Jumaat, 23 September 2011

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Bangunan Pasar Tamu <b>Limbang</b> Perlu Perubahan | <b>Di</b> Halaman <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2011 09:08 PM PDT

DAHULU, masa aku mula-mula datang ke Limbang, bangunan Pasar Tamu tempat yang begitu meriah dan sibuk dikunjungi oleh orang ramai terutamanya pada hari Khamis dan Jumaat. Begitu sibuk sekali. Orang luar dari Limbangpun datang juga terutamanya dari negara Brunei Darulsalam. Ketika itu, kedai-kedai yang ada di bangunan Pasar Tamu penuh dengan penjaja, aku rasa memang tiada kedai yang kosong, semua gerai-gerai di sebelah atas bangunan Pasar Tamu disewakan kepada peniaga.

Kalau hari biasapun, ia akan dikunjungi oleh penjawat awam dan orang ramai yang datang untuk menikmati juadah makanan yang dijual oleh gerai-gerai makan di bangunan Pasar Tamu pada sebelah pagi, tengahari dan sebelah petang.

Sekarang bangunan Pasar Tamu yang aku lihat semakin sunyi dan lenggang, cuma gerai-gerai basah yang dibawah sahaja yang masih dapat bertahan dengan kunjungan orang ramai Itupun gerai-gerai jualan barang kering semakin banyak yang sudah ditutup.

Kalau dahulu, itulah mercu tanda bagi Limbang, kerana di situlah pusat untuk mendapatkan barang-barang yang diperlukan serta tempat menjamu selera dan kunjungan bagi orang Limbang dan orang luar yang datang ke Limbang..

Kelenggangan serta kesunyian yang dihadapi oleh bangunan Pasar Tamu berkemungkinan restoran-restoran makanan yang semakin banyak dibuka dan faktor pemindahan tamu Limbang ke tempat lain juga penyebabnya. Hanya beberapa gerai sahaja yang masih bertahan dan gerai yang lain kosong tanpa penjaja. Pihak yang berkuasa terutamanya Majlis Daerah Limbang perlu membuat kajian balik atas apa yang berlaku dan cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Jika nak dilihat penyebabnya, mungkin faktor persaingan dengan restoran yang ada, terdirinya Limbang Plaza juga penyebab ia berlaku, pemindahan pasar tamu juga faktor berkait kepada masalah ini, mungkin juga penjaja-penjaja yang dah berusia atau yang dah meninggal dunia dan warisnya tak berminat untuk menyambung urusan bisnes tersebut menyebabkan ia berlaku juga. Tempat parkir yang kurang juga menyebabkan ramai orang malas nak singgah di bangunan Pasar Tamu yang kebanyakan dimonopoli oleh kenderaan penjaja-penjaja.

Mungkin permasalahan-permasalahan yang ada boleh diselesaikan jika ada keinginan untuk menghidupkan balik Pasar Tamu Limbang ini, itupun Pasar Tamu Limbang yang moden dan pelbagai aktiviti jualan. Dan perlu perancangan yang teratur dan kerjasama daripada pelbagai pihak yang berkaitan bagaimana perubahan yang berkualiti dapat direalisasikan untuk kebaikan semua dan juga orang-orang luar yang datang bertandang ke Limbang.

Bangunan Pasar Tamu yang ada perlu perubahan secara drastik dan gerai-gerai yang sediada di bangunan tersebut perlu diubah aktivitinya seperti gerai pakaian, gerai cenderahati, produk tempatan dan dikekalkan gerai makan di situ. Mungkin disitulah tarikan akan datang nanti. Biasanya, orang luar yang datang ke Limbang akan bertanya, mana tempat yang menarik di sini, secara langsung Pasar Tamulah destinasinya sebab di situlah terjual pelbagai produk tempatan boleh didapati dan diperolehi dengan mudah. Yang ada sekarang di Pasar Tamu memang ada, tetapi tak tersusun dan perancangan yang tidak teratur. Sebab, orang luar tak tahu di situ ada dijual apa? Produk tempatan, kuih tempatan dan pelbagai lagi tidak diketahui oleh orang yang datang ke Limbang.

Seperti aku, kalau nak ke bangunan Pasar Tamu mungkin aku nak beli ikan, sayur dan bahan keperluan dapur sahaja dan yang datang ke situpun mungkin untuk menaiki perahu tambang untuk ke seberang. Jadi, seolah-olah Pasar Tamu di  Limbang bagaikan tiada berfungsi untuk mengenengahkan produk-produk Limbang yang ada serta memberi peluang perniagaan kepada penduduk bumipuetra khususnya.

Jadi, apabila ada perancangan yang teratur untuk gerai-gerai di bangunan Pasar Tamu dari segi aktiviti, pengendalian serta jualan, Insyaallah aktiviti di situ akan berkembang balik jika ada kerjasama yang betul antara pihak berkuasa dan penjaja-penjaja. Pengurusan parkir perlu disusun balik dan pembahagian gerai-gerai mengikut aktiviti perlu dibuat agar tidak berlaku aktiviti yang sama yang boleh mebosankan pembeli-pembeli yang datang bertandang ke situ. Sekurang-kurangnya ada juga tempat yang menjadi tumpuan dan tempat persinggahan para pelancong ataupun orang luar untuk datang ke Limbang.

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


Unimas, universiti dan pembangunan negara. « yangsayanampak

Posted: 19 Sep 2011 02:57 AM PDT

Agak lama juga sudah tidak masuk ke kampus tetap Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang terletak di Kota Samarahan, sebuah kawasan yang kini pesat membangun berikutan penubuhan universiti berkenaan pada Disember 1992.

Dahulu, sehingga awal tahun 2000, Unimas cuma beroperasi di kampus sementara yang dibina banyak menggunakan bahan binaan kayu, umpama pusat peranginan. Pada ketika itu tidak susah untuk mencari kedudukan sesebuah bangunan atau tempat. Kampus sementara itu kecil sahaja saiznya.

Kini pemandangan indah kampus tetap Unimas seolah-olah menggamit perasaan ingin melanjutkan pelajaran. Jarak antara satu fakulti dan kolej kediaman agak jauh. Tetapi kampus tetap yang memiliki bangunan dan kemudahan serba baru itu menjanjikan kenikmatan untuk menelaah pelajaran.

Pemandangan udara kampus tetap Unimas di Kota Samarahan

Perkembangan Unimas bukan dirasai oleh para pelajarnya sahaja, malahan ia boleh dilihat dari perspektif pembinaan kawasan-kawasan perumahan dan komersial yang semakin banyak di sekitarnya.

Memang wajar jika Kota Samarahan digelar sebagai Kota Ilmu. Ia juga menempatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sarawak dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Samarahan.

Kelahiran UNIMAS adalah hasil perjuangan pemimpin dan cendekiawan tempatan yang mahu melihat sejarah pendidikan negeri ini tercatat dengan kewujudan sebuah universiti.

Pelaburan yang menelan belanja tinggi oleh kerajaan dalam pendidikan tinggi wajar dimanfaatkan oleh belia negara. Peluang diberi untuk menimba ilmu pengetahuan berguna bagi membantu negara bergerak maju jangan dipersiakan.

Memandangkan perbelanjaan yang begitu besar yang diperuntukkan kepada pendidikan tinggi, soal yang sering ditimbulkan ialah kenapakah kerajaan sanggup membelanjakan wang yang begitu banyak yang memberi manfaat secara langsung hanya kepada sebilangan yang kecil sahaja daripada rakyat negara ini? Apakah penting Kerajaan membelanjakan begitu besar, khususnya bagi pendidikan tinggi mereka ini?

Untuk mencapai objektif-objektif pembangunan negara universiti wajar bekerjasama dengan kerajaan dan kerajaan perlu bersedia menerima sebarang 'idea' dan hasil penyelidikan yang dapat membawa keuntungan kepada negara dan rakyat.

Yang penting ialah ahli-ahli akademik perlu lebih peka kepada isu-isu pembangunan, isu-isi yang relevan dengan keadaan sosial, ekonomi dan politik negara.

Kita tidak wajar bermegah dengan kewujudan universiti yang memiliki kampus berharga jutaan ringgit. Universiti tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat dan ekonomi. Sebaliknya universiti mesti mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat dan industri. Universiti harus terlibat dalam proses pembangunan. Ia harus mendekati industri.

Sebagai contoh yang dilakukan sekarang ialah Unimas dan beberapa institusi pengajian tinggi lain berperanan menjadi pusat melahirkan tenaga kerja berkemahiran untuk kegunaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Tetapi ia tidak memadai setakat dengan SCORE. Universiti wajar menjadi penggerak aktiviti industri kerana fungsinya bukan semata-mata melahirkan pekerja sektor awam.

Sehubungan ini, universiti hendaklah memberi tumpuan kepada usaha-usaha mendekatkan dirinya dengan industri. Para akademik harus menukar sikap supaya berusahasama dengan industri. Ini mungkin memerlukan penukaran norma-norma lazim mengenai hubungan universiti-industri.

Universiti tidak seharusnya menanti agar industri datang kepadanya, tetapi sebaliknya, universiti patut menjadi lebih agresif memasarkan perkhidmatannya kepada industri melalui perancangan dan pemasaran strategik.

Malah bukan sahaja mencari pasaran dengan industri tetapi juga dengan masyarakat dan kerajaan. Universiti harus ke depan menyampaikan pandangan dan hasil kajian kepada kerajaan.

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


uLan - BUAYA MENGGANAS <b>DI SARATOK SARAWAK</b> - uLan

Posted: 18 Jul 2011 11:54 PM PDT

Number of view2950

MyMetro

SARATOK: Lebih 2,000 penghuni empat rumah panjang dan dua perkampungan di sepanjang Sungai Seblak, Kabong di sini, diarah menjalani perintah berkurung selama lima hari selepas pihak berkuasa membabitkan polis dan tentera menggerakkan operasi besar-besaran bermula semalam bagi memburu buaya ganas di sungai itu.

Arahan pihak berkuasa itu membabitkan penduduk Iban dan Melayu di kawasan berkenaan yang diminta menghentikan semua aktiviti di sungai bermula jam 4 petang sehingga 12 tengah malam sehingga Jumaat ini.Arahan itu bagi melicinkan operasi menangkap kira-kira 60 buaya ganas setiap satu berukuran 2.5 meter dan dikenal pasti mengancam keselamatan penduduk kawasan itu.

Ketua Penyelaras Operasi merangkap Pegawai Tadbir Kanan Pejabat Daerah Kabong, Nazari Bujang berkata, larangan turun ke sungai itu bertujuan memastikan keselamatan penduduk terjamin ketika operasi dijalankan.Menurutnya, arahan perintah berkurung itu dibuat kerana pihaknya bimbang kemungkinan penduduk terkena peluru sesat kerana anggota yang terbabit dalam operasi berkenaan akan melepaskan tembakan jika terserempak buaya dikenal pasti mampu mengancam nyawa.

"Memang kita akui sungai menjadi nadi utama kehidupan harian penduduk di kawasan itu, tetapi kami berharap sepanjang tempoh operasi, mereka mematuhi arahan supaya menghentikan sementara aktiviti di sungai."Jika penduduk mahu keluar ke pekan, mereka boleh menggunakan jalan darat dari Kampung Emplam," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Operasi yang dijalankan kira-kira jam 8 pagi itu membabitkan 30 anggota Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), polis, tentera, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Ikatan Relawan Rakyat (Rela).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Hot Keywords:

ads