11 di marudi sarawak - Google Blog Search |
bumisepi.com » Blog Archive » 3 jam <b>di Marudi, SARAWAK</b> (3 hours in <b>...</b> Posted: 31 Jan 2011 06:15 AM PST January 31st, 2011 | by abuadam | Tiga jam tepat selepas memudiki Batang Baram yang berliku-liku umpama ular dipukul, kami sampai di pekan Marudi. Jam di Xperia X10 ku menunjukkan pukul 11 pagi. Pekan kecil yang tak berapa kecil di pinggir sungai. Taman awam dengan piazza (dataran) di tengah-tengah pusat bandar, dipagari bangunan rumah kedai 2 tingkat, antaranya bank-bank RHB, BSN, AMbank, Public Bank, dan pejabat agensi kerajaan seperti kastam, bomba, dan jeti. Pekan kecil yang tersorok ini mempunyai banyak bank komersial. Ini menunjukkan pekan ini makmur dengan aktiviti perniagaan hasil dari industri sungai dan pembalakan dan kelapa sawit. Jeti di tepi sungai itu sibuk dengan aktiviti aktiviti pagi. Bot laju yang baru berlabuh. Bot laju yang bersedia untuk belayar menuju dsetinasi yang ditentukan. Ada ke hulu sehingga Long Lama, pintu masuk ke Taman Negara Mulu melalui jalan sungai. Ada ke hilir sehingga ke Kuala Baram (Miri) . Peraih menanti barang muatan yang baru sampai dari Kuala Baram (Miri). Penumpang-penumpang menunggu bot ekspres masing-masing ke destinasi masing-masing. Sungai tersebut ialah Batang Baram yang lebarnya tidak berubah dari hilir (Kuala Baram) hinggalah ke pekan Marudi dan seterusnya ke hulu Baram. (Sungai disebut batang di Sarawak, kadang-kadang disebut long). Kami bernasib baik dapat melihat beberapa ekor buaya bersantai di tebing sungai semasa dalam perjalanan tadi. Kami makan tengahari di sebuah restoran Islam di mana pelayan-pelayannya gadis bumiputera (Melayu, Bidayuh atau Melanau?) berkulit cerah, bersopan santun lagi bertudung rapat. Menunya hampir sama dengan di Miri atau KL. Selain nasi/mee goreng, laksa Sarawak dan mee kolok menjadi pelengkap hidangan dalam senarai menu. Harganya mahal sedikit mungkin selepas dicampur kos pengangkutan bahan mentah dari Miri. Terdapat sebuah masjid besar yang baru di pekan Marudi yang terletak di sebelah masjid lama yang kini diguna sebagai kelas fardu ain. Di sebelah masjid terdapat sederet bangunan kerajaan di tepi sungai. Suasana yang sunyi dan tenteram penuh dengan ketenangan dihembusi bayu sungai Baram memberi ilham kepada penggiat seni dan pekerja korporat yang ingin lari dari rat-race dan hiruk pikuk bandaraya mega. Di sekitar jam 2 petang, transport sampai untuk mengambil kami ke Bandaraya Miri melalui jalan balak dan kelapa sawit. (Transport ialah panggilan orang tempatan kepada kenderaan 4WD, sepertimana ekspres merujuk kepada bot laju atau bot ekspres). Kesemua 8 seats dalam Toyota Landcruiser dipenuhi. Pemandunya anak muda yang agak rocker, yang tahu setiap lubang di dan bonggol di jalan balak. Kami sampai Piasau, Miri hampir jam 4. Dan aku terpaksa ke Kuala Baram sendiri untuk mengambil kereta yang ditinggalkan di jeti Kuala Baram pagi tadi. BAgaimana untuk ke Marudi: Bilangan Penduduk 80,600 orang, yang antaranya terdiri daripada:- |
You are subscribed to email updates from di marudi sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan