Jumaat, 3 Jun 2011

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di subis sarawak - Google Blog Search


TAHNIAH… Datuk Amar Awang Tengah menyampaikan <b>...</b> - The Utusan <b>Subis</b>

Posted: 09 May 2011 05:08 AM PDT

TAHNIAH… Datuk Amar Awang Tengah menyampaikan pelan NCR - Rizab Gunasama Bumiputera kepada KK Lidi Asid kampung Terhad. Kelihatan di sini ialah Rosey Yunus (lima kanan), Sylvester Enteri, Ahmad Lai Bujang, Ripin Lamat dan Paulus Ngumbang (dari kanan).

RAHSIA PEMBANGKAR TERBONGKAR

UTUSAN SIBUTI - Ketidaksepakatan parti pembangkang untuk membela nasib rakyat terserlah apabila rahsia mereka sering bertelingkah terbongkar.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan berkata ini buktikan dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) keluar daripada pakatan bersama DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.

"Apa yang rakyat lihat sekarang ialah mereka sah tidak sehaluan. Ini berbeza dengan pendekatan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan semangat setia kawan dan politik menghormati," katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Kesyukuran dan Penghargaan BN dan Masyarakat DUN Bekenu di sini, hari ini.

Katanya, Sarawak tidak menerima politik tidak menghormati adat resam dan sopan santun yang dibawa pembangkang semenanjung ke negeri ini, keadaan ini menyebabkan ia mudah untuk dimanipulasi dan disalah ertikan oleh golongan yang menghasut dan memutar belitkan fakta.

"Kerajaan sentiasa memberi yang terbaik untuk rakyat, namun tidak semua kehendak yang disampaikan oleh kerajaan difahami oleh rakyat keseluruhannya.

"Dasar kerajaan disampaikan dengan baik sekali, namun ideologi yang berbeza oleh segelintir pihak yang menyalah ertikan dan tidak berlandaskan pada dasar bagi mengelirukan rakyat serta meraih sokongan sebagaimana yang berlaku pada pilihan raya Sarawak April lepas lalu", jelasnya.

Tambahnya, pilihan raya lepas amat berbeza dengan yang sudah kerana pelbagai unsur-unsur politik telah menunjukan perkara yang cukup biadap dan kurang ajar sebarang tohmohan yang diketuai ahli parlimen (pembangkang) pemimpin wanita dari semenanjung semasa di DUN Bukit Sari.

Selama enam penggal beliau (Awang Tengah) bertanding di pilihan raya tidak pernah melihat berlaku sebegini teruknya politik ganas dan samseng pihak pembangkang ke Sarawak yang cuba merampas kawasan DUN secara kasar.

Tujuan sebenarnya pembangkang ini mahu memecah belah perpaduan rakyat supaya benci kepada pemimpin. Dan bersyukur kerana rakyat Sarawak bijak memilih hingga BN menang di 55 kerusi daripada 71 kerusi dipertandingkan.

Kalau pembangkang menang sudah tentu negeri ini akan rosak, mereka ini bukannya hendak memerintah negeri ini dengan baik yang tidak memikirkan kebajikan rakyat, mereka juga tidak pemikiran untuk membantu membawa rakyat mencapai pembangunan dan kemajuan negeri, jelasnya.

Terdahulu berucap ADUN N.61 Bekenu Rosey Yunus berkata, jentera komponen BN yang teridiri daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (SPDP), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) agar teruskan usaha kerjasama yang mampu mencapai kejayaan pada pilihan raya parlimen kelak.

"Usaha dan komitmen rakyat yang erat yang tidak kenal erti penat lelah, siang malam dan hujan serta panas telah membawa kemenangan kepada BN Bekenu.

"Kita mengucap terima kasih kepada Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang memberi kepercayaan untuk mempertahankan kerusi DUN Bekenu dan terima kasih kepada pihak individu di negeri yang menyokong BN hingga mendapat kemenangan 2/3 kerusi DUN pada pilihan raya lepas", jelasnya.

Turut hadir pada majlis ini ialah Menteri Muda Kementerian Kemudahan Awam Sarawak dan Menteri Muda Kementerian Kemajuan Tanah Sarawak Sylvester Enteri, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Lambir Ripin Lamat dan ADUN Batu Danau Paulus Ngumbang serta pegawai kerajaan tempatan dan ketua-ketua kaum kawasan Sibuti.

Datuk Amar Awang Tengah turut menyampaikan pelan NCR - Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri bagi Kampung Terhad Bekenu yang merupakan kampung pertama di Bahagian Miri mendapat penyukatan NCR pada September 2010 lepas.

Majlis kesyukuran ini telah dihadiri sekitar seribu masyarakat pelbagai kaum, agama dan kebudayaan. Turut menyerikan masjlis ini ialah persembahan bermukun dan sambutan hanggat daripada Persatuan Bermoto Kuasa Tinggi Miri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads