Rabu, 8 Jun 2011

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


my life story!! carolynna TLC: kampung serasot <b>bau</b> , <b>sarawak</b>...

Posted: 06 Jun 2011 12:37 AM PDT

hey guy, hari ini saya rasa boring laa.... skarang saya dekat kampung mumy saya....

nak tahu tak kat mana hehehex...kmpung mumy ku kat kampung serasot, bau, sarawak... kamu semua pasti tahu kan  atau tak tahu...herm....

kampung serasot,bau,sarawak terletak berdekatan dengan kampung stass....kalau tak tahu stass kat serikin.... serikin pasti kamu semua tahu kan... laa....serikin tu jauh sikit laa...limpas-limpas je....

kat sini juga ada sebuah gua, gua pari2 tau...fairy cave....tapi saya tak pernah pergi la...harap suatu hari nanti saya dapat pergi ke sana...

tasik biru,bau ,sarawwak...

pernah dengar tak?? hehex... saya ini dengar sahaja, tak pernah pergi laa... 

banyak tempat-tempat yang menarik di bau ini laa...w0ooww....

harap suatu hari nanti,saya dapat pergi ke tempat-tempat yang best di bau ini... hehehex...

stakat ini saja yang dapat saya ceritakan...ada masa jumpa lagi...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


Boeing Ada <b>Di</b> Limbang Atau <b>Lawas</b>? « <b>Di</b> Halaman Limbang….

Posted: 30 May 2011 07:26 AM PDT

NAK ke Limbang memerlukan kita menggunakan ATR atau Fokker untuk jalan udara melalui Miri, untuk jalan darat kita kena melintasi negara Brunei dulu dan nak gunakan jalan laut kena pula melalui Labuan. Limbang ni satu wilayah yang payah untuk kita kunjungi jika tak ada apa-apa yang penting untuk ke situ. Jika nak datang sahaja tanpa tujuan pasti orang tak akan datang ke Limbang.

Mereka-mereka yang datang ke Limbang mungkin kerana ada kepentingan seperti urusan rasmi kerja, nak melawat saudara mara dan mungkin ada hal-hal yang berkaitan dengan Limbang. Jarang orang yang datang ke Limbang semata-mata untuk datang sahaja dan pasti ada tujuan yang nak ke situ.

Tapi, mengapa pihak penerbangan MAS ataupun Airasia tidak menggunakan laluan Limbang untuk destinasi ke Kuala Lumpur ke, Kuching ke, Kota Kinabalu ke ataupun mana-mana destinasi di wilayah Sarawak misalnya. Yang aku tahu sejak dulu-dulu lagi hanyalah Miri, Lawas dan Kota Kinabalu(itupun sekali seminggu dan sekarang tiada lagi) sahaja destinasi yang melalui Limbang.

Adakah di Limbang ni tak ada apa-apa yang nak dilihat, ditengok, dilawati sehinggakan terpaksa pihak MAS menggunakan Miri sebagai tempat perrsinggahan sementara menunggu kapal terbang untuk ke Limbang. Mengapa tak ada kapal terbang yang terus dari destinasi yang lain ke Limbang? Adakah juga kerana lapangan terbang yang dibina hanya untuk setakat ATR atau Fokker sahaja? Mengapa tak dibina landasan yang boleh juga digunakan untuk kapal terbang seperti Boieng ke? Tak perlulah aku nak pergi ke Miri atau Brunei atau Labuan ataupun Kota Kinabalu untuk pergi ke wilayah lain di Malaysia ni. Ataupun suatu masa nanti aku terpaksa menggunakan kapal terbang jenis Boeing di Lawas? Ia tak mustahil boleh berlaku, memandangkan sekarang kerajaan dah berura-ura nak bina lapangan terbang baru di Lawas, khas untuk bahagian utara Sarawak dan wilayah yang bersempadan dengan Sarawak iaitu sekitar Beufort, Sabah.

Jikalah Lawas mempunyai landasan yang sesuai untuk Boeing, pasti pembangunan di Lawas semakin rancak lagi, dengan adanya Hotel Seri Malaysia yang sudah untuk mempastikan bahawa yang Lawas suatu hari nanti akan membangun seiring dengan wilayah-wilayah yang lain sedang  dan telah membangun.

Ini hanyalah gambaran aku sahaja tapi ia boleh untuk direalisasikan dengan kesungguhan orang di situ dan pemimpin yang betul-betul seorang pemimpin bagi wilayah itu sendiri.

Dan mungkin tahai nanti akan terbang ke sana dan ke sini bila perkara ini berlaku atau mungkin tahai akan dilupakan dan diganti dengan "tahai-tahai moden" dari luar sana yang lebih enak lagi bagi generasi yang baru ini. Yang pasti ramai orang yang bukan orang Lawas akan datang ke situ bukan lagi atas urusan rasmi dan melawat saudara mara seperti di Limbang dulu-dulu tapi atas urusan mencari kekayaan. Mungkin aku dan kita di Limbang dan Lawas tidak turut serta mencari urusan kekayaan juga tapi sekadar mengatakan Limbang atau Lawas sudah ada pembangunan dan sudah membesar, syukurlah…

This entry was posted on May 30, 2011. It was filed under Catatan Musafir and was tagged with .

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


INI BLOG BUI: Gambar-Gambar Semasa &#39;Melencong&#39; <b>Di Miri,Sarawak</b>

Posted: 10 May 2011 11:02 PM PDT

salam semua

aritu,aku ada cakap aku g Miri kan
sebab aku datang rajin hari ni,so..
aku uploadlah gambar2 masa aku kat sana
untuk pengetahuan korang,kami pergi ber-5
aku,hubby,anak2 aku dan adik aku..
korang layan jerlah gambar2 'syiook sendiri' kami kat bawah ni..
jangan sampai muntah,dahlah..wakaka..

posing dalam 'belon'..wakaka..

bilik hotel tempat kami menginap
Hotel Imperial,Miri..
kalau korang lawat Miri,stay kat hotel ni sebab atas hotel,bawah shopping kompleks
nak shopping senang..lagipun hotel ni di tengah2 bandar Miripose masa nak pergi breakfast dan semasa breakfast..

lepas breakfast,kami pergi sekolah lama hubby aku
SM Sains Miri..dah 19 tahun dia tinggalkan sekolah ni..
banyak kenangan dia kat sini..

lepas pergi sekolah,kami pergi pulak kat Esplanade,Miri
best pantai ni..bersih..dapat tengok sunset lagi..

ni gambar yang adik aku ambil..cantikkan..wakaka..

ala2 kandid..

b4 balik,kami main2 air dulu..
berendam sampai menggigil,baru balik bilik..
kemas2,then pergi airport..balik Kuching.......

nih,gambar aku bersama2 kawan sekursus..utk pengetahuan korang,aku ke Miri atas urusan kerja..tapi aku angkut sekali anak2,adik dan suami bawak g jenjalan..

tu jerlah gambar2 yg aku nak korang tengok,banyak lagi gambar sebenarnya,tapi oleh kerana aku takut korang muak sampai muntah tengok,aku upload sikit ni je lah..bukan apa,sebagai bukti aku ke Miri..nanti korang cakap aku tipu pulak..wakaka..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


Seperti Diary Penulis...: Perjalanan parcel saya ke <b>Sarikei Sarawak</b>.

Posted: 07 Apr 2011 08:35 PM PDT

E.ntah apa yang akan saya merapu disini... saya minta maaf.. hahah... yang pasti saya mahu berkongsi cerita tentang perjalanan barang yang saya pos ke Sarikei Sarawak. Beginilah peniaga online agaknya..

Semalam saya sms seorang pelanggan saya untuk memastikan beliau terima barang saya dengan selamat. Barang tersebut bernilai rm90 dan kos pos rm13, haruslah saya risau.  Jika rm10 sekalipun harga barang saya, saya tetap risau, ini soal amanah bagi saya sebagai peniaga online.

Sayangnya cik penerima memberitahu beliau belum terima barang tersebut. Ini amat mengejutkan saya.
22/03/11 tarikh penghantaran sehingga 07/04/11 haribulan tak mungkin bagi saya barang tersebut belum sampai. Sudah lebih dari 2 minggu!!
okey. Saya semak online. semak sini dengan no rujukan yang saya simpan. Apa yang saya lihat, perjalanan yang sangat menarik untuk parcel tersebut.. anda mahu tahu??
yang keluar lebih kurang macam ni:

proses time                                          post office                      status
1. 22 march 2011         11:33:43am     GPO JB                        Pengeposan di kaunter GPO JB
2. 22 march 2011         04:15:42pm     PDC JB                        Terima pengeposan
3. 22 march 2011         07:54:42 pm    PDC JB                        send item to Sarikei
4. 25 march 2011         04:20:50am      PDC sibu                     send item to PDC sibu
5. 26 march 2011         09:40:38am      sarikei                           out for delivery
6. 26 march 2011         11:27:26am      sarikei                          Delivered
7. 04 april 2011            12:15:17pm     pos laju alor setar         Send item to JB
8. 06 april 2011            01:22:06pm     PDC JB                       call card send  to customer
9. 07 april 2011            09:30:21am     PDC JB                        out for delivery
10. 7 april 2011            10:35:13 am    PDC JB                        delivered

Apa yang saya faham pada awalnya ialah barang tersebut sudah sampai ke Sarikei post office. Mungkinkah barang tersebut berpatah balik ke JB??? Ada tulis DELIVERED pada 26 mac bermakna penerima sepatutnya sudah terima barang tersebut.

Untuk menjawab persoalan ini, saya google alamat pejabat pos sarikei. Saya masuk ke sini dan saya call no yang ada 083-411212. En. Ajis Sapari yang menjawab panggilan menyatakan beliau di pejabat pos Kabong Sarawak, bukan sarikei... huhu.  En. Ajis sangat bersopan santun dan beliau akui parcel tersebut telah dihantar ke Sarikei. Katanya beliau ada terima parcel tersebut di kabong, dan beliau telah menghantarnya ke sarikei. Owh, begitu perjalanan parcel saya.. Sudah tu...  En.Ajis bagi pula no telefon pejabat pos sarikei 084-656122.

Okeyh... ini cerita musti bagi selesai.... saya terus call no yang en.ajis bagi tu... Yap, pejabat pos sarikei... kali ini En. Faris pula menjawab panggilan. Bila di semak.... Barang tersebut telah selamat sampai ke rumah penerima pada 26 mac 2011. Owh, benarlah seperti dalam jadual diatas. En. Faris ni siap bagi nama penerima lagi... huhuhu.... harus~ dimanakah kesilapan disini sehingga pelanggan saya kata masih belum terima lagi barang tersebut??

Apa kisah parcel itu ya?? atau penerima saja bagi saya wisau... huhu... nakal ya... owh... risau.... saya akan update kisah parcel ini pada komen dibawah setelah saya dapat jawapan terbaru dari customer saya.. InsyaAllah.. buat panduan peniaga-peniaga online seperti saya.. :)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


MUJAHIDEEN ISLAM: Ekspedisi Dakwah "Kembara Ilmu" <b>Di</b> Perkampungan <b>...</b>

Posted: 01 May 2011 10:21 PM PDT




Salam alayk'. Perjalanan berkampung selama dua hari  iaitu pada 30hb April hingga 1 Mei 2011 di Kampung Senah Rayang, Padawan Sarawak memberikan seribu makna buat penulis. Program Ekspedisi Dakwah yang dinamakan "Kembara Ilmu" ini dianjurkan dengan oleh organisasi penulis dengan kerjasama daripada Darussyifa', Jabatan Kesihatan Negeri, Urusetia Saudara Kita (USK) dan juga JAKIM Cawangan Sarawak.


Tidak dinafikan dua tarikh program untuk ekspedisi ini menyebabkan penulis tidak dapat memberikan komitmen pada dua program yang lain kerana berlaku pertembungan. Sebelum itu, penulis meminta maaf kepada sahabat-sahabat kerana tidak dapat menghadirkan diri ke mesyuarat agung (muktamar) yang merupakan medan muhasabah khususnya untuk para-para penggerak dakwah di bumi kenyalang yang dijadualkan diadakan di Sibu dan juga kepada sahabat mahasiswa daripada UNIMAS yang telah menjemput penulis untuk memberi pengisian di dalam program yang dijalankan, namun permintaan itu tidak dapat penulis penuhi.


Jalan Masuk Kampung & Anak Angkat






Perjalanan masuk ke kampung Senah Rayang daripada jalan utama sangat 'mencabar'. Jalan yang rosak dan tidak diperbaiki menyebabkan penulis berasa semacam berada di dalam roller-coaster biarpun menggunakan kenderaan 'pick-up' Ford Ranger. Sedang dalam perjalanan, penulis mendengus di dalam hati, "Siapalah pemimpin masyarakat di daerah ini??"




Selesai slot pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh dua pihak iaitu Jabatan Kesihatan Negeri (perubatan moden) dan Darussyifa' (perubatan alternatif). Slot "Pembahagian Anak Angkat" bermula dengan melibatkan penduduk keluarga Kg. Senah Rayang yang majoritinya berbangsa Bidayuh Islam. Penulis yang mendapat "mak angkat" iaitu Puan Rohani dan tiga orang adik angkat iaitu Akhmal (Mai), Haikal dan Azri. Alhamdulillah, mereka sungguh mesra terutama gelagat Azri yang sentiasa tidak lepas dari memegang tangan penulis dan seringkali mengajar penulis berbahasa Bidayuh.


Forum Bicara Ummah: "Akhlak Islamiyyah"


Pada sebelah petang hari yang pertama pula diadakan program riadhah bersama penduduk kampung iaitu dengan acara-acara menarik seperti perlawanan bola sepak (lelaki/bapa/belia), mengupas kulit epal (wanita/ibu) dan sukaneka (kanak-kanak), pada sebelah malamnya pula diadakan "Forum Bicara Ummah" dengan tajuknya "Akhlak Islamiyyah".


Dengan taklifan penulis yang menjadi moderator forum dan dibarisi oleh tiga orang ahli panel iaitu Ustaz Kariah Bin Abd Rahman (Pen. Pengarah Bahagian Dakwah, JAKIM Sarawak yang juga lulusan Ijazah Sarjana Dakwah & Kepimpinan dari UKM), Ustaz Mohd Syahnan Bin Mohd Zain (Pensyarah Politeknik Kuching dengan kelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan Islam dari UTM Skudai) dan Ustazah Zainab Binti Mohd Ahmad (Pensyarah Politeknik Kuching lulusan Ijazah Sarjana Syariah Islamiyyah (Jinayah & Siasah) dari Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara). Dengan kemantapan tiga orang ahli panel ini, slot forum pada malam itu berjalan dengan lancar dan proses perkongsian ilmu menjadi lebih mudah ditambah dengan senda gurau yang menjadi daya tarikan ahli panel.

Air terjun Kg. Senah Rayang

Pada hari terakhir, ceramah motivasi dilakukan di dua tempat pada masa yang sama iaitu Seminar Keibubapaan (ibu/bapa) di Surau dan Motivasi Pelajar (belia/kanak-kanak) di Dewan Serbaguna Kg. Senah Rayang. Majlis perasmian penutupan program ini diadakan pada jam 11.30 tengahari juga di dewan serbaguna kampung tersebut.


p/s: Penulis insyaALlah akan 'upload'kan keseluruhan gambar pada entri yang seterusnya. Waterfall Kg. Senah Rayang, tidak akan kulupakan!




Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads