Rabu, 27 Jun 2012

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


Pengetua Sekolah <b>di Serian</b>, <b>Sarawak</b> Dituduh Menerima Suapan <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2012 01:45 AM PST

KUALA LUMPUR – Seorang pengetua sekolah di Serian, Kuching, Sarawak dituduh menerima suapan RM12,000 bagi memberi markah tertinggi dalam penilaian prestasi pembekalan makanan bermasak di Mahkamah Sesyen Kuching hari ini.

"Bagi pertuduhan pertama tertuduh berusia 58 tahun pada 16 Februari 2009 pada pukul 8.00 pagi di dewan makan sebuah sekolah didakwa menerima satu suapan wang tunai sebanyak RM12,000 sebagai dorongan memberi markah tinggi penilaian prestasi pembekalan makanan bermasak terhadap sebuah syarikat.
"Suapan itu juga didakwa bertujuan mempercepatkan proses tuntutan pembayaran kepada syarikat tersebut bagi bulan Januari 2009," kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, tertuduh mengaku tidak salah terhadap pertuduhan dan minta untuk dibicarakan.
Kata kenyataan itu, hakim membenarkan tertuduh dijamin dengan jaminan mahkamah sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Manakala tarikh sebutan ditetapkan pada 26 Mac 2012 dan tarikh bicara ditetapkan pada 2 hingga 5 April 2012, tambah kenyataan itu.
"Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan yang mana lebih tinggi," kata kenyataan itu lagi. 

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di subis sarawak - Google Blog Search


IdrisTalu: Telur terubuk masin <b>Sarawak</b> berharga RM400 sekilogram

Posted: 24 Jun 2012 10:56 AM PDT


'Caviar hitam Sarawak' emas di dalam ikan
KUCHING: Ia mungkin tidak semewah 'caviar hitam' dari Laut Caspian yang berasal daripada telur ikan beluga, namun telur ikan terubuk masin Sarawak tetap 'mewah' sehingga ada pihak menggelarnya 'emas di dalam ikan'.
Masakan tidak, dengan harga ikan telur terubuk masin mencecah hingga RM400 sekilogram, pembeli boleh memilih membeli cincin emas atau menikmati kelazatan telur yang digoreng garing sehingga kuning keemasan.
Walaupun ada menganggapnya tidak masuk akal, telur ikan terubuk masin mendapat permintaan tinggi ramai penggemarnya yang mengakui 'ketagih' selepas merasa keenakan rasa lemak dan lembut telur ikan itu.
Bagaimanapun tanpa disedari orang ramai, telur ikan terubuk sebenarnya diperoleh peniaga dari bekalan ikan yang dibeli pukal daripada pembekal sebelum dijual secara berasingan dari ikan terubuk masin yang harganya serendah RM10 bagi empat ekor.
Ikan terubuk itu bukan diperoleh dari kawasan perairan negeri ini, sebaliknya diimport pemborong yang membawanya masuk dari Myanmar, Vietnam atau India, berikutan bekalan ikan tempatan tidak mampu menampung permintaan yang semakin tinggi.
Pengasas ikan terubuk masin, Ibrahim Mohd Sahari, 50, berkata harga telur ikan yang terlalu tinggi tidak dapat dielak kerana menampung peningkatan kos bekalan ikan terubuk yang mencecah antara RM150 hingga RM400 sekotak.
Ibrahim memulakan perniagaan pada 1989 berkata, bekalan ikan terubuk gred A cuma RM35 bagi 62 ekor dengan berat antara 800 gram hingga satu kilogram, tetapi kini mencecah RM400.
"Ketika mula berniaga, saya menjual ikan terubuk masin gred A RM15 seekor. Menjelang 1991, saya menjual sehingga lima kotak atau 300 ikan setiap hari dengan bekalan dibawa dari Thailand.
"Berikutan permintaan terlalu tinggi, beberapa pekerja saya kemudian membuka perniagaan sendiri di sekitar Pasar Satok dengan jumlah peniaga ikan terubuk masin meningkat kepada 10 gerai pada 1997," katanya yang berpengalaman selama 22 tahun memproses ikan berkenaan.
Bagaimanapun akibat krisis ekonomi, ikan terubuk dari Thailand menjadi terlalu mahal sehingga memaksa peniaga tempatan beralih kepada bekalan dari Myanmar menyebabkan ikan terubuk mula digred mengikut saiz.
Sementara itu, tinjauan Berita Minggu di Sadong Jaya mendapati harga telur ikan terubuk tempatan sekitar RM280 bagi setiap kilogram berikutan musim menangkap ikan terubuk yang bermula Januari hingga Jun.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


CIK ARIFAH: Make Up Wedding <b>Di Miri</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 27 Jun 2012 04:31 AM PDT

Assalamualaikum! ngaa..lamak gila sik updated blog. banyak mekap client sik sempat di snap time buzy ngan wedding sidak aria. maklum la tugas kmk selalunya sik merangkap sebagai mekap artis ajak,tapi lebih dari ya. hehehe. paling best last mek mekap aria ada client request mintak jadi pengapitnya. ngaa..k la.try updated mana nok sempat.

Make Up di Pujut Tanjung Batu,Miri untuk majlis persandingan.
Selamat pengantin baru buat Puan Mariani dan suami tercinta. :) 

Make up di Kampung Riam Jaya untuk majlis persandingan. 
Selamat pengantin baru buat kak Ruby. Thank you sebab sudi nunggu awal2 pagi. hehehe. :)
p/s: apa-apa tempahan make up please buat awal beberapa bulan sebelum majlis anda. hubungi nombor 010-9683785 untuk direct sms atau call.

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


Shafie Nor: Kes HFMD <b>di Sarawak</b> meningkat selepas cuti

Posted: 22 Jun 2012 04:55 AM PDT

KUCHING, JUMAAT, 22 Jun, 2012: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sarawak mencatatkan peningkatan selepas cuti sekolah dan sambutan Gawai dengan 341 kes baru dilaporkan dari 17 Jun sehingga hari ini. 
Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak, Dr Zulkifli Jantan, berkata peningkatan jumlah kes dicatatkan di Kuching, Samarahan, Betong dan Sarikei dalam tempoh itu.
"Jangan hantar anak-anak yang dijangkiti HFMD ke pusat jagaan kanak-kanak atau mana-mana institusi manakala aktiviti di luar rumah pula perlu dihadkan, yang akan turut membantu mencegah komplikasi akibat jerebu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, terdapat 32 kemasukan ke wad minggu ini manakala 24 kluster dilaporkan, membabitkan 19 kluster keluarga dan lima pusat jagaan kanak-kanak. 
Empat arahan penutupan dikeluarkan kepada SK Tarat dekat Serian, Tadika Kemas Kampung Maong di Kuching, Taska Permata Perpaduan Bumiko di Miri dan Pusat Jagaan Harian St Francis di Sarikei. 
Jumlah kes terkumpul setakat ini adalah 8,142. - BERNAMA

ads