Ikan Terubuk Masin, Udang Galah, Kek Lapis dan Souvenir. Tawaran dari Malindo 15kg percuma tau. Total luggage saya sekitar 14.5. Hahahaha! Pandai tak saya budget.
Pengalaman saya di KIA pula berlainan, kerana banyak check point perlu saya lalui dan kad pengenalan jangan lah simpan ke dalam wallet lagi. Di KIA, masukkan bagasi yang ingin di simpan di dalam cargo di dalam mesin pengimbas. Untuk mendapatkan sticker. Kemudian, pergi check in di Malindo Air kaunter dan beri luggage, Ikan Terubuk, Udang Galah kepada kakak di kaunter. Selepas itu boleh la pergi makan KFC di KIA. Hahahaha.
Sekitar jam 5.30 petang kami masuk ke dalam untuk pemeriksaan imegresen. Segala apa benda semua masuk dalam mesin tu ya. Kamera DSLR, kunci dan semua lah masuk sekali. Kemudian beri kad pengenalan dan tiket kepada pegawai imegresen. Kalau tiada apa-apa masalah boleh terus masuk. Kemudian sebelum masuk ke dalam, anda akan lalui satu lagi kaunter. Kaunter itu akan ambil resit imegresen yang anda dapat masa tiba di KIA pada 4 April lalu. So resit tu dah bercampur dengan resit beli barang di Kuching. Adeh.. Menggagau cari. Dalam 10 minit lepas tu baru saya jumpa. Nak menangis pun ada. Hahahaaha. So bagi tiket flight, Kad Pengenalan dan Slip tersebut. Alhamdulillah selesai.
Jadi keseluruhan perlu ada kad pengenalan adalah 3 kali! Wajib saya beli passport wallet. Takmo nerves macam ni lagi. Hahahaha.
Group photo bersama Malindo Air team, para media dan blogger. Yang tidak masuk dalam gambar ini adalah video man dan photographer yang ambil gambar ini.
Bergambar bersama Malindo Air team yang menjaga saya dan rakan-rakan yang lain. Dari kiri Rabiatul, Anis, Eli dan Irine.
Keluasan tempat duduk 32 inch yang selesa dan menggunakan "leather set" agar penumpang selesa sepanjang penerbangan.
Pramugari yang manis. Lihat uniform mereka iaitu Kebaya. Kebaya sering di pakai oleh orang Malaysia dan Indonesia. Maka, Malindo Air memang pandai menjadikan Kebaya sebagai uniform. Semasa di KLIA pada 4 April 2013, saya ada terserempak dengan pramugari Malindo Air. 4 orang pramugari berjalan membawa bagasi mereka. Rupanya Kebaya ini tidaklah biasa-biasa sahaja. Tetapi di bahagian kain bawah adalah potongan lipat tiga (lebih kurang cam berkipas.. err betul ke??) yang diletakkan dibahagian hadapan dan berbelah. So, bila mereka jalan, nampak le betis sikit. Mereka pun bukan jalan laju-laju sampai nampak peha terus. Hehehe. Alahai saya tiada pula gambar dan video itu. Mesti anda tidak faham apa yang saya ceritakan ni. Hahahahaha!
Ini adalah ruang tandas untuk anda baca surat khabar ke. Hahahaha.
Seperti biasa, sesi penerangan keselamatan.
Permandangan dari atas yang patut anda lihat sejurus bertolak dari KIA dan setibanya di KLIA.
Jumpa lagi Kuching. Lepas ni nak ke Kuching bersama suami pula.
Kuala Lumpur. Kota Raya kuuuuuuu.. banyaknya lampuuuu..
Selain dari anda tengok pramugari kan, hiburan lain juga ada. Nak menonton filem? nak menonton drama? nak dengar lagu? nak main game? nak membaca informasi berkenaan Malindo Air? Semuanya ada di hadapan anda. Skrin sesentuh ini memberi apa sahaja hiburan bagi mengurangkan rasa bosan anda. Dengan syarat, sila bawa earphone anda. Jika tidak bawa earphone, sila beli RM 5 dekat pramugari yeee…
Hidangan ringan seperti biasa, sandwich dan mineral water. Masa pergi ke KIA 4 April 2013, saya makan Sandwich Tuna. Pulang ke KLIA saya makan Sandwich Ayam. Makan sandwich sambil tengok drama "How I Met Your Mother". Lawak cerita ni.
Tips penerbangan, sila ikut arahan di dalam pesawat tanpa gagal. Telefon Pintar anda sila tukar ke Airplane Mode! Lepas tu cari earphone untuk dengar MP3. Selepas pesawat di paras yang sesuai, baru la tonton filem.
Jadi setelah mengalami pengalaman pertama kali menaiki pesawat. Apa perlu saya tambah baik? Apa yang saya perasan, saya perlu ada passport bag. Dalam itu saya boleh simpan wang sikit-sikit, ada kad pengenalan, passport dan sekali simpan telefon pintar dan earphone.
Untuk luggage pula saya perlu beli luggage tag dan luggage wrap. Sebab mudah nak kesan mana satu luggage saya. Ramai yang menggunakan luggage warna hitam. Huhuhuhu. Ermm.. Tetapi sewaktu menunggu di KLIA, saya ada beli karipap dan setelah habis makan karipap kan.. Plastiknya saya ikat di luggage. Hehehehe. Pandai tak?
Selamat menaiki pesawat Malindo Air! Kongsikan pengalaman anda di ruang komen.
www.malindoair.com
www.facebook.com/malindoairmalaysia
twitter.com/malindo_air
instagram.com/malindoair
#MalindoAir
xoxo!