Selamat pagi! Hari ini 6 April 2013 adalah hari terakhir saya cerita pengalaman saya bercuti ke Kuching Sarawak bersama Malindo Air dan Sarawak Tourism Board. Bagi saya, keseluruhan trip ni memang best. Boleh dikatakan setiap media dan blogger yang sertai trip ini sangat sporting. Kebanyakannya lone ranger je. So, berkenalan dengan ramai kawan baru. Siap boleh duk semeja makan. Tukar-tukar tempat duduk di dalam bas. Hahahaa. Tapi ini trip memang best! Rindu dengan kalian semua.
Trip ni ada kak Wany yang pandai cakap bahasa Sarawak dan kerana dia pandai, kami asik tanya dia kat mana kedai murah lah, kat mana tempat best nak shopping. Hahaha. Dia jadi pembantu Madam Rose le nampaknya. Hahaha.
Ada juga blogger yang kuat makan. Badan kurus je, tapi boleh jadi geng meja pirana! hahaha!
Pada hari terakhir di Kuching Sarawak saya breakfast jam 7.45 pagi. Lewat pula turun ke Riverside Majestic Cafe' sebab duk kemas bagasi. Walaupun saya kemas awal macam mana pun mesti tak siap packing juga. Hahaha!
Sekitar jam 8 pagi sudah naik bas. Kira lah setiap orang di dalam bas. Ada dua hamba Allah ni takda. Masa breakfast pun takda nampak muka mereka berdua. Maka dalam bas mulalah kerja kak Anis telefon mereka berdua ni. Tak berangkat telefonnya bila Anuar call. Sekali bila Kak Anis dah call kali ke berapa tah baru la angkat call. Terbabas tido. Nak dijadikan cerita best, mereka berdua ni malam tadi duk bagi kami jeles sebab mereka pi pekena Ayam Penyet! Tak ajak ponn.. So bila dah bangun lambat tu.. Mereka naik bas sekitar jam 8.45 kami tepuk tangan kekuat. Lambat bangun sebab ayam penyet tak hadam kot. Hahahaha. Nama dua orang hamba Allah ni adalah Faizal dan Irfan! LOL!!!
So dah setel kes mereka ni, dah tutup buku pon. Hahaha. Kami ke Lonely Cat Statue.
Dah bergambar, kita ke Medan Niaga Satok untuk shopping! Hehehe. Dekat sini macam-macam ada. Sampaikan tidak cukup kaki nak berjalan. Hahaha.
Saya pergi ke Medan Niaga Satok takda la beli sayur semua tu. Saya beli baju untuk family saya. Lebih kurang RM 97 saya laburkan di kedai dibawah ini. Hahaha. Nak tahu apa lagi ada di Medan Niaga Satok? Anda boleh baca di SINI
Dah membeli belah di Medan Niaga Satok, kami dibawa ke Pengusaha Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah. Dari Satok ke Petrajaya tidaklah jauh mana. Duk dalam bas tunggu sampai je la. Hahahaha.
Di Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah, macam-macam jenis kek lapis ada. Sampai tidak tahu lah mana yang saya nak beli. Tetapi the most saya suka adalah Cadbury Cheese. Bernilai RM 25 uols! Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah sentiasa mendapat sambutan kerana kualiti dan harga yang masih sama dari dulu hingga kini. RM 10 satu kek lapis memang menjadi rebutan! Untuk baca lebih panjang cerita di Dayang Salhah Kek Lapis (DSKL) anda boleh baca di SINI
Selesai memborong Kek Lapis. Jom pergi makan tengahari di Sarakraf Pavilion yang restorannya bernama Absalute Tribal. Pergghh. Ada umai tu.. Nyum Nyum Nyum!
Inilah Umai Sarawak,memang sedap lah. Saya suka sangat! Banyak lagi juadah yang kami semua nikmati. Ada Terong Dayak with Fish Curry, Nasi Goreng Nenas dan banyak lagi. Anda boleh checkidout di SINI.
Perut dah kenyang. Jom shopping lagi. Seterusnya kami ke Main Bazaar Kuching. Ramai rakan media ingin membeli souvenir untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Maka kami diturunkan di Main Bazaar Kuching depan balai polis. Sementara rakan media lain mencari barang souvenir masing-masing saya pergi mencari gelang. Hehehe.
Lepas dah beli gelang dan dua kali pusing Main Bazaar Kuching, saya pun balik ke Riverside Majestic Hotel. Main Bazaar Kuching terdapat banyak souvenir menarik.. Untuk lebih cerita panjang dan gambar menarik, jom baca di SINI. Sewaktu saya balik ke hotel, saya jalan kaki ikut Waterfront Kuching. Berangin skit kan. Syok!
Dalam jam 2 petang saya sampai di bilik hotel. Masa tu packing bagasi siap boleh duduk dekat atas bag sebab tidak boleh zip. Arghhh ahahahahaa! Nyesal tak bawa bag besar lagi satu. Tapi. Bila dah dua kali lipat kain dan susun balik semula. Muat sudah. Hahahha. Yelah saya beli souvenir baju tshirt dalam 10 helai, kain batik dan pelikat 5 helai. Hohohoho. Gigih menyusun dalam luggage!
Inilah hasilnya bila di Kuching International Airport.
Hahahahaha! Banyak tak? Tetapi yang masuk cargo adalah luggage dan udang galah and the gang aje. Naik kapal terbang saya bawa bag galas yang berisi gadget je. Hehehe.
As usual bila ambil tiket di kaunter, saya minta dengan baik dan comel-comel skit nak seat tepi tingkap. Sebab boleh mabuk kalau tidak tengok luar. Hahaha. Mahu keras dalam kapal terbang kalau tidak nampak awan. Hohohoho.
Saya kan pertama kali naik kapal terbang, pertama kali pergi Kuching dan pertama kali melalui pemeriksaan imigresen. Jadi dekat KIA ni saya gelabah bila lupa dimana IC dan slip imigresen tu. Ayoyoyo waktu itu lah nak terlupa. Banyak cerita juga ni. Anda boleh baca di SINI untuk cerita selanjutnya.
Selesai lah sudah percutian saya selama tiga hari dua malam tajaan Malindo Air dan Sarawak Tourism Board. Seronok, banyak kenangan dan pengalaman ditimba. Fuhh. Nanti saya pula jadi tourist guide untuk next family trip le ni. Grrr.. Hehehe.
Sekitar jam 10.00 malam saya sampai kat rumah di Damansara. Simpan udang galah, ikan terubok dan telur ikan terubok dalam peti beku dahulu sebelum mandi dan tidur.. Tidur pasang air cond untuk ambil feel Riverside Majestic Hotel. Arrggghh saya dah rindu kalian semua. Best sangat!
Terima kasih Malindo Air dan Sarawak Tourism Board! Jumpa lagi!
Belum baca cerita hari pertama dan kedua? Anda boleh klik link dibawah ni.
xoxo!