Jumaat, 3 Jun 2011

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


adiey santos: <b>Sarawak</b> tampil pemain berkaliber

Posted: 15 May 2011 09:20 AM PDT

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Abdul Wahab Aziz berkata dengan penganjuran kejohanan peringkat daerah dan bahagian seperti Piala Presiden PSS maka kita mampu melahirkan pemain-pemain berbakat peringkat akar umbi.

Beliau berkata inisiatif Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) menganjurkan kejohanan Piala Presiden di setiap bahagian adalah sebagai langkah terbaik bagi melahirkan pemain-pemain berkaliber.

"Saya yakin kita (Sarawak) mampu melahirkan ramai pemain berpotensi dari setiap bahagian untuk diketengah ke pentas kebangsaan," katanya.

Berucap merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden PSS di Dewan Masyarakat Saratok di sini Sabtu lalu, Abdul Wahab yakin kejohanan itu menjadi landasan utama kepada pemain-pemain menunjukkan potensi masing-masing.

Hadir sama Presiden PSS Paruwadi Musa, Pengerusi KSK Kalaka Wan Ismail Abang Zamahari dan Timbalan Pengerusi Persatuan Sepak Takraw Saratok/Betong, Zolkifli Kawi.

Kejohanan anjuran Kelab Sukan Komuniti (KSK) Kalaka dan Persatuan Sepak Takraw Bahagian Saratok/Betong itu merupakan langkah awal PSS untuk mencungkil bakat-bakat pemain muda di peringkat daerah dan bahagian.

Kejohanan disertai sebanyak 24 regu dari sekitar Bahagian Betong, Saratok termasuk lima regu dari Bahagian Kuching yang turut membariskan pemain negeri.

Sementara itu, Paruwadi juga yakin Sarawak tidak akan ketandusan pemain-pemain pelapis negeri dengan adanya kejohanan Piala Presiden yang dianjurkan di semua bahagian itu.

"Kita akan menjadikan kejohanan Piala Presiden PSS sebagai acara tahunan persatuan-persatuan sepak takraw bahagian.

"Justeru, saya percaya ini adalah peluang terbaik bagi pemain-pemain peringkat kampung dan daerah membuktikan ketrampilan mereka," katanya.

Paruwadi yang juga Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berharap pemain-pemain akan terus meningkatkan mutu permainan mereka sehingga di peringkat lebih tinggi.

"Kita akan memberi peluang kepada pemain-pemain berpotensi untuk mewakili skuad Sarawak pada kejohanan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh PSM," katanya.

Sehubungan itu, Regu NENFRENZ 'B' (Saberkas) muncul juara kejohanan terbabit setelah membenam lawannya, Bandarayaku dengan kemenangan 3-2 (15-6, 15-13, 7-15, 14-16 dan 15-9).

Regu NENFRENZ 'B' dibintangi oleh pemain-pemain berpengalaman seperti Ismail Roslan, Azman Wajuli dan Awang Faizal, manakala Bandarayaku pula membariskan Yusuf Latif, Azizan Oshen, Sufian Morni dan Abdul Raziz Salleh.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Sekama A dan NENFRENZ 'C'.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung PSS, Fudin Chee yang mewakili presidennya di Dewan Masyarakat Saratok, Saratok pada Ahad lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads