ads

Sabtu, 16 Mac 2013

11 di daro sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di daro sarawak - Google Blog Search


Pesta Berambeh Pamuk dapat sambutan hebat penduduk <b>Daro</b> <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2013 01:58 PM PST

Posted on March 10, 2013, Sunday

DARO: Sambutan Pesta Berambeh Pamuk bersama Ahli Parlimen P.207 Igan Datuk Abdul Wahab Dolah yang julung kali diadakan di sini semalam mendapat sambutan memberangsangkan daripada penduduk setempat.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak Kenil Jeraiie berkata, pesta itu akan diteruskan pada masa akan datang sekali gus mampu menjadi ikon pekan tersebut.

"Pesta berambeh atau berulam seumpama ini mampu menjadi ikon Daro. Selain itu, ia juga mampu menarik penduduk di kawasan lain untuk bertandang ke sini bagi melihat pembangunan dan budaya yang terdapat di Daro.

"Program seumpama ini juga mampu mengekalkan makanan tradisional masyarakat setempat, di samping menyemai cara pemakanan yang sihat dalam kalangan penduduk," katanya dalam ucapan perasmian ketika mewakili Wahab.

Kenil memberitahu, program sedemikian mempunyai potensi tinggi untuk dijadikan acara tahunan agar ia mampu menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar berkunjung ke Daro.

Sementara itu, Imam Masjid Daro Ahmad Baseng, 60, berkata program seumpama itu mampu mengumpulkan masyarakat di Daro serta merapatkan hubungan penduduk setempat.

"Saya rasa gembira dan bersyukur kerana aktiviti seperti ini diadakan di kawasan kami, sambutan penduduk setempat juga sangat memberangsangkan dan saya pasti penduduk di sini sangat gembira dengan adanya program seperti ini.

"Usaha pihak kerajaan seumpama ini memberi teladan yang positif bagi generasi muda pada zaman sekarang merekalah tunjang masa depan negara," katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Turut hadir Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Matu Johari Bujang, Pengerusi Persekutuan Perkumpulan Wanita (PPWS) Sarawak Kamsidah Narudin, Timbalan PPWS Samsiah Saibi serta yang lain.

Program tersebut turut diserikan dengan demonstrasi memasak daripada Chef Selebriti Jaafar Onn.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved