Jumaat, 25 April 2014

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


tugasan rasmi <b>di bau</b>, <b>sarawak</b> (kemalangan maut pekerja <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2014 06:20 AM PDT

Pada 22 Mac lalu aku berada di Kg Batu Laut, Banting kerana menghadiri majlis perkahwinan anak sedara aku Syazana Ramli dengan pasangan dia Syazwan Mahadhir.  Selepas asar aku bertolak pulang ke rumah...sempat singgah Perkuburan Bt Laut....dah lama aku tidak ziarah kubur emak dan abah..

Sebaik tiba di rumah aku dapat panggilan boss aku, menyuruh aku ke Kuching kerana ada kes kemalangan maut yang baru berlaku pagi itu di Bau, melibatkan seorang pekerja kontraktor TM. Kelam kabut cari tiket kapal terbang dan hotel. Syukurlah dapat tiket Malindo Air...kali pertama aku naik Malindo Air. Malam tu terus berkemas dan memang sengaja bawak lebih baju dan seluar , mana tahu kalau kes dan siasatan berpanjangan di Kuching nanti..  

Esoknya Ahad, 23 Mac....aku amik penerbangan jam 2.45 petang dari LTA KLIA .....mendarat di LTA Kuching lebih kurang 4.30 petang...hampir setahun aku tidak ke Kuching...bermacam2 difikiran aku dan perancangan untuk memulakan siasatan dan pemeriksaan pada keesokan harinya. Taklimat kepada DOSH Sarawak. Keesokan harinya terus ke Bau.
KPG MELAYU PENGKALAN , BAU
Sekadar berkongsi beberapa keping gambar untuk tatapan.....keputusan penuh dari pihak DOSH dan pihak kami tidak dapat disiarkan kerana dibimbangi mendahului keputusan awal pihak DOSH Sarawak.....semua ini satu pengalaman baru bagi  aku.  Aku memang ingin belajar dan menyiasat dari kes kemalangan maut ini. Pekerja tersebut berumur 18 tahun....muda lagi ....ajalnya telah tiba...

TALIAN TM DAN KABEL VOLTAN TINGGI SESCO SANGAT DEKAT DAN BERSEBELAHAN.
Yang pasti ada keluarga yang hilang anak dan berkemungkinan besar akan ada yang hilang pekerjaan dan ada Syarikat yang akan hilang projek akibat kemalangan maut ini. Itu realiti bila berurusan dengan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan walau di mana kita berada selagi kita berada di Malaysia.

DI SINILAH PEKERJA KONTRAKTOR ITU MAUT


TIANG SESCO SEBELAH KANAN BEGITU RENDAH....SALAH SATU PUNCA BERLAKU RENJATAN KEPADA ANGGOTA KONTRAKTOR TM...ADA LAGI SEBAB LAIN ITU TIADA PENGALAMAN DAN KECUAIAN PEKERJA KONTRAKTOR TM...
Sekitar kawasan lokasi  kawasan kemalangan maut tersebut. 

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Pengundian awal Pilihan Raya Umum Indonesia 2014 <b>di Kuching</b> <b>...</b>

Posted: 06 Apr 2014 03:16 PM PDT

KUCHING: Proses pengundian awal Pilihan Raya Umum Indonesia 2014 (PEMILU 2014) yang berlangsung di Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) di sini dari jam 8 pagi hingga 5 petang semalam berjalan lancar.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Indonesia di Sarawak (Panitia Pemilihan Luar Negeri Sarawak-PPLN) Fathan Soetrisno memberitahu, pihaknya sangat berpuas hati dengan kelancaran proses tersebut.

"Proses pengundian awal hari ini berjalan lancar dan tidak menghadapi sebarang masalah.

"Kami sangat berpuas hati dengan kelancaran dan kehadiran pengundi hari ini," katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Mengulas lanjut, seramai 2,200 rakyat Indonesia yang layak mengundi berada di Kuching telah diberikan surat jemputan untuk hadir mengundi semalam.

"Seramai 98,850 rakyat Indonesia yang layak mengundi dan berdaftar berada di Sarawak pada masa ini.

"Bagi mereka yang berada di luar Kuching, sebanyak 15 pasukan telah kami hantar ke 153 lokasi membawa 'peti undi mudah alih' membolehkan mereka  yang tidak dapat mengundi di konsulat hari ini terus dari tempat mereka berada atau bekerja.

"Manakala pengundian di KJRI hari ini, kami telah menghantar surat jemputan kepada mereka untuk hadir mengundi," jelasnya.

Tambah Fathan, rakyat Indonesia yang sedang melancong atau berada di Sarawak serta tiada surat jemputan dan ingin mengundi awal, mereka juga boleh mengundi di KJRI namun mereka dikehendaki datang jam 4 petang.

"Kami membenarkan mereka mengundi pada jam 4 petang (sejam sebelum proses pengundian berakhir) kerana kami ingin mengutamakan pengundi yang telah diberikan surat jemputan terlebih dahulu," ujarnya.

Menurut Fathan lagi, proses pengiraan undi akan dibuat pada hari pengundian di Indonesia dan keputusan rasmi bakal diketahui 15 April ini.

Dalam perkembangan lain, Fathan menyatakan pilihan raya kali ini turut menyaksikan pertandingan melibatkan 12 parti politik yang terdapat di seluruh Republik Indonesia di mana hari mengundi rasmi Pemilu 2014 ditetapkan pada 9 April ini.

Parti-parti politik terlibat ialah Parti NasDem, Parti Kebangkitan Bangsa, Parti Keadilan Sejahtera, PDI Perjuangan, Parti Golongan Karya, Parti Gerindra, Parti Demokrat, Parti Amanat Nasional, Parti Persatuan Pembangunan, Parti Hati Nurani Rakyat, Parti Bulan Bintang, Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia.

Turut hadir pada hari pengundian awal semalam ialah ahli-ahli PPLN iaitu Andre Suharto, Adi Dewanto, Gun Mayudi dan Ahmad Suaidi.

Manakala dari KJRI ialah Gondosumarto Wibisono dan Agung Hartono.

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Tiga kampung <b>di Sri Aman</b> bantah pembukaan kuari batu <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2014 03:06 PM PDT

KUCHING: Satu demi satu aduan diterima oleh DAP Cawangan Sri Aman daripada penduduk kampung berhubung masalah mereka.

Kali ini, pejabat DAP Cawangan Sri Aman dikunjungi oleh sekumpulan penduduk dari tiga buah kampung iaitu Melugu, Pangil dan Klauh yang membantah sekeras-kerasnya pembukaan kuari batu di kawasan mereka.

Bantahan bukan sahaja kerana memikirkan bahaya yang bakal diundang, malah lebih penting gunung di mana kuari itu akan dibuka merupakan sumber bekalan air kepada sembilan buah rumah panjang di kawasan berkenaan.

"Kehadiran kuari ini jelas mengundang bahawa kepada kehidupan penduduk Kampung Melugu, Pangil dan Klauh.

"Ia akan menjejaskan kehidupan kami, sumber air kami, sumber pendapatan kami dan kami tidak akan bersetuju dengan usaha ini," tegas Tuai Rumah (TR) Brown Sedok.

"Kami telah mengadakan sekatan, tiga laporan polis telah dibuat dan kami juga telah menghentikan syarikat tersebut daripada meneruskan sebarang kerja di tanah kami," tambah TR Kusam Tisong.

Oleh kerana gunung ter-sebut merupakan sumber bekalan air kepada 163 buah keluarga dari tiga buah kampung ini, Pengerusi DAP Cawangan Sri Aman Leon Jimat Donald berpendapat bahawa kuari tersebut perlu dihentikan.

"Saya akan menulis kepada Ketua Menteri yang merupakan Menteri Perancangan Sumber untuk menghentikan sebarang usaha oleh syarikat berkenaan.

"Saya juga akan mengemukakan masalah ini kepada beberapa agensi kerajaan yang berkenaan termasuk Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen untuk mengetengahkan isu ini di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri," kata Leon yang juga Naib Pengerusi DAP Sarawak.

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di lundu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Apr 2014 09:34 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Lagi bot karam <b>di Lundu</b>, <b>Sarawak</b> - BNBBC

Posted: 28 Dec 2013 02:59 AM PST

Lagi bot karam di Lundu, Sarawak

28 DIS: Lapan penumpang dan juragan sebuah bot yang karam dekat Sematan, sebuah pekan berdekatan sempadan Malaysia-Indonesia di Lundu Sarawak Sabtu bernasib baik tindakan pantas pasukan mencari dan menyelamat berjaya menyelamatkan mereka.

Menurut Ketua Polis Daerah Lundu, DSP Wong Chee Keong, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah hari Sabtu sewaktu bot berkenaan sedang dalam perjalanan dari Sematan ke Telok Melano dalam keadaan laut bergelora.

"Pihak polis IPD Lundu telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat dengan serta merta dengan bantuan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penduduk tempatan," katanya.

Kesemua mangsa berjaya diselamatkan menjelang pukul 2.00 petang Sabtu dan dihantar ke Klinik Kesihatan Sematan untuk pemeriksaan lanjut.

Pada 15 November lalu, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mati lemas, manakala tiga laras raifel M-16 ditemui semula selepas sebuah bot peronda Unit PGA Sarawak karam ketika menjalani latihan dan penggambaran di kawasan perairan Kampung Stoh, Sempadi di Lundu, kira-kira 100 kilometer dari Kuching juga ketika laut bergelora.-bnbbc.my

IMBAS KEMBALI...DSP ketika kejadian bot ronda PGA karam di Lundu ppada 15 Nov lalu.

IMBAS KEMBALI…DSP Wong Chee Keong ketika kejadian bot ronda PGA karam di Lundu pada 15 Nov lalu.

Berita Bertarikh Pada 6:59 PM

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di saratok sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Apr 2014 07:48 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di saratok sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2014 07:47 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di saratok sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jan 2014 07:22 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Belia <b>di Saratok</b> diseru hadiri Seminar Pendidikan Teknikal <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2014 02:29 PM PST

SARATOK: Golongan belia di Parlimen Saratok diseru menghadiri Seminar Pendidikan Teknikal yang akan dianjurkan 18 Januari ini.

Ketua Pemuda (Parti Demokratik Progresif Sarawak) SPDP Krian James Jimbun berkata, program itu bertujuan membantu golongan belia dan lepasan sekolah yang belum mendapat pekerjaan serta kurang cemerlang dalam akademik mendapat informasi yang boleh mereka lakukan melalui pendidikan teknikal yang diwujudkan di institusi pendidikan.

"Melalui program ini kami akan berusaha memberi maklumat dan kesedaran kepada golongan sasaran tentang peluang-peluang yang sedia wujud dan  terbuka pada masa akan datang melalui aktiviti perindustrian yang sedang giat dijalankan dan dibangunkan di seluruh negara pada masa ini.

"Pada masa yang sama, aktiviti ini turut memberi penjelasan kepada golongan ini tentang cara berkesan merebut setiap peluang terbabit, terutama dalam aspek kelayakan yang harus ada pada setiap pemohon.

"Kami tidak mahu golongan yang kurang berjaya dalam bidang akademik amnya serta yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi terus pasrah dengan situasi yang mereka hadapi.

"Golongan ini harus sedar bahawa semua masalah itu dapat diatasi dengan mengambil peluang melalui mendapatkan pendidikan teknikal kerana dasar pendidikan adalah lebih memberi keutamaan kepada minat dan kebolehan seseorang dalam bidang teknikal," katanya ketika ditemui media, semalam.

Seminar berkenaan akan bermula jam 9 pagi hingga jam 1 petang pada hari berkenaan di Perpustakaan Awam Majlis Daerah Saratok (MDS).

Progam itu adalah anjuran Pemuda SPDP Saratok dengan kerjasama Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) dan MDS.

Katanya, program juga diharap memberi maklumat tentang institusi-institusi yang menawarkan peluang pendidikan teknikal.

"Bagi menjayakan matlamat ini, pihak penganjur melalui penceramah jemputan akan memberi penerangan kepada para peserta seminar tentang kursus-kursus yang boleh mereka ikuti berdasarkan kebolehan, minat dan peluang yang bakal terbuka kepada mereka dengan ilmu kemahiran yang mereka miliki," kata James.

Penyertaan bagi mengikuti sesi seminar berkenaan adalah terhad kepada 50 peserta yang mendaftar awal.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di lubok antu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2014 07:01 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di lubok antu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jan 2014 07:07 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Lima buah rumah panjai ulu entigis <b>Lubok Antu</b> ngasaika <b>...</b>

Posted: 27 Dec 2013 09:18 AM PST

KUCHING: Hope nguna 38 buah kerita 4WD bejalaika projek Hope Place ke dikumbai  'Charity Without Borders', begulai enggau Kelab Cabaran Pacuan 4 Roda Bintulu, mantu peranak rumah panjai di ulu entigis, Lubok Antu.

Projek ke dipejalaika ngelama tiga hari dua malam berengkah ari 15 nyentuk 17 November tu tadi mungkur urung 100 iku raban tim nya, nyengkaum dua iku pemesai perubat ngeli enggau tiga iku indu misi.

Ku penengkebang Hope Place, Kelvin Wan, iya suah berandau enggau Robert Chieng, seiku orang ke gerah jari nyaup orang ti tusah, sentang projek ke deka dipejalaika organisasyen nya.

Taja pia, sida betapi enggau penanggul ngangkut barang ngagai ulu entigis di Lubok Antu, ke semina ulih dilawa nengah jalai kayu batang ti mar, besai ungkus sereta pedis ditengah.

Tang pekara nya teputar laban Chieng ke mega pengemun kelab 4WD sereta chairman projek 'Charity Without Borders', nadai penanggul ngangkut barang ke berat 14,000 kg ngagai lima buah rumah panjai di ulu entigis, Lubok Antu.

Ku Wan, iya meri terima kasih ngagai kelab nya laban ke udah melanja perengka pengangkut sereta begempung enggau Hope Place bejalaika projek nya.

Kerita ke dikena sida nya bisi ari Miri, Bintulu, Sibu enggau Kuching. Sebedau bekejang, sida begunaka 6 jam ngisi semua kerita nya enggau barang ke deka diangkut kin.

"Ke bendar, 38 buah kerita 4WD enda muat kena ngangkut semua barang pemeri nya. Kami nyuwa dua buah lori dikena ngangkut sekeda barang sereta naruh barang nya ba Lubok Antu dulu, sekumbang kami mansang ngagai rumah panjai ke pemadu semak dulu," ku Wan.

Ku Wan madah ngagai The Borneo Post, dalam pejalai ngagai Rh Baggai, Rh Bawi Patoh, Rh Bawi Ulu, Rh Bawi Lenggong Isu enggau Rh Bawi Ili, sida betengahka jalai ti renjan, luchak sereta jauh.

"Kami meraka empat batang sungai sebedau ngenataika diri ba Rh Bawi Ili,"  ku Wan.

Nya meh jalai ke ditengah bala nembiak sekula primari lebuh sida mulaika diri ke rumah dalam kandang dua minggu sekali. Enti sida deka ke sekula tauka ke kelinik, sida enggau enda pan bedarat 3 jam ari rumah panjai nya."

Taja pan sida betapi enggau pemar nurun ke sekula, tang nadai seiku pan nembiak ari rumah panjai nya badu besekula, pia ku Wan.

Lebuh nemuai ngagai nya, dia raban sida bisi mai barang pemakai baka beras, garam, gula, minyak makai, sadin, gari  enggau kasut sekula sereta kain tula ungkup 50 buah ruang bilik ba 5 buah rumah panjai nya.

Sida mega bisi mai ubat, berus ngeli ke umbas kena setaun, ungkup nembiak mit enggau orang besai tuai. Tebal agi peranak rumah panjai nya nadai meda berus ngeli pengudah sida  nembuka pelajar ba primari Enam.

Ari semua penyampau peranak ba lima buah rumah panjai nya, 40 peratus bala nembiak nya mengkang belajar ba sekula primari lalu 20 peratus nya orang besai tuai ke ngelui umur 55 taun.

Semua barang ke dibai sereta disadung sida ba lima buah rumah panjai di Lubok Antu nya asil pemeri orang ke gerah jari.

Sesapa ke bisi ati masuk Kelab Cabaran Pacuan 4 Roda Bintulu sereta  enggau sida ba atur pengawa bukai dudi ila, tau betefon ngagai Chieng nengah lumur 019-8141966.

Orang ke ngerejister diri nyadi kaban Kelab nya deka dipinta mayar pala RM250, lalu bayar nyadi kaban ninting taun, iya nya RM150.

Hope Place deka mantu ruang bilik ti begunaka bantu sereta nganjungka sida barang pemakai enggau perengka bukai ke diguna ninting hari.

Sesapa ti bisi ati deka nyuaka bantu, tau betelefon ngagai Hope Place nengah lumur 013-5672775 ari pukul 8.30 pagi nyentuk ke 12.30 tengahari, ari Hari Satu nyentuk ke Hari Lima.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Apr 2014 09:04 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Mar 2014 01:44 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jan 2014 01:24 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jan 2014 01:31 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jan 2014 01:23 AM PST

[unable to retrieve full-text content]BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search. Posted: 23 Dec 2013 01:21 AM PST. Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info. Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info. URL Sumber Asal :- ...

ads