PROGRAM Merdeka Rakyat yang dianjurkan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan Sarawak berhampiran Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS semalam mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.
Orang ramai berpusu-pusu menghadiri program Merdeka Rakyat di kawasan mereka untuk mendengar sendiri ucapan yang disampaikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Difahamkan menurut pengirim gambar, sekitar 3,000 hadirin membanjiri tapak ceramah.
Ini menunjukkan rakyat Sarawak khususnya di sekitar Kota Samarahan, sudah bersedia untuk menumbangkan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.
Sokongan Rakyat Sarawak sangat penting untuk Pakatan Rakyat menawan putrajaya, hanya Sabah dan Sarawak terutama kawasan pedalaman sahaja yang masih menyokong Barisan Nasional.
Dengan kata lainnya, Barisan Nasional hanyalah "jaguh kampung" kerana parti itu tumbang di kebanyakkan bandar-bandar seluruh Malaysia pada 2008.
Barisan Nasional hari ini sekadar mengharapkan undi orang kampung dan penduduk pedalaman yang mudah diperbodohkan melalui media-media arus perdana seperti TV3 yang masuk ke rumah-rumah mereka setiap hari. Selagi rakyat boleh diperbodohkan, selagi itu BN berkuasa.
Biarpun kehadiran Nik Abduh anak kepada Nik Aziz dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasharuddin Hassan serta penampilan istimewa Mel Wing ke Sarawak bagi menyampaikan ceramah politik di Kota Samarahan dalam Pentas Anak Muda (Mansang Ngelaban) pada 2 Mac lepas (Sabtu) namun sambutannya masih tetap sama. Sangat mengecewakan!!!
Dianggarkan sejumlah 60 orang sahaja penonton yang hadir berbanding target mereka seramai 2,000 seperi mana yang pernah dicatatkan PKR dalam penganjuran Ceramah Merdeka Rakyat sebelum ini.
Menggunakan taktik membawa Mel Wing untuk menarik perhatian anak muda di Kota Samarahan, tetapi sambutannya masih mengecewakan. Ternyata percaturan PAS Sarawak di Kota Samarahan tidak membuahkan hasil dan apakah ini juga akan terjadi kepada calon PAS di Kota Samarahan pada PRU-13 akan datang?
Yang pasti kedua-dua orang kuat Pemuda PAS Pusat itu akan mengingati dan 'bertaubat' tidak akan hadir lagi ke Sarawak disebabkan sambutan rakyat yang sangat mendukacitakan. Difahamkan ceramah itu diadakan di kawasan perumahan yang mempunyai kepadatan penduduk dan pernah diadakan Ceramah Merdeka Rakyat anjuran PKR pada awal Januari lepas.
Bezanya ceramah PKR di Kota Samarahan mendapat sambutan berbanding ceramah PAS yang audiennya sangat mengecewakan. Kebanyakan audiennya hanyalah terdiri daripada ahli-ahli PAS dan bukannya penduduk tempatan.
Hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat terutama sekali dalam mengagihkan Bantuan Khas Awal Persekolahan bukanlah gimik untuk memancing undi PRU13!
Kerajaan memberikan bantuan ini tidak mengira latar belakang, kaum mahu pun pegangan agama dan politik keluarga pelajar tersebut. Ini kerana kerajaan kita berlaku adil untuk tidak berat sebelah dalam meringankan beban menyambut musim persekolahan yang baru.
Ianya juga dapat memberi insentif untuk pelajar tersebut agar belajar dengan lebih rajin lagi khususnya bagi pelajar yang bakal menduduki PMR, SPM mahupun UPSR pada tahun ini. Sekiranya mereka berjaya maka hadiah galakan pelajar akan berlipat ganda untuk meraih kejayaan mereka kelak!
Mereka inilah pewaris masa hadapan dan sememangnya kerajaan akan menyediakan bantuan yang terbaik agar pelajar dapat belajar dengan lebih selesa. Bantuan khas ini dapat juga digunakan untuk membeli buku rujukan atau sepasang pakain seragam baru.
Bukan gimik pancing undi PRU13
by Mohd Achil Norrlatep.Utusan Borneo 19 Januari 2013, Sabtu
GUNA SEBAIKNYA: Ahmad Lai (empat kiri) menyerahkan bantuan RM100 kepada salah seorang pelajar semalam.
BEKENU: Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100 yang telah diagihkan kepada pelajar awal bulan ini bukanlah gimik untuk memancing undi sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang berkata bantuan khas persekolahan itu seperti sebahagian daripada bantuan-bantuan kerajaan yang telah diberikan di peringkat sekolah.
"Banyak bantuan persekolahan disediakan kerajaan seperti buku teks, rancangan makanan tambahan, asrama, kemudahan infrastruktur dan sebagainya," katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 di Dewan Masyarakat Bekenu, di sini pagi semalam.
Apa yang penting kata beliau, semua bantuan berkenaan adalah bukti keikhlasan kerajaan dalam membantu setiap lapisan rakyat tidak mengira agama, bangsa dan keturunan.
"Apa yang lebih menakjubkan, kerajaan juga tidak mengira apa pegangan politik seseorang dalam menghulurkan bantuan sedemikian," jelasnya.
Beliau berkata, salah satu daripada hasrat kerajaan dalam mengagihkan hasil daripada keuntungan pelaburan ekonomi.
Mengenai tanggungjawab ibu bapa dan guru dalam mendidik anak-anak, beliau mengharapkan yang terbaik daripada kedua-dua pihak.
"Ibu bapa harus prihatin terhadap keperluan anak-anak manakala guru pula bertanggungjawab memantau supaya mereka terus berjaya," ujarnya.
Di peringkat pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Subis, seramai 4,116 pelajar sekolah menengah dan 5,234 pelajar sekolah rendah mendapat Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 terdiri daripada lima buah sekolah menengah dan 44 buah sekolah rendah.
Turut hadir pada majslis itu Pegawai Pelajaran Daerah Subis, Ahli Chikba.
Setelah sekian lama tak hupdate. Now got free time. Okey. Kali ni Cik Shalala nak cerita pasal fieldwork hari tu. Since subjek Modern Economics kteorang agak2 ekstrem dan memerlukan penelitian pasal kes2 ekonomi terpencil (wahh, ayat aku!) so, kteorg decide lah untuk buat research and collect data dekat Lundu.
Tajuk pilihan group aku adalah mengenai sosio-ekonomi nelayan di ekitar Kampung Stunggang Melayu, Lundu Sarawak. Cop2! Sebelum pergi fieldwork ni kan, kteorg kena dapat approval daripada lecturer dulu untuk confirm kan tempat/kampung yang kteorang nak buat kajian tu tak ada group lain yg pergi. Sebabnya lecturer kteorang takut orang2 kampung dekat sana tu rasa terganggu dengan kehadiran monyet2 student2 Unimas ni reramai. muehehe :P
Pikir punya pikir. Selidik punya selidik. Tulah akhirnya kteorang decide pergi Kampung Stunggang Melayu tu. Melalu research atas talian, berjalur lebar berukband aku, aku tahu yang kampung tu kebanyakan penduduknya bekerja sebagai nelayan.
Setting apa2 yg patut, then 9March aritu kteorang bertolak la ke Lundu. Daripada Kota Samarahan (Unimas) ambil masa lebih kurang 2jam jugak perjalanan dengan kereta. Kalau jalan kaki, korang integrate " ∫ "lah sendiri berapa lama masa yg diambil untuk sampai sana. :P (pandai matematik kan?)
Jom tengok gamba2 yang aku amik masa hari kejadian :)
Masa ni berhenti kejap dekat petronas :p
Saiful with his keropok =.=' hehe
Gamba atas ni aku yg amik kn. Dari kiri, Nurul, Mira, Saiful, dan Yana. Well, keje aku memang jadi gambagrapher je lahh :) Agak main2 kami di sini. Sebab masa ni yg lain2 (Hazizie, Syafiqah, dgn Iqbal) sedang interview salah sorang responden kteorang (nelayan) . Hey, look! Kami masih bermain2 photoshoot disini!! hihi :P
Iqbal yg gigih menemur keropok2 ikan :) *New Employee* ^^
Lupa introduce, yg baju hijau tu Hazizie. Tudung purple tu Syafiqah. :)
Alamak! Tak nampak muka Syafiqah laaa :(
Okay, kali ni nampak semuaaaaaaaaaaa! Aku je tak nampak kan? Kenapa ek? Pikir2...! hehe :P
Sebahagian jalan yang musnah akibat dari tanah runtuh, pada malam Selasa
KUCHING: Satu kejadian tanah runtuh telah memusnahkan sebahagian jalan raya sepanjang Jalan Lundu-Sampadi di 30km dari Kuching, Sarawak.
Bahagian jalan yang mengalami rosak teruk iaitu selepas Matang Family Park dan Taman Negara Kubah, sebelum Matang Politeknik.
Penduduk berdekatan melaporkan kejadian itu pada kira-kira 9 malam Selasa, mereka turut mengadu bunyi gegaran kuat seperti "ribut".
Jumlah sebenar kerosakan masih belum diketahui.
Polis hanya membenarkan penduduk yang tinggal di sepanjang Jalan Lundu-Sampadi untuk memasuki jalan tersebut.
Kejadian tanah runtuh itu adalah kejadian ketiga di Sarawak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada Disember 2011, seksyen utama Pan Borneo Highway, yang juga dikenali sebagai jalan utama di negeri itu, mengalami kejadian yang sama, berhampiran Kampung Sebangkoi, 77km dari ibu negeri.
SARIKEI: Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superintenden Poniman Margiman mengingatkan anggotanya agar tidak mengunjungi pusat hiburan sesuka hati terutamanya dengan hanya tujuan untuk berhibur sahaja.
Katanya, banyak perkara yang boleh berlaku sekiranya tabiat seperti ini kerap diamalkan, tetapi yang paling nyatanya ialah tabiat itu mempunyai banyak kesan negatif daripada yang positif kepada anggota tersebut.
"Kita sarankan hanya anggota yang mempunyai tugas atau misi sahaja yang digalakkan mengunjungi lokasi ini.
"Objektif kita membuat peringatan sedemikian bukannya mengongkong hak dan kebebasan anggota, tetapi untuk memastikan anggota kita tidak terlibat dengan masalah tatatertip, disiplin dan lain-lain kemungkinan yang mampu memusnahkan masa depan, kerjaya mereka dan menjejaskan imej polis," katanya pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei.
Katanya, ini kerana kebanyakan masalah disiplin yang berlaku kepada anggota adalah berpunca daripada tabiat tersebut.
Pada majlis sama, seramai 25 orang terdiri daripada anggota polis dan kakitangan sokongan IPD Sarikei yang cemerlang dalam menjalankan tugas menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
Menurut Poniman, kadar indeks jenayah bagi tahun lalu menunjukkan penurunan jika dibandingkan dengan tahun 2011.
"Pada tahun 2011, sebanyak 327 kes dilaporkan berlaku, manakala bagi tahun 2012 hanya 271 kes dilaporkan. Jumlah tersebut menunjukkan peratusan penurunan kes sebanyak 56 kes atau bersamaan dengan 17.1 peratus.
"Bagi jenayah jalanan pula, pada tahun 2012 sebanyak 14 kes dilaporkan, manakala bagi tahun 2011 terdapat sebanyak 54 kes berlaku. Ini menunjukkan terdapat penurunan sebanyak 54 kes.
"Untuk kadar pertuduhan pula, IPD Sarikei berjaya mencapai tahap 28.4 peratus bagi tahun lalu iaitu melepasi sasaran atau tahap sasaran iaitu 25 peratus," jelasnya.
Tambah Poniman, semua kejayaan yang dicapai adalah berkat usaha gigih dan prestasi cemerlang ditunjukkan oleh para anggota di samping kerjasama erat masyarakat setempat.
"Pada masa yang sama, pasukan kita sudah pun bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal diadakan pada bila-bila masa," katanya.
To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.
LUBOK ANTU: Barisan Nasional (BN) Parlimen Lubok Antu akan meningkatkan per-siapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Menurut Bendahari Parti Rakyat Sarawak (PRS) Baha-gian Batang Ai Kaunselor Enteri Balai, semua parti komponen BN di kawasan Parlimen ini sudah mengenal pasti kempen yang sesuai untuk mendekati pengundi dan ia akan diperkemaskan lagi.
"Kami yakin tiada masalah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Lubok Antu kerana ia merupakan kubu kuat BN," katanya kepada Utusan Borneo ketika ditemui sebaik sahaja selesai menu-buhkan jawantankuasa Pilihan Raya Lubok Antu yang dike-tuai Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak, di sini baru-baru ini.
Enteri berkata, mereka tidak gentar untuk berdepan dengan mana-mana calon parti pembangkang atau bebas yang ingin turut ser-ta bertanding di Parlimen Lubok Antu nanti.
"Kami sudah bersedia berhadapan dengan sama ada Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng atau Nicholas Bawin Angat daripada Parti Keadilan Rak-yat (PKR) nanti," katanya.
Menurutnya, empat parti komponen BN di Parlimen Lubok Antu sebulat suara akan menyokong calon BN William Nyalau Badak pada PRU nanti.
"Kami akan berjuang habis-habisan kali ini untuk memastikan Nyalau yang mewakili BN dan juga anak tempatan Lubok Antu terus kekal menjadi wakil rakyat kami.
"Kami tidak memerlukan Larry yang berasal dari Kapit itu menjadi wakil rakyat kami sekiranya niatnya hendak bertanding di Lubok Antu akan menjadi kenyataan kelak," katanya.
Sehubungan itu untuk me-mastikan Lubok Antu terus kekal milik bangsa sendiri maka mereka bertekad akan berjuang habis-habisan untuk memastikan Parlimen Lubok Antu terus kekal milik BN.
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia....kepada usahawan-usahawan dan bakal usahawan yang baru menceburi mahupun yang telah menceburi dalam dunia industri penternakan burung walet Malaysia....hari demi hari berlalu banyak rumah burung yang dibina "bagai cendawan tumbuh selepas hujan"... Dikawasan Mukah hingga ke Daro, banyak rumah burung yang dibina kerana di kawasan ini terdapat berjuta ekor burung walet dan merupakan laluan mereka pergi balik serta sarang yang dihasilkan burung walet di kawasan ini dikatakan mempunyai gred yang tinggi yang menyebabkan ramai usahawan yang membinanya rumah burung tersebut....jom kita layan zzZZzzzZ....
lihatlah di sebuah premis nie...
tingkat bawah tempat berniaga manakala di tingkat sebelah atas pula dijadikan tempat penternakan burung walet....lihatlah tu banyak burung walet terbang diatasnya...
tadi dari luaran saja kan dan sekarang di bahagian dalam BH nie pula...
banyak betul burung walet didalam BH ini....mesti cepat mereka membuat sarang kalau dah macam nie ha...
Gambar-Gambar BH yang diambil ini merupakan yang terdapat di sekitar perjalanan dari Mukah ke Daro, Sarawak....
Ini merupakan sebuah BH yang terdapat di jalan pantai Kampung Sungai Alo, Mukah...pemilihan kawasan yang baik kerana dikelilingi hutan tempat burung walet untuk mendapatkan makanan....
Sebuah BH yang terdapat di Kampung Petian, Mukah...
nampak kecil je kan tapi dalamnya betul2 holiow..
Sebuah lagi BH yang ideal kerana berdekatan dengan hutan punca sumber makanan walet...
BH ini terdapat di Kampung Judan, Mukah...
Mukah swiftlets eko-park yang terdapat di Kampung Penat, Oya/Dalat...
Disini menempatkan belasan buah BH dan ada lagi yang dalam proses pembinaan....
ini pon sama juga Mukah swiftlets eko-park....
ini merupakan BH dalam proses pembinaan...yang pertama sudah siap manakala dua lagi dalam perjalanan pembinaan....
bila di pandang dari jauh nampak macam sekolah je....tapi bukan sekolah sebenarnya rumah burung lh...
idea yang kreatif dan BH ini dibina berdekatan dengan hutan...senang lh walet mencari makanannya...
DARO: Sambutan Pesta Berambeh Pamuk bersama Ahli Parlimen P.207 Igan Datuk Abdul Wahab Dolah yang julung kali diadakan di sini semalam mendapat sambutan memberangsangkan daripada penduduk setempat.
Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak Kenil Jeraiie berkata, pesta itu akan diteruskan pada masa akan datang sekali gus mampu menjadi ikon pekan tersebut.
"Pesta berambeh atau berulam seumpama ini mampu menjadi ikon Daro. Selain itu, ia juga mampu menarik penduduk di kawasan lain untuk bertandang ke sini bagi melihat pembangunan dan budaya yang terdapat di Daro.
"Program seumpama ini juga mampu mengekalkan makanan tradisional masyarakat setempat, di samping menyemai cara pemakanan yang sihat dalam kalangan penduduk," katanya dalam ucapan perasmian ketika mewakili Wahab.
Kenil memberitahu, program sedemikian mempunyai potensi tinggi untuk dijadikan acara tahunan agar ia mampu menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar berkunjung ke Daro.
Sementara itu, Imam Masjid Daro Ahmad Baseng, 60, berkata program seumpama itu mampu mengumpulkan masyarakat di Daro serta merapatkan hubungan penduduk setempat.
"Saya rasa gembira dan bersyukur kerana aktiviti seperti ini diadakan di kawasan kami, sambutan penduduk setempat juga sangat memberangsangkan dan saya pasti penduduk di sini sangat gembira dengan adanya program seperti ini.
"Usaha pihak kerajaan seumpama ini memberi teladan yang positif bagi generasi muda pada zaman sekarang merekalah tunjang masa depan negara," katanya ketika ditemui pemberita semalam.
Turut hadir Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Matu Johari Bujang, Pengerusi Persekutuan Perkumpulan Wanita (PPWS) Sarawak Kamsidah Narudin, Timbalan PPWS Samsiah Saibi serta yang lain.
Program tersebut turut diserikan dengan demonstrasi memasak daripada Chef Selebriti Jaafar Onn.
To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.
KUCHING: Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) kini menjadi kebimbangan di negeri ini kerana wabak kali ini adalah lebih awal daripada kitarannya iaitu setiap dua tahun.
Menurut Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil, wabak terakhir ialah pada 2011 dan menjangkau sehingga 2012 tetapi kini ia sudah mencapai tahap membimbangkan.
"Kawasan panas ialah di Sarikei, Sibu dan Miri dengan di Sibu dan Miri adalah me-ningkat sekarang. Saya setakat ini belum mendapat angka terbaharu tetapi ia memang meningkat," katanya kepada pemberita semalam.
Beliau ditemui selepas menyempurnakan penyerahan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 679 penerima di daerah Padawan, di Pejabat Daerah Kecil Padawan, dekat sini.
Bagi Kuching, Dr Jerip berkata ia ada merekodkan kes tetapi belum mencapai tahap wabak lagi.
"Angkanya belum mencapai 317 kes berbanding Sibu dan Miri di mana ia sudah mencapai tahap wabak kerana melebihi 317 kes," katanya.
Justeru, ADUN Bengoh itu menjelaskan pemantauan sedang dilakukan sekarang iaitu melibatkan semua tadika.
"Pasukan pengawasan kami akan ke semua tadika swasta dan tadika di sekolah," kata-nya.
Menjelaskan puncanya, Dr Jerip berkata ia kemungkinan disebabkan kekerapan perjalanan terutama semasa perayaan serta musim hujan dan buah-buahan.
Sehubungan itu, beliau menasihati ibu bapa khususnya anak mereka yang dijangkiti HFMD agar tidak membe-narkan mereka keluar rumah sekurang-kurangnya selama seminggu.
Tambah beliau, tadika juga perlu ditutup selama seminggu jika mereka mempunyai kes HFMD atau terdapat simptom penyakit bagi melindungi pelajar lain.
"Saya mahu orang ramai tahu bahawa kita mempu-nyai potensi wabak di seluruh Sarawak.
"Semua orang perlu sedar tentang situasi ini agar ia tidak menjadi membimbangkan.
"Apabila ini berlaku, semua orang mesti memberi perhatian dengan penjaga keber-sihan sendiri," katanya.
To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.