Isnin, 6 Jun 2011

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


AirKu; Air Malaysia: Empangan Gerugul

Posted: 13 May 2011 10:51 PM PDT

Empangan Gerugul di Sarawak membekalkan bekalan air bersih ke bandar Sarikei.

Fenomena El Nino

Pada 6 Ogos 2009, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan menyatakan musim kemarau ekoran fenomena El Nino, menyebabkan paras air di empangan dan Sungai Sarawak Kiri menurun secara tiba-tiba. Lembaga Air Kuching mendapatkan bekalan air mentah dari empangan ini.

August 06, 2009 22:03 PM

Catuan Bekalan Air Di Sarawak

KUCHING, 6 Ogos (Bernama) -- Sarawak yang sedang mengalami masalah kekurangan air akibat musim kemarau sejak beberapa minggu lalu akan mencatu bekalan air di sesetengah kawasan.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan berkata musim kemarau ekoran fenomena El Nino, menyebabkan paras air di empangan dan sungai menurun secara tiba-tiba.

"Kawasan sekitar bandar Sarikei di pantai tengah Sarawak paling teruk dilanda kemarau di mana air mentah dari Empangan Gerugul semakin berkurangan.

"Musim kemarau selama dua minggu lagi akan menjejaskan ribuan penduduk di Bahagian Sarikei.

"Notis mengenai masa catuan di Sarikei akan dikeluarkan esok bagi menjimatkan penggunaan air di kawasan berkenaan sementara di Simunjan di Bahagian Samarahan, notis telah dikeluarkan hari ini," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Dr Chan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri berkata Tanjung Manis, Belawai dan Beladin di Bahagian Mukah adalah antara kawasan yang dikuatiri akan mengalami kekurangan bekalan air.

"Musim kemarau yang berpanjangan menyebabkan paras air di Sungai Sarawak Kiri, di mana Lembaga Air Kuching mendapatkan bekalan air mentah menjadi begitu rendah.

"Saya menyeru kepada pengguna agar tidak membazir air, jika tidak pihak berkaitan akan mengenakan catuan air," katanya.

Dr Chan berkata kira-kita dua juta meter padu air telah diedarkan menerusi lori tangki, trak dan bot Jabatan Kerja Raya kepada 75 kampung yang mengalami musim kemarau.

Beliau berkata operasi pembenihan awan di kawasan tadahan air di sini dan beberapa kawasan pantai akan dilakukan bermula Isnin depan untuk menghasilkan hujan.

"Berikutan taufan Morakot yang membawa asing kencang, tidak terdapat pembentukan awan beberapa hari lalu. Jabatan Meteorologi Negeri meramalkan lebih banyak awam akan terbentuk hujan apabila taufan tersebut dijangka tiba dua hari lagi," katanya.

---Berita dari BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Lawatan Tuan Haji Mat Sabu Dapat Memberi Semangat <b>...</b> - <b>Sarawak</b> Update

Posted: 26 May 2011 12:25 AM PDT

Tuan Haji Mat Sabu menyampai sumbangan kepada salah seorang mangsa rumah yang terbakar.

MIRI – Program lawatan sambil kerja Tuan Haji Mat Sabu, AJK PAS Pusat ke Miri pada  24hb  Mei 2011 baru-baru ini benar-benar memberi impak dalam meneruskan momentum Pakatan Rakyat Miri yang terdiri daripada PAS-DAP-PKR dalam bersiap sedia dalam menghadapi Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Program bermula dengan perjumpaan bersama pimpinan Pakatan Rakyat Miri terdiri YB DUN Piasau yang baru, En Ling Sie Kiong, Dr Michael Teo (wakil rakyat sebenar bagi DUN Senadin yang tewas dengan majoriti 58 undi pos ) dan YDP PAS Miri,Tuan Haji Jofri Jaraiee.

Tuan Haji Mat Sabu juga memberi peringatan agar Pakatan Rakyat di Sarawak mesti terus bekerjasama dengan lebih erat dan kukuh lagi demi mencapai cita-cita Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya. Beliau yakin sekiranya Pakatan Rakyat Sarawak dapat menyumbangkan 10  atau lebih kerusi Parlimen, Insya-Allah beliau yakin kerajaan pusat pasti tumbang dan dengan sendirinya kerajaan BN Sarawak akan tunduk dibawah pemerintahaan baru di Pusat.

Sebaik selesai perjumpaan tersebut,rombongan terus menemui mangsa kebakaran rumah setinggan di Pujut Corner yang berlaku beberapa hari yang  lalu. Ini susulan dari pertemuan awal yang lalu. Lebih dari 17 buah keluarga mangsa kebakaran menerima bantuan dari Pakatan Rakyat.

Pada sebelah malam rombongan mengadakan ceramah perdana di kediaman YDP PAS Miri. Pada ceramah tersebut dalam ucapan aluan YDP PAS Miri ada menyatakan hasrat PAS Miri agar diberi peluang untuk bertanding di Parlimen Miri dalam PR13 nanti memandangkan rakan pakatan yang lain di Miri sudah diberi peluang bertanding dalam pilihanraya umum Sarawak yang lalu, dimana DAP bertanding di 2 buah DUN Piasau dan Pujut dan PKR di DUN Senadin. Inilah masanya untuk Pakatan memberi peluang dan menujukkan setiakawan,sepakatan dan sefahaman dalam Pakatan Rakyat di Sarawak.

Kata beliau semasa ucapan aluan tersebut "DAP perlu ada bulan, sebab roket (DAP) tanpa bulan (PAS) memang susah untuk mendarat (berkuasa). Jadi  Roket (DAP) perlu berkerjasama dengan bulan (PAS)  untuk menawan putrajaya.

PAS hendak buktikan bahawa PAS bukan parti esktrimis dan perkauman seperti yang disebut oleh pemimpin BN sebab itulah PAS Miri hendak buktikan bahawa mereka boleh bersama dengan semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Dengan adanya sokongan rakan Pakatan dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hasrat PAS Miri dan Pakatan untuk menawan parlimen Miri sudah pasti akan tercapai dengan izin Allah. Insya-Allah.

Dalam ceramah perdana tersebut juga Tuan Haji Mat Sabu juga menyeru agar orang melayu jangan hanya menyerah pada takdir semata-mata. Beliau berkongsi bersama hadirin semasa pilihanraya Sarawak ke10 yang lepas dimana katanya "Walaupun ramai orang Melayu dan penduduk bumiputera masih hidup dalam kemiskinan tapi masih tetap dengan  bendera dacing untuk menyelimut rumah usang mereka.Mereka tetap memberi sokongan kepada BN." Katanya lagi "Sifat orang kita ini ialah terserah kepada Takdir,Sikit-sikit takdir,CM kaya ,Takdir, orang cina kaya itu pun takdir, orang melayu semakin miskin pun takdir…" Katanya orang Melayu perlu berani menyuarakan masalah mereka dan perlu belajar cara budaya  kaum cina/tionghua yang berani menyuarakan suara hati mereka.

Antara lain kata beliau rakyat Sarawak jangan takut untuk berubah kalau takut selamanya rakyat Sarawak akan jadi hamba pada BN jadi bersedialah untuk berubah dan merdeka dari perhambaan BN selama ini.

Pakatan Sarawak akan meneruskan Program bersama rakyat walaupun pilihanraya umum negeri Sarawak baru berlalu sebab pilihanraya umum yang ke 13 (PR13) akan menentukan nasib rakyat Malaysia semada untuk terus diperintah oleh Barisan Nasion (BN) atau bertukar kepada Pakatan Rakyat (PR).

Harapan kita kali ini jangan ada perebutan kerusi di antara Pakatan di saat-saat akhir menjelang pilihanraya umum nanti kerana kita mesti belajar dari kesilapan dan kegagalan Pakatan Rakyat Sarawak untuk mengambil alih kuasa dari BN dalam pilihanraya umum Sarawak yang lalu.

Semoga hasrat rakyat untuk melihat perubahan yang lebih besar akan menjadi kenyataan sekiranya Pakatan Rakyat terus bekerjsama dan siap sedia untuk mengambil alih putrajaya nanti.

PAS Miri

Short URL: http://sarawakupdate.com/home/?p=24941

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Saya Punya Blog: Jalan - Jalan <b>Di Sibu, Sarawak</b>

Posted: 29 May 2011 12:49 AM PDT

Baru-baru ini saya telah mengunjungi Bandar Sibu buat kali ke-2 bersama ehem-ehem. Ternyata Bandar Sibu amat memukau dari segi frasarana dan bangunan tinggi melampai langit. Pada masa yang sama, keramahan penduduk tempatan amat menyenangkan.

Antara tempat yang saya kunjungi ialah:

Medan Selera (Open Air)

Medan Selera ini terletak berhampiran Hotel Primier dan Hotel Royal Inn. Makanan di sini amat murah dan terdapat pelbagai jenis lauk pauk. Antaranya, roti canai, nasi campur, abc dan sebagainya. Pondok Kupon Parking juga terletak berhampiran dengan Medan Selera ini.

Di bahagian bawah Hotel Primer disediakan bangunan 'Shopping Complex', iaitu 2 tingkat. Hotel Primier ini amat strategik kepada sesiapa yang inginkan frasarana lengkap. Hotel ini juga menyediakan wireless jalur lebar internet kepada penyewanya. Kepada pelancong yang mempunyai bajet kecil, anda boleh menginap di Hotel Royal Inn dengan kadar sewa RM45.00 untuk 1 malam.

Medan Selera ini tidak jauh dari Hotel Tanah Mas. Hotel ini adalah yang paling baru dan tercantik yang pernah saya lihat di Sibu. Pastinya, harga menginap untuk 1 malam pada kadar sewa 'bling-bling'.

Sekarang kita beralih pula pada Pintu Gerbang Sibu.

Pintu Gerbang Sibu ini pemandangan di ambil dari tepi jalan. Memang Cantik! Di sinilah setiap malam penduduk akan bermain kereta kontrol. Tak lupa juga, ada yang datang ke sini untuk dating. Nama la juga Taman Rekreasi. So kepada sesiapa yang merancang hendak datang ke Sibu, datanglah ke Taman ini bersama keluarga.

Sempena maraikan Hari Gawai Dayak 2011 ini, terdapat banner yang telah di tampal oleh pihak belia.

Bawalah keluarga anda bercuti dan menikmati aktiviti yang diadakan sempena Gawai ini. Pastinya, akan memeriahkan lagi suasana perayaan ini. "Eratkan Kasih Sayang Bersama Keluarga"

Ini adalah gambar Peguin yang di ambil berhadapan dengan Pasar Besar Sibu. Jika ada kesempatan di masa akan datang ke Sibu, saya akan mengambil lebih banyak gambar untuk kita kongsi lihat bersama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads