Selasa, 13 Mac 2012

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Kampung Baur <b>Sri Aman</b> Terima Bantuan Tabung Baitulmal <b>Sarawak</b>

Posted: 02 Mar 2012 02:51 PM PST


Untuk ALBUM...Shamsuddin (belakang tengah) bersama Shamsul (kiri) dan tetamu khas sedang merakamkan gambar kenangan bersama penerima bantuan di Kampung Baur, Sri Aman kelmarin.
SRI AMAN, Ahad (26 Feb) – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah menghulurkan bantuan kelengkapan asas kepada pihak Pengurusan Surau Kampung Baur Sri Aman menerusi majlis yang berlangsung di surau kampung tersebut kelmarin.
Majlis itu yang turut dijayakan menerusi rangka kerjasama dengan Pejabat Agama Islam Bahagian (PAIB) Sri Aman itu telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) iaitu Abang Shamshuddin Abang Seruji.
Beliau ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan itu telah mengajak semua masyarakat Islam untuk sentiasa bersatu hati dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang dapat memberi kebaikan bersama selepas ini.
"Permasalahan kecil yang berlaku dikalangan mereka hendaklah diselesaikan dengan cara bijkasana agar tidak menimbulkan keretakan dalam entiti sesebuah masyarakat Islam," katanya.
Selain itu beliau juga turut menjangkakan bahawa Kampung Baur bakal mempunyai potensi untuk menjadi lokasi tumpuan projek pertanian buah-buahan dalam rantau daerah Sri Aman di masa akan datang.
"Ini kerana kawasan telah didapati mempunyai kedudukan tanah yang subur disamping kesungguhan para penduduk tempatan di situ dalam mengusahakan pelbagai jenis projek dari segi aspek pertanian.
"Justeru saya berharap agar usaha seperti ini dapat diteruskan oleh penduduk Kampung Baur di masa akan datang demi merealisasikan jangkaan tersebut di masa akan datang," katanya.
Terdahulu TBS menerusi majlis tersebut juga turut menyampaikan bantuan berupa beg persekolahan kepada golongan murid sekolah rendah yang telah dikenalpasti sebagai fakir miskin.
Ketua Zon Selatan TBS, Shamsul Bahri Manap, Imam Bahagian PAIB, Ustaz Haji Anwar Musaddad Tajuddin, Pengerusi Pengurusan Surau Kampung Baur, Ketua Kampung Baur dan Ketua Kampung Tanjung Bijat turut hadir sama pada majlis itu.

Wakil rakyat <b>di Sri Aman</b> kunjungi rumah terbuka pemimpin <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2012 03:57 PM PST

Posted on January 25, 2012, Wednesday

MUHIBAH: Rohani (duduk enam kiri) bergambar kenangan bersama Kapitan Kuek Aik Seng (duduk empat kiri) serta para tetamu yang berkunjung ke rumah Kapitan Kuek di Jalan Hup Seng kelmarin.

SRI AMAN: Tiga wakil rakyat di Sri Aman iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan Sarawak Datuk Francis Harden Hollis serta Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat tidak melepaskan peluang mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina terhadap pemimpin-pemimpin masyarakat di sekitar Sri Aman kelmarin.

Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar telah meluangkan masa hampir tiga jam berkunjung ke rumah Temenggung Sii Toh Peng yang terletak di Taman Pasir Panas, Sri Aman dan rumah Kapitan Kuek Aik Seng di Jalan Hup Seng, Jalan Brayun, Sri Aman.

Manakala, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang  meluangkan masa hampir empat jam berkunjung ke majlis rumah terbuka di kawasan beliau termasuk ke rumah Temenggung Sii Toh Peng, Kapitan Kuek Aik Seng serta pemimpin-pemimpin Cina yang lain di kawasan beliau.

Sementara itu, Masir pula meluangkan masa hampir sejam berkunjung ke rumah Temenggung Sii Toh Peng yang terletak di Taman Pasir Panas, Sri Aman.

Rohani yang sempat ditemui Utusan Borneo menjelaskan bahawa perayaan Tahun Baharu Cina yang diraikan oleh masyarakat Cina merupakan salah satu perayaan 1Malaysia yang diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

"Di sini kita dapat melihat kaum melayu dan Iban mengambil peluang berkunjung ke majlis rumah terbuka rakan-rakan Cina mereka dan ini menunjukkan kita semua dalam satu rumpun rakyat Malaysia.

"Kita semua tidak bergaduh sesama sendiri malah kita semua bersatu dan kita semua berpeluang meraikan semua perayaan di Malaysia," katanya.

Turut bersama-sama mengiringi kunjungan Rohani, Harden dan Masir ke majlis rumah terbuka berkenaan, para pemimpin masyarakat daripada kaum Melayu serta kaum Iban.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads