Jumaat, 3 Jun 2011

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Rintihan Rakyat Sabah dan <b>Sarawak</b>: PAS ditawar lima jawatan MB <b>...</b>

Posted: 01 Jun 2011 04:57 AM PDT

Penasihat DAP, Lim Kit siang memuji komitmen tinggi Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang kekal bersama perjuangan Pakatan Rakyat walaupun menerima pelbagai habuan dari Umno termasuk jawatan menteri.

"UMNO tidak sepatutnya mencadangkan kepada PAS untuk membentuk 'kerajaan perpaduan'. Jika ada cadangan ia sepatutnya melibatkan Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya berkomplot untuk memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat.

"Kami turut mendengar PAS ditawarkan jawatan Menteri Besar di lima negeri. "Tetapi apa yang jelas, PAS konsisten bersama Pakatan Rakyat," kata Kit Siang di Bau, Sarawak pada 31 Mei lalu.

Mengulas lanjut, Kit siang menegaskan partinya bersama KEADILAN dan PAS komited bagi memastikan ketiga-tiga gabungan itu berjaya membentuk kerajaan baru pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Lim mengulas tindakan terdesak Umno yang tidak habis-habis memujuk PAS untuk bersamanya atas nama 'Kerajaan Perpaduan'.

"Kami tidak akan membenarkan mereka (Umno BN) memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

"Kami akan terus menjadi sebuah unit untuk menentang BN dalam pilihan raya yang akan datang.

"Ini adalah pendirian DAP, KEADILAN dan PAS dan kami mahu Pakatan Rakyat sebagai kerajaan (persekutuan) menjadi kenyataan," tegasnya yang juga Ketua DAP di Parlimen.

Ajakan Umno itu timbul semula selepas Mursyidul Am PAs yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkannya ketika bertemu anak-anak Kelantan di Dengkil, Selangor pada 31 Mei lalu.

Nik Aziz dilaporkan berkata, baru-baru ini beliau didatangi wakil Umno berpangkat 'Datuk' dan merupakan 'pesara kerajaan' yang menawarkan PAS tiga jawatan menteri jika bersetuju bersama Umno membentu 'Kerajaan Perpaduan'.

Bagaimanapun, Nik Aziz menolaknya dan menyatakan komitmennya bersama Pakatan Rakyat.

Difahamkan, pujukan Umno itu adalah kali kelima terhadap Nik Aziz yang sejak menerajui Kelantan difitnah dan diaibkan dengan pelbagai gelaran dari Umno dan kuncu-kuncunya.

Umno juga membiarkan blogger upahannya memburukan Nik Aziz termasuk memprojeksikan gambar Nik Aziz dalam keadaan lucah melalui super impose.

Laporan polis yang dibuat mengenainya didiamkan Umno BN sehingga kini.

Peliknya, dalam keadaan Nik Aziz difitnah sedemikian rupa, di sisi lain pula, Umno memujuknya kononnya atas nama perpaduan.

Sesuatu yang pasti, Umno tidak pernah ikhlas setiap kali mengajak Umno walau atas apa nama sekalipun kerana pujukan 'bersatu' hanya datang setiap kali Umno terdesak atau kalah dalam pilihanraya.

Ini terbukti apabila selepas tragedi 13 Mei, PAS bersetuju bersama Umno dalam BN. Namun, selepas Umno kuat, PAS ditendangnya sekaligus merampas Kelantan.

Begitu juga pada PRU lalu apabila Umno BN hilang 2/3 di Parlimen dan tumbang di lima negeri, mereka memujuk lagi PAS termasuk menawarkan jawatan Menteri Besar dan Exco kepada parti Islam itu di Perak, Kedah dan Selangor.

Namun, PAS konsisten bersama Pakatan Rakyat sekaligus menolak ke semua jawatan dan habuan menteri itu.

Secara logiknya, PAS rugi jika bersama Pakatan Rakyat, kerana di Selangor, mereka hanya dapat Exco dan bukan Menteri Besar manakala di Perak mereka hanya dapat seorang Exco semasa negeri itu diterajui Pakatan Rakyat.\

Namun PAS sejak dulu adalah parti yang konsisten bersama mana-mana gabungan pembangkang dan tidak pernah meninggalkan gabungan termasuklah dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada dan Barisan Alternatif (BA) pada 1999.

Dalam APU, PAS ditinggalkan Parti Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razalegih Hamzah dan DAP keluar BA akibat fitnah Utusan dan media Umno BN yang memecahkan kesatuan itu.

Kini, selepas 8 Mac 2008, media pencacai umno BN melakukan taktik sama dan semakin cuba memecahkan Pakatan, semakin itu jugalah kesatuan ini kekal mantap muafakat.

DAP juga selepas cemerlang pada pilihanraya Sarawak turut diajak bersama BN tetapi ditolak melalui kenyataan rasmi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Manakala serangan sama dilakukan Datuk Seri Najib Razak ialah cubaan mengharamkan KEADILAN dengan kerjasama pendaftar Pertubuhan yang kesnya disebut pada 8 Jun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


sepit biru: CUTI 10 HARI <b>DI LAWAS</b>....4/2011

Posted: 15 May 2011 06:55 AM PDT

LAWAS OH LAWAS......TUNGGU AKU DATANG LAGI.


Banyak perkembangan di Lawas sekarang.

Paling menarik ditepi sungai sudah ada Hotel Seri Malaysia siap dibina awal tahun 2011 dan telah dirasmikan oleh PM pada bulan april lalu. Membuatkan Lawas lebih ceria, Hotel ini dibina ditebing Sg Lawas membuatkannya amat menarik, cuma hargannya bersesuaian untuk klas menengah. Orang kampung pandang dan lihat sahaja. Pembangunan agak ketara berbanding yang dahulu banyak kawasan perumahan baru, mesjid, stadium yang cantik, jambantan merintasi Sg Trusan juga sudah siap dan boleh digunakan. Tahniah YB Awg Tengah yg memenagi DUN Bukit Sari.
Dalam kesempatan bercuti yang tidak dirancang itu, saya berkesempatan untuk menduga Sg Lawas yang terkenal dengan udang galahnya. Udang galah ini tabiatnya agak aneh. Sepanjang pengalaman saya memancing disini, kalau hujan turun dan membawa air lumpur dari daratan baik trip memancing itu ditangguhkan dulu......samada dia tak nak makan atau dia tak nampak umpan.......tak tahulah. Tunggu ditebing atau berperahu pun sama jawapannya habis bekalan balik masak meggi mee. Yang menghairankan ikan pun tak sudi........baung pun tak nak mencagut umpan. Habis pot-pot lama di rayau jawapannya meggi juga. Pernah sebelum ini saya berkesempatan memancing wak tu musim kemarau...air masin sampai di Pekan Lawas.......hasilnya juga sama.
Nak tunggu air sungai itu agak jernih sikit memakan masa 2 hari. 10 hari bercuti 7 hari habis disungai, cuma 1 hari sahaja yang menjadi lain-lain hampeh.

Tapi bagi mat gian macam saya semua tak kesah sangat....... masa bercuti harus dipenuhi apatah lagi jarang-jarang dapat peluang macam ni. Set pancing tak bawa.........beli baru 2 set (set pancing udang murahan ). Tapi agak berbaloi dengan pulangannya.
Masalah timbul udang yang dipancing nak dibawa balik ke Kuala Lumpur. Nak tahu bagaimana caranya nanti saya sambung.......

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri <b>di</b> Limbang,<b>Sarawak</b> ~ Pusat <b>...</b>

Posted: 25 May 2011 06:09 PM PDT

Perayaan Hari Guru peringkat negeri Sarawak kali ini telah di adakan di Limbang Sarawak, 23-25hb May 2011 di mana sambutan kali ini bertemakan "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" .Sambutan kali ini agak berbeza dan memberansangkan kerana selama 3 hari sambutan hari guru di venue yang berlainan telah mendapat sambutan daripada pelbagai pihak.

Gambar di sebelah adalah gambar Y.B Datin Hajah Fatimah Abdullah yang sedang melakukan perasmian gimik pelancaran Hari guru dan turut diiringi oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak, En. Abdillah b. Adam(di sebelah Kanan).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


Blog Lenny Erwan: CATATAN <b>DI MUKAH</b> (PART 1)

Posted: 05 May 2011 07:30 AM PDT

MINGGU lepas (28 April - 1 Mei) saya dan rakan pensyarah dari Pusat Kebudayaan UM (kak Dot) berada di Mukah, Sarawak untuk penyelidikan Pesta Kaul. Idea projek ini ditimbulkan kak Dot selepas dia menerima undangan menghadiri pesta berkenaan dan dengan perbincangan tak sampai dua minggu, kami bersetuju untuk menghadirinya.

Maka pada 28 April 2011, mendaratlah dua wanita ini di lapangan terbang Sibu.

Untung sekali sebab saya ada sahabat di Sibu, kawan sekelas waktu sekolah menengah di Sabah yang sudi menjemput kami di lapangan terbang dan menghantar kami ke stesen bas Sibu. Kami meneruskan perjalanan ke Mukah menaiki bas selama 3 jam dan di sana kami dijemput pula oleh Pakcik Idris, ayah kepada seorang pelajar UM yang sudi menumpangkan kami di rumahnya sepanjang penyelidikan berlangsung. Alkisahnya semua hotel yang ada di Mukah sudah penuh kerana Pesta Kaul termasuk dalam kalendar aktiviti Sarawak. Jadinya sebarang perancangan minit terakhir memang akan menghadapi masalah tempat tinggal kerana orang lain tempah hotel sejak Januari lagi.

Maka, tercampaklah dua wanita ini di rumah pakcik Idris dan makcik Zaleha di Kampung Tetus Hilir, Mukah.

Pada hari kami tiba, walaupun sangat letih dengan perjalanan sejak seawal jam 4 pagi, tetapi kami gagahkan juga semangat keluar ke bandar Mukah malam berkenaan kerana masa berada di sana hanya 4 hari. Tak sanggup rasanya membuang masa untuk berehat walau seminit pun. Lebih kurang jam 6 petang, kami dihantar oleh pakcik Idris dan anaknya Irah menaiki motosikal ke bandar Mukah. Aktiviti pertama kami adalah berjalan di pasar malam Mukah di tebing sungai. Kami dihubungkan dengan seorang sahabat bernama Pengiran Saifudzin, yang mahu membawa kami ke tapak Pesta Kaul pada malam itu. Tetapi oleh kerana kami juga menghubunginya last minute, maka dia pun hanya free sekitar jam 11 malam. Segan nak mencuri masanya, saya dan kak Dot ambil keputusan untuk berjalan sendiri mencari tapak Pesta Kaul di tepi pantai. Kami bertanya pada penjual di Pasar Mukah, di mana lokasi pesta. Seorang peniaga cakap "dekat saja. Ikut signboard".

Maka berjalanlah dua wanita ini mengharung gelap malam mencari tapak pesta.

Berbekalkan lampu suluh yang kak Dot baru beli di pasar malam, kami pun jalan ikut signboard. Waktu itu sudah jam 8 malam dan keadaan jalan makin gelap. Sabah dan Sarawak sama, jam 6 sudah gelap. Jadi kalau jam 6.30 sudah gelap seperti jam 8 di Semenanjung, jadi bayangkanlah jam 8 itu gelapnya macamana. Lampu suluh menyelamatkan kami daripada dilanggar kereta hahaha... Sampai satu simpang, kami masuk ke kanan ikut signboard. Saya pegang lampu suluh dan asyik suluh jalan raya. Ada sekali lampu suluh terangkat dan tiba-tiba saya tersuluh .... BATU NISAN. Warghhh ... saya terjerit.. "kak Dot, kuburrr!!!!" Kak Dot diam saja, saya pun agak tergamam sebab tanpa kami sedar rupanya kami sudah memasuki jalan antara jirat Cina dan apabila saya suluh sekeliling... mak oiiii ... beratus kot kubur di keliling kami. Hahhhhh .... warghhhh....

Maka berjalanlah dua wanita ni merentas kuburan ... wakkakakakkk....

Kuburan, jambatan merentas sungai - dalam keadaan biasa jambatan tidaklah menakutkan tapi orang di sana percaya setiap sungai ada penunggunya. Jadi kami ni macam sangat beranilah sebab merentas tiga jambatan. Belum kira orang mabuk berhenti tanya "mana Bank Islam?" hahahaha .... Jalan punya jalan punya jalan ..yang peniaga di Pasar Mukah tadi cakap "sekejap saja" .. mau jugalah 40 minit baru kami sampai di tapak pesta. Wahhhh ... badan berlengas jangan ceritalah.... Malam tu belum ada aktiviti, hanya kami berkesempatan menyaksikan latihan persembahan untuk perasmian pesta itu. Kami juga melawat gerai-gerai komuniti yang dibuka khusus untuk menjual kraftangan dan makanan tradisi penduduk Mukah - termasuk juga barang-barang lain yang biasa saya nampak di downtown atau uptown di KL :).

Lebih kurang jam 11 malam sahabat baru kami yang dipanggil Pengiran itu sampai di situ dan membawa kami pulang. Saya fikir dia terkejut juga mendapat tau kami berjalan kaki dari Pasar Mukah ke tepi pantai. Tapi saya pula fikir kalau sesekali travel ke tempat orang, berjalan kaki adalah cara yang bagus untuk mengenal tempat baru. Jadi malam itu kami lepak dulu di restoran G-Fu berhampiran UiTM cawangan Mukah, bersembang sampai lebih kurang jam 1.30 dan disertai dengan seorang lagi kawan baru iaitu Mejar (B) American Wayne. Hehehe ... namanya unik kan, tapi dia orang Melanau dari Mukah. Sangat kelakar dan banyak cerita.

Tuan rumah tempat kami menumpang sangat baik hati. Mereka faham bahawa tuntutan kerja kami memerlukan kami pulang tidak menentu masa, jadi satu salinan kunci diberikan pada kami.

Jadi malam itu kami pulang hampir jam 2 dan terjingkit-jingkitlah kami macam dua anak dara pulang lewat malam hehehe...

Esok pagi kami bangun lewat dan bangun-bangun dijamu dengan sarapan sampai kami naik segan. Dapat jugalah mencuri masa bersembang dengan keluarga kami yang baru itu. Lebih kurang jam 10, Pengiran mengambil kami dan membawa kami ke perpustakaan UiTM Mukah. Kami duduk sehingga jam 3 petang, melihat bahan-bahan rujukan bagi memberikan gambaran awal mengenai penduduk Melanau dan Pesta Kaul itu sendiri. Jadi sedikit sebanyak saya memahami serba sedikit budaya dan objektif Kaul sendiri. Malam sebelumnya juga, melalui informasi Mejar American itu, saya dengan mudah memahami konsep ritual bangsa Melanau menerusi Kaul.


Selesai dari perpustakaan kami dibawa ke tebing sungai bandar Mukah, di gerai makanan. Menunggu di situ adalah rakan-rakan dari JKKN Sarawak dan tambah memeriahkan keadaan apabila Sham Razak pun ada. Sham kawan sekuliah saya di ASK dulu yang kini sudah jadi pegawai kebudayaan JKKN. Meriahlah berjumpa dengan dia. Habis semua cerita keluar. Juga terjumpa dengan anak angkat kepada ayah saya yang pernah saya temui di KL dulu.

Sebelah petangnya kami dihantar Pengiran ke tapak pesta dan kami meneroka seluruh lokasi dan meninjau gerai komuniti setiap satunya. Hari ini lebih bersemangat sebab kami tak letih seperti semalam. Ada satu gerai tu dibuka khusus atas nama Kelab Peminat P.Ramlee, jadi setiap masa berkumandanglah lagu-lagu P.Ramlee dinyanyikan oleh setiap pengunjung. Ada juga hati nak nyanyi sama, tapi orang bersusun tunggu giliran. So lupakan sajalah heheh ..

Kami menunggu acara malam iaitu persembahan kebudayaan. Jadi antara jam 5 hingga 8 kami tak tahu nak pergi mana. Mula-mula kami masuk ke tandas membersihkan diri, lepas tu kami lepak di dalamnya sebab ada kerusi disediakan. Kami bincang nak buat apa. Kami keluar dan berjalan lagi, rasanya masuk hari kedua tu kami dah lawat setiap gerai tu berpuluh kali sampai penjaga gerai pun ingat kami, malah kami dah hafal kedudukan gerai dan apa jualan mereka heheheh ...

Lebih kurang jam 6 saya dan kak Dot ambil keputusan duduk di tepi pantai, bersila di depan laut, menunggu senja bertukar malam sambil buka lap top dan online di hadapan laut terbentang di bawah langit luas. Kami melihat langit merah kuning bertukar gelap di hadapan mata. Sungguh indah sekali, menerbitkan satu perasaan yang sangat lama tidak saya rasakan sejak duduk di kota metro. Sehinggakan saya tertulis satu puisi dengan tak sengaja. :)

Jam 8 kami beredar ke pentas utama untuk persembahan malam kebudayaan. Lengang. Hairan juga. Tapi saya cakap pada kak Dot, mungkin lambat mula. Tunggu lagi, 8.30 tak ada juga. Jam 9 pun tak ada. Dalam menunggu tu sempatlah kak Dot tidur bawah khemah antara kerusi-kerusi plastik tu. Lepas tu ada orang naik pentas, saya cakap "oo, ini agaknya baru nak pasang teknikal". Tapi rupanya orang tu pengunjung yang ambik gambar. Lepas tu ada orang datang siram bunga. Kak Dot kata, "aik, malam-malam pun siram pokok bunga". Tunggu punya tunggu, tak ada persembahan malam itu. Kemudian ada rombongan JKKN Sarawak sampai, baru kami tau persembahan malam itu dipindahkan ke Dataran Pehin, disekalikan dengan keraian BN menang di Mukah dalam satu konsert melibatkan artis popular.

Jadi baliklah kami dua wanita ini pada malam itu dengan kesumpahan keseranahan sebab info yang tidak tepat serta tidak dikemaskini. Kami lepak lagi di restoran G-Fu bersama Pengiran dan kali ini disertai encik Ismail Hamdan, timbalan pengarah JKKN Sarawak. Malam itu kak Dot minta telur separuh masak dua biji. Orang kedai agak keberatan sebab ramai sangat orang takut kak Dot tak dapat tunggu. Saya pelik dengan jawapan itu lalu tanya dia balik "kalau dia dapat tunggu macamana?" Lepas tu dia mengangguk dan ambil order. Tapi memanglah hampir satu jam baru telur separuh masak tu sampai. Agaknya ayam lambat bertelur. Dan joke kami pada malam itu ialah, nasib baik minta telur separuh masak. Kalau minta telur sepenuh masak macamana? Malam esok agaknya baru sampai.

Jadi sekali lagi dua "anak dara wannabe" ni balik terjingkit-jingkit dalam jam 2 pagi.

Esoknya, seawal pagi kami dah bertolak ke tapak pesta untuk upacara perasmian. Tapi ada special request yang walaupun agak mengada-ngada tapi diturutkan juga oleh Pakcik Idris. Kerana bosan naik kereta dan berjalan kaki, kami meminta dia hantar kami ke tapak pesta naik bot hahahahhaha...... Walaupun Pengiran bersedia nak ambil kami seawal pagi, tapi kami dah berkeras nak naik bot hehehehhe.... Kampung Tetus Hilir sebuah perkampungan nelayan dan bandar Mukah pula di muara sungai. Jadi pakcik Idris pun ikutlah perangai kami, hantar kami naik bot dan mendarat di jambatan lima minit jarak dari tapak pesta. Naik bot memang cool. Yang tak cool apabila kami diturunkan di bawah jambatan dan naik merentas semak-samun dan tiba-tiba muncul di tepi jalan raya. Hahahhahahahah ... bayangkan, pakai bukan main lawa tiba-tiba muncul dari semak di tepi jalan .....wakkakakaka ... banyak pula kereta tu tengah menuju ke tapak pesta. Tapi kami buat selamba rock ajelah... kata travelllllll hahahahha....

Kami sampai sangat awal, jam 7 pagi - lagi 2 jam sebelum perasmian bermula. Jumpa lagi dengan Sham Razak yang tak habis-habis dengan perangai melawak dia tu. Saya bertugas ambik video dan dapat tempat sama dengan wakil media lain. Jadi gambar video semua clear termasuk gambar isteri Ketua Menteri Sarawak yang cun-melecun tu. Saya juga asyik shoot video dia nyanyi lagu Negaraku. Tapi yang tak dapat dilupakan adalah pengalaman saya cari pasal dengan urusetia penganjur yang sangat tak cekap. Nantilah saya cerita dalam Part 2

Lepas upacara perasmian, kami jalan kaki lagi ke Pasar Mukah seperti malam pertama sampai. Tapi kali ni kami dah tahu jalan pintas di tepi kubur. Kami dah tahu celah kubur mana yang lebih senang nak lalu jadi perjalanan 45 minit asalnya dah jadi 20 minit. Sebenarnya pemandangan kubur waktu siang tak adalah seram mana sangat. Yang terkejut sangat hari tu sebab tengah malam buta kan. Berjalanlah kami tengahari buta tu tapi tak kisahlah sebab kasihan nak minta Pengiran ambil. Jalan sudah sesak kerana banyak kereta keluar masuk. Pengiran bawa kami makan di Mya Cafe dan buat pertama kalinya dapatlah saya makan umai Mukah. Umai ikan pirang. Dan saya sungguh sukaaaaa ... kebetulan sahabat di Sibu berpesan membelikan umai, maka saya pun berikrar akan cari umai itu sebelum balik ke KL. Selepas makan Pengiran membawa kami ke Kampung Telian Jaya untuk melawat Lamin Dana atau Rumah Lama orang Melanau yang dibangunkan oleh pemiliknya Diana Rose. Sungguh seronok berada di situ, akan saya ceritakan nanti di Part 2 juga.

Petang itu kami kembali ke bandar Mukah dan kami menonton Auto Show. Sepatutnya ada pertunjukan rempit tapi tak jadi atas sebab keselamatan. Jadi kerana tak mahu susahkan Pengiran, kami jalan kaki sekali lagi ke tepi pantai untuk menyaksikan upacara Bermukun. Saya juga akan ceritakan kekecewaan saya menyaksikan upacara ini dalam part 2 nanti. Malam itu sebelum ke tepi pantai kami sempat singgah di pasar malam Mukah dan membeli-belah buat kali terakhir sebelum pulang ke KL esoknya. Malam itu Pengiran ambil lagi kami di tapak pesta dan buat kesekian kalinya melepak di Restoran G-Fu, kali ini disertai Sham yang sibuk upload gambar dari kamera dia ke lap top kak Dot. Malam itu juga kami gunakan untuk post-mortem tak rasmi mengenai perjalanan pesta itu di hadapan Sham, sebab dia pegawai JKKN dan agak berdebat jugalah mengenai beberapa perkara. Kami bercakap dari sudut pandang penyelidik dan Sham bercakap sebagai pegawai penganjur. Pengiran pula penduduk Mukah yang sudah menyaksikan penganjuran sejak bertahun-tahun. Jadi intipati perbincangan malam itu sungguh kritis sekali.

Buat kesekian kalinya dua wanita ini pulang lagi terjingkit-jingkit jam 2 pagi. Tapi malam itu buat pertama kali saya mandi malam di sana sebab siangnya dah berjalan dua kali pergi balik pasar Mukah-tapak pesta dan itu sungguh melengaskan. Tapi tidur sungguh lena.

Pagi-pagi kami dah bangun untuk packing barang. Sempatlah duduk sekejap berborak dengan keluarga makcik Zaleha yang akan kami tinggalkan. Mereka terlalu baik, susah nak ceritakan kebaikan mereka. Budi bahasa yang tinggi menyebabkan saya fikir betapa indahnya tinggal di kampung yang aman damai kerana ia menerbitkan sikap yang damai juga. Pengiran mengambil kami dalam jam 8.30 pagi dan membawa kami ke bandar Mukah. Pengiran juga dengan baik hatinya membawa kami memusing bandar Mukah dengan keretanya. Kemudian kami singgah di "market" dan beli umai untuk bawa pulang ke KL. Sementara tunggu umai dibungkus, Pengiran ajak kami duduk di sebuah "kedai kopi politik" yang mengumpulkan pelbagai lapisan bangsa bercerita tentang politik di situ. Kedai ini dibuka lepas Subuh hingga lebih kurang jam 10 pagi. Memang seronok berada dalam persekitaran begitu kerana di KL saya takkan lepak di tempat begitu seawal pagi begini sebab saya ada rumah!!! Hihihi...

Bas bertolak dari Mukah lebih kurang jam 10.30 pagi dan kami mengharung lagi perjalanan ke Sibu selama 3 jam. Berbeza ketika datang dulu, kali ini saya tak tidur kerana melayan ingatan dan hasil penyelidikan sepanjang berada di Mukah. Sampai di Sibu, sahabat yang sama sekali lagi menjemput kami di stesen bas dan menghantar pula kami ke lapangan terbang. Sebelum itu sempat dia membawa kami berjalan ke Medan Mall. Tak ada apa yang menarik kecuali sempat singgah beli buku. Kemudiannya saya dapat tahu baiklah saya beli buku itu di KL sebab harga buku di Sarawak (dan Sabah) lebih mahal heheheh ...

Jam 5 kami check in dan tepat jam 6.15 kapal pun terbang meninggalkan Sibu, membawa kami kembali ke Kuala Lumpur. Di LCCT, suami masing-masing sudah menunggu dan watak kami pun berubah kembali.

Saya mengingati Mukah sebagai sebuah bandar yang damai dan menyimpan banyak rahsia klasik bangsa Melanau serta kaum yang lain. Cuma kekecewaan saya apabila tradisi ini tidak dipelihara dengan wajar oleh pihak yang sepatutnya. Perkara ini akan saya sentuh pada entri akan datang. Yang ini saya tulis untuk introduksi gaya hidup kami di Mukah ... :)

Syukur alhamdulillah, kami dipertemukan orang yang baik-baik di Mukah. Pakcik Idris, makcik Zaleha, Pengiran Saifudzin, American Wayne, Diana Rose dan yang lainnya ... semua mereka "dihantar Allah" untuk mempermudahkan perjalanan kami di sana. Tiada kenangan pahit kerana kami menikmatinya dengan sepenuh hati.

Tunggu entri akan datang, yang itu saya akan cerita tentang hasil penyelidikan kami di sana ... jom tengok gambar. Gambar yang lebih menarik ada di entri akan datang.


Kak Dot dan saya mengada-ngada menyusahkan pakcik Idris hantar kami naik bot awal-awal pagi ke tapak pesta.

Ketua Menteri Sarawak dan isterinya yang cun-melecun. Saya dapat tangkap dari dekat sebab saya mencelah masuk bersama wakil media hehehe....

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Zamtransportation: Gerai Gambir <b>Sarawak</b>

Posted: 24 Apr 2011 12:37 PM PDT


Gambir Sarawak ialah sejenis tumbuhan yang dihasilkan dari getah kayu pokok gambir yang banyak terdapat di dalam hutan Negeri Sarawak, Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama Born, Gambier, Borneo Cat's claw, Una de Gato dan Kerangas. Ia diperolehi di dalam hutan tebal di kawasan pendalaman di bahagian Long Panai, Marudi, Sarawak. Keberkesanan Gambir Sarawak memang telah diketahui berabad lamanya khususnya bagi penduduk-penduduk di Negeri Sarawak.Penggunaan Gambir Sarawak secara meluas telah menular ke semua negeri di Semenanjung Malaysia malah ke beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapura. Kesan dari penggunaan telah terbukti memberikan hasil yang luar biasa dan lebih murah berbanding ubat moden yang menelan belanja yang tinggi.

1- Gambir Sarawak sangat berkesan untuk melegakan sakit gigi. Cara penggunaan yang mudah dengan hanya menghancurkan gambir hingga menjadi habuk yang halus lalu diletakkan di dalam gigi geraham yang berlubang. Kira-kira 5 minit selepas itu gigi akan berasa berdenyut-denyut dan kesakitan gigi akan beransur hilang sedikit demi sedikit.

2- Gambir Sarawak juga boleh digunakan untuk kanak-kanak berkhatan.
Kaedah penggunaanya ialah dengan cara menghancurkan gambir tersebut sehingga halus lalu dibancuh dengan sedikit air dan disapukan pada kemaluan kanak-kanak tersebut. Kesan dari penggunaan gambir ini ia boleh menjadi kebas dan tahan sakit. Fungsinya hampir sama seperti ubat bius tetapi penggunaan gambir Sarawak ini agak memanaskan apabila terkena pada bahagian kulit.

3-Selain itu juga Gambir Sarawak ini boleh digunakan untuk melegakan sakit sementara sebelum di bawa ke hospital seperti terkena gigitan binatang yang berbisa seperti ular, kala jengking atau sengat ikan seperti ikan keli, ikan sembilang dan sebagainya. Bagi masyarakat pendalaman di negeri Borneo ini mereka menggunakan gambir Sarawak untuk menghilangkan rasa sakit ketika membuat lubang telinga (bertindik). Kaedah ini sama seperti ubat bius iaitu untuk mengurangkan rasa sakit ketika proses menindik dilakukan.

4- Populariti gambir Sarawak mula naik apabila penggunaan gambir ini amat berkesan bagi pasangan suami isteri dalam melakukan hubungan intim. Ramai kaum lelaki yang mencari gambir Sarawak ini di pasaran semata-mata untuk memberi kepuasan kepada pasangan mereka di dalam melakukan hubungan intim.

Gambir Sarawak mendapat sambutan yang hangat namun tiada penjualan secara komersil besar-besaran. Kebanyakkan peniaga kecil menjual produk ini di pasar malam, kaki lima, gerai kecil di tepi jalan. Antara lokasi utama penjaja Gambir Sarawak adalah India Street , China Street dan Main Bazaar. Oleh kerana perniagaan ini diusahakan secara kecil-kecilan maka lokasi penjaja sentiasa berubah-ubah mengikut permintaan pelanggan.

Kepada sesiapa yang mahu membeli Gambir Sarawak secara Pos, sila hubungi.

No Hp: 0168620967
email: zambriapen@gmail.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


blog blogger <b>sarawak</b>: Rajah Mas - Kapal Kargo <b>Sarikei</b> - Kuching

Posted: 05 May 2011 07:13 PM PDT

Terimak kasih Blog sarikei Time capsule.. terimak kasih ckgu. (Untuk Gambar Rajah Mas)

Ada urang madah, Rajah Mas ya beradik ngan Pulo Kijaang.. ya kata sidak di Sarikei nun..

Masa dolok, mun nak pegi Ke Kuching (Ke Sarawak kata ninek marek) terpaksa kita makei kapai. Sik ada jeraya.. ada jeraya sengan Seratok ajak. Makei Pulo Kijang atau pun Rajah Mas, kakya, makei Soon Bee.. Mun sik makei Express Sri Labuan.


Rajah mas tuk marek nang kacak juak rupanya, lengkap ngan kabin, ada tempat pasengger. Tambang RM10 ajak sepalak. Tapi lamak nunggu. Mun berangkat kol 6pm sampei Kuching kol 6-7 pagi..



Lepas pulo Kijang tenggelam dalam 1973 (25-Dis 1973 - mun sik sallah? / Tanyak ngan Aini Silikang), rajah mas pun solo ajak.. ya pun ada soon bee pakei sparing.

Lamak makin lamak Rajah Mas udah rupa sondal dah.. Kabin depan dah dibuang hehehe.. Pas ya Lalu karam kat Mora Selalang.. Nasib bait Pak Bol agik Idup..

Masa ya ada juak aku numpang Rajah Mas.. Free! Betapok dalam kabin.. heheheh.



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di subis sarawak - Google Blog Search


TAHNIAH… Datuk Amar Awang Tengah menyampaikan <b>...</b> - The Utusan <b>Subis</b>

Posted: 09 May 2011 05:08 AM PDT

TAHNIAH… Datuk Amar Awang Tengah menyampaikan pelan NCR - Rizab Gunasama Bumiputera kepada KK Lidi Asid kampung Terhad. Kelihatan di sini ialah Rosey Yunus (lima kanan), Sylvester Enteri, Ahmad Lai Bujang, Ripin Lamat dan Paulus Ngumbang (dari kanan).

RAHSIA PEMBANGKAR TERBONGKAR

UTUSAN SIBUTI - Ketidaksepakatan parti pembangkang untuk membela nasib rakyat terserlah apabila rahsia mereka sering bertelingkah terbongkar.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan berkata ini buktikan dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) keluar daripada pakatan bersama DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.

"Apa yang rakyat lihat sekarang ialah mereka sah tidak sehaluan. Ini berbeza dengan pendekatan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan semangat setia kawan dan politik menghormati," katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Kesyukuran dan Penghargaan BN dan Masyarakat DUN Bekenu di sini, hari ini.

Katanya, Sarawak tidak menerima politik tidak menghormati adat resam dan sopan santun yang dibawa pembangkang semenanjung ke negeri ini, keadaan ini menyebabkan ia mudah untuk dimanipulasi dan disalah ertikan oleh golongan yang menghasut dan memutar belitkan fakta.

"Kerajaan sentiasa memberi yang terbaik untuk rakyat, namun tidak semua kehendak yang disampaikan oleh kerajaan difahami oleh rakyat keseluruhannya.

"Dasar kerajaan disampaikan dengan baik sekali, namun ideologi yang berbeza oleh segelintir pihak yang menyalah ertikan dan tidak berlandaskan pada dasar bagi mengelirukan rakyat serta meraih sokongan sebagaimana yang berlaku pada pilihan raya Sarawak April lepas lalu", jelasnya.

Tambahnya, pilihan raya lepas amat berbeza dengan yang sudah kerana pelbagai unsur-unsur politik telah menunjukan perkara yang cukup biadap dan kurang ajar sebarang tohmohan yang diketuai ahli parlimen (pembangkang) pemimpin wanita dari semenanjung semasa di DUN Bukit Sari.

Selama enam penggal beliau (Awang Tengah) bertanding di pilihan raya tidak pernah melihat berlaku sebegini teruknya politik ganas dan samseng pihak pembangkang ke Sarawak yang cuba merampas kawasan DUN secara kasar.

Tujuan sebenarnya pembangkang ini mahu memecah belah perpaduan rakyat supaya benci kepada pemimpin. Dan bersyukur kerana rakyat Sarawak bijak memilih hingga BN menang di 55 kerusi daripada 71 kerusi dipertandingkan.

Kalau pembangkang menang sudah tentu negeri ini akan rosak, mereka ini bukannya hendak memerintah negeri ini dengan baik yang tidak memikirkan kebajikan rakyat, mereka juga tidak pemikiran untuk membantu membawa rakyat mencapai pembangunan dan kemajuan negeri, jelasnya.

Terdahulu berucap ADUN N.61 Bekenu Rosey Yunus berkata, jentera komponen BN yang teridiri daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (SPDP), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) agar teruskan usaha kerjasama yang mampu mencapai kejayaan pada pilihan raya parlimen kelak.

"Usaha dan komitmen rakyat yang erat yang tidak kenal erti penat lelah, siang malam dan hujan serta panas telah membawa kemenangan kepada BN Bekenu.

"Kita mengucap terima kasih kepada Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang memberi kepercayaan untuk mempertahankan kerusi DUN Bekenu dan terima kasih kepada pihak individu di negeri yang menyokong BN hingga mendapat kemenangan 2/3 kerusi DUN pada pilihan raya lepas", jelasnya.

Turut hadir pada majlis ini ialah Menteri Muda Kementerian Kemudahan Awam Sarawak dan Menteri Muda Kementerian Kemajuan Tanah Sarawak Sylvester Enteri, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Lambir Ripin Lamat dan ADUN Batu Danau Paulus Ngumbang serta pegawai kerajaan tempatan dan ketua-ketua kaum kawasan Sibuti.

Datuk Amar Awang Tengah turut menyampaikan pelan NCR - Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri bagi Kampung Terhad Bekenu yang merupakan kampung pertama di Bahagian Miri mendapat penyukatan NCR pada September 2010 lepas.

Majlis kesyukuran ini telah dihadiri sekitar seribu masyarakat pelbagai kaum, agama dan kebudayaan. Turut menyerikan masjlis ini ialah persembahan bermukun dan sambutan hanggat daripada Persatuan Bermoto Kuasa Tinggi Miri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


.: Agro Bank <b>di Lubok Antu</b> akan beroperasi mulai Julai ini

Posted: 10 May 2011 09:25 PM PDT

Caption: TERLAKSANA...Nyalau (kiri) menyerahkan sijil Permit Kelulusan Penempatan kepada Syed (kanan) di hadapan bakal bangunan pusat Agro Bank cawangan Lubok Antu sambil disaksikan oleh hadirin yang lain.

LUBOK ANTU, Selasa (10 Mei) – Urusan perbankan penduduk di kawasan Lubok Antu akan menjadi lebih mudah apabila pihak Agro Bank bakal menubuhkan cawangannya di pekan terbabit dalam masa terdekat ini.
Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata kerja pengubahsuaian sebuah kedai baru di Pekan Lubok Antu kini sedang giat dilaksanakan sebelum operasinya dijangka bermula pada akhir bulan Jun ini.
"Kerja mengubahsuai kedai baru bagi tujuan operasi Agro Bank terbabit akan mengambil masa selama enam minggu dan sekiranya kerja ini berjalan dengan lancar maka bank terbabit boleh memulakan operasinya pada akhir bulan Jun ini," katanya
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tentang perkembangan pembukaan cawangan Agro Bank di Pekan Lubok Antu yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Daerah Lubok Antu baru-baru ini.
Selain itu kata Nyalau, Agro Bank ini akan membolehkan penduduk Lubok Antu melakukan urusan penyimpanan wang dan mengirim wang belanja anak-anak yang menuntut di luar kawasan daerah itu dengan lebih mudah.
Malah Agro Bank yang turut menawarkan kemudahan mesin ATM dan MEPS itu nanti katanya akan membolehkan kakitangan kerajaan menerima gaji mereka di situ apabila ia sudah beroperasi kelak.
"Ini adalah merupakan hasil usaha saya dalam memohon kemudahan bank di Pekan Lubok Antu menerusi Sidang Dewan Rakyat semenjak menjadi wakil rakyat Parlimen Lubok Antu.
"Justeru penduduk Lubok Antu tidak perlu turun ke Betong atau Sri Aman untuk tujuan perbankan selepas ini," katanya sambil menambah lima orang kakitangan yang fasih berbahasa Iban akan ditempatkan di bank tersebut.
Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Bank Negara Thomas Lo, Ketua Jabatan Rangkaian Cawangan Agro Bank Malaysia, Syed Hairul Anuar bin Syed Fadzil, Pengurus Cawangan Agro Bank Sri Aman, Pesly Rebib dan Pegawai Daerah Lubok, Antu Jack Aman Luat.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


adiey santos: <b>Sarawak</b> tampil pemain berkaliber

Posted: 15 May 2011 09:20 AM PDT

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Abdul Wahab Aziz berkata dengan penganjuran kejohanan peringkat daerah dan bahagian seperti Piala Presiden PSS maka kita mampu melahirkan pemain-pemain berbakat peringkat akar umbi.

Beliau berkata inisiatif Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) menganjurkan kejohanan Piala Presiden di setiap bahagian adalah sebagai langkah terbaik bagi melahirkan pemain-pemain berkaliber.

"Saya yakin kita (Sarawak) mampu melahirkan ramai pemain berpotensi dari setiap bahagian untuk diketengah ke pentas kebangsaan," katanya.

Berucap merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden PSS di Dewan Masyarakat Saratok di sini Sabtu lalu, Abdul Wahab yakin kejohanan itu menjadi landasan utama kepada pemain-pemain menunjukkan potensi masing-masing.

Hadir sama Presiden PSS Paruwadi Musa, Pengerusi KSK Kalaka Wan Ismail Abang Zamahari dan Timbalan Pengerusi Persatuan Sepak Takraw Saratok/Betong, Zolkifli Kawi.

Kejohanan anjuran Kelab Sukan Komuniti (KSK) Kalaka dan Persatuan Sepak Takraw Bahagian Saratok/Betong itu merupakan langkah awal PSS untuk mencungkil bakat-bakat pemain muda di peringkat daerah dan bahagian.

Kejohanan disertai sebanyak 24 regu dari sekitar Bahagian Betong, Saratok termasuk lima regu dari Bahagian Kuching yang turut membariskan pemain negeri.

Sementara itu, Paruwadi juga yakin Sarawak tidak akan ketandusan pemain-pemain pelapis negeri dengan adanya kejohanan Piala Presiden yang dianjurkan di semua bahagian itu.

"Kita akan menjadikan kejohanan Piala Presiden PSS sebagai acara tahunan persatuan-persatuan sepak takraw bahagian.

"Justeru, saya percaya ini adalah peluang terbaik bagi pemain-pemain peringkat kampung dan daerah membuktikan ketrampilan mereka," katanya.

Paruwadi yang juga Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berharap pemain-pemain akan terus meningkatkan mutu permainan mereka sehingga di peringkat lebih tinggi.

"Kita akan memberi peluang kepada pemain-pemain berpotensi untuk mewakili skuad Sarawak pada kejohanan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh PSM," katanya.

Sehubungan itu, Regu NENFRENZ 'B' (Saberkas) muncul juara kejohanan terbabit setelah membenam lawannya, Bandarayaku dengan kemenangan 3-2 (15-6, 15-13, 7-15, 14-16 dan 15-9).

Regu NENFRENZ 'B' dibintangi oleh pemain-pemain berpengalaman seperti Ismail Roslan, Azman Wajuli dan Awang Faizal, manakala Bandarayaku pula membariskan Yusuf Latif, Azizan Oshen, Sufian Morni dan Abdul Raziz Salleh.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Sekama A dan NENFRENZ 'C'.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung PSS, Fudin Chee yang mewakili presidennya di Dewan Masyarakat Saratok, Saratok pada Ahad lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di daro sarawak - Google Blog Search

11 di daro sarawak - Google Blog Search


PERUSAHAAN BURUNG WALET <b>SARAWAK</b>: PROJEK RUMAH BURUNG WALET <b>DI DARO</b> <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2010 03:50 PM PDT

satu lagi projek rumah burung walet di daro mukah, keluasan rumah burung adalah 20 kaki x 30 kaki dua tingkat. anggaran kos projek rm60,000.00 .

Sebanyak 60 share telah dibeli oleh keluarga sendiri dengan setiap share bernilai RM1,000.00. Projek dijangka beroperasi pada disember 2011.

Kawasan yang dipilih ternyata sesuai kerana telah diuji menggunakan mp3 suara burung walet luar dan dalam. maksudnya dah ada burung yan g keluar dan masuk dari rumah burung walet untuk ujikaji, dan dah ada sarang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


ebooks – POCO POCO GAWAI <b>di SIBU SARAWAK</b> {thumbnail}

Posted: 30 May 2011 03:31 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]ebooks – POCO POCO GAWAI di SIBU SARAWAK {thumbnail}. by admin on Monday, May 30th, 2011 | No Comments. Rating: 0. Posted in Electronic Book Videos. Leave a Reply. Click here to cancel reply. Name (required) ...

ads