ads

Sabtu, 16 Mac 2013

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


29 keluarga miskin <b>di</b> MPP terima bantuan sewa rumah - My <b>Sarawak</b>

Posted: 15 Mar 2013 10:55 AM PDT

KUCHING: Sebanyak 29 keluarga miskin di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) menerima bantuan sewa rumah menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, semalam.

Penyampaian bantuan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu disempurnakan oleh Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil dan dihadiri Pengerusi MPP Lo Khere Chiang pada Majlis Penyampaian Cek kepada Penerima Bantuan Sewa Rumah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar di Dewan MPP, semalam.

Lo dalam ucapannya berkata, pada program itu sejumlah RM43,152 diagihkan kepada kesemua 29 keluarga terbabit dan setiap keluarga menerima bantuan sewa rumah sebanyak RM124 sebulan iaitu RM1,488 setahun.

"Terdapat enam keluarga yang menyewa rumah Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dan bantuan ini akan kita agihkan kepada HDC oleh MPP.

"Keluarga terbabit hanya perlu membayar baki sewa rumah kepada Suruhanjaya Perumahan," katanya.

Lo turut memberitahu, berhubung Program Bantuan Perumahan Bandar iaitu membina rumah, MPP telah mengemukakan tiga permohonan Bina Baharu Rumah kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Kata beliau, peruntukan untuk pembinaan setiap rumah baharu ialah RM43,000 dan MPP kini masih menunggu kelulusan berhubung permohonan terbabit.

Tambahnya, MPP telah menerima peruntukan sebanyak RM139,872 bagi Bantuan Sewa Rumah untuk tahun 2010 hingga 2012 yang telah memberi manfaat kepada 94 ketua isi rumah yang layak.

"Mereka ini telah berdaftar dengan sistem e-Kasih di Pejabat Daerah Kuching dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri di mana setiap ketua isi rumah dibayar bantuan sewa rumah pada kadar RM124 sebulan," jelasnya.

Sementara itu, Dr Jerip dalam ucapannya berkata, peruntukan yang telah diluluskan oleh kementerian itu dari tahun 2010 hingga 2013 telah mencapai angka RM526,024 dan disalurkan kepada semua golongan sasar yang layak.

"Peruntukan tersebut meliputi program-program seperti Bantuan Sewa Rumah, Bantuan Bina Baharu Rumah dan Program Jana Pendapatan iaitu pembinaan gerai penjaja atau kiosk penjaja.

"Penyaluran peruntukan ini kepada semua golongan rakyat yang layak merupakan kesungguhan dan komitmen daripada kerajaan," katanya.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved