11 di kuching sarawak - Google Blog Search |
Pementasan Percuma Teater Muzikal P Ramlee <b>di Kuching</b> Posted: 02 Sep 2013 05:00 AM PDT berita |
Tempatan
Jangan Tak Lihat
Teks oleh Haswari Ali KUALA LUMPUR, 3 SEPTEMBER 2013: Sempena meraikan hari kemerdekaan Sarawak yang ke 50, kerajaan negeri Sarawak bakal mementaskan Teater Muzikal P Ramlee yang akan di pentaskan pada 9 dan 10 September ini di Borneo Convention Centre. Pementasan percuma itu merupakan salah satu daripada agenda kerajaan negeri berkenaan dalam memperingati jasa serta kreativiti seni seniman unggul Allahyarham Tan Sri P Ramlee menerusi program khas yang akan diadakan selama lima hari bermula 9 hingga 13 September ini. Teater muzikal itu dibawakan oleh Enfiniti Events Sdn Bhd yang juga pernah menyerlah dengan muzikal Puteri Gunung Ledang dan The Secret Life Of Nora. Antara pelakon yang bakal memegang peranan utama untuk pementasan Teater Muzikal P Ramlee kali ini iaitu Tony Eusoff sebagai P Ramlee, Elly Mazlein (Saloma), Nadia Aqilah (Junaidah) dan tidak ketinggalan Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai Norizan. Penerbit Eksekutif teater muzikal berkenaan, Tiara Jacquelina berkata, watak Norizan merupakan peranan yang sering menjadi perhatiannya kerana wanita berkenaan sanggup meninggalkan Sultan Perak, semata-mata untuk mengahwini P Ramlee. "Saya pernah berlakon dengannya (Norizan) dalam satu drama TV pada 1992 dan sejak itu ianya meninggalkan kesan yang amat mendalam. "Untuk pementasan muzikal P Ramlee tidak lama dulu, watak Norizan sering menjadi sebahagian daripada persembahan yang saya nanti-nantikan. "Jadi apabila Melissa Saila mengambil keputusan untuk tidak boleh mengambil bahagian dalam pementasan ini kerana alasan peribadi, saya mengambil keputusan untuk mengambil bahagian tanpa sebarang ragu-ragu. "Sesungguhnya saya sangat teruja untuk berkongsi peluang keemasan ini bersama-sama penontin di Sarawak," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini. Teater Muzikal P Ramlee ini menyaksikan Pat Ibrahim dan Melissa Saila bertindak selaku pengarah bersama, Jason Voo (Pengarah Muzik), Raja Malek (Pereka Produksi) dan Tiara Jacquelina sebagai Penerbit Eksekutif. Menyemarakkan program memperingati P Ramlee berkenaan, turut diadakan konsert daripada penggesek biola terkenal Indonesia, Idris Sardi yang akan membuat persembahan pada 12 dan 13 September ini. Sepanjang acara lima hari itu juga, turut diadakan pameran P Ramlee yang akan diadakan di ruang legar pusat pameran berkenaan. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menyaksikan pameran berkenaan, termasuk pementasan teater muzikal serta konsert yang dibuat mengikut konsep siapa cepat dia dapat. Tiket percuma untuk menyaksikan tayangan Teater Muzikal P Ramlee boleh didapati dengan menghubungi 082-415 894 atau 082-235 418. |
My Blog <b>Kuching</b>: Hari Raya <b>di Kuching</b> (generally in <b>Sarawak</b>) Posted: 07 Aug 2013 08:56 AM PDT Selamat ari raya ktk urang oi... nang kck pagi tok, matahari menyinar. Pada raya pertama 2013 (ritok), aku mok ngepost dikit hal ke-best-an raya di Kuching bak kata blog Ngerepak is Caring... Raya di Kuching (generally Sarawak lah) nang lain dari yang lain, jadi tok mok ceta dikit hal apa yg best raya rah Kuching tek... Pada raya pertama 2013 (ritok), aku mok ngepost dikit hal ke-best-an raya di Kuching bak kata blog Ngerepak is Caring... Arum bulak kata urang mun berjarah raya rah rumah org2 Sarawak tok (expecially Kuching) sikda nangga Kek Lapis Sarawak nok femes ya. Mak aku gik tiap2 taun ngoder kek lapis pake mok raya. Taun tok sik tauk lah pa gik jenis kek lapis mok di order mak aku ya. Sik sah raya mun sikda kek tok aih! nang mena, mun berjarah raya, berjenis2 kek lapis di idang, bkn takat ya jak, segala dak muruku, cookies2, ngn biskut2 diidang juak. Kinek tok, aek lemenet susah mok di carik, jadi ganti ngn aek F&N mun sik aek Coke or apa2 aek gas jak lah. ya pun bukan sebotol duak dibeli, 2-3 kotak diborong mak aku mun raya! mun sikda segala2 benda nok disebut atas tok tek, nang sik sah raya! Pakaian pada minggu hari raya... Bukan takat ya jak, segala dak shopping complex, kedey2 perabut smua ready besar besaran pake nyambut raya! mak ku madah, raya lain neda sampe sidak tauke perabut ngoder sekontena perabut. raya melayu jak kdk tok. nang gemilanglah. Sigek yg best beraya rah Kuching tok, mun ktk urang nangga berita nak, before raya KL dah lengang, sikda kereta ngn "boleh baring tengah jalan" kata sidaknya. tapi mun rah Kuching tok lain, kereta bukan makin sikit, tapi makin berduruk2 rah pusat bandar nun. nendak, kampung melayu nang rah tengah2 bandar. mun raya rah Sarawak tok nak, mun laki nang seminggu2 gap2 berbaju melayu ngn bersabok. arum bulak kata blog Ngerepak is Caring "kayo-kayo rah tHe Spring, pegi KFC, pegi Waterfront, pegi diat wayang rah MBO, waima ngisik minyak rah Shell Jalan Astana pun berbaju melayu, gap-gap bersabok juak. Selain dari berguro senda waktu berjarah, arum bulak berjarah start dari pagi, sampey ke tengah malam." mun ompuan pa gik, ngesep jak lah keja nya seminggu2 ya... tok antara gambar org2 Kuching beraya. smua gambar tok dari blog Ngerepak is Caring Bertuntong perkataan bertuntong tok nang wajib didengar masa malam tujuh likur. Sejarah bertuntong tok bermula pada era penjajahan jepun. Masa ya belon british mok ngebom kapal jepun yg gik berlabuh rah kampung tanjung. tapi malam ya gelap gilak, jadi bomb ya tersasar lah alu kenak rumah org kampung sia. jadi, cara nak nerang kampung ya ialah dengan masang pelita sak sidak british sik tersasar bom ya gik. malam tok lah sidak2 kampung melayu mula masang pelita, nunok lemang, main kala dak meriam buluh ngn mukak lampu raya. Bertuntong tok antara benda2 yg nyuroh raya rah Kch tok meriah. rah semenanjung bertuntong tok refer as 'Panjut Pelita' pasya ku sik tauk pa benda bertuntong tok ditunggah rah sabah nun. Bertuntong tok menandakan dah nak masuk 1 syawal (dah nak raya lah retinya). Tiap taun, before raya ada jak pertandingan2 bertuntong ngn molah gerbang rah kampung2. Malam tujuh likur tok biasanya kmk urang sekeluarga pegi bejalan2 rah pasar Kch, mok nangga org masang pelita, nang terang benderang.. Tradisi raya keluarga aku Bagik aku, tradisi raya keluarga aku tok lah ngidup semangat mok raya! masa kecik2 dolok bukan main gik semangat aku ngn abang ku pegi tido rumah ninek ku. Smua dah bala kaban ku diam rah Kch, nendak senang nak berjarah Beberapa bulan sebelum raya Beberapa bulan sebelum raya tok dah pegi milih kain wana apa pake molah baju melayu ngn baju kurung dan adik beradik aku. kakya berbeli selepar & kasut baru gik. Beberapa minggu sebelum raya Malam sebelum raya Kmk urang dah rah kampung, dak rempuan bermasak rah dapur. dak laki smua rilek2 rah luar mun sik ngn ninek laki rilek2 nangga tv. Dalam kol 10 gia, mak aku gik balit ke rumah nya ngn dak adik beradik aku. nya mok nyedia segala dak kari, rendang ngn ketupat ya smua. Nang meriah malam before raya eh, dgn bunyi mercun rah luar, dak rempuan bermasak kala dak dagin ngn ayam. Kek lapis nang pa gik lah, dah ready awal2 atas meja satu set ngn biskut2 ngn keropok2.. Pagi - Aku, abang, ninek ngn datuk ku semayang Raya rah masjid kampung Semariang. lekak semayang raya tek, nunggu sidak adik beradik, tunggal menunggal datang berkumpol rah rumah ninek ku. bila smua dah berkumpol, kmk urang makan2, rilek2. mana dak tunggal ku nak ada mercun ya nunok mercun rah luar rumah. Tengah hari sampe ke malam - Lepas rilek2 rah rumah ninek ku, kmk urang konvoi rami2 berjarah ke rumah mak aku dolok, sebab rumah ya paling dekat. kakya berjarah rumah usu (kemungkinan taun tok nya open house, taun lepas nya sik open). lekak rilek2 rah rumah usu, berjarah gik rah rumah udak and last skali, berjarah rumah wa sbb rumah nya paling jauh. Kakya balit rumah lah. Bagik aku lah, raya pertama nang meriah! berjarah sia sitok, ke rumah tunggal ya, rumah tunggal tok. nang tiap taun molah kdk tok! nendak best! Raya keduak Raya ketiga Raya tok pun sikda pa gilak, minak nyambut tetamu nok datang ke rumah jak. Raya keempat dan seterusnya Lastly (penutup) In the end, the conclusion is, kesimpulannya dan yg seerti dgn perkataan2 yg ditulis ku tek, raya di Sarawak, expecially in Kuching tok lah paling meriah bagik aku. Sikpat lawan beraya rah tempat lain! oh lupak gik sigek! bukan org melayu jak yg meraikan raya tok, sidak2 bukan melayu pun join skali! ya nang sporting lah! Dipolah pada : 08 June 2013 |
You are subscribed to email updates from di kuching sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |